[Muhasabah]
"Sunnah Terawal & Terbesar yg Rasulullah tinggalkan pada kita adalah
Dakwah, bukan bersugi dll" -Sollah hu alaihiwasallam.
"Ramai orang mampu berdakwah, namun berapa ramai yang telah jatuh CINTA
dgn dakwah?"
______________________
Aku datang ke TTS awal hari tu. Usrah jam 9, aku datang jam 6.
Malam ini akan bincang sirah, aku bawa buku-buku yang aku suka untuk dihadam
habis-habisan tajuk yang bakal diperbincangkan.
1) Sejarah Hidup Muhammad (Haykal Husaini)
2) Manhaj Haraki (Munir Ghadban)
3) Fiqh Sirah (Ramadhan Buti)
4) Raheeq Maqtum (Mubarakfuri)
5) Sirah Nabawiyah (Mustafa Sibaei)
6) Tarikh ikhwan (Jumah Amin) - untuk kaitkan dengan pembinaan ikhwan
Sedang aku baca-baca buku tu, tiba-tiba datang beberapa ikhwah Indonesia yang datang
untuk ziarah.
Pertemuan tidak formal, mereka sangat santai. Mereka ini boleh dikatakan
'pakcik' lah untuk aku. Aku panggil mereka 'Ammu'.
"Panggil akhi aja...", katanya yang berstatus Dr itu sambil
gelak-gelak
"Di kawasan X ada berapa Orang yang bekerja?"
"Lebih kurang 1000 orang", jawab aku dengan yakin.
"1000 orang? Bukan ada 100,000 manusia kah di situ?"
"Ya"
"Ah, itu futur namanya!!! Haha", katanya sambil gelak-gelak. Aku
tertunduk malu. Ya, kami di Malaysia memang tak serius buat dakwah.
"Akhi, anta masih pakai buku untuk usrah?", tanya akh tersebut.
"Ya, hehe. Lepas ni ana usrah"
"Kami di Indonesia sudah tidak guna buku, semua di sini aja (jari
menunding kepala)"
"Oh", aku tak faham sebenarnya. Aqaliyun ke apa mereka ni.
***
Setelah 5 tahun berlalu, baru aku faham. Penguasaan ilmu itu sangat wajib
sehinggakan kita kena baca, faham dan hafal. Datang ke usrah hanya untuk
perbincangan bagaimana impaknya kepada amal.
Bukannya dalam usrah baru nak buka buku. Yang lagi malang, para nuqaba, dalam
usrah baru nak baca bahan yang anak usrah bentang. Shame on you!
Patutlah kejayaan itu sayup-sayup je menyapa kita. Patutlah... Patutlah mereka
di negara lain mampu memenangkan islam melalui usaha mereka.
Dakwah, bukan hanya kepada tahu. Bukan hanya kepada cakap. Tapi amal!
*Beberapa hari selepas itu baru aku tahu yang akh yang jumpa aku itu ialah
ketua dakwah ikhwah Indonesia. Beliau hari ini Presiden PKS
No comments:
Post a Comment