-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, March 27, 2013

Surat menembak moga Thabat

[ Moga nya Akh Fadhil yang di timpa musibah, kembali sihat, kuat dan teguh atas jalan ini, tanda seorang kekasih itu nak melihat setia atau tidak setia kekasihnya, mesti perlu di uji, Allah sedang menguji mu akhi ]



Hentian Perjuangan

Jatuh dan bangun
Begitulah lumrah yang menyapanya
Hening suasana tatkala fatrah hentian ditakdirkan buatnya
Terimbas dari kami
Saat dianugerahkan kesihatan
Digunakan sepenuhnya untuk menginfaqkan diri di jalan-Nya,

Saat bertenaga
Sanggup berpanas hujan meredah badai
Demi menyantuni mutarabbinya

Saat bersamanya alat
Dimanfaatkan sepenuhnya untuk jalan Tarbiyah dan Dakwah,
Kerana hadafnya semata-mata menuju Allah dan sorga-Nya
Kesakitan dan ketidakberdayaan bukannya halangan diri
Sempat mencari waktu untuk mengukir senyuman
Yang manis lagi ikhlas pada rautnya
Senyumannya sudah menjadi penanda arasnya buat diri kami
Tak kira keadaan dan siapa
Pasti dilontarkannya dengan wajah kasih sayang mesra.

Insan marhaen begitu senang lagi ceria tika bersama dengannya
Apatah lagi bagi kami laksana keluarga yang disatukan jasad dan ruh dengannya

Detik terlantarnya atas katil yang syahdu
Ikhwah-ikhwah datang mengelilinginya dengan penuh prihatin
Titipan doa tidak jemu di bibir untuk kesejahteraannya
Hentian perjuangan saat zat kudrat ditarik-Nya sebagai ujian
Namun hamasahnya segar lagi bergetar dalam jiwanya
Bahawa seandainya diberikan kembali nikmat sihat seperti sediakala
Sudah pasti kerja Tarbiyah dan Dakwahnya tetap maksima seperti sebelumnya
Bahkan lebih dari itu tampaknya

Madahnya "kita disibukkan dengan perkara-perkara besar,
kerana cita-cita kita besar!"

WAFWMKZ
22022013
1.30am

Syafakallah ya akhuna Talhah





"Kalam ana
cukuplah sebenarnya
biarlah mutaaba'ah amal kita berbicara"
-Muhammad Talhah-

______________________

Aku balas di alat maya ni semula akhi "WAFWMKZ", sebelum aku terlambat, seperti baru ini perginya seorang Akh yang Aku sayanginya kerana Allah, namun tidak sempat menuturkan kepadanya, sebelum Aku lebih menyesal, terimalah :

"Uhibbuka Fillah Akhi WAFWMKZ" (seyum kenyet mata, hu)

No comments:

Post a Comment