-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, May 27, 2015

Ummat : Bahaya Pedofilia



Bismillah,

Saya mengambil risiko dan bertanggungjawab di atas post bawah ini, tapi anda sendiri bertanggungjawab untuk buat sesuatu selepas ini . . .

Atas anda nak mengambil Ibrah sebagai apa. Point saya di akhir jelas !

Jika tidak berani, jangan sambung baca? kerana anda dan saya akan dipertanggung jawabkan di hadapan Allah jika tidak buat sesuatu dengan segera selepas baca.

Jika anda rasa sedih, hiba, geli gemalai dan rasa seperti tak patut. Maka, saya merasakan sia – sia fakta bahaya ini, kerana membazir masa anda untuk baca, dan tiada amal. Sampah, tapi sampah masih bermanfaat bila di recycle eh.

Jika anda merasakan, tidak senang dan perlu buat sesuatu kerana merasakan barah dan bahayanya ummat ini. Maka, thabatlah dengan Tarbiyah dan harus kerja keras lagi.

Fakta kes bawah ini, maaf jika ada unsur jijik,dan geli. Atas risiko anda sendiri. Tapi, saya mengambil dari [ Sumber dari page FB : Wardina Safiyyah OfficialPages ] yang sudah viral, yang masyarakat kongsikan pada beliau, tiada penambahan dari saya, sekadar ambil beberapa kes yang sesuai.

Ia berkaitan Bahaya Pedofilia.


Kes 1

Diharap dirahsiakan identiti saya.

Saya ingin mencadangkan beberapa langkah pencegahan PENTING buat ibu/bapa berhubung kes ini.
      1)      Please asingkan tempat tidur, Islam dah ajar. Kita cuma perlu amalkan. Ajar anak-anak bagi salam jika mahu ke bilik ibu/bapa.

*Dan, jika rumah kecil dan terpaksa tidur bersama anak-anak. PASTIKAN jika masa BERSAMA ibu/bapa di tempat lain, bukan di bilik yang sama. Walaupun anak masih kecil. Anak-anak kecil ni fizikal tidur tapi minda mereka jaga. Banyak kes saya sewaktu jadi guru tadika, antaranya ada anak murid saya cuba memasukkan penis ke mulut pelajar lain. Bila ditanya dia lihat ketika tidur atas tilam, ibu ayah atas katil.
ALLAHU.

      2)     Memberitahu secara serius (bukan garang) sejak seawal mereka faham biasanya 3 tahun, “anu” adalah bukan mainan. Jangan pegang-pegang, main-main atau sesiapa pun pegang. Ajar 3 tempat yang tak boleh sesiapa pun sentuh. Jangan tunggu pendidikan seks di sekolah. Jangan tunggu orang lain. Ajar sendiri seawal yang mugkin. Dan sekecil yang mungkin ajar maruah, aurat. Anak-anak kecil mandi bersama, tukar baju bersama, ajar adab-adab. Jaga pandangan. Sebaik sahaja pandai uruskan sendiri, biarkan diorang buat sendiri masing-masing jangan bercampur gaul. Jangan ambil mudah.

      3)     Jadi kawan anak-anak. Ambil tahu. Ambil berat. Sejak kecil.
Demi Allah, saya adalah salah seorang mangsa abang-abang sendiri dan ini antara punca-punca yang dikenalpasti.

Alhamdulillah saya memilih untuk memaafkan dan melupakan. Kerana saya anggap mereka masih awal remaja ketika itu dan ingin mencuba. Saya cuma doakan yg terbaik untuk mereka & keluarga mereka. Dan paling penting mereka sudah bertaubat kepada ALLAH. Demi cinta & kasih kepada aruah ibu saya, tidak sekali-sekali saya tergamak untuk mendoakan yang buruk-buruk untuk anak & keturunannya. Dan kerana doa ibu sayalah saya jadi apa yang saya ini sekarang. Seorang yang positif insya-Allah. ALLAH jua Maha Pengurnia.

Untuk sekarang, biarlah saya jauh di sini. Kerana memori hitam itu sudah saya padam dari hidup saya.


Kes 2

Assalamualaikum.

Saya ambil masa berjam-jam juga untuk fikir samada untuk tulis message ni atau tak. Finally saya ambil keputusan untuk buat fake account just to send you this message, just untuk merahsiakan siapa saya. I'm sorry, tapi demi Allah cerita ini adalah benar dan terjadi kepada SAYA.

Masa saya kecil, umur 4-5 tahun, mak saya sering hantar saya ke rumah nenek saya pada waktu cuti sekolah supaya saya dapat berjumpa dan bermain dengan sepupu saya yang tinggal di kampung. Seorg sepupu saya (iaitu pemangsa-lelaki berusia lebih kurang 18thn waktu tu) juga tinggal di rumah nenek saya. At first when it happened ialah masa saya sedang bermain di tingkat atas rumah nenek saya, dia (sepupu saya itu) ajak saya masuk bawah katil, buka seluar saya dan merogol saya disitu.

Selepas kejadian di bawah katil tu 'berjaya', memang banyak kali dia buat hal yang sama pada saya, kadang-kadang di bawah katil tu juga, kadang-kadang di serambi, kadang-kadang di bilik lain. There are times yang saya di liwat juga (dan of course saya juga tak faham ketika itu apa yang dia buat pada saya).

Ada satu ketika, masa mak saya buka baju seluar saya untuk mandikan saya, dia marah dan tampar lengan saya sebab tengok di kemaluan saya berair-air dan berlendir. Walaupun masa tu saya tak faham apa yang sepupu saya buat pada saya, tapi pun saya ada rasa sikit malu nak beritahu mak saya sebab saya bagi abang sepupu saya tu 'bermain' di kemaluan saya.

Perkara ni berterusan sampai saya masuk sekolah rendah. Masa saya darjah 6, saya mula tahu perkara ni salah dan satu jenayah, bila dengar cerita dari kawan-kawan sekolah. Tapi by this time saya takut untuk beritahu sesiapa sebab saya tiada bukti selain daripada hanya berpuluh-puluh cerita hitam dalam ingatan saya. Lagipun mak saya sangat over protective terhadap saya, (saya anak tunggal perempuan), akan remuk lah hati dia kalau dia tahu apa yang jadi pada saya. Saya decided untuk diamkan diri dan mengelak pergi ke rumah nenek saya selepas tu, even bila ada kenduri pun saya tak nak pegi, saya pernah dilempang dan dipukul oleh mak saya sebab degil taknak ikut pegi kenduri kat rumah nenek saya. Tapi saya diam saja, dan tetap berkeras tak nak pegi.

Sekarang saya berumur lewat 30-an, saya tak pernah cerita pada sesiapa sebab saya malu dan rasa mungkin orang takkan percaya. Saya juga tak percaya pada sesiapa, saya anggap semua orang adalah berkemungkinan jahat. Saya rasa rendah diri, saya juga mengelak dari berkahwin sebab saya fikir badan saya dah rosak sebab saya dirogol berulang-ulang dalam usia yang sangat kecil.

Sepupu yang merogol saya is still out there, living normally, berkahwin, ada anak 2. Saya serahkan semuanya pada Allah swt, saya belum ada kekuatan untuk stand out there in the crowd and fight for people yang punya nasib yang sama. Saya harap tiada mangsa dia yang lain selain saya.

Terima kasih Wardina sebab menjadi telinga yang mendengar. Sangat besar ertinya utk orang-orang seperti saya. Tuhan saja yg dapat membalas jasa awk.


Kes 3

Sedihnya baca all the stories. Unfortunately it happen in my own family also. But not happen to myself. Just nak share story. 

Pak long saya orang kuat masjid. Nampak alim. Anak ramai. Paklong ni abang tiri mak saya. Kejadian ni jadi masa saya kecik. Dalam umur sekolah rendah gitu lah. Kesnya. .  . Anak paklong saya ni mencabul dan hampir merogol anak saudara beliau sendiri which is cucu paklong saya ni. Cucu pak long saya ni dalam umur 6 tahun camtu. Anak pak long pulak dah sekolah menengah ketika kejadian. Pak long saya memang bela/jaga cucu dia ni sebab mak nya single mom. Yang menyedihkan... this case has been settled secretly and quietly because of the taboo 'malu nanti orang tau'. Somemore keluarga sendiri pulak tu. So sad how an uncle who should protect his niece but the one who ruined her entire life. Same goes to the grandpa.

When i asked my mom why this happen? Kenapa tak report polis. Kesian aisyah (nama cucu paklong) tu. My mom said bapak borek anak rintik! Rupa nya my mom dulu pernah kene molest dengan paklong juga when she's in teenage. 

Astaghfirullahalzimm. Saya terus rasa skeptikal dan jelik dengan orang-orang yang so nampak alim ni lepas kejadian tu. Rasa takut insecure. Bayangkan lah dari zaman mak saya remaja . . paklong remaja. Menurun ke anak cucu dia pulak. Berpuluh-puluh tahun. But it was kept among family saja. Ikut panas baran saya rasa nak sembur je berdas-das kat muka paklong tu. Geram tak tau nak cakap macam mana.

*please keep secret my name ya.”


Kes 5

A TRIBUTE TO ALL VOICES THAT SUFFERED...THANKS FOR SHARING YOUR STORY

I have a story to be told.
I do not know to categorized ths as molest or rape.
I was 6 then;

Uncle saya datang bersama keluarga ke rumah parents saya. Anak-anaknya ramai lelaki.
Jadi, setiap petang seperti biasa, menjadi rutin untuk saya mandi petang.

Selalunya Emak or Kakak yang tolong manage saya selepas mandi. Tapi disebabkan hari tu ada tetamu, saya uruskan sendiri.

Selepas selesai mandi, saya masuk ke bilik, dan masa tu abang saudara saya ada dalam bilik.
Being a 6YO girl, Apalah yang saya faham, he was 12YO then.

Semasa saya nak kenakan pakaian, dia grab saya dan letak tangannya di mulut saya. Dia ugut, kalau saya jerit dia akan pukul saya. Dia paksa saya baring dan lucutkan towel saya pada masa tu. Masa tu memang saya tak faham apa-apa perbuatan dia. Dia duduk diatas saya dan muka saya dipekup dengan bantal. Sakit.

Saya diamkan perkara ini, sehingga saya faham apa maksud sex bila saya berumur 12 tahun.  Pada masa tu barulah saya tahu dan faham, saya rasa jijik dan sangat low self esteem. Saya jadi rebellious dalam diam.

Saya seolah anti lelaki, tambahan bila saya dimasukkan sekolah agama berasrama. Dan sekarang, Dengan titik hitam tu . . Saya didik anak-anak lelaki dan perempuan saya untuk membatasi pergaulan antara lelaki dan perempuan. Saya ajar mereka "Red zone", dimana tempat 'haram' dipegang atau disentuh oleh orang..!

Dan, Impak dari perbuatan Syaitan itu kekal sampai sekarang. Saya seolah putus saudara dengan pakcik dan keluarganya. Saya menjauhkan diri dan tak ingin bertemu keluarga mereka. Allah sebaik-baik pembalas.


Kes 5

saya tengok ramai yang share cerita saya pun nak cerita jugak kisah hitam saya

Tajuknya : Anak lelaki pun tak selamat dibawa ke masjid, tanpa pemantauan kita. because its a public place !

The story is very simple, alhamdulillah keluarga saya keluarga yang beragama, dari kecil memang ayah ajar dan ajak anak-anak lelaki ke masjid.

ketika orang lain tengah solat, selalunya antara maghrib dengan isyak lah budak-budak (lelaki dan perempuan ) dan ramai orang datang masjid.

Ceritanya , tengah orang lain sedang solat jemaah, ada abang-abang yang akan bawa budak-budak lelaki ajar dan buat macam-macam dan macam-macam lagi pengaruh lain yang sangat membahayakan dan kadang-kadang pengaruhnya sangat buruk!

Kes saya, saya tak ingat macam mana ceritanya, masa tu saya kecil lagi dan abang tu dah baligh dalam umur tingkatan, saya pernah diajak masuk kedalam tandas, time tu saya ikut sahaja sebab tak tahu apa-apa. Abang tu bukak baju saya dan bogelkan saya, dan dia pun sama half-naked bahagian bawah. dan dia peluk-peluk saya etc. saya ikut sahaja sebab memang budak kecik nak tahu apa.

Lepas adegan-adegan dah habis , kami keluar tandas, act like nothing was happened. tu dia bagi saya burger sebagai ganjaran . Dan yang paling best.  Dia adalah anak seorang imam di masjid tu.

Kesimpulan: Anak lelaki anda pun tak selamat, kalau bawa pergi masjid pastikan mereka berada bersama anda setiap saat, lebih-lebih lagi ketika anda sedang kusyuk solat. Dalam masa 5-10minit anda solat berjemaah. Macam-macam perkara boleh berlaku kepada anak-anak anda dibelakang anda. Ingat, masjid is a public place and sesiapa sahaja boleh datang dan buat apa sahaja pada anak-anak ketika anda sedang kusyuk solat secara berjemaaah!
(Tolong rahsiakan nama saya ya kak dina, demi Allah cerita ini adalah benar )

  
Kes 6

Allah. Because stories like these need to be told....

Cerita ni masa saya masih kecil. Waktu tu mak ayah sibuk kerja dan panggil seorang lelaki tua yang hari-hari di masjid melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Alhamdulillah atas dasar kenal rapat dan selalu datang ke rumah, dia bersetuju untuk mengajar saya mengaji. Dari mukadam ke alquran sehingga khatam. Mak ayah yang paling bangga dan gembira.

Tapi dalam kegembiraan orang tua saya meraikan majlis khatam quran saya, tersemat satu kenangan pahit yang tak kan saya lupa sampai akhir hayat saya. Saya didera dari segi fizikal dan emosi saban hari . . . Setiap kali sebelum bermula menghafaz, saya dipaksa bercium denggan nya terlebih dahulu. Bukan cium tangan ya, cium mulut seperti french kiss. Gelinyaaaaa saya waktu tu . . Allah sahaja yang tahu dan mendengar setiap adu saya padaNya . . . Dia siap mengajar saya bagaimana perlu saya lakukan apabila kami bercium . . dari tak tahu apa-apa dan hanya kaku . . . saya sudah tahu dan dalam terpaksa saya melayan sahaja bimbang di apa - apakan atau di perlakukan lebih dari itu. Ya Allah kejinya.

Dan selepas mengaji, saya dipaksa menonton aksi onaninya bermain kemaluannya dan memaksa saya. Tak sanggup saya menghabiskan cerita saya kak dina . . . seawal umur 5 tahun saya sudah tahu sedikit sebanyak adegan seks walhal waktu itu . . rakan sebaya sedang sibuk bermain anak patung, masak-masak dan main kahwin-kahwin. Sedihnya saya kak dina.

saya seorg pendiam, saya juga pemalu . . mungkin karakter saya ni membuatkan saya untuk tidak bercerita kepada ibu bapa saya. Maafkan saya.

Nasihat saya kepada ibu bapa, please please pleaseeeee berbual dengan anak. Tanya anak apa yang dipelajari dan bawa berbincang semua topik dalam kehidupan seharian anak. Kadang-kadang kita tak sedar yang keputusan kita tu sebenarnya tak elok untuk kehidupan anak tu sendiri. jangan marah anak dan jangan tengking atau pukul dengan kuat cukup untuk mendidik kerana percayalah . . karekter sebagai ibu juga mempengaruhi emosi anak. Dahulu saya tak mahu cerita kepada ibu kerana bimbang saya akan dipukul kerana ibu saya seorang yang garang.

MasyaAllah, saya tak tahu jika ada mangsa lain yang sama nasib dengan saya, dan jika ada . . bertabahlah. Allah sentiasa ada bersama kita. Dan si pelaku, masih lagi hidup dan hari-hari di surau dan ya . . masih lagi suaranya melaungkan azan setiap kali waktu solat.

Please hide identiti saya.. kerana saya masih lagi merahsiakan hal ini dari sesiapa pun.
Terima kasih. Akhir kata Demi Allah cerita saya benar dan saya tidak mereka-reka cerita.


Kes 7

Assalamualaikum kak Dina, your inbox must be fulled now dengan cerita mangsa -mangsa paedhopile. It is a very scary world we live today. just imagine so many stories yang happen 20-30 yrs ago sedangkan kita sedar, masyarakat hari ini, jauh lebih teruk dari dahulu. With so many porns that can be watch easily at the tips of their fingers, things could not be any better.

Saya sendiri adalah seorg mangsa, has been raped by 4 person that i know, 2 abang kandung, bapa saudara dan guru mengaji. Having 7 brothers, seorang sahaja pernah cuba menolong dan 6 lagi pernah paling kurang meraba saya. So, you can imagine... at the age of 12, saya telah belajar mempertahankan diri sendiri selagi mampu. Its not easy at all. Saya tak pasti, berapa kali saya telah dirogol oleh abang pertama. dan sejak dari umur berapa...

Abang kedua, kemudian mendapat tahu dan yang paling mengecewakan, beliau bukan menolong, sebaliknya mengatakan, jika saya sanggup buat dengan abang pertama, kenapa saya tidak boleh juga beri kepadanya. . . . till now, saya rasa nak menagis bila ingat apa yang abang kedua cakap pada saya. Saya cuma selamat setelah pandai mengelak setiap kali ada sebab untuk saya hanya bersendirian dengan abang-abang tersebut.

Keluarga walaupun tahu, does not realised, how bad it was. Saya sendiri tak tau kenapa saya tidak bercerita kepada ibu atau ayah secara detail. Mungkin kerana takut, malu, menyalahkan diri sendiri, I really don't know.

Saya cuma berani bercerita dengan adik beradik perempuan setelah besar, berkahwin dan beranak . . . bila saya bercerita kepada kakak, she was very surprised of what have happen to me was that bad dan saya pula terkejut, bila beliau berkongsi yang beliau juga pernah dirogol oleh india peniaga kedai runcit dan bapa saudara . . . hmmm . . .
we are not save . . . definitely . .

  
Kes 8

Masyarakat Memang Tenat. Tapi Apakan Daya. Politik Lebih Utama. 

Anakanda wardina,

Tak kurang banyak kes pencabulan dan rogol kanak-kanak di bongkar oleh guru-guru di sekolah. Lebih 20 tahun lepas, guru BM tahun 4 . . . memberi tajuk karangan:

"Pengalaman yang tidak boleh saya lupakan".
Karangan seorang murid perempuan . . . menjadikan kami guru-guru gempar dan ketakutan. Murid ini dirogol oleh bapanya sendiri hampir stiap malam sejak kecil. ayatnya yang masih saya ingat sehingga sekarang:

"Setiap malam bila ibu dan ayah masuk bilik untuk tidur, saya jadi takut. Ayah akan keluar bilik semula untuk membuka TV di ruang tamu di mana saya tidur. Masa itulah ayah akan lakukan perkara itu pada saya."

Aduh . . bayangkanlah keadaan anak ini yg keseorangan. Dipendekkan cerita, pihak sekolah dan pihak-pihak lain yang bkaitan, melawat ke rumah murid itu. Rumah itu kecil, bilik hanya satu, jadi murid ini terpaksa tidur di kaki bujang di ruang tamu. Ngeri dan hancur hati bila di bayangkan keadaan itu. Ibu murid ini tak ambil kisah . . . . yang penting dia sendiri dapat lena.

Akhirnya, ayahnya direman dan murid ini dijaga oleh neneknya di kampong, negeri lain. Selang beberapa ketika, pihak sekolah dimaklumkan dakwaan terhadap ayahnya gugur kerana si ibu memujuk anaknya dan 'saiko' murid tersebut akan implikasi kepada ayahnya kalau dia dipenjarakan.

Rumusan, kami memang ibu itu tak layak dipanggil ibu . . . malah tak layak pun jadi ibu.


Kes 9

Please rahsiakan nama saya okay.

This happened long time ago. Masa saya umur 9-10 tahun dulu. Saya pernah sekolah kafa dulu dan pernah mengalami situasi yang sama. "Ustaz" ni dah tua sangat kak. Masa tu dia dalam umur atuk atuk je. Dalam 50-60. Tapi tak tahu la saya tak ingat macam mana benda ni berlaku. Tapi Ustaz ni treat saya differently dari student lain. Kafa tu kecil. Jadi, student tak ramai. By treat differently, dia selalu panggil saya masuk office dia sorang-sorang. Lepas tu, dia akan offer saya chocs/sweets untuk saya duduk dalam office tu lama. Yelah, umur 10 tahun, dapat choc free mesti suka. Dia juga akan suruh saya duduk on his lap while i makan chocs tu. masa tu memang rasa uncomfortable sangat!! Dia akan 'raba' peha, bahagian kemaluan saya dan puji puji saya. Saya masa tu memang rasa pelik sangat. Rasa tak tahu nak buat apa nak respond apa. Sebab saya tak tahu apa yang dia buat, and I dont know apa saya patut buat!!

Saya mula mula selalu rasa special. Sebab "ustaz" selalu bagi saya markah tinggi, belanja makan. Bila dia asyik panggil saya masuk office berdua dengan dia dan dia buat benda yang sama, saya memang rasa tak selesa. Saya jadi depressed dan benci nak pergi sekolah. Saya selalu akan buat alasan penat la sakit la untuk tak pergi sekolah. Then, one day, sebab saya stress sangat dengan situation tu, setiap kali "ustaz" tu panggil saya pergi office dia, saya akan ajak kawan saya sekali. Supaya saya tak kena benda macam tu dah kak. Memang geram sangat!! Sampai saya belajar betul betul dan bagitahu parents saya yang saya nak tukar sekolah agama atau saya nak berhenti dan tak nak sekolah agama lagi. Takde siapa dalam family saya tahu benda ni. Sebab saya takut. Lagipun benda dah lama. Cuma rasa geram dengan "Ustaz" tu masih lagi ada sampailah sekarang.


Kes 13

Salam, Please keep my identity a secret.

Thanks for sharing the story about child molesting. I thinks it's crucial for the parents out there to know the sad reality about what could happen to their little ones.

I had gone through the experience and I can say that it is still haunting me, making me feel tainted sometimes.. I feeI terrible reading the stories you posted but knowing that I'm not the only one who had been through all that, it's liberating somehow..

I was molested by my cousin when I was 8. I always went to his house to play with my other cousins and when there was no one home, he'd invite me over to play with him. I felt something was wrong but I was only a child then. But I stopped going to his house because I slowly felt terrified of him. Maybe Allah was protecting me back then, before he could totally ruin me.

I only realised that what he did to me was wrong when I was 13 and since then I hated him to gut. I avoided him, never in the same space with him even during family gathering. My family doesn't know about the incident, I never tell them but I always keep an eye on my other younger sisters and never let them near him. I asks them if there's anyone they're not comfortable with, advice them not to be too close to any man even if he's a close family member.

I never had the courage to confront my cousin and I think he already forgot the terrible thing he did to me. It almost killed me to see that he's perfectly fine living his everyday life while I was the only one struggling to block the terrible memory.

I learned to forgive him. It was a very hard thing to do but I think if I don't forgive him for what he'd done, I will never be able to move on. I forgave him and trust everything to Allah's judgement.

Yes, I've forgiven him but I will never forget. I had learned my lesson never to trust anyone easily and blindly. 

To all parents out there, keep you children close to you and observe their behaviour.. please, don't let them face the same thing like I did.. It's horrible to live with that that of experience.

Thanks Kak Wardina, may Allah blesses you and family always.


Kes 11

Assalamualaikum kak wardina selepas membaca kisah-kisah sedih yang di kongsi oleh kak wardina tentang kes cabul kehormatan kanak-kanak, saya terpanggil untuk kongsi bersama apa yang pernah terjadi kepada saya ketika saya berumur 6tahun.

Saya pernah dicabul kehormatan oleh guru pra sekolah (i no longer called him GURU). Kejadian berlaku di dalam kelas sewaktu sesi pembelajaran berjalan. Sewaktu itu saya ingin bertanya kan soalan kepada dia, so saya pergi ke meja guru, namun instead of terus menjawab soalan saya, dia menarik saya untuk berdiri di sebelah kerusi nya, which is half of my body terlindung di sebalik meja guru disebabkan saya rendah. Dia 'meraba' kemaluan saya (dengan memasukkan tangan ke dalam seluar saya), at the same time he warned me to not tell anyone else esp my parents. At that time I know something was wrong. Tapi, saya takut untuk menjerit, apatah lagi untuk melawan perbuatan dia.

Kejadian berlaku 2 kali dalam masa sehari (in which for the second time i was called by him to his desk), disebabkan takut untuk mengatakan tidak, saya ikutkan saja arahan tersebut. Setelah pulang dari sekolah, saya terus memberitahu ibu saya kejadian tersebut, dan police report dilakukan, (walaupun pada mulanya guru besar sekolah tersebut memujuk ibu bapa saya untuk berdiam). Walaupun kes diselesaikan under mahkamah for few years, namun kes hanya selesai dengan arahan pemindahan guru tersebut. Saya mengalami trauma untuk ke sekolah selepas kejadian dan malu untuk berjumpa rakan-rakan di awal fasa selepas kejadian.

Setelah menginjak dewasa (kejadian berlaku hampir 15tahun yang lepas) saya akui balasan yang diterima kepada PENJENAYAH tersebut tidak setimpal dengan KESAN negatif yang saya tanggung sehingga besar. jujur saya katakan, saya tak dapat lupakan sedikit pun chronology of the case, dan kadang kala perasaan amarah timbul dalam hati saya. Saya juga membesar sebagai seorang gadis yang tidak mudah mempercayai orang lain, dan sukar menerima maaf orang lain apabila saya dikhianati oleh orang yang pernah saya percaya. I did try to control sikap-sikap mazmumah yang mungkin timbul kesan daripada kejadian, tapi saya hanya manusia, yang mudah terpengaruh dengan perasaan (dendam dan benci).

Apa yang saya harapkan, parents dapat memupuk sikap berani untuk anak-anak melawan tindakan negatif orang lain terhadap mereka. Kanak-kanak juga should be exposed to this issue (in positive way). Dan, ibu bapa perlu berani dalam menyelesaikn kes sebegini, selagi boleh lawan, sila LAWAN!


Kes 12

Bukan Aib Mendedahkan Pelaku Seksual. Bukan Aib. Lebih Aib Membela Mereka.

Salam Kak Wardina,

I'm sorry terpaksa buat fake account just to message you. I don't want others to know about our identity.

Well, speaking about molest, around 15 years ago, my sister (age 3 masa tu) pernah kena molest dengan suami pengasuh. Pengasuh juga merupakn guru mengaji di kawasan saya. Masih lagi cantik and muda serta menjaga penampilan. Mereka mempunyai anak perempuan 2 orang (5 tahun dan 8 tahun tak silap saya). Saya dan adik saya lagi sorang memang belajar mengaji dengan pengasuh tersebut selepas balik sekolah.

Suami pengasuh (syaitan we called him) merupakan seorang guru sekolah rendah dan masa tu seingat saya sedang melanjutkan pengajian peringkat degree secara part time. Tapi Allah nak tunjukkan kebenaran, Dalam beberapa hari mak saya pelik kenapa adik saya yang berumur 3 tahun tu tak nak minum susu botol and selalu menangis tak nak pergi rumah pengasuh. Walhal sebelum ni dia ok jek. Mak keep on asking my sis and akhirnya adik saya cakap, abah (panggilan untuk syaitan tersebut)...bird (panggilan untuk penis).. mouth... sambil tunjuk mulut dia. Budak age 3 tahun mana reti cakap sangat. Sebijik-bijik dia cakap tapi boleh paham butirnya. Allah!! Untuk makluman, kami diajar dari kecil untuk menjaga private parts and sex education. So words macam bird tu kami semua dah acknowledge.

Mak and ayah bersemuka dengan syaitan and pengasuh. Mereka tidak percaya. Tetapi pengasuh bagi pihak suami meminta maaf kepada kami. Siap mintak jangan report lagi. Yela, suami dia. Takkan tak back up. And siapa percaya cakap budak umur 3 tahun. Suami pengasuh pula tak mengaku.

Dipendekkan cerita, ayah berjumpa dengan lawyer dan polis. Mengikut rakan-rakannya kalau report dibuat memang boleh diterima walaupun pengadu masih lagi budak and berumur 3 tahun. Cuma culture masa tu macam tak open sangat. Mereka nasihatkan ayah tidak report demi menjaga aib semua pihak. Aib katanya. Ayah sedih sangat sebab as ketua keluarga dia tak boleh nak protect anak dia dari syaitan tu.

So, ayah just report ke PPD (Pej. Pendidikan Daerah) dan syaitan tersebut hanya ditukarkan sekolah. As simple as that? Hmm..

Berkat doa mak and ayah, alhamdulillah, adik saya tak ingat langsung apa yang pernah jadi kat dia. Dia tak ingat langsung siapa yang pernah jaga dia masa dia kecik. Kuasa Allah.

I blame our system. Demi menjaga aib katanya kita semua terpaksa berdiam walaupun kes kami ni ayah and mak saya aware and notice. Wallahualam.


Kes 13

Assalamualaikum puan wardina, recently i saw your post about molestion.

I've been molested by my own uncle. every one in this world trusted him because he is a noble man. It happens when i was 7- 12 years old. when i was a kid i don't get the idea what is sex. well you know event word 'kemaluan' is shameful in our culture. Nobody teach me about sex education. My uncle said he loves me, that's why he doing 'that' to me. At first he try to kiss me in the kitchen and behind the stairs. then one day when i was having fever, he came to my room and molest me. It happens frequently in a few years when his wife is sleeping or not around the house. He always mention that do not tell it to anyone, he do it just because he love me. The scene is still vivid till know.

As a kid, i can feel that its something weird. I always try to meet up with the counselor in school but later i didn't tell her anything about it because i don't trust her. The teachers always talk behind the students that is why we doesn't trust them. so nobody in my family know the truth. I totally blame my parents who left me there. i always jealous with my other sibling because the don't know how hurt my life it is. i normally talk to myself or my imaginary friend. i hate it when people touch me or even hug me.

I kept this story for years and it burden me till now. it affecting my teenage life in boarding school. i rebel a lot and doesn't make many friends or good memory in school as much as others teen did. then one day my friend saw me talking alone. we started became friend. she opens herself first telling me about her problems. she also being molested by her cousin. her mom knew about it but they cant do anything. We CANT do anything. we have to keep it secret forever. or else people will start talking behind our back. most of our family wont believe it. It take years for me to accept my fate, think positively and forgive my parent. its really hard to mend your broken heart and soul. even sometimes i still crying for what happen in the past. even though we do look normal apparently but our heart is still in pain.

As we growing up, my friend and i really cover our aurat since we know what the inner part of men are thinking every time they see us. Girls please cover your aurat. please be aware if they starting to praise any part of your body. For mothers PLEASE don't ever left your daughter without any precautions. talk to them everyday what happen in nursery, school etc. so that you can sense if something wrong in their routine pattern.


Kes 14

Bedasarkan cerita sedih dalam inbox saya, ramai pelaku juga terdiri dari saudara dan Pak cik! Ramai juga abang dan ayah sendiri. Message disini ialah berhati-hatilah. Kebanyakkan mangsa TIDAK bercerita walau kepada ibu bapa mereka. Lagi untuk pengajaran --My heart just bleeds.

Assalamualaikum Puan Wardina,

Isu yang sekian lama saya lupakan, kejadian berlaku ketika saya & kakak & even cousins saya masih lagi kecil (maaf saya tak ingat usia berapa ketika itu avarage 5-7 tahun ) tetapi saya tau apa yang dilakukan oleh pakcik (adik my mum) adalah kami tidak suka.

Semasa kecil, saya & kakak tak suka dia datang menjenguk kami di rumah kerana dia akan dokong kami di dinding rumah dalam bilik dan geselkan kemaluan dia pada kemaluan kami (me& my sister)...

Saya masih ingat lagi peritiwa itu dan tak mungkin saya lupakan sampai bila-bila kerana dia sering lakukan pada saya & kakak & cousins saya. Kadang-kadang kami dah mandi & berpakaian cantik tapi di sebabkan perbuatan itu (bahagian bawah seluar kami basah) kami dimarahi mak kerana "kencing dalam seluar''.

Tanpa mengira majlis, kadang-kadang di majlis kenduri kahwin dia akan bawa kami ke dalam bilik lakukan perkara itu. Pernah, dua tahun lalu, satu ketika dia pengsan sebab sakit jantung & saya doakan dia 'pergi' . . . sebab saya & kakak katakan pada mak, itu adalah balasan ALLAH pada dosa yang dia buat pada kami.

Saya tau, kakak & cousins saya tak kan lupakan tapi kami 'terpaksa' lupakan kisah ini disebabkan atas nama keluarga & nenek & nama keluarga.

Kini, saya sudah berkeluarga & mempunyai sepasang anak yang comel. Setiap hari saya berdoa agar tidak terjadi perkara sebegini kepada anak-anak saya, sebab saya tau kesan nya . . Sudah 25 tahun perkara terjadi namun sedikit tak pernah luput dalam ingatan saya.


Kes 15

Assalamualaikum Puan Wardina,

Saya terpanggil untuk menghantar mesej ini setelah membaca kisah puan yang telah dicabul oleh abang sendiri. Bila saya baca kisah beliau, serta merta badan saya mengigil dan berderau kerana teringatkan kisah saya dicabul oleh abang sepupu sendiri ketika berumur 4 @ 5 tahun. Kisah yang dah lama saya lupakan dan tak nak ingat lagi.

Saya dicabul sehingga berumur 10 tahun, dan yang lebih mengejikan, pakcik saya sendiri iaitu ayah kepada abang sepupu tadi turut melakukan perkara yang sama. Walhal, pakcik saya seorang guru mengaji. Betul kata puan, orang-orang yang melakukan perkara ini biasanya orang yang terdekat dengan kita, orang-orang yang kita percaya bahkan orang yang ada agama.

Perasaan saya ketika itu? saya tak tahu apa itu sex dan perkara tersebut salah. saya hanya ingat ketika itu saya hanya menurut apa yang abang sepupu saya cakap dan dia bagitau ia adalah satu permainan. Bila saya dah masuk ke alam sekolah, walaupun saya masih tak tahu sex itu apa, cabul itu apa, tapi yang saya tau saya tak suka, tak selesa dengan apa yang dilakukan oleh abang sepupu dan pakcik saya. Sebagai seorang budak, saya tak tahu nak elak atau melawan.

Puan wardina, kisah hitam ini saya tak pernah ceritakan pada sesiapa kecuali puan. Biar puan war-warkan dan biar masyarakat tahu yang orang 'sakit' ini banyak dalam masyarakat kita. Kes ini orang anggap terpencil sebab tak banyak laporan. sebagai orang yang pernah mengalami, kita tak akan cerita dengan orang lain walaupun parent sendiri sebab ianya amat memalukan dan mengaibkan apatah lagi orang yg melakukannya adalah ahli keluarga sendiri.

Terima kasih atas keprihatinan puan atas perkara ini.


Kes 16

Saya pernah dirogol ketika berusia 5 tahun oleh sepupu saya seorang guru . . Sekarang setiap kali melihat budak atau cerita tentang budak dirogol . . . Saya akan bermimpi tentang peristiwa yang berlaku pada saya. Sangat derita dan saya sangat perit menanggungnya. Ibu bapa saya tidak tahu saya dirogol. Saya dirogol hingga saya bersekolah rendah. Harapan saya cuma satu, tiada lagi mangsa seperti saya. Andai ada yang terjadi seperti saya, saya selalu mohon agar Allah mengambil nyawanya seperti saya pernah mohon untuk saya satu ketika dahulu kerana sampai mati pon, trauma itu tak pernah hilang, Saya sangat menderita, bukan pada fizikal . . .tapi jauh. . . . di dalam jiwa saya.


Kes 17

Assalamualaikum kak wardina.

Masalah ni berkaitan anak buah saya . . dia bukan kecil lagi, tapi sekolah menengah, tapi dia agak pemalu dan pendiam da dalam kelas, tahun ni dia pindah ke sekolah baru, dia kurang suka dengan sekolah barunya . . lebih kurang sebulan lepas sekolah, saya tak pasti pencetusnya apa tapi tiba-tiba dia bercerita yang ada seorang guru kelas, lelaki . . mengajar subjek sains . . dia mengadu, cikgu tu suka cakap ntah apa-apa, bila saya tanya, apa yang ntah apa-apa, saya anggap mugkin sebab subjek sains die yang tak selesa topic-topic yang di ajar, tapi dia sangkal dan memberitahu yang cikgu tersebut suka cakap perkataan-perkataan lucah dalam kelas selain bodoh, bang*** dan sebagai nya, saya pun tak faham apa kaitan bila die marah sebab anak buah saya tidak respon dia mengaitkan dengan underwear etc, bila guru tersebut melawak perkataan lucah student boys akan ketawa . . kelakar . . tapi dia malu dan segan, ada beberapa perkataan yang saya sendiri malu nak cerita, perkataan Stim, basah . . etc . . lately anak buah saya mengadu die suka pulak duduk sebelah meja ank buah saya, dgn mengatakan 'takpe . . cikgu sayang ko', dan suka menggesel-geselkan badan nya pada sisi anak buah saya . . yang mana saya rasa tak patut..

Pernah ada pelajar kelas itu ke pihak atasan untuk minta tukar guru tapi tidak di layan, guru itu pernah dengan bangga menyatakan “ tak de siapa berani usik dia . . nak mengadu . . mengadu la”.

Dan kebelakngan ni anak buah saya suka ponteng sekolah.. Apa tindakan yang saya boleh buat ya kak . . ?


Kes 18

Assalamualaikum wbt. Kak Dina, Saya teragak-agak untuk send mesej ini. 

Tapi diharapkan kisah ini boleh jadi ikhtibar pada ibu bapa di luar sana.

Saya juga pernah mengalami pengalaman yang sama ketika kecil. Mak ayah pergi kerja. Anak-anak tinggal di rumah mak saudara. Kehidupan kami pada awalnya okay-ok je. Hubungan antara sepupu sangat rapat memandangkan family members kami kecil.

Sehinggalah satu hari, saya tersalah panggil sepupu saya ni "gila" (I can't remember why). Cousin saya tu marah and bagitahu sebagai denda, dia akan jentik tangan saya setiap hari selama 100 hari. Kononnya nak educate saya.

Awal-awal tu, memang kena jentik je tangan ni. Oh katanya jangan bagitahu siapa-siapa pun, kalau tak lagi teruk hukumannya.

Sehinggalah dari jentik tangan tu kepada kejadian mula meraba. Dia mula suruh saya pegang kemaluan dia dan tangannya mula meraba kemaluan saya.

Kejadian sempat sekali dua, before saya rasa benda ni salah.  Oh waktu tu umur saya sangat muda lagi. Still di bangku sekolah rendah, sorry i cant really remember the exact number. waktu ni, that person sekolah menengah. Kami beza 6 tahun.

Walaupun kejadian hanya berlaku sekali dua, tapi effect dia life-time!!. Ia sangat membentuk keperibadiaan saya selepas itu. Saya jadi seorang yang sangat pendiam, takut even towards my own dad. Hubungan saya dengan ayah jadi dingin. Saya takut ayah akan buat benda yang sama pada saya.

Dah la tu menambahkan ketakutan saya, lepas that person habis spm, my family offer untuk dia tinggal satu rumah dengan saya. I live in trauma kak. Sangat-sangat takut perkara yang sama berulang.

Until saya darjah 5, saya beranikan diri, bagitahu mak ayah yang ustaz cakap tak boleh budak umur macam saya ni still tidur dengan mak ayah. Sebenarnya tu alasan saya nak kick that person out from my house. Alhamdulillah berjaya. Even muka dia still selalu muncul dalam rumah tu, at least malam-malam dia dah tak tidur situ. Rasa aman lah sikit. Saya simpan lama kisah ni. Saya agak rebel waktu remaja. Mak saya sedih bila saya camtu.

Then saya tak dapat tahan lagi, saya luahkan kat mak semua yang berlaku. Mak cakap "sabarlah, benda dah lama, takyah bagitahu orang lain nanti gaduh pulak keluarga".

Sedih sangat-sangat dengar mak cakap camtu. Dia simpati dengan nasib yang menimpa saya tapi that's all. Tak nak besar-besarkan cerita katanya. Tak nak gaduh family besar.

Kisah lama. Alhamdulillah walaupun saya rebel camne pun, Allah izinkan saya belajar oversea. Situ saya belajar banyak mengenai Islam. Saya belajar untuk memaafkan. Saya cuba. Mula-mula saya gagal. Awal-awal dulu, saya memang sangat dingin dengan sepupu tu, semua orang perasan. Siap ayah dia complain dengan mak saya, cakap saya sombong, layan sepupu-sepupu yang senang dan bijak-bijak je. Anak dia sorang ni, saya dingin gila.

Then, mak cerita kat mereka apa yang terjadi. Menangis ayah dia dengar. Tapi again depa semua pretend tak tahu apa-apa. Mereka again simpati dengan nasib yang menimpa saya,tapi again that's all. Saya tahu tiada apa yang boleh ubah situasi ini. Perkara dah jadi. Yang penting sekarang masa depan. Anak-anak buah saya semua saya jaga, and nasihat kepada depa, dari kecil jangan bertelanjang depan orang tua. Kalau diorang too rapat dengan mana-mana individu opposite gender, saya akan bagitahu apa yang boleh, apa yang salah. Hopefully perkara yang sama takkan berulang lagi.

Allah tu kan Maha Adil. Dia sampai sekarang takde anak.

Ikhtiar macam-macam. Even sekarang I can treat him better than I used to, tapi jauh dalam hati waspada itu sentiasa ada.

Itu yang perlu ada pada semua orang sebenarnya. Percaya jangan membabi buta, kerana hitam putih hati seseorang tu hanya Allah yang tahu.

Sekarang yang penting peranan kita semua untuk me-manusia-kan masyarakat. Ayuh kembali ke jalan Allah. Zaman akhir zaman terlalu banyak fitnah dan maksiat berleluasa. 
Let's stay together and be the ghuraba' (strangers) as mentioned in hadith Rasulullah saw:
"Islam began as strange, and it will return strange as it began; so glad tidings to the strangers".

Please doakan saya dan mangsa-mangsa lain supaya boleh keep strong and setiap kezaliman/penganiayaan yang berlaku sebelum ini Allah hintung sebagai pemberat amal kami di akhirat kelak.

Doakan hubungan baitul muslim yang baru dibina diberkati Allah.


Kes 19

The Thing That Bothers Me Is – Syaitan berwajahkan manusia ini Semua Tak Kena Tangkap!!!

Lately ni saya nampak banyak kisah-kisah mengenai child pedophile yang akak share di page akak ni. and i really think its a very good thing to do.

Actually the reason i texted you is because i wanted to share my story regarding that matter as well. Ever since kes mengenai pedophile ni jadi viral, memori saya mengenai peristiwa tu datang balik dan saya rasa sangat stress coz i couldnt tell anyone about it, even my own parents. Reason-nya sebab saya belajar agak jauh dari rumah, jadi saya tak mahu lah ibu ayah saya risau although this incident happened years ago (when I was 6).

So here is how the story goes. Masa saya di tadika, my body was already quite big for someone my age. I was like the tallest in my class and saya jugak seorang murid yang sangat aktif dan berani. Semua pertandingan saya masuk. Sampai lah satu hari ni, cikgu offer saya masuk pertandingan menyanyi. Dan mungkin rezeki saya masa tu, saya berjaya masuk sampai ke peringkat negeri. So, sewaktu preparation untuk pertandingan tu, cikgu upah lah seorang photographer ni untuk ambil gambar saya. He was probably early 40 kalau tak silap. Sebab kan die perlu amik gambar saya, die selalu lah datang ke tadika saya tu and lama-lama saya pun jadi mesra dengan die.

One thing he always does bila die datang ke tadika tu is die akan panggil saya dan suruh saya duduk atas riba die. Sebab kan I was only 6 that time, saya pun ikot jela. Setiap kali saya duduk atas riba die, tangan die mesti akan berada di antara peha saya and i can feel his hand caressing my private part. Mula-mula he does it softly, lama-lama he started to become harsher. At first saya takde fikir pape coz im only 6 and i thought it was normal, but after a few time saya mule rasa confused, kenapa die but macam tu. Then saya mula rasa tak selesa bila die buat macam tu, so bila die datang je mesti saya refused untuk duduk atas peha die but still he will force me so.

Until one day tak tahu lah kenapa, saya bagitahu parents saya pasal ape yang pak cik tu buat pada saya, dan ayah saya sangat marah. Jadi selepas tu, setiap kali saya kena berlatih menyanyi, ibu saya akan teman saya supaya pak cik tu tak berani buat macam tu lagi pada saya. Saya tak pernah faham sbenarnya kenapa ayah saya sangat marah masa tu, sampai lah saya masuk sekolah menengah dan saya start tahu mengenai perkara-perkara ni baru saya faham bahawa perbuatan yang pak cik tu buat pada saya di panggil mencabul. Dan waktu tu masyAllah say sangat takut. Naif sungguh saya dulu.

After i realized what he actually did to me, i trained myself to be very protective over my own body. Dan untuk pulih kan mental saya, saya ajar diri saya untuk menjadi lebih berani dan confident. Saya perasan kebanyakan mangsa-mangsa dalam cerita yang akak share ni, selepas peristiwa hitam tu berlaku pada mereka, mereka jadi pendiam dan takut dan saya rasa benda tu tak bagus because in order to help yourselves in overcoming the trauma u need to be brave and strong. Because if you dont, u will never recover.

I know this story isnt as bad as others but still, only the person yang mengalaminya akan faham. Until today it still gives me chills setiap kali saya teringat mengenai perkara ni. Its been more than 15 years, saya tak tahu pak cik tu hidup lagi ke tak. Wherever he is, saya harap die dah bertaubat dan tak lah buat perkara yang same pada kanak-kanak lain. Saya dah lupe muka die macam mana dan saya tak mahu ingat pun rupe die. I forgave him but i will never forget what he did.

Thank you for reading my story. Now i feel like the burden has been lifted from my shoulder a bit. Thanks kak dina. I hope this story can be a lesson utk parents out there supaya jangan senang-senang bagi anak-anak mereka main-main dengan strangers.


Kes 20

Assalamu'alaikum Wardina,

Saya terpanggil untuk cerita pengalaman saya sebagai seorang mangsa rogol seorang ayah. Mungkin hal ni boleh dijadikan pengajaran buat semua. Hal ini berlaku ketika saya berumur kira-kira 10 tahun. Pada ketika itu mungkin waktu cuti sekolah dan emak tak ada di rumah. Ayah memanggil saya untuk masuk ke biliknya. Saya tidak syak apa-apa sebab memang waktu tu hubungan dengan ayah seperti biasa seorang anak dengan ayah. ketika itulah ayah menyuruh saya berbaring dan dia merogol saya. Saya sangat terkejut dan tidak tahu hendak berbuat apa. Antara terkejut, rasa takut dan sedih. Ayah memang dikenali dengan sifat garang menyebabkan saya tidak berani bersuara. Tambahan lagi takut ibu sangat bersedih. Ayah juga seorang pemabuk. Dan pernah beberapa kali saya mendapati minuman keras berada dalam peti ais.

Kakak juga mungkin mengalami hal yang sama kerana setiap malam, saya ternampak ayah menghampiri kakak dan kakak sering bergerak-gerak. Saya berpura-pura tidur. Dan waktu itu juga ayah sering menyentuh kemaluan saya.

Hal ini berlaku untuk beberapa ketika terutama waktu cuti sekolah bila ibu tak ada kat rumah. 2 kali ayah merogol saya sehingga Allah memberikan saya kekuatan untuk melawan. Bila saja ayah menghampiri atau menyuruh saya tidur di sebelahnya, saya akan menolak dan menjauh. Dia malah pernah mengatakan ini kepada saya "ini ayah saja, tak apa". Sakit hati saya mendengarkan kata-katanya. Setiap hari saya berdoa agar Allah jaga saya dan tutup aib saya.

Abang juga pernah menyentuh kemaluan saya ketika saya tertidur di sebabkan semua hal ni, saya mudah terjaga di waktu malam dan susah untuk tidur ketika bilik gelap. Saya juga jadi seorang yang panas baran dengan harapan, boleh menjaga diri saya dari menjadi mangsa.

Hal ini sudah terlalu lama dan masih menghantui saya sehinggakan saya takut untuk berumah tangga. Sedangkan rumah sendiri yang sepatutnya membuatkan kita rasa selamat pun tidak selamat untuk diduduki, inikan pula orang yang tidak dikenali.

Sehingga kini, saya masih menetap dirumah yang sama dan hari-hari juga menatap wajah yang sangat saya benci . . Saya cuba melupakannya namun perkara itu sangat pahit untuk dilupakan, Apatah lagi bila pelaku dihadapan mata.

Sekarang saya mempunyai 2 orang anak buah yang tinggal bersama dan seringkali memori itu menghantui saya dan saya takut hal yang sama berlaku kepada mereka.

Sekarang ayah memang tidak berani untuk melawan kata-kata saya. Mungkin dia takut hal tersebut akan terbongkar. Saya tidak pernah menceritakan hal ini kepada sesiapa sehingga tahun lepas saya tercerita kepada bekas tunang saya sebab takut akan penerimaannya nanti. Ini kerana saya malu dan terasa hina diri ini. Saya takut akan terbongkar aib saya bila Allah telah jaga rahsia ini. hal ini hampir-hampir saya menceritakannya pada ustazah yang saya kenali namun saya tidak berani dan melupakannya. Hari ini saya terbuka hati untuk menceritakannya kerana sudah tidak tahan menanggung rasa perit.

Dari kecil, memang didikan agama dalam keluarga saya sangat kurang malah hanya di tempat sekolah agama saya mendapat didikan agama. Saya juga mendapat kekuatan setelah mendengar tentang perbuatan sumbang mahram disekolah.

Itu saja yang dapat saya kongsikan. Hanya akak dan bekas tunang saya yang tahu. Bekas tunang saya hanya tahu yang saya tidak suci tetapi tidak mengetahui siapa pelakunya. Harap akak tolong rahsiakan nama saya.


Kes 21

Salam Dina,

Pray this message finds you in your greatest state of health and iman inshaAllah.
Mintak kongsi juga pengalaman hitam saya supaya ramai ibu bapa lebih berjaga dan mengambil berat soal ni.

Kejadian Pertama,
Tahun 1980an, Umur saya : 5 tahun lebih, Umur pemangsa: 7 tahun

Bukan typo. Memang 7 tahun. Kami berjiran dan mak ayah berkawan baik. Selalu dibiarkan bermain bersama (saya dan abang, pemangsa dengan adik perempuan sebaya saya). Satu hari kami main sorok-sorok dan pemangsa cadang untuk menjadi team saya dan mengajak saya sembunyi dalam bilik. Dia kunci bilik, dan mengeluarkan majalah lucah dan menunjukkan gambar 'penetration' untuk kami cuba. Saya tak nak, tapi dia kata 'best'.

So I let him caused I didnt know it was wrong. Told my mom but she said I made up stories and didnt believe me. Happened a few times till I knew it was wrong and I fely disgusted and avoided playing with him again. My mom was upset caused she adored that boy who seem to be a very obidient son.

Kejadian Kedua
Tahun: 1990an, Umur saya: 12 tahun, Umur Pemangsa: 14 tahun, abang kandung saya sendiri.

Abang masuk ke bilik saya, melucutkan seluar saya dan cuba merogol saya. Saya tendang dan berlari mengejutkan adik saya Darjah 3 dengan alasan untuk temankan saya ke bilir air. Abang keluar dari bilik saya. Tak lama selepas itu saya diterima masuk asrama penuh. Alhamdulillah saya gembira kerana 'selamat' dari perasaan takut dan curiga setiap kali bersua muka dengan abang.

Kerana takut Mak akan menuduh saya buat cerita lagi (sebab abang anak kesayangan Mak yang 'baik' dan tak pernah melawan kata, bukan macam saya yang rebellious), saya pendamkan cerita. Tapi beberapa tahun selepas itu, abang lari dari rumah dan menulis surat menceritakan kisah malam itu kepada mak. Abang menyalahkan material porno (video cassette) simpanan Ayah yang menyebabkan dia tergamak nak menjadikan adik kandung sebagai mangsa. Mak dan Ayah tak bertanya apa-apa tentang peristiwa itu kepada saya. I guess it was 'in the past' so it does not matter.

Kejadian Ketiga
Tahun 1990an, Umur saya : 16 tahun, Umur Pemangsa : 40an, Rakan ayah saya.

Ayah terlalu percayakan dia, meminta dia memandu saya pulang ke rumah dari shooting (dia pelakon tambahan drama). Sepanjang perjalanan, dia meraba paha saya. Sampai ditempat sunyi dia berhenti kereta dan 'mengajak' saya berzina, saya tolak. Kemudian dia 'masterbate' dihadapan saya. Saya tak cerita juga kepada mak ayah sebab mereka akan salahkan saya.

All these had affected me tremendously. Number one, I trust no one, not even my own parents. I also have a strained relationship with my mom. I tried very much to respect and make her happy, but deep down we both know there is a huge monsters swept under the carpet. She rather not talk about it, I find it hard to ignore it.

Alhamdulillah, I am now in my 40 and have children of my own whom I pray everyday to be safe from all these.

But I have yet to find a happy ending for my 70 y.old father who is still addicted to (now internet) porn and shows no sign of slowing down. May Allah shower His mercy for both my parents and guide them to His path, amin. I have forgiven all those who wronged and didnt satnd for my right, but I can never ever erase it from my mind. Allahu musta'an.
pls let me be anonymous, may Allah rewards you greatly for spreading this awareness. Hugs to your lil darlings


Kes 22

ANTARA 'CARA' MODUS OPERAND. NI SEMUA ADALAH DENGAN MENGAJAK ANAK-ANAK SUCI INI "BERMAIN GAME" . . . MASALAH BUDAK-BUDAK TAK TAU BENDA TU SALAH. THEY ARE INNOCENT. SENANG DIJADIKAN MANGSA

Assalamualaikum kak wardina.

Bila baca apa yang akak kongsikan, saya cuba memberanikan diri untuk menaip & cerita apa yang terjadi dengan diri saya. Agak berat pada mulanya, tapi biarlah ianya menjadi iktibar buat ibu bapa diluar sana.

Saya anak bongsu daripada 4 adik beradik. Latar belakang keluarga? Atuk saya seorg ketua kampung, imam kariah & tokoh maal hijrah (masa sekolah menengah). Saya menjadi mangsa kepada abang sepupu & pakcik saya (adik ayah). Kalau ikutkn, perkara ini maybe tak sepatutnya jadi. Iye la, pakcik anak seorang imam. Abang sepupu cucu imam. Masa tu saya berusia 5 - 8y. Pada mulanya abang sepupu, dia agak rapat dengan keluarga kami. Dia slalu geram dengan saya, maybe sebab kecik-kecik saya putih & chubby. Tapi ayah & mama tak syak apa-apa. Lagi pun dia tak de adik perempuan.

1 hari tu dia panggil saya, peluk-pelu & cium-cium. Saya cuma tahu, kalau peluk & cium kira orang sayang kita. Ianya berlarutan sehingga dia memasukkn sesuatu dalam kemaluan saya. Saya masih ingat. Saya hairan napa ada darah. Dia cakap jangan cakap dengan sesiapa. Saya takut. Mama & ayah saya sangat garang. Saya tak berani nak cakap. Pernah sampai seluar berdarah. Bila mama & ayah tanya, saya ckp saya jatuh. So mama tak syak apa-apa. Saya takut nak cakap sebab takut kena marah. Rasa sakit tapi bila saya merengek, kakak-kakak cakap saya mengada-ngada anak bongsu katakan. Masa tu kakak darjah 5 or dajah 6 kot.

Pasal pakcik, masa tu kami balik kampung. Balik sebab pakcik ni, buat akikah anak dia kat rumah atuk. Ni anak pertama, isteri dalam pantang. Saya masih ingat. Time tu, saya main-main dengan sepupu lain. Main-main jadi suria baja hitam la, main masak - masak la, jadi power ranges la. Pakcik panggil saya, cakap nak main game tak? Dulu kn famous game super mario, tank, pacman. Bila kena ajak sapa yang tak nak. Budak-budak kan. So, saya pun ikut. Pakcik cakap jangan cerita dengan sesiapa & jangan ajak sesiapa. Dalam otak fikir nak main game je. Saya pun ikut pakcik balik, ayah nampak saya ikut. Pakcik cakap nak bawa saya pergi rumah dia, ayah tak syak apa-apa. Ayah benarkan. Bila da smpi rumah dia, hanya dia & saya je. Dia buat air & main game sama-sama.

Lepas tu, dia cakap da la. Kita main game lain, dia ajak masuk bilik dia. Suruh baring kat katil, buka baju. Dia ckp kalau sakit cakap, disebabkan sebelum ni abang sepupu pernah buat macam itu. Saya hanya diam. Saya tak tahu itu adalah salah. Saya fikir, oh orang sayang sebab dipeluk & dicium. Bayangkan la masa tu apa yang saya tahu. Saya dapat tahu apa yang dilakukn terhadap saya adalah selepas saya darjah 6. Masa tu, cikgu-cikgu buat kem untuk upsr. Cakap maruah kita bukan rambut sebab ada pepatah kata rambut mahkota wanita. Cikgu cakap miss v tu mahkota kita.

Lepas tahu itu adalah salah & saya mangsa sumbng mahram. Saya jadi seorang yang memborantak. Saya jadi menyampah & sakit hati dengan diorang yang buat saya macam tu. Tapi saya tetap tak berani nak cakap dengan adik beradik lain & mama serta ayah walaupun saya memberontak.

Kak, walaupun saya dah berkeluarga & mempunyai anak. Bayang - bayang tu masih menghantui saya. 4 tahun lepas, saya balik kampung. Jumpa la dengan pakcik ni, masa tu raya. Boleh dia ckp "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, Kosong-kosong. Kalau ada yang tak puas hati, jumpa di Akhirat". Sakitnya hati saya. Dalam hati, puii. Berlagak suci & baik. Saya seboleh-boleh tak mahu berjmpa dengan mereka lagi. Ada masa saya fikir, korang ada anak tunggal perempuan. Kalau orang lain buat kat anak korang baru padan muka. Walaupun anak mereka tu adik sepupu saya sendiri. Sekarang saya ada 3 orang anak perempuan. Saya takut sangat. Walaupun anak baru darjah 1, saya ajar dia. Jangan bagi orang sentuh dia. Kalau orang sentuh sepak je. Dulu mama & ayah garang. Sekarang saya cuba jadi ibu yang mesra dengan anak-anak. Biar anak-anak berkongsi masalah mereka. Biar saya rapat dengan anak-anak. Mak ayah di luar sana jangan la terlalu garang sampai anak takut nak luahkn apa yang mereka rasa.

Mak & ayah diluar sana. Kalau ianya terjadi pada anak, buat la report. Tak perlu nak fikir gaduh adik beradik. Fikirkanlah trauma anak anda & fikirkan kalau ianya terjadi kepada anak yang lain ataupun anak org lain. Tak perlu nak jaga nama untuk orang yang macam ni. Saya harap sangat, saya dapat lupa apa yang terjadi. Jangan fikir pedo ni hanya wujud kat negera orang putih je. Kat Malaysia berlambak sebenarnya tapi tertanam sebab nak jaga hubungan keluarga & tak mau gaduh kononnya. Terima kasih kak, sebab mengutarakan perkara ni. Moga Allah swt memberkati & melindungi akak sekeluarga.


Kes 23

Semoga semua cerita dijadikan iktibar.. pedofile is real and it's sickening

Mengalir air mata saya bila baca post-post mangsa pedo. Sebab saya sendiri mengalaminya.
Dicabul dan dirogol dengan pakcik pakcik sendiri.

Pakcik 1. Adik ayah saya. Saya berumur 5-6tahun. Dia berumur awal 20an.
Waktu tu pakcik saya tidak bekerja dan menumpang di rumah saya.  Dia yan sering menjaga saya ketika ibu dan ayah bekerja. Adik-adik pula diletakkan rumah pengasuh. Dia sering ajak main masak-masak. Saya jadi mak. Dia suruh saya bukak baju dan pakai kemeja dia. Dia pulak berbogel separuh badan.  Kemudian dia berbaring, suruh saya peluk dia, cium badannya. Kemudian dia buat benda yan sama. Saya takde rasa apa-apa dan pikir hanya main masak-masak.

Pakcik 2 .adik tiri mak saya.
Waktu tu, arwah datuk saya meninggal dunia. Umur saya 8 tahun. Dia pula belasan tahun. 18 mungkin. Malam tu, ramai saudara tidur di rumah. Saya tidur sebilik dengan nenek tiri dan sepupu perempuan yang lain. Pakcik ni tengah malam datang ke bilik, dan merogol saya. Waktu dia buat tu, saya sedar, tapi saya kaku, saya tak berani nak bergerak. Saya tak faham apa dia buat dan mendiamkan saja..

Malam ke-esokannya pun dia ulang lagi perbuatan yang sama. Dia hempap badan saya dan memasukkan kemaluan dia, kemudian dia melakukan oral seks terhadap saya.

Bila tidur di kampung, kami beramai-rami semua tidur di ruang tamu, dia akan datang konon-konon ke tandas, tapi singgah ke tempat tidur untuk meraba kemaluan, saya nampak dia buat benda yang sama kepada sepupu-sepupu yang lain, tapi semua mendiamkan diri.

Pakcik 3 adik ipar ayah saya.. 
Seorang yang alim, Waktu tu saya 12 tahun. Saya tidur di rumahnya sebab nak bermain dengan sepupu sepupu perempuan yang lain. Waktu tu, kami semua dah masuk tidur, saya tidur bersama sepupu perempuan sekatil, Saya tidur di bahagian luar. Kemudian dia datang kononnya nak betulkan kelambu, sambil tu, dia masukkan tangan dan merabaraba kemaluan saya, sedangkan saya tak tidur lagi, saya hanya berani kakukan diri, kemudian saya palingkan muka konon-konon terjaga, dia terkejut dan sambung berpura-pura betulkan kelambu. 

Saya angkat sepupu saya yang tengah tidur dan tidur di bahagian dalam, dan saya menangis, saya takut akan dirogol lagi. Saya kejutkan sepupu saya dan menangis beritahu nak balik . . nak ibu . . nak ibu . .  Waktu tu dah 1 malam..

Pakcik nak hantar saya naik motor, tapi saya takut dia buat benda tak senonoh waktu dalam perjalanan, Saya paksa sepupu ikot dan duduk di tengah-tengah.  Keesokannya semua ketawakan saya sebab menangis nak ibu tengah malam,  Sedangkan semua tak tahu apa yang syaitan bertopengkan manusia ni buat..

Saya membesar dengan perasaan membenci lelaki dan sentiasa takut. Cerita ni saya hanya ceritakan pada adik lelaki saya bila saya berumur 19 thn sebab ibu bapa saya risau saya belajar jauh-jauh bersama teman lelaki, terlepas cerita sebab saya geram mereka salah anggap dengan kami, sedangkan saudara sendiri lag syaitan.

Saya ceritakan semua pada ibu bapa saya bila saya balik cuti sem. Parents saya sangat marah dan pergi memukul pakcik kedua yang merogol saya, takde report dibuat, pakcik pertama dan ketiga lepas macam tu je.

Sekarang saya dah berkahwin dengan teman lelaki dulu dan mempunyai 2 orang anak, dia tahu kisah gelap saya, tapi saya tak pernah tunjuk mana satu pakcik syaitan tu,

Setiap kali terjumpa pakcik-pakcik syaitan waktu raya, saya rasa kemarahan yang membuak-buak hingga rasa nak memukul dan membunuh dia..  Saya tak kan maafkan perbuatan mereka. Biar mereka merangkak dalam neraka di akhirat nanti..


Kes 24

Kak Dina,

I have been staring on this screen for about 10 minutes, typing and deleting the words. I don't even know how to begin or to which part should i share or keep. Our community is sick, and nobody is doing anything for it. That was the saddest part.

I was one of the victim too, along with my eldest sister. To someone that we trusted upon, someone that in the Islam said we must respect and love unconditionally, to the hand that has feed and raised us; to our very own father.

My parents are less lucky in terms of monetary and education but they work hard to ensure there is always food to feed their six children and all of them to be educated, can read and write, be successful and such. There are 6 of us, 3 boys and 3 girls. My dad molested my eldest sister whom is 8 years older than me, since she reach her puberty and verbally abuse her till last year. While for me, I was molested by my dad, eldest brother and second brother.
For my story, being the youngest, I have always being pampered by everyone. So getting kissed and hug, i thought is was an expression of love.

Well, i was 5. Which kid doesn't feel proud being love and admired by the family. I was twice molested by my eldest and second brother. When I was very young. I still remember how the rooms look like, it was a sunny day, mom was outside. My eldest brother asked me to lie flat on the bed, pull down my skirt and started to kiss me. He told me to keep this as a secret and i was his favourite little sister. The next day, my second brother did the same. That was all it. They never touch me at all after those incident. That was the first and last. Still, i was molested by my own blood.

Coming back to my dad.  My parents both are working in rubber plantation, so the routine was for her to wake up at 5, boil water, make breakfast, pray and then leave house to tap rubber. It all started when my mum send we to wake him up for breakfast every morning. At first my dad asked me to help him massage his legs, step on his body. As his child, I dare not to say no because i thought that was the least i can do, knowing that they had work hard under the sun, walking and carrying heavy latex just to let us live. But then he started to asked me lie beside him, he said to pamper his kid, of course. then he begin to caress my body, nipple, kissing my neck, biting my earlobe, massaging my thighs. There was a time he was touching my private part, and say, " you must protect this area from the guys out there. You should not let any guy touching it".

How irony. He was well known in our neighborhood as a witty guy. I really thought that he do it as an act to show his love to his daughter. I told my mom on this, she said, "keep quiet, Ill talk to him. but we cant do anything. If he got caught, nobody is going to feed us. How can i go to tap rubber when i can't even ride a bike or drive a car. Who is going to send you to school". These continue till i was a little older, i felt very uncomfortable and i pull myself away from him. But, that was the time when he started approaching my elder sister.

My sister is blessed with hormonal beauty as a growing teenager, then he started to do the same to her, molesting her boobs, hugging her, pinching her buttocks, and fed with other vulgar words like "ayah geram tengok bontot kau. badan berlekuk ". How could a father dare to say those word out loud in front of his kids and wife? without any shame on his face? My sister was scared, she dare not to tell anyone, though it was obvious. She took another escape plan, ran away from house. She was 15. She leave everything behind, family, education, friends and started to live independently finding her own "safer place". I blame my dad. She was a bright young girl, loved by everyone, her life ruins because of his wrong doings.

My sister now is married with 3 adorable, smart kids. She has a daughter. They are all living together at my parents house except the husband who came back once a month for a long break. On the day she knew she was carrying a girl in her tummy, she got worry. Both of us had a long chat and we started to share all this dark stories between of us. She told me that when she deliver her 1st babay, our dad is verbally abusing her. Again, the vulgar words came out like "besarnya tetek kau, geram ayah". But, this time was different. My mom stood up on us. She told my dad "dare not to touch my daughters, or i shall report to the police, i will call the TV people to show how shameful you are as a father. I will let everyone in this Felda knows about this."

Finally. So we decided that we will protect my niece from our dad. She will not be the next victim of our father. As she grew up, we teach her to say NO when any guy hug her, even her father. We teach her to become a physically strong, fearless but kind hearted girl. We are very strict on Aurat, in the house. Nobody should being seen uncovered or wearing minimal clothes. Even if you are a boy. Everybody should be dress properly. No chance of my niece to wear short skirt or short pants. Neither do the boys get the privileged of going topless. Even when you are with your siblings and parents. We teach them about shame. Now, when my father approach her to kiss, she push him away and saying "tepi la, atuk. kakak tak suka. rimas". Outloud. She complaints to my mom when my dad did this. She told everyone. I was relief. She is 5 years old now, yes she is rough as compared to other girls but I was happy because i know, she is safe.

Because of our past, my sister ruins her youth, education. Imagine how far she can go if this never happen. She was bright and smart. We are giving her support in every way. Meanwhile, I grew up with having trust issues with guys and half of me still love him as he is my dad, whom work hard day and nite to ensure i got the best education, part of me hating every bit of what has happen. Nevertheless, the past is past. We are unable to change what has happened to us, but i pledge to myself and so does my sister, that we will stay strong and stop this wrong doing in the family. We will ensure our little girl to grow safe and be the best person she wanted to be. I forgive him as a daughter whom loving her parents unconditionally, but I will ensure that if it ever happens to our girls, I'll make sure he will rot in prison. He is my dad, yes, but he has no rights to ruin our life. I'll speak up this time.


Innalillah hi wainnailaihirajiun,
Ikhwah wal akhwat, banyak saaaaaaaaaaaaaangat tugas kita, amanah pada ummah ini, amanah pada dakwah ini, amanah pada risalah ini. Sama ada kita pendakwa atau kelak kita di dakwa. Sakitnya di “Sana”.

Pilihan yang kita ada selepas baca post ini adalah, selamatkan diri kita!,

Bukan di dunia sahaja, tapi di akhirat, Bagaimana nak selamatkan diri di akhirat?

Tiada pilihan lain, hanya dengan lasso, Lakukan syahadatul Haq Fiiliyah bersungguh – sungguh. Itu sahaja pilihan untuk di dakwa. Telah berlalu masa rehat, berangan – angan, sudah – sudahlah asyik memikirkan hal peribadi. Ummat ni tak berubah lah.

Ummat ni serius nazak, semua kisah di atas di kongsi 10-30 tahun lepas. Sekarang Philopedia lagi parah. Woi, bangunlah !

Bagi yang ada anak perempuan, tahanlah keinginan tersebut dari post gambar anak di FB, kurangkanlah atau tiadakanlah. Anda tidak rugi apa – apa. Bersabarlah dari post untuk selamatkan anak anda sendiri. Kasihani mereka, ramai mangsa yang melihat dan ghairah menanti masa dan mangsa. Tolonglah!



p/s : Hampir 3 minggu tidak post, kerana kasihani ummat ni semakin parah, maka banyak masa di beri dalam membina.