-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Sunday, March 3, 2013

Kesan Debat adalah pada pilihan awal kita.



Pena ini digarap Tahun 2013.

Ketahuilah, Permulaan yang banyak membantu diri ini ialah pada Tahun 2006. Aku bermula berdebat dengan memakili kelas 4 Abqari, Sekolah Menengah Islam Hidayah sehingga masuk ke final.

Iya.

Aku dahulunya seorang yang pendiam, kurang pandai untuk bersosial dengan manusia apatah lagi janggal dan pelik bila berada dihadapan.

Perhatian!
Tentang debat ini, ramai sahaja teman – teman ku di luar sana, Dengan join debat beliau dipuji dan di puja oleh manusia lebih dari menyembah Allah. Jangan terkejut! Ada yang tinggalkan tarbiyah! Kononya dahulu kata nak guna untuk berdakwah!, Jika menang membangga diri dan kata “menang sebab ana!”, jika kalah akan berkata ni sebab anta lah kumpulan kita kalah! Belakang manusia akan terus perlekehkan orang kemudian buka mulut pada yang lain, gossip perkara biasa buat para pendebat. Rasa geram dan salahkan diri bila tak dapat best speaker, sehingga berlarutan merajuknya dan tidak percaya pada Qoda’ dan Qadar. Ada yang join nak kan nama disebut-sebut dan popular, huh! Ini penyakit yang biasa, cuba tanya diri anda, pernah tak terlintas begini?. Solat di lewatkan dan di tinggalkan bagai tak rasa berdosa. Ahha ada yang jadikan berbohong dan menipu suatu lumrah kerana debatlah aku berlatih menipu fakta, hmm menipu untuk menang, gadaikan prinsip akhlak islam. Tak sedikit yang join debat, awal - awal bermesej berlainan jantina, kemudian mula larut, bergayut, muqaddimah zina dengan berjumpa dan akhirnya terlanjur, satakat ambil gambar dekat-dekat, rapat – rapat dah biasa. Terasa hebat kerana analah yang melatih dia, tanpa ana tak akan sampai ke peringkat ni, Ya debat jugalah melahirkan individu seperti lalang, makin lama makin tinggi meninggi diri!. Ada yang ku kenal langsung tidak pulang membantu dan hilang begitu sahaja selepas berjaya dalam kerjaya. Ada, bahkan ramai yang sanggup berdebat sehingga sanggup akhlak islam tergadai. Astaghfirullah.

Nah! Ini berlaku dalam dunia debat.

Tahun 2006 itulah aku diberi pluang untuk berada bersama “mereka”, ini juga pilihan ku! Mereka itu yang baik perbualannya dan mesra dengan manusia, mudah kata pimpinan sekolah. Aku bersama mereka bermula di Debat (Kini dah menjadi Kelab Debat, Mabruk!!), dengan latihan, pertandingan, posmoterm akhlak pada kemenangan dan kekalahan, ngeteh yang membolehkan aku mula berbual mesra, bermalam bersama bila penat berlatih, Qiam dan Al-Quran dijadikan Dzikir dan kekuatan, bermusafir bersama ke pertandingan – pertandingan, sekaligus pertemuan – pertemuan ini membuatkan ukhuwah kami makin cair, kalaulah ukhuwah itu dah secair ais krim, mana mungkin ditinggalkan salah seorang, masing – masing saling dipimpin dan Insya Allah memimpin.

Perjuangan yang murni ini, aku tidak dididik dengan kepuasan Nafsu untuk kemenangan peribadi, tetapi demi kebenaran. Tidak diracuni dengan akhlak sayyiah supaya ikhtilat ketika ini di halalkan, tetapi untuk berani berkata yang hak tetap hak, yang bathil tetap bathil, cukup berbeza dan jauh antara keduanya, mana  mungkin bersatu.

Latihan demi latihan membaca isu, menjadikan suatu hari nanti dikau tidak pernah ingin miss dari update Isu Ummat kerana akulah buktinya, Paksaan untuk berlatih menjadikan kau berkerja dan beramal ikhlas kerana Allah. Acara dan pertandingan, membuatkan di kau bergantung harap sepenuhnya pada si Dia, bersyukurlah kerana bukan semua manusia 24jam rasa takut dan berharap sedemikian pada-Nya walaupun hakikatnya perlu 24 jam  sehari sepatutny feel begitu. Kepenatan menjadi ibadah kepuasan, perjuangan bukan kerana semangat tetapi faham tujuannya.

Maka ketahuilah juga, dengan Debat jugalah melahirkan pemimpin yang lantang bersuara, lihatlah pemimpin Negara buktinya!. Ya dengan debat, Melahirkan orang yang hebat dalam Tarbiyah dan Dakwahnya, tidak perlu aku sebut orangnya, lihat sahaja Qiayadah, abang, kakak mu!. Melahirkan insan yang pulang semula dengan menyumbang kepada “tempat asalnya”, kalian boleh ketemu wajah mereka di mana sahaja acara dipertandingkan. Ia juga melahirkan hamba yang yang bergantung harap pada Allah sepenuhnya, tidakkah ini yang dikau di didik setiap kali pertandingan dan keputusan ingin di nobatkan!. Melahirkan individu yang baik akhlaknya, sopan bicaranya, dibuktikan dengan amalnya bukan dengan sekadar kata, kerana medan kata-kata dan amal itu suatu yang berbeza, lihatlah cara mereka bekerja!. Mereka ini, makin banyak acara, makin banyak pengalamannya, makin tawadhu’ seperti resmi padi, makin berisi makin tunduk merendah diri. Debat ini melahirkan individu yang dapat membezakan antara yang hak dan yang bathil, lihatlah prinsip mereka ketika dalam pergaulan. Lihatlah, mereka ini insan yang besar pengorbanannya, luar biasa kesungguhannya, siapa yang dapat nafikan ini!. Jika pencalonan atau acara, mereka inilah ditolak kehadapan, menjadi Tokoh, Imam, membaca Doa, menjadi calon pilihan raya, menjadi ketua dalam organisasi, manusia menilai, merekalah yang layak dengan karisma pada ruh perjuangan mereka. Debat ini juga melahirkan insan yang Robbani, faham tujuan hidupnya!.

Justeru, ada dua pilihan dihadapan mu.

Pilihlah, Pilihan di tangan kalian !  kerana Aku telah membuat pilihan untuk diri ku! Aku menunggu dan akan melihat pilihan mu, semua makhluk penjadi saksi!


Pena ini di tulis khas untuk adik - adik Debat Sek. Islam Hidayah.



Insan yang juga bermula seperti mu,
Muhammad Talhah b. Ajmain @ Jima’ain
Batch ke-2 debat SMIH, Generasi 9 SMIH, SPM 2007
1316, 4 Mac 2013


No comments:

Post a Comment