-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, February 13, 2013

Lakonan pengantin baru KITA !

Baitul Muslim


Dulu kebanyakan dari kita belum kahwin. Mereka mendapat dakwah dan tarbiyyah semasa belajar. Mengenal erti Islam semula ketika single. Belajar erti iman, adab, ibadah, pergaulan, sosial dan bagaimana hidup sebagai seorang muslim mengikut Quran dan Sunnah. Kita cuba sedaya upaya untuk beramal dan praktikkan apa yang kita belajar dari murabbi-murabbi. Murabbi berada di tepi kita, bersama-sama makan minum setiap hari, menegur apa yang sepatutnya.
Kini ramai dari kita telah berpindah ke alam baru. Alam yang lebih ‘privacy’ dari sahabat-sahabat lain dan bahkan murabbi sendiri. Banyak perkara baru yang kita perlu hidup sendirian tanpa teman murabbi yang akan menunjuk itu dan ini. Sebahagian besar dari kita telah memasuki alam ‘BM’ !
Apa yang terperasan oleh sahabat yang belum ‘melangkah’ ialah lakonan-lakonan ‘kurang sopan’ dari pengantin-pengantin muda ini. Maybe ianya bukan di sengajakan dan memang ia maybe tidak diperasankan oleh pelakonnya, tapi ia di perasani oleh penontonnya.
Sejak hari pertama mereka hanya diikat oleh ‘pertunangan’, telah ada hubungan-hubungan yang kurang enak didengari dan sampai ketelinga penonton. Sedangkan movienya belum sampai ke sinema ‘panggung wayang gambar’. Telah ada perbualan telefon melebihi had, telah ada emel melebihi huruf-huruf akal dan lain-lain yang maybe juga tidak di sedari oleh pelakonnya.
Setelah hari menjadi ‘raja’, memang ada berlaku solekan dan perhiasan. Tapi ianya maybe tidak dapat dielakkan kerana desakan famili dan adat pe-putih atau temenggung tua yang bertukar menjadi muda dan moden. Tetapi iklan kahwin di FB dengan gambar ala artis menghiasi laman foto FB. Ini tentunya bukan budaya kita dan bukan budaya orang tarbiyyah. Setelah di paksa bersolek, maka siapa pula memaksa kita menjadi penghias laman majalah dunia FB? Gambar-gambar aksi kasih sayang berdua juga tidak ketinggalan.
Setelah hidup kembali normal sebagai BM, timbul pulak lakonan lain. Lakonan gelak ketawa, gurau-gurauan fizikally atau cakapan suara, dekat mendekat, panggilan manja dan lain-lain berlaku di depan penonton sahabat-sahabat lain tidak kira sesama KITA atau bukan. Gambar-gambar lebih manja menghiasi Majallah FB lagi dengan lebih banyak.
Mencemburukan orang yang belum ber’BM’ ? Bukan masalah cemburu atau tidak, tetapi ia masalah adab dan akhlaq. Maybe perkara ini tidak sempat di ajar oleh murabbi semasa belum kahwin dulu kerana belum tiba masanya. Sekarang oleh kerana ia telah berlaku dengan hits yang tinggi, maka mana-mana murabbi patut mengajar kembali tajuk “ADAB DAN IKHTILAT SETELAH BM”.
Kerana kita ada ‘tamayyuz’nya !
Muntalaq
_______________________________
Seperkara lagi, majlis yang dibuat adalah untuk menguarkan kepada tetamu dan dunia, bahawa tiada fitnah lagi keatas dirinya dan sang isteri, bahawa beliau bukan lagi single dan couple yang sah.
Majlis di jemput mula jam 11am, namun, pengantin baharu hadir bersama "kompang Tolaal badru alaina" adalah selepas Zohor, jadi majlis sepatutnya mula selepas zohor, kerana tetamu yang hadir untuk bersua, bertaaruf, bersuai kenal dengan pengantin. Jika sekadar makan je untuk datang, erk. . . . hadafnya tidak tercapai.
Wahai ini seruan,
Tatkala majlis bermula, ketika itu jugalah seharusnya pengantin sudah ada!!
Aku bertekad satu masa nanti dengan Izin-Nya!

p/s : mabruk, ramai sahabat ku satu batch mulai melangkat ke tingkat berikutnya, bila mengambil ibrah dari mereka, bukan makin nak ber"BM", Tapi makin nak
"hold", banyak lagi nak kena prepare, solat khuyuk ku! qiam yang istiqamah basahnya! bahan dan buku yang belum habis di cove,  PDF bagaikan nak rak!

Tuesday, February 5, 2013

Kau ingatkan Aku



Aku ingatkan akan di kau,

Satu ketika dahulu, muka itulah dahulu selalu mengingatkan ikhwahnya!

Gelaran bagaikan nak rak, "Qowiy, Makhluk asing, supper dupper sayya, Ghuraba, Ansar, Briged - Militen"

Beliau jugalah yang menjadi motivasi kepada ikhwah yang lain,

Beliau jugalah memberikan semangat kepada kumpulan bola itu walau tidak reti bermain, beliau turun juga, memberi suntikan pada yang lain.

"kerana di dunia tiada benda yang mustahil, kecuali orang yang mustahil"

Ikhwah itu jugalah, paling awal bangunnya, memberi tempias pada ikhwah lain agar tahajud bersama.



"kerana dalam beramal, ikhwah itu meletakkan dirinya di saff hadapan, Salahudin hanya memilih tenteranya dalam kalangan mereka yang menghidupkan malam!"


Ikhwah itu, dilihat Khusyuk solatnya, panjang doanya, menangis rintihan dalam tahajudnya.

"Belum tibakah waktu bagi orang - orang yang beriman, untuk secara Khusyuk mengingati Allah . . . . (57 : 16) "

Ikhwah itu jugalah mengingatkan, kerja jangan ditangguh, tepati masa kerna ummat sedang derita wabak dunia. Serius sikit ikhwah!

Ikhwah itu jugalah menyeru agar selipar perlu disusun, memandu dengan cermat, beli power bank supaya tak menyusahkan ikhwah lain nak kena call banyak kali, biar teratur dalam urusannya.

Ikhwah itu juga pernah diberi gelaran militan, tiada erti penat lelah dalam kamus hidupnya, laugan "Allah hu ghoyatuna setiap masa ketika dalam program"

Ikhwah itu juga, dipanggil dengan Quran bergerak, mana tidak ditebuk muwajjih, selalu namanya naik dan jawapannya tepat, jika salah, mungkin tersasul satu atau dua ayat beza.

Ikhwah itu jugalah berpesan, sentiasa pesan, "Mujahadah akhi, kerna Syurga itu manis, Tiada akhawat-akhawat cantik untuk menambahkan semangat bekerja, tapi Jannah akhi"

sehingga "Aku mencintainya kerana Allah"


Akhi!!

Amal kita, kalau di tulis di FB, yang baik-baik belaka, Yang malaikat tulis?


Dengarlah rintihan ini, Jika kalian mencintai seorang akh itu kerana Allah.

kini, dan selamanya,

Ikhwah itu juga, perlukan bantuan!

Ikhwah itu, juga perlukan sentuhan dari Murobbinya, diingatkan oleh mutarobbinya.

Ikhwah itu perlukan doa Rabitah dari Ikhwahnya,

Ikhwah itu juga, pernah melalui solat terasa kering, kering air mata.


Akhi!!

Ketahuilah, Akh itu sangat memerlukan doa dari kalian.

Akh itu perlu bantu dibina Tarbiyah Dzatiyah yang kuat pada hak Ruhinya,

Akh itu juga perlu diingat akan pengambilan makanan khasiat, riadah yang sihat.

Apa yang Akh ini lakukan satu ketika dahulu, adalah hak kalian wahai ikhwah,

Kini, Akh itu membutuhkan hak dari kalian pula,

Apakah kalian masih membiarkan mutarobbi mu ketika cuti ini tidak difollow up?

Apakah kalian, bersangka buruk pada ikhwah yang lainnya yang tidak datang ke program tanpa ditanya dahulu, ketiadaannya kenapa?

Apakah kalian pernah mendoakannya dalam doa mu?

Apakah kalian hanya mengharap diberi? beromong manisnya ukhuwah jika sekian . . .. . .sekian, namun tidak pula hingin memberi?

Apakah kalian mengharap bi'ah yang baik sahaja, tanpa berusaha membina bi'ah itu?

Ada sahaja berkata, "Akhi, ana futur~"

maka akhi, : "Beribadatlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat"

Yang lainnya, "Akhi, ana terasa kosong sekarang, ada cadangan?"

Maka akhi, : "Nak dapat dosa ini bukanlah sesuatu yang susah, bahkan sangat senang. Dengan membuang masa sahaja, kita sudah dikira berdosa"

Pelik jika masih ada masa kosong. Dan aku kasihan akan diri ini, jika masih mengambil hak Ummat iaitu melebihi dalam tidurnya.

Tiada erti penat lelah dan rehat dalam kamus hidup seorang yang hidupnya dengan Dakwah!

Monday, February 4, 2013

Bangkitlah! Karanglah bahasa jiwa buat bangsa!



Menyeru rakan-rakan untuk kembali menulis untuk ummah. Kita pernah memungut banyak jiwa di ruangan ini suatu ketika dulu.

Ketika itu naiknya banyak penulis ternama seperti APG dan Muharikah. 


Apabila kita sudah mula sampai kepada masyarakat umum, Muharikah pun dah masuk radio. APG pun dah mula terkenal melalui FB etc, ramai ikhwah akhawat mula meninggalkan keyboard mereka dengan alasan sudah ada orang lain yang menyantuni ruang maya.


Dan kita sama-sama melihat semakin banyak blog menjadi bangkai, dan ramai yang beralih kepada micro-blogging. Tak produktif pun sebenarnya, kita kehilangan penulis.


Berapa ramai yang tahu yang ikhwah perlukan ramai penulis, lagi-lagi bila kita sudah berada dalam mihwar sya'bi, sudah mula menyerlahkan media. Sudah mula ada majalah yang sangat-sangat memerlukan kalian. Sudah mula ada filem.


Seruan ini khusus kepada gen Y yang beramal di medan. Ya, anda!

Jangan kasi alasan, aku buat usrah, ada meeting. Adakah kita menyangka ikhwah akhawat yang menulis semuanya sekadar duduk di depan laptop sahaja. 


Jangan sekadar melepaskan tangan, membiarkan mereka bekerja berseorangan.



Bangkitlah! Karanglah bahasa jiwa buat bangsa!