“Ya ALLAH… jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya
pada-Mu
Agar bertambah kekuatan ku
untuk mencintai-Mu”
Sebahagian kanak-kanak terutamanya yang datang dari keluarga yang “berada”- begitu diberikan pada
mereka mainan yang baru, yang lebih canggih, yang lebih cantik daripada mainan
lamanya, dengan pantas, cintanya pasti beralih kepada mainan baru tersebut. Sepantas
kilat, mainan lamanya kemudian dilupakan, bahkan mainan lamanya dicampakkan.
Bukan sekadar dicampak ke lantai, bahkan dicampakkan keluar daripada
kehidupannya. Terkadang, untuk selamanya. Masih ingat kartun “Toy Story”?
Nah, begitulah juga dengan orang
dewasa. Sebegitu minat pun anda pada nasi briyani masakan mamak Mydin,
ketagihan anda itu tidak mungkin menjadikan anda makan sarapan, makan tengah
hari dan makan malam setiap hari dengan briyaninya mamak Mydin itu. Kenapa?
Kerana kejemuan pasti akan menghinggap selera anda, lalu menjengah ketagihan
itu sambil mengevolusikannya menjadi kebosanan.
Begitulah hidup manusia. Baik
kanak-kanak, baik orang dewasa. Bayi saja pasti meninggalkan susu ibunya,
begitu ia meningkat dewasa. Iya kan?
Nasihat ini buat anda wahai
para wanita. Baik yang perasan ia jelita. Baik yang sedang mabuk di dalam alam
cinta. Baik yang menghitung hari menjadi isteri. Baik yang senantisa
mengharapkan perhatian lelaki.
Atas dasar apa anda dicintai?
Kalau saja anda dicintai oleh seseorang lelaki atas para rupa mu yang menawan,
sampai bilakah hati si dia akan kekal tertawan? Cinta manusia hari ini mungkin
menghasilkan ketagihan, tetapi kelak satu masa ia bisa bertukar menjadi
kejemuan. Kalau paras rupa mu yang jelita menyebabkan anda dinikahi, siapa yang
bisa jamin hati si dia tidak berubah arah, begitu ada wanita lainj yang lebih
jelita dari mu? Siapakah yang bisa jamin si dia kekal setia, tatkala wajahmu
sudah mula kehilangan aura jelita?
Kalau pun kecantikanmu bisa
dipertahankan, belum tentu ia bisa menghindar perasaan bosan. Seperti
briyaninya mamak Mydin tadi. Rasanya tetap enak. Rempahnya kekal mengkagumkan.
Resepinya masih menggiurkan. Cuma, menyantap briyani mamak Mydin setiap masa
setiap hari, tetap menimbulkan muak dan bosan di hati.
Kerana itu, aku menasihatkan mu
wahai wanita, biarlah para pria menikahimu kerana agama. Kerana di sana,
tersembunyi kecantikan di dalam diri. Yang makin dikembangkan –dengan tarbiyah,
dengan taqarrub kepada Tuhan- kecantikanmu terus tumbuh dan kekal menawan. Di
sini, kecantikan itu bisa bertambah sesuai usia, berbanding kejelitaan peribadi
yang punah semakin anda di makan usia.
Inilah rahsia cinta sejati.
Cinta para ahli arkeologi. Anda dicintai kerana anda merupakan Miss Qurratu
a’yun (sejuk mata menandang). Bukankah ini doanya para lelaki sejati?
“Tuhan
Kami, kurniakanlah untuk kami daripada isteri-isteri dan anak keturunan yang
qurratu a’yun (sejuk mata memandang)..”
(25 : 74)
Suami yang begini adalah ahli
arkeologi. Dan cinta begini adalah cinta abadi. Dan anda di sini kekal dengan
kejelitaan sejati. Kecintaan yang tumbuh kerana agama yang dimiliki olehmu.
Tidakkah anda kepingin cinta kekal selamanya seperti itu?
“Suami yang paling baik bagi
seorang perempuan ialah seorang arkeologi. Makin tua sang perempuan itu,
semakin cinta & tergila-gila suaminya itu padanya. Maka disarankan kepada
para suami untuk berjiwa seorang arkeologi. Semakin lama usia perkahwinan akan
semakin bahagia. Kenapa? Ini kerana suami tersebut memandang isterinya semakin
bernilai, semakin mahal, bukankah menurut ahli arkeologi, semakin berusia &
semakin tua sesuatu barang itu akan semankin antic & mahal. Demikian juga
buat para isteri, disarankan untuk berjiwa ahli arkeologi wanita. Maksudnya
semakin tua sang suami akan semakin tergila-gila, bertambah sayang &
semakin mencintainya.”
-Habiburrahman El Shirazy,
“Ketika Cinta Bertasbih (jilid 2)-
No comments:
Post a Comment