-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Tuesday, March 5, 2013

Surat untuk teman di Oversea

[ Basyir. Hensemkan! Khabar yang ku terima, beliau makin macho dalam TnD, Aku cemberu, kamu? ]



Sejak media ada. Alat ini banyak membantu, mempercepatkan urusan Dakwah.

Kami pernah mengirim surat bersama, ketika itu beliau ingin serap hammasah ku,
(hey hey, nak serap juga, anta hutang dengan ana pulak basyir,he)



Surat ku, untuk mu Akh basyir yang berada di University of Illinois :

________________________

Waalaikum salam WTB.

Allah hu Robbi, adakah benar ana "orang yang anta nak terima nasihat" ?

Moganya ana mengharap, diri anta, ana sendiri dan ikhwah yang lain moga thabat dan terus istiqamah berada atas jalan ni.

Maka benarlah, bahawa hidayah itu milik Allah, Hatta ar-Rasul junjungan kita yang,mulia tidak terdaya untuk meyakinkan bapa saudaranya. Ye hidayah miliknya,

Ada dalam kalangan sahabat rasulullah sendiri, belum berani melepaskan dunia ditangan mereka ketika Ghazwah Tabuk memanggil, tatkala itu jiwa merka inilah yang paling menyesal kerana menangguhkan kehadirn mereka sendiri dalam gerombolan perang Tabuk. Namun selepas itu, ketaqwaan mereka cukup hebat.

Di kisah yang lain dalam buku Seerah Raheeq makhtum (m/s 210) ketika musab mengajak kepada Islam pada penduduk di Yathrib(madinah), semua memeluk islam kecuali seorang lelaki bernama al-Usayrim yang masuk islam agak terlewat iaitu semasa peperangn Uhud. Dia masuk islam pada hari peperangn itu dan terus mara ke medan perang lalu terbunuh. tentangnya, Nabi bersabda "Dia beramal sedikit tetapi dberikan ganjaran yg banyak, syurga bagi mu".

Islam sebenar yang kita Faham walaupun masih baru, itulah sebenarnya nikmat pada kita, setiap amal kita, kita yakin, setiap ajakan kita matlamatnya pada Allah, Islam yang kita rasai, itulah juga yang ingin dikongsi, kalau tak berkongsi, maksudnya rantaian dakwah itu terberhenti pada kita, seakan kita menzalimi hak tarbiyah yang sepatutnya madu'/DF kita terima, tapi kita masih nyorokkan.

Kelemahan Ikhwah kita, terlalu banyak teori.

Walaupun sedikit, maka beramal lah. Best. Nyam. . . Nyam.

Ana yakin, bila anta masuk semester depan, maka akan ada junior dibawah anta. Usahalah untuk DFm itu kerja murni kan? Kalau tak dapat orang pun, kita tak akan gagal sebab kita dah berusaha, dan mesej dakwah itu telah kita sampaikan. Alhamdulillah Iyeah!! 

Andai kita kata gagal, maka kita telah mengatakan bahawa Ar-Rasul gagal. Nah! nabi Nuh alaihissalam, hidup 950 tahun, berapa kerat je yang join? kurang 50 orang, kan sedikit hasilnya nak dibandingkan dengan tahun!! Namun, Allah menilai usaha, bukan pada hasilnya.
Senyum berita gembira.


Buat ibu ayah anta di malaysia, mereka akan bahagia sampai ke syurga!!
Mafhum hadith, "apabila meninggalnya anak Adam, maka terputus semua link, kecuali 3, salah satunya, Doa dari anak yang Solleh"

Hah!! Nak bongkar rahsia ni, kalau lah anak yang solleh pun, ibu ayah dapat saham, apatah lagi anak yang Musleh (yang mendidik hati manusia keluar daripada kegelapan kepada cahaya)
Walaweh!


Juga ana masih merangkak di medan ini, namun Ana bersyukur diberi kefahaman sebelum ana pergi. Nasihat ini juga khusus buat ana, moga terus Ya Allah pilih hati kami ini thabat bersama di dalam bahtera penyelamat.

uhibbukum fillah.
UM, Malaysia

1 comment: