-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Tuesday, June 26, 2018

Rasa di kongsikan di Page

Assalamualaikum ebt.

Maaf lebaran.
Post di Blog, mengambil masa untuk di edit.

Lanjut, admin terus post kan di Page FB..
Masih menulis, namun fokus pada melahirkan Manusia.

Dan Aku berharap,
Mati dalam beramal ikhlas dan terus berada dalam Amal Muntij

Link Page FB ; https://www.facebook.com/Al-Mutarobbi-1643529875932771/

Taqoballah hu minna Wamin kum

Sunday, February 4, 2018

Senarai Nasyid Haroki



Kerana,
Ramai yang generasi terkemudian, lupa akan nasyid2 yang telah di tulis dengan tinta darah, peluh, titisan air mata dan pengorbanan.

Maka, saya hadirkan semula.

Jaulah, pasang dan ulanglah Nasyid - Nasyid ini.

Di RI, pasang dan hidupkan lah kembali.

Mukhyam Palukan lah. Bersama Ikhwah, Nasyidkan lah !

Di Hp Kita, usrahmate kita dan adik - adik kita, adakanlah ia. Oh ya boleh jadikan Nada dering.

Kenapa nak di adakan pula?

Dengarlah, dan hayatilah rangkap yang Nasyid yang di Kobarkan.

Semuanya erti Jihad, pengorbanan, tinggalkan isteri dan anak2, Infaq dan semangat yang ada "Ruh" dalamnya.

------------------------------------

Saya senaraikan kumpulan Nasyid dan Tajuk Nasyid (Setakat yang saya masih ingat, JIka anda ada lagi, boleh tambah di ruang komen)

Kumpulan Nasyid Haroki:

1) Izzatul Islam
- Kepada Jundullah
- Jejak
- Generasi Harapan (Pemuda Kahfi)
- Doa Rabitah
- Untukmu Syuhada
- Jalan Juang
- Kami Harus Kembali
- Untuk Duat Yang Diuji - Allah Bersamamu
- Mujahid Muda
- Tekad

2) Maidany
- Jejak
- Tsabat 1000 Mujahid
- Jiwa Syurga

3) Shoutul Harakah
- Ar Ruuhul Jadid
- Islami ya quds
- Ribathul Ukhuwwah
- Hadapilah
- Bingkai Kehidupan Lirik
- Ini Langkahku
- Merah saga
- Palestina Tercinta
- Mujahid Setia
- Bangkitlah Negeriku, Harapan Itu Masih Ada
- Aqsha Biladi
- Cita Pemuda
الأرض لنا والقدس لنا

4) Nadamurni
- Mujahid Dakwah
- SUNNAH ORANG BERJUANG 1
- SUNNAH ORANG BERJUANG 2
- Sepohon Kayu
- Ulama Pewaris Nabi
- Selamat tinggal ibuku
- Sunnah Berjuang - Sang Murabbi
- Indahnya Hidup Bersama Illahi
- Ibu Mithali
- Bila Nur Melimpah Di Hati
- Islam Yang Berkembang
- Cita-citaku Islam Cemerlang
  
5) Alarm me
- Alarm me - Jalan Dakwah

6) Rabbani
- Pergi Tak Kembali
- Intifada

7) Raihan
- Ashabul Kahfi
- Ababil
- Tihamah

8) Fathul Jihad
- Untuk Sebuah Perubahan
- Nahnu Duat

9) Brothers
- Teman Sejati
- Selamat Berjuang

10) The Zikr
- Wahai Mujahid
- Tidak Seindah Sentuhan Mata
- Berkorban apa saja
- Perantau
- Mengemis Kasih
- Pemimpin Sejati
- Antara 2 Cinta
- Secerah Pawana

11) Devotees
- Berjalan tanpa henti

12) Hijjaz
- Pejuang Al Qassam

13) SOLDIERS OF ALLAH
- 1924
- Bring Back Islam
- They Can't Stop Islam

14) 786
- Ya ALLAH
- Palestine

15) Native Deen
- I Only Fear My LORD ALLAH
- I am near
- Intentions

16) Outlandish
- Still Strong
- KEEP THE RECORD ON PLAY
- I Only Ask Of God
- Walou

17) Arab dan Lain2
رجال القسام - فريق الوعد
اخي انت حر وراء السدود
MAN ANA-SIAPAKAH AKU
Ghurabaa'
يا معشر الاخوان لا تترددوا
الإسلام هو الحل
Segenggam tabah
La Tas'aluni
Ilaika - Syair Terakhir Imam Syafie r.m
HuffaZ - Semanis Gula
Al-Wa’ad - (Kum zal zil zal zalah)
Firdaus - Ku Berlari


Moga bermanfaat dan mengislahkan Gadjet2 anda.

Oh ya, Jika orang call, dengan Caller ringtone yang pelik2, off kan lah... Free sahaja

Thursday, January 18, 2018

Status, Gambar Profile untuk apa?


Bismillah.

Anda tahu bukan, menulis ini suatu yang perlu ada masa.

Namun, kerana "masa" itu ada "haknya" yang menuntut kelak, saya menghalakan banyak masa pada manusia, kebanyakkan masa. Kerana kita kena fikir, apa bekalan yang paling besar yang boleh kita bawa bertemu Allah, dalam usia masa kita yang serius singkat.

Jika kita menelusuri sirah, maka kita akan dapati hikmah Rasulullah “tidak boleh menulis” agar fokus “menulis” manusia. Sesiapnya! Sesiaga yang mungkin!

Ok ini bukan jawapan selamat bagi saya nak lari dari faktor kenapa selama ini lama tidak menulis yang panjang. Seperti saya katakan tadi, kerana faktor “masa”. Dan kita kena halakan masa sebaik mungkin. Kerana setiap detik akan dipertanggungjawabkan! 

Masa kita sama seperti masa Rasulullah dan para sahabat, sehari 24 jam. Namun, mereka mulia kerana di isi semaksimum mungkin masa mereka.

Sehingga saya terpaksa mengambil jalan untuk meng-update status (kebanyakkan masa), ketika driving. Kerana kadang2 ada peneman, kadang2 peneman Syahid. Ketika syahid maka saya perlukan interaksi dengan manusia. Alat "Pages" ini lah saya menulis. Jika masa tiada interaksi manusia baru tulis, tapi sebab ketika drivingf saya “terperangkap”, jadi saya kena halakan masa yang ada, sebaiknya.

Baik.

Seperti komen status saya baru ni, berkenaan, “sediakah untuk di tegur”. Kerana saya perhatikan…. Beberapa tempoh, saya cemati, ada sebahagian yang saya PM bertanya. Jawapan mereka, “oh tak perasan pula…” Moga Allah Maengampuni dosa kita. Dan terus berikan kita hidayah, taufiq dan hikmah.

Apa yang saya tegur? Apa yang saya cemati?

Ia Nampak simple, tapi . . . . ada tak kena.

Beberapa soalan,

Ok tak status (FB/Whastapp dll) kita tulis “Busy”?

Ok tak kita update status, “makan” atau gambar makan?

Ok tak kita update status gambar bersama Sang Zauj… Sang Jejah?

Ok tak profile picture (apa2 sahaja media umum), whatsapp ke… FB ke… kita letak gambar kita dan jejah (Lagi2 yang baru kahwin), letak gambar Anime, letak gambar kita sendiri bertudung berniqob... err?

Mungkin, kita mula kurang di tekankan part “islam yang syumul itu bagaimana”, lupakah kita saat menelaah tulisan Al-maududi dalam bukunya, “Salah faham terhadap Islam”, “Dasar – dasar Islam”, “Asas-asas Islam”, “Prisnsip-prinsip islam” dan “manhaj hidup Muslim”. 

Yang sangat simple, bila beliau menjelaskan semula islam. Bahawa, islam itu tidak boleh lari dari berhubung dengan manusia. Islam itu tidak boleh terpisah dengan mesej dakwah. Mesej dakwah itu perlu kita sampaikan setiap masa. Dakwah itu ada pada semua bahu Ummat islam seperti mana Allah sebut dalam Al-Quran [3:110]. 

Jadi, apakah semua persoalan saya di atas tadi, anda sedang memaparkan islam tatkala orang sedang tengok anda update gambar makan? 

Orang makin faham islam tatkala anda update gambar profile bersama suami isteri baru kahwin, meletak gambar anime apatah lagi? 

Orang makin akan hendak mengenali islam bila status anda penuh dengan cerita sibuknya anda di tempat kerja, gambar-gambar majlis kahwin anda yang tak habis-habis? 

Apakah orang makin dekat dengan islam, dengan bahasa carut kita, bahasa yang seperti orang awam biasa dalam komen2?

Jika kita faham erti islam yang sama, maka kita akan berjaga – jaga dalam menulis, berkata, berakhlak, beramal, ber-post, ber-update. Moga ALLAH pelihara niat dan amal kita. Jangan sampai, ramai yang menjadikan anda sebagai hujjah untuk melakukan perkara sedemikian kerana anda telah menjadi fatwa dan dalil bagi mereka. Ramai anak buah, madu’ yang sedang memerhatikan anda wahai para Duat.. wahai ikhwah akhwat.

Lex khi…. Tapi, ana letak, ada sebab? Biarlah manusia fikir macam – macam, ana ada dalil yang kukuh untuk menjawab!

Oh ya, mungkin kita terlupa satu hal lagi. Islam tidak pernah membuka kepada ruang syubhah atau bersangka – sangka, adapun kelabu. Islam itu jelas dan terang. Dan kita kena hilangkan mudarat!

Atau mungkin hadis 6 imam nawawi yang pernah di sentuh dalam halaqoh dahulu tidak di ulang ulang… berkenaan dengan Syubhah… 

Iaitu ...... hal yang Syubhah, sebagai orang islam yang sensitif, mereka kena tinggalkan hal tersebut? Bukan kah sedemikian yang kita tekuni dalam halaqoh kita? Dalam usrah mingguan kita? 

Apakah soalan saya berkenaan dengan status yang anda tulis, “busy”, menyebabkan anak buah anda/Madu’/ mutarobbi anda, berani hendak menegur anda? Boleh jadi mereka juga akan takut nak msg, kerana status anda tadi, “busy” ada ruang untuk mereka fikir anda sibuk?

Wahai anda! Apakah ada lagi hal menyibukkan kita, selain dari memberi manusia faham tujuan hidupnya dan islam? Adakah kita telah terkena satu penyakit yang sama perti orang awam biasa dan orang bisnes dengan stauts “busy”?. Moga Allah hilangkan syubhah atas diri kita semua. Dengan kita menulis, meng-post, update status, sebetulnya boleh menjadi magnet manusia nak dekat, bukan memberi ruang untuk timbul berfikir yang “syubhah”.


Moga kita dalam manhaj yang sama, dalam marotib amal, di sebut Al-Banna sebagai “Islah Fardhi muslim”, turus memperbaiki diri kita sebagai muslim. Jangan selesa. Jangan mengikut al hawa. Jika ada kebaikan dari post ini, maka ambil dan amal lah. Saya hanya seorang akh yang datang hendak menegur diri saya dan ikhwah yang ana kasihi lillah hi taala.

Sunday, June 4, 2017

Kisah Lagend diTarbiyah 1 !


Assalamualaikum wbt Ikhwah wal akhwat.

Setelah Blog ini suram, 2 tahun. Kerana Faktor amal dan kekangan Masa.

Berkongsi cerita dan rasa, disebuah tempat bernama Taman Putra. hee

Alhamdulilh dengan pengalaman ditempat baru. Yang pengalaman baru. Pengalaman menterjemahkan fikrah pada amal dalam Masyarakat.

Beramal dengan bekalan yang di berikan, yang dibina fikrah tarbiyah hampir 4 tahun, bermula ditanam pada suatu malam ramadhan, di padang Shah alam tahun 2013.

Pertamanya, ana bersyukur semuanya dengan Izin Allah, Allah yang aturkan perjalanan yang terbaik setiap daripada kita.


Ana ingat lagi, saat bila sampai taman Putra, “Stuck” nak buat bagaimana… depan mata, memang ada orang. Tapi, tiada orang muda. Ana praktikkan semua bacaan, serah ke, 1001 pengajaran dari Mursyidul AM ikhwan ke… memoir HAB ke… bagaimana menyentuh hati ke…. Kisah2 dalam majmu’rasail…. Dan lain2 yang menceritakan hal praktikal dan cara bagaimana nak buat.

Bermula lah,

Ana “Scan” lepas maghrib… cari orang-orang muda…. Hanya seorang sahaja. Ye, sorang je yang ada “join” berjemaah. Tapi, selepas solat… beliau terus balik, namanya Izat. Beliau hanya akan “stay” antara maghrib hingga Isya pada hari Ahad, sebab penceramahnya agak suka berjenaka. Ana masih bagi "masa", untuk mencari dan mencari.

Esoknya, tiada orang muda. Ana “apply” cara Al-Banna, pergi ke kedai2…. yang ada orang muda, kedai Burger. Dari situ, borak2… hari kedua dan hari ketiga. Ada kalangan mereka yang berminat dengan islam, Cuma jauh dari islam, dalam kalangan mereka yang baik adalah hanya solat jumaat sahaja, solat rafdhu lama dah tak solat. Ada yang siang petang main “Barr” sehingga tangan melecet terkoyak, mereka berlatih setahun lebih. Sayang semangat mereka tidak dihala. Dari sini, ana boleh lihat, betapa peri pentingnya Murobbi yang turun kelapangan… yang berborak dengan mereka. Rata-rata ada masalah keluarga dan ada mindset untuk kerja sahaja. Di mana murobbi hari ini?

Masuk hari ketiga, ana mencari pak cik yang boleh membantu langkah awal ana, yang boleh berborak – borak tentang islam. Ana jumpa pak cik yang salafi, orang panggil beliau Haji. Baik orangnya, ana PM beliau sebelum nak berjumpa. Ketika jumpa… beliau belanja ana makan, sangat memuliakan tetamu . Bila ana memulakan cerita masa makan, beliau agak... tujuan ana datang nak tanya tentang waqi’ adat masyarakat (selepas solat baca doa kuat atau perlahan … bacaan qunut perlu atau tidak)… Namun, ana bertanya mengenai orang muda, “Mana orang muda2 pak cik”… beliau ambil masa juga berfikir, sebab tiada jawapan yang pasti dari mulut beliau… dimana orang muda bila malam… akhirnya malam tersebut lebih kepada sama-sama fikirkan cara nak kumpul…. Sedangkan remaja masih belum ditemukan. Namun, beliau antara yang menyokong usaha dakwah kami dalam mengumpul orang-orang muda. Antara yang selalu belanja makan minum dalam senyap dalam program-program kami.

Hari kelima, ana mengantikan kuliyah maghrib seorang penceramah yang tidak dapat hadir, jadi penceramah tidak bertauliyah OTS. Huu. Ana beri surah al-ikhlas…. Ingin melihat respond 2 hala, selepas usai ceramah…. Lebih kepada orang kata “Tahniah”, “Suara kuat sangat”, “macam ayah”…

Namun, kesannya pada hati dan amal. Masih tidak nampak perubahan hari-harinya. Moga Allah ganjari pada mereka yang memilih usaha ceramah/kuliyah sebagai medan dakwahnya. Silakan.

Hujung minggu berikutnya, ana mengantikan penceramah Subuh. Ana memilih tajuk melihat dan merasai masalah Ummat. Selepas habis kuliyah, jadi suram… suasana makan hanya mendengar bunyi-bunyi kunyah dan tegukan air. Risau juga masa tu… risau, dilihat “menyalahkan”. Niat ana nak sama-sama untuk membina diri dan maysrakat, kena buat sesuatu bila kita Nampak dan dengar masalah. Tidak cukup berbaik sorang-sorang. Sebelum tengah hari, ada seorang pcik panggilan… uzur dah beliau, umurnya 79 tahun. Beliau kata, “Bagus anak muda, kena tegur direct orang-orang dalam masjid ni… jangan rasa selesa dengan keadaan sekarang, ada pcik dengar orang kata… ceramah imam muda membuatkan mereka tak tahu nak buat apa”. Ada yang mengadu, “saya dah tua, banyak dah dosa-dosa dahulu…banyak dah masalah saya dulu-dilu… sekarang nak taubat, tiba-tiba Imam cerita masalah lagi…. Tak boleh nak buat apa”… 

Begitulah melihat upaya, pada pcik-pcik yang meningkat usia. Mereka tiada kudrat yang kuat untuk berusaha lebih... dalam bekorban membuat dakwah dan Islah. Justeru, Allah perlihatkan lagi pada ana…. Fokus lah pada upaya dan kudrat yang lebih bnyak mereka boleh berikan kepada islam. Iaitu orang muda, walaupun ada jahiliyah yang mereka telah dan masih lakukan, tapi awal lagi usia mereka. Taubat masih Allah buka, dan mereka boleh memberi sebanyaknya kepada islam jika niat meruni mereka untuk islam dan berhijrah.

Dari situ, ana mula dekati sorang-orang anak muda, yang bermula ada 2 orang di Masjid Izat dan Ahmad. Dari 2 orang di kedai-kedai. Dari sorang di rumah. Dari situ setiap hari berjumpa mereka, untuk aturkan kawan-kawan mereka dengan ana. Ada dalam 10 orang, buat Tajmik untuk program lepasan SPM. Ada 30 orang datang, minggu berikutnya buat Tajmik ISK, ada 12 orang datang. Dari situ fokus, bina mereka… mereka sama-sama membina diri. 

Bawa ziarah ikhwah luar kawasan, buat pengisian di luar untuk menguji kesungguhan mereka. Yang dapat hadir 5 orang. Ujian bagi mereka banyak dengan Ibu ayah, kerana masih tinggal dengan mak ayah. Ada dalam kalangan mereka, sebelum ikut tarbiyah… Couple, ketagih pornografi, anime, korea, pawagam, main game, CC, tak boleh tengok perempuan dll yang malu nak cerita yang sangat sedey... cukuplah, Allah dan mereka tahu. Dan Allah menangkan mereka dalam berhijrah!

Dengan Izin Allah sahaja, kami sama – sama berusaha sama. Ana sangat yakin Allah sebut dalam surah (3:137), (17:9), (17:14)…. Hidupkan Al-Quran, masyrakat islam itu akan kembali hidup. Kata hasan Hudaibi, “tegakkanlah daulah dalam diri, nescaya akan tertegak sekeliling”. Itu lah yang kami buat sama setiap hari, subuh mereka berkumpul di masjid, jam 8am datang lagi, 11am datang lagi, zohor sekali, asar bersama. Malam kami set baca Al-Quran sama-sama. Usaha ini makin berkembang, mereka buat sesame mereka. Kami buat qiammullail sama-sama, riadah dan dhuha sama-sama… “ramai yang keluar dari hutan mencari makanan yang selama ni mereka cari”….

Perubahan – perubahan mereka moga Allah kekalkan dan terus kekalkan kemanisan hijrah mereka. “Ada yang "melasso" kawan2 di kedai mamak… sehingga kawan mereka ikut ke masjid dan menjadi antara penggerak di masjid hari ini, pekerja kedai mamak pelik mereka pegang al-Quran setiap masa”, “Ada yang lasso di restoran – restoran kawan-kawan mereka kerja.. dan berjaya bawa ke masjid”, “ada yang kejar kawan2 mereka yang bekerja di supermarket dan kedai2” sehingga ada yang berhenti kerja ikut serta dalam gerabak tarbiyah ini. Hari – hari inilah yang kami lalui disini,

Pernah pengorbanan Ithar adik2 Taman Putra ini, menjamu Ikhwah luar makan, mereka sangat memuliakan tetamu. Dengan menggunakan duit poket mereka sediri belanja 60 keping roti canai. Tanpa pengetahuan ana (Selaku Murobbi mereka). Sedangkan mereka mana ada duit, mereka semua lepasan SPM dan sekolah menengah! Subhanallah, moga Allah jadikan saham amal solleh buat mereka.

Kini, meningkat bilangan mereka termasuk adik-adik mereka cecah 80 orang. Saff depan dipenuhi anak – anak muda, yang baru sehari datang ke masjid, berbaju t-shirt dan tidak berkopiah.. lucu juga rasa, kerana ana boleh agak, selepas ni mesti kena tegur. Selepas solat, ada pcik yang tegur mereka… jika tidak dapat tegur mereka, analah yang kena tadah telingan. Jadi mangsa bebelan. huhu





Baru ni, mereka kumpul duit sama-sama, hadiahkan motor… yang diberi nama, “Buraq”. Moga Allah ganjari rijal – rijal dakwah ini. Yang kuat amalnya, kuat keinginannya, kuat infaq masa dan duit mereka. Astaghfirullah… Moga Allah terus mengampuni dosa2 kita. Dan motor tersebut sedang dibaiki oleh geng2 kaki motor yang tidak mahu dibayar. Betapa hebat bila tarbiyah menyapa mereka. Subhanallah

Kini juga, banyak dari 1st layer yang akan sambung belajar. Ada yang telah pergi dahulu ke KYPJ & MARSAH. Masuk minggu ke -3, ana sempat ziarah mereka sekejap. Mereka dah kumpul masing2-masing 5 dan 8 orang. Setiap minggu mereka balik ke kulai untuk dapatkan pengisian. Ada yang balik tanpa pengetahuan ibu ayah, untuk nak iktiqaf di masjid dan ditarbiyah pada hujung minggu, jika tidak jumpa dengan ana, mereka akan cari ikhwah yang boleh borak. Melihat keadaan begini, teringat bagaimana Syeikh Ahmad Yasin yang hanya dapat tarbiyah awal, ketika ikhwan berhenti di RnR sebelum nak masuk ke Palestin. Setiap hari jumpa selama 6 bulan, kemudian Syeikh ahmad yasin membawa fikrah tersebut di bumi Palestin… itulah juga seerah, Rasulullah bergaul dengan sahabat mekah, setiap hari selama 13 tahun. Ku lihat, genearsi Quran Farid itu akan kembali hidup, bilamana murobbi bersama hidup bersama Mutarobbinya. Ikhwah slalu bertemu dengan ikhwahnya untuk berbincng amal, menegur hafazan dan al-Q dan berkongsi masalah Ummat. 


Itulah rutin kami disini, sehingga ana lupa pada keadaan diri ana kerana seronok melihat kebaikan mereka. Mungkin kurang rehat dan makan minum ana pengsan beberapa kali... ada masa-masa ana kesat air mata juga, bila tengok zaujah dan anak-anak… ana bisikkan kat zaujah ana, “Tengoklah anak-anak lebih, dari masa yang abg ada.." 

Mereka ada yang datang ke Masjid seawal 5 pagi,

Ada yang tidur dan Iktiqaf di Masjid untuk nak baiki diri dan solat awal waktu mereka.

Di malam hari, akan bercahaya di kaki – kaki masjid mereka membaca dan bercerita tentang Al-Quran kepada kawan-kawan mereka.

Itulah cerita benar dakwah kami di Taman Putra ketika ini. Doakan kami di sini. Moga kita terus Thabat dan terus menyumbang untuk Ummah

-Kisah Benar 2017 dari seorang Akh-


Sunday, December 27, 2015

Bedah ayat [42 : 13] - Ruh amal dakwah



Bedah ayat : Asy-Syura (13)

“Allah telah mewasiatkan kepada Ad-Deen yang telah di wasiatkanNya kepada Nuh dan apa yang telah kami wahyukan kepada Mu, dan apa yang btelah kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, Iaitu tegakkanlah Ad-Deen dan janganlah kamu berpecah – belah di dalamnya. Sangat berat bagi orang – orang Musyrik untuk mengikuti Ad-Deen yang kamu serukan kepada mereka. Allah memilih orang yang di kehendaki kepada agama tauhid dan memberi petunjukNya bagi orang yang kembali kepadaNya”
[42:13]

Alhamdulillah masih ada waktu untuk menulis, Moga mengharap sangat Allah memberkati masa saya sehingga mampu menulis buat bacaan tambahan kefahaman bagi para Duat di luar sana. Ada yang PM agar paksakan saya ada masa untuk menulis dan ada yang membuka Blog ini, namun tiada apa yang di tambah melainkan di ulang baca post – post sebelum ini.

Betapa sesak dada saya untuk menulis tatkala mentadabbur ayat ini, sehingga kesesakan itu saya sempatkan juga untuk menulis agar kalian yang membaca ini merasai seperti apa yang saya alami.

Baik langsung aja begini, menarik dalam ayat ini.

Oh sebelum tu, sila bersama dengan Al-Quran dan terjemahan sekarang jika sukar nak memahami terus Bahasa Arabnya.

Kenapa agaknya, dalam ayat 13 sahaja dalam surah Asy-Sura ini, Allah menyebut 4 orang Rasul?

Siapakah itu? Iaitu Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.

Dan apa isi kepada ayat ini?

Iaitu Allah mewasiatkan kepada kita agar ikut buat seperti 4 orang Rasul ini, barulah Ad-Deen ini akan tertegak! Tidak boleh sekalipun mengambil salah satu sahaja dari semangat para Rasul ini.

Faham ke?

Begini, kalau ambil salah satu, kita akan menyebabkan ia masih “tatafarraku fih”, iaitu ad-Deen ini mungkin boleh jatuh semula atau tak mampu bertahan, sebabnya kerana orang di dalamnya tidak faham dan beramal dengan kefahaman yang sepatutya.

Jadi, kena ambil ke empat-empat Rasul ini punya “Ruh amal”.

Ok, saya kena akui saya tidak boleh menulis panjang dah sekarang. Rasa nak shut down laptop sekarang. Doakan saya agar terus Istiqamah guna kan “alat” yang memang saya akan guna iaitu laptop untuk kerja dan belajar saya, alang-alang ketika setiap kali buka, saya boleh start menulis sikit – sikit.

Ok, kembali semula.

Baik, untuk pastikan ad-Deen ini boleh berdiri, setuju atau tidak, tiada cara lain melainkan kena tarbiyah dan berdakwah! Fokus post ini pada Dakwah.

Maka, kita akan bedah keempat Rasul ini dari sudut “Ruh amal” Dakwah mereka.

1)  Nabi Nuh:
Berdakwah 24 jam, setiap masa dan guna apa sahaja cara tidak terikat dengan satu cara tajmi atau beberapa cara DF. buktinya dalam surah Nuh di sebut beliau bedakwah Siang malam, rahsia dan terang – terangan. Ruh amal dakwah baginda ialah dakwah ini kena berterusan, sehingga meresap masuk dalam kehidupan kita.

Ibrah dia pada kita, Islam hanya akan boleh menang pada Duat yang berterusan buat dakwah, dalam fikirannya dakwah, duitnya untuk di infaqkan atas jalan dakwah, masanya rela di berikan untuk ditarbiyah dan mentarbiyah madu’nya.


2)  Nabi Ibrahim:
Sejak baginda yakin Jahiliyah salah, bahinda mencari Al-Haq, sejak itu naginda di uji, selepas satu persatu ujian yang belaiu hadapi setelah buat Dakwah, dengan di herdik oleh ayahnya, keluarganya, masyarakat di tempatnya, sehingga di bakar hidup – hidup.

Ibarah pada kita adalah, suatu yang biasa dan sunnatullah atas jalan ini jika kita di uji dengan Ujian, dipulaukan, ada kawan karib yang mula menjauhkan kita, ada mak ayah yang mula menghalang kita, di uji dengan ketiadaan duit, result exam jatuh, penat lelah, di uji dengan ukhuwah, emosi. Anda ada pilihan lain? Jika anda tidak mengikut gerabak dakwah ini sekalipun, anda akan ada ujian, Cuma bezanya, ujian dalam dakwah ini ada kemanisan dan penghujung yang selamat!


3)  Nabi Musa:
Anda tahu bukan, Siapakah Madu’ yang perlu baginda hadapi, iaitu bapak Firaun sendiri. Dengan kekurang pada baginda iaitu percakapan, Allah kata hadapi juga madu’ ini yang merupakan ketua Negara, ketua tentera, ketua kewangan dan segala ketua lah. Dan Baginda, nabi Allah Musa, tetap teguh menghadapi Madu’ ini sekalipun dengan ada serba kekurangan.

Ibrahnya adalah: Wajib untuk menangkan islam ini perlu berhadapan dan berdepan, bukan mengalah, berundur dan lari ke belakang, apatah lagi sekadar dakwah di papan kekunci ke. Persoalan lagi, Apakah madu’ anda seperti Firaun? Yang selalu buli anda, lukakan anda, nak mengugut nyawa dan keluarga anda? Tak de pun, ujian madu’ kita semua comel – comel belaka, nak kena menghadapi sikit je ujian, alasan madu’ kata sibuk lah, couple lah, ada yang merokoklah, ada yang sibuk dengan kolej, univeristi, persatuan lah. Sabarlah, sikit je ujiannya…. Sabar kita bukan beerti tidak buat apa – apa, sabar yang kita faham adalah kena fikirkan buat  sesuatu!


4)  Nabi Isa:
Apa agaknya kerja dakwah dari Nabi Isa? Cuba anda teka, dalam banyak – banyak nabi yang di ceritakan kepada kita, Nabi apakah yang memang clear di jelaskan dalam wahyu yang ada pelapis selepas ketiadaan Rasul tersebut? Tidak lain iaitu Nabi Isa sendiri, iaitu mutarobbinya yang 12 orang, golongan hawariyyun. Pelapis yang di tinggalkan oleh Nabi Allah Isa ini, buka madu’ biasa, tapi “Ansarullah”, iaitu sanggup menghadapi segala malapetaka di hadapan mereka. Tidak pula Allah specifickan, siapakah nama setiap dari 12 orang, dan apakah nama team mereka ini. Cukup dengan 12 orang ni, faham yang sama dan buat kerja yang sama. Nama tidak penting, tapi kefahaman dan amal yang sama.

Ibrah pada kita ialah, pastikan kita ikut dakwah ini, kita juga melahirkan Murobbi, bukan orang yang biasa – biasa, seperti Nabi Isa, meningglakn 12 orang murobbi. Itulah keperluan dan kerja kita sekarang. Jika tiada pelapis, apa yang kita buat sebenarnya selama ni? Tak kan buat video je, tak kan menaip blog dan sembang di FB je? Tak kan asyik buat flash mop je?

Akhir kalam,

Jika keempat – empat ini kita tiada, atau ada 3 sekalipun tidak miliki keseumuanya, maka jangan harap islam akan berdiri kukuh.

Ianya hanya akan berdiri dan di dirikan oleh mereka yang, kehidupannya untuk dakwah seperti Nabi Nuh,

Sanggup menghadapi ujian dakwah seperti Nabi Allah Ibrahim,

Sanggup turun padang bila – bila masa untuk berdakwah dan menghadapi siapa sahaja madu’ dakwah tanpa beralasan seperti Nabi Allah Musa,


Dan ada melahirkan pelapis murobbi seperti Nabi Allah Isa, bukan sekadar menumpang nama atas gerabak tarbiyah!

Thursday, August 20, 2015

Wahai sang Engineer! Jangan futur ye!


Buat akhi ku, ukhti jua, yang mengambil bidang Engineer dan Doktor

Aku sayangi kalian seperti mana aku mengasihi diri ku kerana Allah.

Maka, Aku tuliskan rencana ini untuk anda.

Ewaaah, berbunga di situ.

Baik, terus pada point saya.

[ Warning buat yang mengikuti gerabak Tarbiyah ]

Kerana anda orang bijak, orang yang Allah anugerahkan kecerdikan IQ. Maka, saya yakin anda boleh rasional berfikir, meletakkan emosi di tepi sebentar.

Letaklah pada neraca kita yang sama, Tarbiyah dan Dakwah.

Oh ya, sebelum itu, saya nak buat desklimer . . .
Saya akhirnya tidak bertanggungjawab jika apa - apa yang berlaku, kerana akhirnya inilah saya, saya menulis khusus buat ikhwah akhwat yang mengikuti tarbiyah untuk ambil pena ini sebagai muhasabah. Saya ulang, sebagai muhasabah kerana anda orang tarbiyah!, Jika anda nak pertahankan juga, atau datangkan hujah - hujah anda, silakan . . . tapi ia tidak akan habis. . . kerana saya lebih risaukan ia adalah sebab hawa Nafsu.

Melainkan, anda mengambil secawan air vico, minum, hiruplah ia dengan tenang sambil berfikir panjang semula sebelum membuat keputusan . . .

Jika masih study, berfikir. . . . untuk berhenti?

Begini, perasan atau tidak.

Niat anda belajar bidang Enginer dan Doktor sebenarnya sebab nak menjamin pekerjaan yang selesa. Untuk pastikan anda dan keluarga anda hidup bahagia, benar kan? Jujurlah pada saya.

Wahai engineer, cuba tanya diri anda, anda nak kerja dengan siapa bila habis belajar nanti? Petrones? atau TMB? atau Shall. Lihat jawapan anda. Adakah anda terfikir untuk buka syarikat minyak milik ikhwah sendiri?

Wahai Doktor perubatan, ketika anda sudah bekerjaya, apa yang anda impikan? tinggal di rumah banglo, yang ada security guard? kerana apa . . . . kerana anda risau anak, isteri dan harta anda terancam bukan?. Bukankah itu akan lebih menjarakkan jurang hubungan sosial dengan madu', mutarobbi? Anda! Pergilah lihat berapa ramai doktor yang mesra rumahnya dengan masyarakat.

Maafkan saya, Jika benar ia ada di benak anda.

Ketahuilah, Ia bukan salah anda pun, kerana daripada kecil, kita di sogokkan dengan cita - cita sebegitu, boleh jadi daripada ibubapa, pihak sekolah atau dari media. Contohnya iklan minum susu, bila besar jadi Pilot, Doktor, Angkasawan, Enginer, tapi ada tak yang akan jadi Ulama'?

Pelik, tapi benar, kerana ada hidden agenda di belakang tabir. jeng . . jeng . .jeng.

Ok, kita undur, semua di atas itu adalah kisah sebelum di tarbiyah.

Namun, hari demi hari, tetiba di bentes oleh mak cik hidayah dengan Follow up tarbiyah yang kemas, anda pun join gerabak Tarbiyah dan Dakwah (TnD) ini.

Alhamdulillah.

Anda mula di fahamkan dengan tujuan hidup, peranan kita dalam menyelamatkan Ummat yang sarat dengan masalah sosial yang meruncingkan.

Dan anda cuba men"justifikasi", jadi Doktor dan Engineer sebab dakwah. Anda nak tarbiyah ummat, itu adalah medan Fardhu kifayah bagi ummat Islam. Anda siap kata, ia "alat" untuk mencapai matlamat untuk laksanakan tujuan hidup. Anda kata lagi, bila jadi doktor boleh merawat pesakit dalam waktu yang sama boleh nasihat mereka kepada Islam. (hmm, cuba tanya mereka yang dah jadi doktor, berlaku tak macam ni!!). Tapi, ok lah, saya setuju dengan memberi peluang pada justifikasi anda.

Setelah itu, anda mula sedar akan peranan Syahadatul Al-Haq yang sangat merisaukan kita di akhirat kelak, jika bermain - main jika tidak mentarbiyah diri dan mentarbiyah orang lain, kerana tahap dakwah itu bukan sekadar menyampaikan tapi kena mencederungkan, yakni sehingga orang tersebut berubah dan dia melakukan sesuatu (Rujukan kamus Al-Muhit)

Ketika itu, anda mula jelas, bahawa study di IPT itu hanyalah sebuah "alat" untuk melaksanakan tugas Tarbiyah dan Dakwah.

Anda bersungguh menjayakannya dengan bersemangat, membuat perancangan, timeline dakwah, buku - buku fikrah mula di bedah satu demi satu, hafazan Al-Quran semakin meningkat untuk kapasiti diri dan me-lasso madu', zikir Al-Mathurat mula di hafal dan diulang - ulang, bangun malam semakin hebat di hidupkan, tazkirah sesama ikhwah ikhwah dan akhwat akhwat tidak lekang, pantang melihat manusia, nak sahaja berbual tentang tujuan hidup, di kala melihat dan memikirkan akan ummat, kita menangisi sama - sama. Ah . . . rindu saat itu.

Begitulah di kala, kita berusaha merasai seperti mana yang di rasai dan dilalui oleh para sahabat. (walaupun tak sejibak atau se"rasai" mereka)

Tahun demi tahun, maka tibalah alam pekerjaan.

Yang menuntut kita sebenarnya terus lebih kuat beramal, bekerja berbekalkan tarbiyah yang pekat di IPT dahulu.

Medan amal sebenar di uji. Fikrah kefahaman anda selama ini yang dibina mula di uji. 

Sedikit demi sedikit, anda semakin lesu, ada yang hanya ikut usrah tarbiyah sahaja, bahkan ada yang seperti chips more, datang kadang - kadang, mula memberi alasan penat letih. Usah cerita tentang bawa Usrah, atau melasso orang baru lah, itu jauh sekali. Bahkan ada yang mula futur dan menghilang. Semua kefahaman dahulu hilang, seperti baca buku sejarah dan di ulang tayang. Maka, anda mengulangi sejarah dahulu, anda memutuskan mata rantai dakwah ini untuk sampai kepada ummat yang dahagakan tarbiyah. Anda lupa pada janji awal kita dengan Allah di alam Ruh. Tunggulah pada hari perhintungan yang pasti kelak! 

Oh ya, saya belum jumpa sehingga hari ini, Ikhwah atau akhwat dalam bidang geologi yang masih istiqamah buat tarbiyah dan dakwah bila masuk dunia pekerjaan dan bila sudah berkeluarga. Tidak pernah ku temui. Jika anda salah seorang daripadanya, bakal ahli geologi, jangan sahut cabaran saya, tapi sahut cabaran ini daripada Allah, agar anda mampu thabat buat Syahadatul Al-Haq ini sehingga bertemu dengan Allah. Di akhirat kelak kita bersua (doakan saya thabat).

Tatkala di atas ini telah berlakulah, saya nukilkan ini!

Saya tuliskan pena ini di tengah pagi.

Menangisi, memikirkan keadaan ummat hari demi hari.

Bermuhasabah pada amal - amal dakwah kita yang sudah masuki puluhan tahun.

. . . . . . .

. . . .

. . 



Buat para Engineer tarbawi yang saya kasihi kerana Allah, Saya analogikan anda begini.

Sistem pendidikan kita telah berjaya "memerangkap" anda,

Ketika anda dahulu di sekolah Rendah, anda miliki kawan 100 orang,

Bila anda masuk sekolah menengah yang hebat seperti MRSM, telah di filter, pemilihan yang ketat untuk pastikan yang 5A, murid yang terkehadapan, bijak cerdik sahaja masuk MRSM. Akhirnya 50 orang terpilih daripada 100 orang.

Bila selepas PMR, anda berpindah ke SBP pula, daripada 50 orang, 25 orang sahaja yang berjaya masuk ke SBP, dengan mengambil kira keputusan 9A dalam PMR, kokurikulum mantap, aktif dan cerdik. . . . Saya ulang, "cerdik". 

Akhirnya, bila masuk ke degree, pihak Univeristi pula melakukan tapisan, untuk 10 orang daripada 5 orang sahaja yang terpilih untuk masuk ke bidang Engineer. Bayangkan course chemical Engineer.

Anda pulun sehabis baik, sekuat yang boleh untuk score dalam akademik, sebab apa? sebab nak bekerja di bawah syarikat minyak yang ternama, seperti Petrones, Shall dan lain - lain.

Agak - agaknyalah, jika ada 10 orang yang tinggal tadi, berapa orangkah pihak Petrones akan pilih untuk bekerja di bawah mereka? dan ciri - ciri yang dipilih mesti yang terbaik dalam kalangan yang terbaik!

Akhirnya, 5 orang sahaja yang terpilih. Anda bayangkan, anda sturgle selama 25 tahun, hanya untuk berjuang, berusaha "gila - gila" untuk kerja dengan bawah orang sebenarnya, iaitu petrones!, lebih teruk lagi, sebenarnya, anda "bertuhankan" cita - cita, tujuan hidup anda sebenarnya untuk kerja! 

"Wei, agak - agak ah, memang kena kerjalah untuk tampung makan minum der"

Ok fine, kalau sebab nak cite tentang makan minum kena kerja, anda boleh sahaja berhenti selepas SPM dahulu teruslah kerja, kenapa kena tungggu lepas Degree, sebab apa? sebab tujuan hidup anda nak kejar cita - cita Engineer itu! Itu yang saya katakan tadi, hidup anda sebenarnya "bertuhankan" cita - cita Engineer anda itu!.

Ambil nafas, seperti saya kata seawal pena ini ditulis, ambil lah untuk muhasabah jika ia berlaku pada diri anda!, jika tidak berlaku Alhamdulilah.

Baik, kembali pada 5 orang tadi, apa berlaku selepas itu?

Akhirnya 5 orang yang terbaik, cerdik dan briliant ini dalam kalangan 100 orang tadi, "terperangkap" sebenarnya, mereka di perbodohkan. Orang yang bijak ini, yang di harapkan dapat menyelamatkan ummat kerana kecerdikan mereka, akhirnya tenaga mereka minimum pada tarbiyah yang dicanangkan - canangkan di bibir - bibir mereka suatu ketika dahulu, kerana hampir sepenuh masanya pada kerjaya.

Bayangkanlah, keadaan kerja mereka, yang akhirnya duduk di tengah laut berminggu - minggu, berbulan - bulan, tidak turun mentarbiyah bermasyarakat. 

Kemudian, setelah anda pulang ke darat, anda mesti nak  spend masa dengan isteri, anak - anak, keluarga, sedara mara di kampung, sepupu bagai kahwin, kemudian pergi semula ke tengah laut yang jauh dari manusia, di dubai, delhi, arab saudi dan lain - lain. pfft

Anda tahu bukan, ummat ini semakin parah, anda tinggalkan seminggu pun, orang yang ikut tarbiyah boleh futur dan tidak dapat di hubungi. Lagilah berbulan - bulan anda di tengah laut, apakah makin baik pada ummat ini? 

Tarbiyah ini telah membina anda satu ketika dahulu dengan fikrah yang jelas, mengharapkan agar anda suatu masa nanti dapat turun sehabis baik membina ummat, sepenuhnya menggunakan "logam" anda untuk menyelamatkan ummat, untuk follow up setiap rijal - rijal, untuk membina para murobbi/ah.

Akhinya, yang kembali membina anak bangsa kita, adalah saki baki manusia, yang tidak berminat pun menjadi pendidik (guru), namun itulah kerjaya yang mudah dan masih ada. Hanya sekadar mengajar untuk di bayar gaji. Masuk ke kelas men-transfer ilmu, bukan daripada hati. Kemudian, anda menyalahkan guru atau pendidikan kita, sedangkan sikap anda sendiri? tidak memberi masa yang banyak pada pentarbiyahan! yang telah di fahami, bahawa fasa sekarang ini membutuhkan komitmen kita yang luar biasa dalam membina rijal, sedangkan kerjaya anda tadi, memang sangat minimmum dalam membina rijal.

Bahkan, anda sendiri seharusnya faham, jika dahulu study, hanyalah "alat", ketahuilah juga, "kerja" itu juga adalah “alat” untuk melaksanakan tujuan hidup!

Buat sang duktur, berapa ramai selepas belajar, boleh terus membawa usrah? boleh terus infaq "gila - gila" duit, tenaga dan masa sama seperti ketika masa belajar dahulu? ataupun anda sudah memikirkan untuk berkahwin dua? tiga dan empat? atau mula memikirkan hidup yang selesa berumah besar banglo untuk tidak mahu di ganggu? atau mula fikir nak menjadi pakar untuk menambah lagi gaji, lagi dan lagi?

Ah. . . . cukup anda tuan duktur ambil ibrah buat masa ni dari Inche Gabanna, pada pena dia, (Wahai Tuan duktur, Jangan Futur). Lain masa saya nukilkan dari pihak saya pula tentang Duktur yang tidak berkesudahan ini.

Kerana sayangkan pada Duktur dan Engineer ikhwah akhwat kitalah, saya tuliskan ini.

Sayang potensi anda, "logam" anda, dan kecerdikan anda yang sepatutnya dapat melajukan lagi Tarbiyah dan Dakwah di malaysia, tapi anda "terperangkap"

Maka, yang masih study bidang Duktur dan Engineer, fikirkan semula.

Buat yang sudah bekerja sebagai Engineer, daurahkan lah bahan "kerja vs Dakwah", atau ingatlah semula niat asal anda.

"Akhi . . . . banyak kot ikhwah akhwat kita yang Engineer dan Doktor sumbang duit untuk dakwah kita"

Medan menyumbang duit, tidak pernah sama menyumbang amal tenaga!

Duit itu material, siapa ingin menyentuh hati manusia?

Ya, saya tidak nafikan usaha dan sumbangan mereka dari sudut kewangan, tapi berapa ramai yang mampu dan sanggup turun ke padang, menyumbang tenaga? follow up setiap mutarobbinya? tidur bersama dengan mutarobbinya? kejut qiam di bilik/ rumah mutarobbinya? sanggup bertahan mendengar rintihan mutarobbinya sehingga tengah malam?

Kerana tarbiyah yang kita fahami, bukan sekadar usrah seminggu sekali! di luar usrah itulah sebenarnya "Usrah".

Bagaimana mungkin, anda dapat bantu qiammulailnya, jika tidak tahu apa yang diperbuatkannya dengan pergi membantu mengejutnya sendiri?

Bagaimana mungkin anda tahu habitnya, jika tidak datang ziarah mengejut di rumah atau biliknya?

Bagaimana mungkin anda tahu mutarobbi anda solat berjemaah di awal waktu di surau, jika tidak turun bersama ke surau tempat tinggalnya?

Bagaimana mungkin anda dapat bantu, tunjukkan cara beliau berdakwah, menegur jika salah jika tidak turun melihat sendiri mereka menggauli manusia?

Jika sekadar cakap lisan dalam halaqoh, mutabaah amal dalam usrah. Itu masih kering, itu bukan didikan kita!, Rasulullah lah Qudwah kita, Bagaimana baginda follow up, dan mentarbiyah sahabatnya! 

Apa anda redho dengan semua di atas?

Apa anda rasa rela dan selesa?

Ok fine, kita main matematik sikit!

Jika anda graduate dari IPT umur 25, kemudian kerja, anda bayangkan pencen umur 70 tahun, jadi anda tahu tak, anda kena bertahan 45 tahun di alam pekerjaan!

Anda sanggup pergi ke tengah laut selama 45 tahun!

Anda sanggup jadi duktur yang robot selamat 45 tahun!

Anda tahu tak, apa jadi pada ummat jika sesat selama 45 tahun di sebabkan anda ni!

Anda tanggunglah ia kelak.

Anda ada pilihan, anda sendiri memilih untuk melambatkan lagi proses islah ini !

Tarbiyah itu sampai mati! Tarbiyah itu adalah aset, asas dan kekuatan, Ia bukan sekadar berhenti ketika zaman study sahaja.

Tanpa tarbiyah dan dakwah, apalah erti kemaknaan hidup?

Saya telah sampaikan, moga ini sedikit Syahadatul Al0Haq Qauliyah saya kepada yang membaca. Sahutlah cabaran! atau fikirkan semula!

Maka, saya akhiri dengan sepotong Ayat Allah, Surah At-Taubah, ayat 26.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi hidayah kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

[ 9 : 26 ]

Risau, akhirnya kita ada penyakit "wahan",dan jika kita lebih cintakan 8 perkara di atas ini lebih Allah dan Rasul, lebih dari melaksanakan tujuan hidup yakni Ibadah dan Khalifah, atau melebihkan berbanding Tarbiyah dan Dakwah, takut - takut akhirnya Allah tidak memberi hidyaha pada kita seperti mana dalam ayat di atas. nauzubillah

Yang telah korbankan cita-cita dunia, untuk beroleh janjinya di akhirat kelak,
Al-Mutarobbi.
0536
21082015.