Ha-ana-za : Amacam usrah Ateh sekarang? Ok ke?
Ateh : Alhamdulillah, naqibah pun bersemangat. Tapi kawan-kawan yang lain macam
bermasalah.
Ha-ana-za : Diorang tu slow ke? Ateh tak tolong diorang ke?
Ateh : Takde la slow, tapi agak berat sikit. Naqibah Ateh yang uruskan
mereka kan?
Ha-ana-za : Semenjak bila tarbiyyah kita menjadikan kita ni pentingkan diri
sendiri. Dakwah ni bukan untuk mereka yang hanya memikirkan perut dan nafsu
mereka sahaja. Mana pergi slogan rukun usrah tu? Mana definisi amal taaruf?
tafahum? takaful?
Ateh : Dah tu? Ateh pun kena buat sesuatu ke?
Ha-ana-za : Takkan Ateh nak biarkan diorang macam tu je? Nanti bila akak-akak
tu dah grad, Ateh nak bekerja sorang-sorang je ke?
Mana pergi amal jamaei? Amal jamaei bukan pada syura nak buat program perabis
air mata je!
Ateh : Oh macam tu... Ok la...
Ha-ana-za : Kalau macam ni la sikap kita... Sangat jauh lah kita dari itsar
ansar muhajirin. Apatah lagi ithsar nyawa Ikrimah dan 2 sahabatnya.
Tu belum kira Jaafar si pemegang panji. . . Come on la Ateh!
(Kisah Benar)
No comments:
Post a Comment