-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Thursday, March 28, 2013

Aku Kuda Dakwah







[Sekadar gambar hiasan]



Aku sebuah Kuda dakwah

Tanggal ZZ, bulan ZZ pada tahun ZZ merupakan tarikh yang amat bermakna buatku! Dalam hidupku!. Pada hari yang penuh sejarah inilah, seluruh kompenenku disatukan di sebuah kilang yang sangat masyhur di Shah Alam, dan aku lahir pada tarikh keramat itu.

Kewujudan aku ke dunia ini membawa 1001 erti. Aku dimaklumkan oleh rakan-rakanku yang turut sama diatur, beratur dan dijemur di bawah terik matahari 30 darjah Celcius setiap hari itu, bahawa jasad kami sudah dimiliki. Kami sudah ditempah sebelum dicantum pasang, dan bakal diserahkan dan dihak milikkan tidak berapa lama lagi. Iye, aku ada Tuan dan pasti di cipta ada tujuan! Mana mungkin untuk aku bersombong diri dan tidak peduli tujuan penciptaan ku!

Oh ya, aku bakal dimiliki.

Aku tidak sabar-sabar ingin mendedikasikan hidupku, kepada pemilikku yang telah memberikan penghidupan kepadaku. Hari demi hari, petugas Proton mencuba pandu aku, dan tubuhku diperiksa bagi menjamin kepuasan pemilikku kelak. Sungguh tidak sabar aku melihat senyuman terukir di bibir keluarga yang bakal menjagaku itu.


...


Hari ini aku dipandu ke atas sebuah trak Transformas yang sangat besar, aku berasa begitu teruja. Inilah kali pertama aku menaiki sebuah trak. Dalam masa yang sama, aku berasa keliru, kenapa perlu aku sebagai sebuah kenderaan, menaiki kenderaan. Namun, aku diingatkkan oleh sahabatku, yang sedang menahan aku di belakang, bahawa cakap banyak pun tak guna. Ikut dan dengar dan buat sahaja, kerana itu aku diciptakan manusia. Sebagai sebuah 'mesin', aku tidak patut banyak soal dan memberontak. Aku pun akur. Ya fikrah itu, erk . . . cara fikirku perlu dibantu, iye aku masih baru.  Untuk memahaminya, ia adalah satu proses. Cuma yang perlu aku sedar dan hargai, aku telah dipilih berada atas gerabak dan jalan ini, ada kepalanya yang memandu, dan aku dipandu supaya faham dan yakini akan marotib amal ini. Ehem, saya mesin yang bertuan.

Cuaca begitu indah pada hari itu, dan perjalananku ke selatan Johor terasa begitu sebentar. Dalam perjalanan yang indah itu, aku melihat tar-tar jalan yang begitu cantik dan menghairahkan. Inilah dia jalan-jalan yang bakal aku lalui. Inilah jalan yang sumpah panjang yang aku bakal lalui dengan Izin-Nya.

Sampai di Johor tengah, aku dimandikan sekali lagi sementara menunggu pemilikku. Pembasuh kereta itu sangat teliti dan cermat membasuh setiap inci badanku. Aku berasa sangat bersedia menerima sentuhan pemilikku. Aku sudah tidak sabar-sabar!!!


Oh... Itulah dia... Wow segaknya dia... Di sebelahnya ada seorang gadis yang begitu gedik membelit lehernya... Tapi aku tidak peduli. Aku lihat kunci diserahkan kepada pemilikku itu. Dan dia sedang berjalan menuju ke arahku, sambil diiringi oleh pengurus kedai dan gadis gedik tadi... Untuk kali pertama, aku bersuara untuknya ::: Tik Tot!



...

...

...

(10 tahun sudah berlalu)

Aku masih di kedai kereta-kereta terpakai. Badanku masih segak, dan tubuh dalamanku masih bergetah lagi. Aku hairan kenapa Mr. D menjual ku. Kata orang, kereta jarang digunakan lebih 5 tahun. Tetapi sepanjang pengamatanku, Mr. D sangat menyanyangi aku. Setiap bulan aku diservis dan aku sendiri tidak pernah buat hal. Ini pasti disebabkan oleh Si Fulanah, isterinya yang gedik itu! Tidak sudah-sudah dimintanya kereta Ferarro Roshe, kuat sungguh nafsu dunianya.

Aku tahu Mr. D sangat menyanyangi aku, tapi angkara perempuan yang membutuhkan dunia itu, sudah 6 tahun aku terdampar di sini. Cis.

Aku sedang menghitung hari. Pemilik kedai terpakai ini pun sudah berkali-kali menukar label hargaku. Aku juga sudah berkali-kali menghembuskan nafas kecewa, setiap kali labelku ditukar. Sabarlah wahai diri, pasti ada hikmahnya segala sesuatu ini. Itulah antara kata-kata yang aku baca di bahu-bahu jalan. Dan ingatlah orang yang tersayang; Oh Mr. D, aku sangat menrinduimu. Dan ingatlah dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang; ok, aku sudah kembali beriman.

Hari ini ada seorang lelaki membeliku dengan nilaian tunai. Aku sungguh berdebar-debar. Kacakkah dia? Berhemah kah pemanduaan? Adakah aku akan digunakan sebagai kenderaan yang ditunggangi dengan ikhtilat? Adakah kusyen-kusyen ku akan dihingapi dengan bau rokok yang jelas memudaratkan ku apatah lagi manusia Ohhoi Atau pernikahanan ini merupakan suatu pernikahan yang aku tunggu-tunggu iaitu dihalakan pada dakwah? Ya kuda dakwah seperi impian setiap alat itu di ciptakan!

Aku mengikhlaskan niatku dan bergerak mengikut kapasiti yang diberikan. Minyakku tidak pernah dibiarkan kering. Cukup jarak yang ditetapkan, minyak hitamku dan alatan-alatan lain kereta ku ditukar. Aku terasa sangat bahagia. Radio dalamanku juga tidak sudah diislahkan kini. Jika dulu aku asyik mengalunkan musik-musik yang melaghokan, yang tidak mententeramkan jiwa, suara-suara pengacara yang tidak dibatasi, kini tidak sudah-sudah Al-Quran didendangkan. Apabila mendengar radio, hanya Radio 91.5 dan saluran berita BERNAMA menjadi pilihan. Kadang itu memasang MP3, menaikkan hammasah dan fikrah islam ku, Oh. . . . Indahnya bibit ini, Tiada musik-musik sumbang menghiasi batinku.

Cuma kadang-kadang, aku tidak pasti salah siapa, tetapi kadang-kadang IKIM terlanjur memutarkan lagu-lagu jiwang bertuhankan perempuan tetapi bertopengkan nasyid. Aku pasti, IKIM tidak sengaja, mungkin DJ bertugas tersilap pasang MP3 peribadi mereka. Al-Maklum, Radio islam pastinya akan mendakwahkan manusia kepada Allah, bukan selainnya. Juga mengikut syariat islam.

Ya, aku sudah terasa amat seronok, bahagia, aman, selesa dan memang deboom sekarang. Terasa bahawa, inilah hidup yang aku cari-cari selama ini! Inilah kehidupan yang aku tunggu-tunggu semenjak penciptaanku lagi, untuk menginfakkan diriku sepenuhnya untuk islam!

Setiap hari aku dibawa oleh lelaki tersebut ke seluruh buana ini. Ke seluruh negeri Kelantan, Kuala Lumpur dan kadang-kadang hingga ke Johor untuk mengingatkan nostalgia ku dengan Mr. D dahulu, Cuma kenangan itu membuatkan aku senyum dan terkadang sedih berseorangan, apabila mengimbau kembali saat diri ku dalam jahiliyah dahulu, walaupun dijaga rapi enjin dan dihias dengan polish dan wangian, hakikatnya ia sekadar kemanisan yang seketika di dunia, jahiliyah itu sedapnya hanya sedikit masa sahaja. Muhasabah ini membuatkan aku makin bersyukur bersama tuan ku yang baru.
Di dalam perjalannya, mulut lelaki tersebut terkumat – kamit, tidak putus-putus mengikhlaskan niatnya, zikir tiada henti. Di kala lain, sambil memandu, mulutnya bercakap seorang diri, berlatih menyampaikan apa yang akan disampaikannya kelak.

Namun, hayat indahku yang penuh dengan perjalanan yang bermakna ini tidak lama. Lelaki itu benar-benar tekad untuk melihat kemenangan islam suatu hari nanti. Dengan penuh tekad, pada suatu hari, dia pergi ke Kuala Lumpur dan menyerahkan kunci kereta kepada lelaki yang lain dengan katanya:

"Akhi, manfaatkanlah sepenuhnya kereta ini untuk tarbiyah dan dakwah islam"

Beliau tambah lagi :

Background kereta ini, 3 tahun sepenuhnya telah di-Infaqkan diri untuk kerja islam, maka ana hanya akan serahkan pada mereka yang bercita sedemikian. Ana harapkan, akhi terus menyambungkannya, kerana kereta ini haknya adalah semata menjadi alat untuk mencapai matlamat tujuan hidup manusia akhi!

Aku rasa sangggaaaat gembira. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya aku apabila permintaanku tertunai. Aku kini bergelar Kuda Dakwah. Inilah yang dicita-citakan oleh aku selama ini, untuk diinfaqkan, dan dileburkan untuk kebajikan ummah. Kerana aku sedar, bahawa ummah ini dalam keperitan, terutamanya ummah kereta, apabila dipandu oleh tangan-tangan manusia yang kufur yang telah lupa tentang diri mereka sendiri. Satu demi satu rakan-rakanku mati di jalan raya angkara mereka.

Ada beberapa gelaran diberikan kepada ku, ada yang menggelarku Kenderaan Dakwah, KK dan nama-nama tokoh-tokoh lain yang membuatkan aku kadang-kadang geli hati. Tapi aku tak kesah itu semua, yang penting aku dapat berbakti untuk islam.

Bermulalah pengembaraanku. Siang dan malam aku bekerja selepas itu. Tanpa henti. Subuhnya ke KLIA, kemudian LCCT,terkadang dijadikan kusyen ku tempay ketidurannya, dan bonek sebagai rumahnya.  siangnya berkejar-kejaran menghantar mutaraobbi eh, buku di sini sana. Dan malamnya aku ke seluruh lembah Kelang. Kunciku penuh dengan bakteria bertukar-tukar tangan. Masa rehatku sudah tamat. Jikalau berehatpun, adalah untuk menunggu Dewan Bandaraya menyelitkan saman-saman mereka di balik cermin depanku itu.


Kadang-kadang tangan-tangan perempuan yang memanduku. Yang cermat ada, yang tidak cermat tidak ku kira. Dan kadang-kadang tangan-tangan lelaki yang mengenggam stereng dan kotak gearku. Ada yang peduli kehadiran lubang di jalan raya, namun ada yang menganggap lubang itu penting untuk membetul alignment kereta yang sudah lari sepenuhnya. Yang lain-lain lebih rela mengucapkan takbir (Allahuakbar!!!) untuk menunjukkan dirinya bertakwa setiap kali lubang di jalan raya dijamah.


Seorang demi seorang penumpang turun dan naik umpama bas mini awam. Kadang-kadang seorang yang menjadi beban, dan tidak kurang ada yang cuba muat hingga betul-betul tak muat, barulah dihentikan cubaan menambah bebanku ini. Pernah ketika, aku melihat tuan ku ingin bergegas untuk ke conferens riang-ria, tapi aku dahaga, seperti biasa dan kebiasaan minyak hampir kosong kerana tangan-tangan yang menggunakan sebelum tuanku, aku akan menyalakan lampu seperti biasa. Tuan ku membelek dompetnya, juga mencari sesuatu pada poket - poket dashbox ku sesuatu. Ya wang. Akhirnya tuan ku dengan seyum pergi ke cashier dengan membayar hanya RM2 untuk menampung makanan ruji harian ku (minyak). sayuuuu. Aku mengerti, mereka yang meminjam jasad ku barangkali terlampau sibuk sehingga tidak sempat untuk mengisi, iyelah kan, tanggungjawab terlalu banyak berbanding masa yang ada.

Iya, aku dapat memberi tahu apabila minyak ku makin kosong dengan menyalakan lampu. Tapi malangnya, aku tidak mampu beritahu mereka bahawa tayarku kurang angin, atau minyak hitamku sudah kering, atau aku dah lama tak berbasuh, atau aku kemek di hadapan, atau air wiper sudah kering, atau wiper sendiri sudah kering dan bakal mencalarkan cermin, atau catku sedikit tertanggal dan bila-bila masa akan berkarat, atau macam-macam lagi ciri-ciri kereta tidak sempurna yang tidak mampu aku zahirkan, kecuali menerusi penulisan rambang di dalam blog ini.

Aku tak peduli itu semua. Inilah parut-parut yang aku ada, yang akan aku tunjukkan kepada Allah kelak, bahawa aku sudah berkhidmat untuk agamu. Biarlah mereka mampu mengislah aku sebenarnya, tapi aku tahu mereka terlalu sibuk untuk menservisku.

Tabungan untuk menservisku sendiri pun sudah penuh hinggakan mampu membeli kereta baru. Maka biarlah aku mati dalam keadaan aku berbakti sebegini. Aku lebih rela berakhir riwayatku, walau dapat hodoh rupa tapi amal berjela-jela.



"Sesiapa yang mencontohkan perbuatan yang baik, akan mendapat pahala dan pahala orang yang mengikutinya, sehingga hari Qiamat"



~~*~~


Cerita ini adalah sebuah dongeng rekaan. Tidak ada kena mengena dengan kereta apa sekalipun (gambar adalah hiasan yang tidak menghias) juga tidak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun yang masih mati.

Tetapi suka dimaklumkan. Jika ada yang berminat ingin memotong cetak mana-mana karya penulis yang hina ini, segeralah berbuat demikian, tidak perlu minta izin dan tidak perlu sertakan nama atau link penulis. Ikhlaskan diri anda. Dan jangan lupa baca basmalah (bagi yang beriman).

No comments:

Post a Comment