-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, February 1, 2012

Rumah Bujang Orang BerIman


"Blog Rumah orang beriman"

Pernahkah anda mengimpikan Rumah anda yang gimana !!

Bersedia untuk di tayangkan Impian rumah kami !, kami panggil “Rumah bujang orang beriman”.

seakan impian kalian, Siapa yang tidak hinginkan rumahnya hidup cara hidup orang ber-Iman. Sila berimpikannya sekarang, huh! Kerana orang beriman ini setiap perkejaannya, tingkah lakunya, perbualan, perbuatan, ia ingin yang terbaik dan usahakan sehabis baik kearah yang diimpikannya tersebut, anda ber-Imankan dengan Hadith Rasulullah!

Jadi, perbuatannya itu di buktikan selepas mengidam Impian, Impian Jaya yang macam mana iye? Ha. . . macam ni impian kami. . .

Masa awal-awal penubuhan rumah kami ini, kami sepakat sampaikan hasrat masing - masing impikan nak rumah ini “dibumikan” yang macam mana.

Jadi. . . anda juga boleh meniru style ini agar Hidup anda lebih KooL, dan Machoo
Duduklah anda bersama ahli rumah anda, bincangkan Impian tersebut. . . (dah macam exam, ia memang. . . hidup ni exam Bro)

Analoginya seperti exam, (sila bayangkan exam Kalkulus, Peh Sains Tulen!!).

Anda pasti study : Impian diberi, ditadahkan, “kalau buat macam ni, anda akan dapat macam ni macam ni(hanya diberi sekadar teori)”. Wah!

Masa Exam : Adalah masa usaha anda lakukan, kerjakan impian yang dihasratkan tadi. Anda akan all out bukan! Nampak 4 flat dihadapan dengan harapan Bank Negeri Taja, (saya tahu, anda taknak berfoya dengan wang tersebut, kerana anda nak sumbangkan dijalan yang Haq & manfaat bukan! Demi Redho-Nya)

Keputusan : bergantung pada usaha, keputusan tersebutlah anda akan nilai sama ada Berjaya dengan apa yang anda impikan atau tidak, jika tidak anda pasti akan usaha lebih gigih, mengatur strategi lebih tersusun, bersedia awal, minum hanya air Vico kerana Milo boikot dll. Jika Impian tersebut tercapai, adakah berhanti setakat itu? Pasti anda akan bina Impian baharu bukan! Iyeah!!

Begitulah !

Kami. . .

Kami, sepakat panggil rumah bujang orang ber-Iman. Di isi dengan ukhuwah mata bersinar, Liqo kecil tadabur ayat Al-quran jika berkesempatan (belum Istiqamah lagi,hu). Bergegas berjemaah di surau berdekatan, jika kelewatan, akan berjemaah juga walaupun di “Rumah bujang orang Beriman”

Penah mereka ahli rumahku bertanya. Kemana wahai Talhah balik lewat menyebabkan kami risau dan Rindu. Gulp. (sila beriman, bahasanya inilah Ukhuwah kami) Wahai Ahli rumah “Ruh-Bob” yang ana sayangi kerana Allah, jawapan ku “sesungguhnya solat ku, Ibadah ku,Hidup ku dan mati ku kerana Allah”. Aku berusaha sampaikan bahawasanya aku membantu ummat yang dahaga diluar. Iye medan Dakwah & Tarbiyah di kala ini, adalah fokusnya di kampus, jika fasa bekerja maka fokus Dakwahnya adalah dengan kawan sekerja tanpa menafikan usaha Dakwah pada tempat-tempat yang lainnya. Cuma terfokus adalah di mana kita berada. Sila bertapak di bumi bima sakti ini. eh

Tapi aku perlu sedar bahawasanya, mereka dan aku adalah satu jiwa, saling memerlukan dan saling mendoakan, aku perlu adil membahagikan masa, aku berusaha luangkan masa jua sekali masak bersama. Makan bersama, riadah bersama, tapi ketahuilah ahli rumahku, ianya tidak cukup sekadar itu, jika yang merasa kehangatan Iman ini, ia berputar sekitar kita sahaja. Kehangatan ini perlu dikongsi dengan mereka diluar. Ana menyayangi antum dan menyeru untuk kita sama-sama berbakti, kerahkan tulang 4 kerat yang kita ada, bantu mereka yang memerlukan kefahaman Ad-Deen diluar sana. Ana diluar mendidik mereka yang dahagakan sentuhan Tarbiyah, infaqkanlah masa untuk kebahagian akhirat yang adil segalanya dan tiada penipuan. Menawarkan diri pada sesuatu yang boleh disumbang untuk Ummat. Biarlah kehadiran kita dirasai mereka. Seperti pesan Umar Al-khatab, ketika menghantar gabenornya ke wilayah baru “Jika kamu dapati disana tiada pemimpin, maka jadilah kamu seolah-olah pemimpin mereka, jika disana ada pemimpin, maka kamu jadilah salah seorang daripadanya(memberi manfaat)”.

Siapa yang tidak hingin kan keseronokan. Tapi inilah keseronokan yang ana dapat sekarang, susah untuk bina rasa seronok melakukan kerja kebaikan seperti mana dalam kisah 3 idiot (ketika Raju patah kaki di hospital, barulah dia faham hidup ini), akan aku hormati masa mendatang manfaat bersama kalian, jua kalian bantulah. Ukhuwah ini perlu saling dibina bersama. Bukan usaha satu hala. Bukankah seerah telah membuktikan kisah Muhajirin dan Ansar. Saling bekorban dan menyayangi antara satu sama lain kerana Allah.

Oh agak peribadi Diary di atas tadi ! ! [moga bermanfaat untuk pembaca]

Tapi inilah yang aku cuba sampaikan moga ahli rumahku sudi membaca dengan mata bersinar-sinar, kerana aku menyayangi Ukhuwah kita yang semakin mekar berputeh bak bunga raya eh. Tapi ketahuilah, aku juga sayangi akan usia muda ku, kelak akan ditanya apa yang telah anda gerak dan kerahkan ketika diusia muda? Dan Sesungguhya, aku lagi sangat menyayangi Ummat ini untuk keluarkan mereka dari jahiliyah. Iye aku lebih sayangkan Ummat. Apa yang diminta oleh mereka adalah Ad-din, dan biarlah sehingga mereka berasa cukup dengan Ad-Din.

satu masa nanti di kau akan tahu juga apa yang aku lakukan, barangkali ketika di kau membaca pena ini, terasa tidak selesa, dan memarahiku, namun aku mengerti ia memerlukan masa untuk faham dan selami. Jalan ini sumpah panjang dan perlukan sabar, berlapang dada, husnuzon dan bercita - cita tinggi.

Apa yang di jelouskan sangat dengan”Rumah orang berIman” ni??

Sila cemburu praktikal yang telah kami buat, kerana sesungguhnya cemburu pada ibadah dibenarkan :

“Cemburu pada ibadahnya selalu melakukan sunnah solat rawatib dirumah dan bergegas berjemaah di surau, solat shuha, kejut pagi subuhnya tidak hanya meninggalkan ahli rumah yang lain kelewatan subuhnya, solat Fardhu di saff hadapan, badan naik berkilo, bersih bilik kamarnya, ketepatan masanya, tahjudnya, dahulukan harta kesayangannya, di nanti tutur kata dan pandangannya, dinanti kepulangan kehadirannya dirumah, saling berkongsi keadaan dunia islam semasa. Hormati dahulukan dirinya membantu jiran. Menjadi Rujukan bahasa dan akademik, ini sunggh cemburu antara kami ahli rumah, sama sekali masing-masing berlumba untuk mendahulukan bantuan tenaga dan harta, tidak didik untuk mengambil kesempatan, tapi inilah kehangatan “Rumah Bujang orang BerIman”. Tiba-tiba tandas telah di berus dan di sental. Tiba-tiba juga tong sampah yang penuh magic tiada. Mereka yang tidak basuh bekas makanan akan dileterkan.ok.

wow!! sehati sejiwa

Tahun baru ni, kami berusaha untuk memperbaharui kebaikan dalam rumah ini,
Berusaha, kejut bangun tahajud bersama, buat hafazan Al-Quran @ Hadith dan tasmi’ bacaan sesame, puasa dan berbuka bersama dalam 1 talam eh.

Salah seorang ahli kami bakal menjadi Enginer bertaqwa dalam kerjayanya:

Wahai sahabat ku, ketahuilah anta sangat diperlukan dan lebih beruntung dari mereka yang lainnya.

Ana datangkan contoh :
Bayangkan dalam mencipta rumah. Engineer biasa, Impiannya dalam memindah dan memasang  tingkap dengan harapan berlaku pengudaraan yang baik dalam rumah, boleh melihat suasana luar,
Tapi sungguh Enginer yang bertaqwa ini, SANGAT HEBAT

Bersedia. . . . .

Impiannya (kecil pada matanya) juga agar tingkap yang di pasang berlaku pengudaraan yang baik dalam rumah, boleh melihat suasana luar, dan hakikatpada pandang matanya lebih dan lebih daripada tu. Yang di impikan agar Tingkap tersebut mengahal ke masjid dan kelihatan kubahnya, pengudaraan yang dicipta memudahkan untuk bangun tahajud dengan oksigen yang cukup, dan rung vacuum memudahkan suara Azan renyai2 senpoi kedengaran, setiap pemasangan batu – bata dalam membina rumah, basah dengan Zikrullah dan mendoakan agar ahli rumah yang bakal duduki ini diberi Taufiq, Hidayah dan Rahmat. Bukankah andai masuk Islamnya mereka, anda juga ada menyumbang. Allah hu Akbar, Sesungguhnya sahabatku, tatkala usaha yang anta buat ini, Allah tidak pernah leka menilai dalam memberi ganjaran yang setimpal. Ketika bangun, tidur, berhadas, meniggalnya anta, pahala saham akhirat ini akan terus, terus dan berterusan dapat direct kepad anta. Hebat bukan!!, iye dengan syarat Engineer Bertaqwa perlu dibina dari sekarang.

Bila dikau dah fahami dan seronok dengan tujuan hidup as Ibadah, maka bersedia untuk faham dan seronok dengan yang berikutnya . . . . (satu masa kelak)

Doaku, untuk kalian tidak putus-putus.

“Dan yang mempersatukan hati-hati mereka (orang orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.”

(Sürah Al-Anfal: Ayat 63)



moga Ukhuwah ini ber kekalan. Uhibbukum Fillah =)

p/s : ini Bukan RI