-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Saturday, December 29, 2012

Tarbiyyah Kita

[ RI ]

Hak anda apabila anda berada di dalam sistem Tarbiyyah ini

Mendapat tarbiyyah secara terus dari Jemaah dalam program-program umum dan khususnya.

Ditarbiyyah dalam kelompok katibah setiap bulan dalam sesi-sesi daurah dan aktiviti-aktiviti lainnya.

Mendapat latihan khusus dalam usrah masing-masing bagi memantapkan segala segi ahli-ahli usrah. Minimum secara mingguan.

Mendapat sentuhan peribadi naqib dari hati ke hati pada setiap masa.


Kepada mana-mana anggota jemaah ini yang tidak mendapat mana-mana haknya, bolehlah mengingatkan naqib masing-masing tentang betapa azabnya seksa di neraka kelak.

Jangan lupa, anda juga ada tanggungjawab anda sebagai ahli dalam sistem tarbiyyah ini. Belajarlah untuk memberi.

Pada banyak keadaan, kita mengatur macam-macam perancangan, namun Allah jualah yang menentukan.

Thursday, December 27, 2012

Jalan ini Pasti di Tapis!!

[ Ah! Pergi Kau Alasan ]

Jalan Tapisan

Allah akan benar - benar menapis,
mereka yang berada di Jalan ini.

Jalan ini,
Hanyalah untuk merekayang berjiwa besar,
tidak mudah tergugah
Oleh mehnah, tribulasi dan malapetaka.

Jalan ini,
Hanyalah untuk mereka yang gusar,
sangat takut,
Andai amal - amal mereka,
Hangus terbakar,
Oleh api riak yang tidak kelihatan,
meninggalkan hanya debu - debu yang berserakan

Jalan ini,
Bukan untuk mereka yang mengeluh kepenatan,
Sedang langkah baru sahaja selangkah,
Masih jauh dari Syurga kenikmatan.

Jalan ini,
akan sentiasa ada tapisan,
dan kita pasti akan mendapat,
apa yang kita niatkan.


[ Sajak : penutup majalah Jom edisi 10, saya sudah miliki!!
Apakah anda sudah share bagi hadiah pada madu' si manja? ]

Tuesday, December 25, 2012

Analisa : menarik minat pendidikan Islam mula dari Sekolah Rendah

Aku sayang akan Masa depan Ummat dan generasi kini, pembaharuannya pada subjek pendidikan Islam mula dari Sekolah Rendah


Mengimbau seawal usia kanak – kanak, satu ketika dahulu, Game Mario sangat mengamit jiwa kanak-kanak, sehingga ada juga remaja dan tidak kurang umur dewasa juga bermain game ini. Hujung 1990-an, tanah air Malaysia tidak sedikit remaja yang bermain game “teamwork” di panggil counter strike, game ini sehingga kini masih memberi kesan kerana terus di update version nya kepada yang semakin mencabar. Game Great Thief Auto (GTA), adalah game generasi berikutnya yang berjaya menarik minat diperingkat semua umur, sehingga kini ia masih popular dan “hidup” pada kamus generasi millennium. DOTA, Black shot dan Pess (game bola) adalah game (seperti candu) seakan “drug” yang membuatkan pemainnya ketagih, walaupun terpaksa mengeluarkan duit, mereka sanggup, game ini di kira berjaya bukan kayu ukur nya ramai yang bermain sahaja, bahkan untuk bermainnya, perlukan tempat yang ada internet, sehingga ke tahap Pengorbanan dengan mengeluarkan duit. Betapa game ini Berjaya menanam unsur ketagih yang dipanggil “drug” kepada anak muda kini. Nah, berjayanya game ini mengaburi minda genarasi kini, namun sayang kerana “Ruh” keTuhanan dan nilai – nilai murni tiada, sekalipun ada, tidak diterjemahkan dalam praktikal kehidupan.

Generasi sebelum ini lagi sudah berminat kepada Game bahkan mereka main kerana kehendak sendiri, bukan kerana arahan atau nasihat mahupun ajakan paksaan sesiapa!!, mereka minat, dan tidak mustahil jika “lahir” Game Islamic pasti menjadi pilihan juga dan boleh diturunkan ke generasi berikutnya”.


            Justeru, Idea untuk cuba diterjemahkan pendidikan islam ini dalam bentuk “game” adalah buah fikiran ahli kumpulan kami dalam subjek Asas Pembudayaan dan Keusahawanan(APK UM), kami brain storm sehingga genap minggu ke-13 kuliyah, kami membentangkan di hadapan, sambutan dan harapan dari pendengar dan kami sendiri agar usaha ini boleh di aplikasikan, Insya Allah kumpulan kami boleh membantu untuk menjadi printis akan usaha ini (jika masih belum ada yang memulakan),

“Andailah game-game unsur ganas, lasak, material yang datang dari barat ini boleh menyebabkan mereka “ketagih”, tidak mustahil game Islamic ini boleh “ketagihkan” mereka. Bukankah lebih baik mereka cenderung kepada game Islamic bukan? Amat sayang jika langsung tiada usaha kerana hakikatnya kini game mendapat sambutan! Apakah kini, sudah ada game Islamic yang update untuk pendidikan Islam? Apakah ia setanding dengan arus perkembangan ideal game hari ini yang sangat memerlukan daya tarikan? Adapun jika ada, adakah berteraskan Tauhid dan terus mengekalkan asas prinsip tersebut? Jika tiada, jadi memang pilihannya mereka akan pilih game ganas, lasak dan material yang datang dari barat!”.

“Jika Kita sendiri tidak hadirkan pilihan di tengah-tengah mereka, jangan salahkan mereka yang “ketagih” bermain game sehingga sanggup ke cybercafe”.

Jika, memang hanya 30 minit sahaja seminggu pengajian Pendidikan Islam di ajar di dalam kelas kerana itu yang difikirkan relevan oleh Pihak berwajib, maka pastinya kita hendakkan 30 minit pendidikan islam itu di ajar dengan muntij (berkesan). Apatah lagi, kita bukan sekadar untuk menghabiskan silibus dan bab demi bab, maka lahirlah ramai manusia yang melalui silibus tanpa tahu kenapa perlu lalui silibus tersebut bahkan tidak boleh aplikasikan dengan tujuan hidup iaitu Ibadah dan Khalifah dan lagi jelek, tidak di praktikkan dalam kehidupan bahkan Jahiliyah terus ada dalam diri. Pada saya, ia perlukan solusi, penulisan saya, bukan sengaja memuntahkan permasalahan, namun sebagai seorang muslim dan rakyat Malaysia, saya sayang akan generasi akan datang, apatah lagi anak bangsa kita kelak, kerana itu sebagai rakyat maharen, saya mencadangkan idea yang saya kira perlu kepada langkah yang serius dan dibuat kajian yang terperinci.

Bagaimana, mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan (PJK) berjaya membuatkan murid tertunggu – tunggu setiap minggu untuk bersukan? sedangkan subjek tersebut 30 minit sahaja dan waktunya adalah di waktu pagi sesi persekolahan, namun berjaya di atur dengan baik dan sangat muntij, terkadang tiada guru pun, mereka boleh kawal masa dan main tanpa disuruh. Justeru, adakah mustahil pengajaran dan pembelajaran bagi subjek pendidikan Islam juga mampu membuat sedemikian rupa?, sehingga murid ternanti-nanti dan jatuh cinta dengan madah (subjek) ini.

Contoh situasi game, seperti dalam gambar di bawah. Betapa, sebuah negeri yang  prihatin kepada pelajar dengan memberikan komputer riba kepada setiap murid. Namun persolannya, adakah maksimum penggunaanya? Mana lebih penting komputer riba atau Isi (input) di dalam komputer tersebut? Begitu juga dengan membina masjid, manakah yang lebih penting, membina banyak – banyak masjid atau membina manusia untuk datang ke masjid? Pastinya input (membina orang untuk datang ke masjid), apalah gunanya membina masjid, namun tiada orang yang memenuhinya!!


[Sekadar lontaran Idea 1]
Pengajaran:
   1)      Murid faham, musuh yang nyata bagi manusia adalah Syaitan 
   2)     Murid faham, bahawa ada dalil disebut didalam Al-Quran
   3)     Murid faham, bahawa untuk berhadapan dengannya, perlu kepada senjata (doa)



   [Sekadar lontaran Idea 2] 
   Matlamatnya : Bab 2
   
   Pengajaran:
    1)      Murid faham, ciri – ciri orang munafiq
   2)     Murid faham, bahawa kita perlu hindari sifat (ciri-ciri munafiq) itu supaya tiada dalam diri.
   3)     Murid faham, bahawa untuk berhadapan dengan mereka, perlu melakukan sesuatu

          Iye, barangkali idea ini tidak dapat menyelesaikan kebanyakan masalah terhadap P&P dalam pendidikan Islam, namun sebahagian besarnya mungkin berkesan. Analoginya, seperti Plaza Tol, kebiasaannya bila tiba musim hari perayaan, Plaza Tol pasti akan jem, jadi untuk mengatasi kesesakan ini, di bina alternatif iaitu melalui lorong Smart Tag atau Touch n’go, benar masih jem, namun dapat menyelesaikan sebahagian masalah pemandu, mungkin game ini ada baik dan juga ada buruknya, namun sekurangnya sebahagian murid minat kepadanya, dan ibu bapa dan pihak sekolah juga sekurang-kurangnya berjaya mendatangkan alternatif pilihan game yang ada, iaitu berasaskan tauhid, Islamic dan ada nilai – nilai ketuhanan.

            Analisis kritis, mendalam dan serius perlulah di laksanakan. Jika tajuk ini boleh menjadi salah satu kajian dalam bidang Dr. falasafah, sehingga berjaya di adaptasikan dalam bentuk permainan computer kelak. Saya sangat hargai dan ketahuilah, yang gembira adalah anak-anak generasi akan datang terbentuk dengan menjadi Individu Muslim dari awal lagi. Kami hanya menumpang pahala dan mengucapkan syukur dan tahmid tidak terhingga, namun jika selepas di kritik, bahkan kemudaratannya lebih besar, kami memohon kemaafan dan memuhasabah diri. Ketikia ini, masih belum kelihatan mudaratnya, cubalah dahulu. Generasi kini, inginkan alternatif dan pilihan game computer yang mendatangkan manfaat pada akhirat mereka.

      Wallah hua’lam



Thursday, December 13, 2012

Palestin Itu Jauh dari Kita


[ Aku deklamasikan sajak ini buat Ummat ]

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
apabila rumah kediaman digesel trak
harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

Irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

Irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

Sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

Berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

Tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?


[Muharrikah]

Saturday, December 1, 2012

Ghazwatul Fikr : Satu analisa eh






Bismillah, ini satu realiti yang saya cuba, usaha ketengahkan. 

Panjang! 

Sepuluh minit scan! 

Dianjurkan baca beberapa kali! bukan sekali nanti generasi berikutnya berulang!

[Warning] : Saya mengharapkan, penulisan ini menjadi muhasabah, bukan tempat berjidal (debat), kita perlukan Syahadatul Haq bi Fi'liyah

Ianya sangat bersangkut paut dengan pola kehidupan masyarakat sekarang, termasuk kita juga yang digelar 'orang dakwah'. Ini adalah intipati kepada kata-kata yang popular tahun 80-an dulu, Al-Ghazwul Fikri (perperangan, penjajahan pemikiran).

Sungguhpun kita ni memang sibuk dan tak ada masa sangat untuk melihat isi blog yang panjang-panjang macam ni, tetapi ada eloknya sekali sekala kita dapat luangkan masa untuk bertafakur sejenak kerana ia adalah isu yang cukup besar.  

Isu Ummat!! eh

Al-Ghazwul Fikri adalah sebuah teknik propaganda yang hebat diguna pakai keatas kebudayaan atau cara hidup masyarakat Islam samada melalui kaedah yang nyata atau halus. Merujuk kepada buku karangan Prof. Abdul Rahman H. Habanakah bertajuk “Metode Merosakkan Akhlak Dari Barat”, al-Ghazwul Fikri diterapkan secara ILMIAH agar cara hidup dunia Islam berubah dari berpaksikan AGAMA kepada kebenaran LOGIK akal. Secara dasarnya umat Islam tidak perlu menukar agama. Sebaliknya biar ia tetap menjadi orang Islam tetapi akal fikirannya tidak lagi menyakini dan melaksanakan ajaran Islam. Itu dasarnya!

Allah swt telah pun menceritakan berkenaan al-Ghazwul Fikri ini dalam surah Al-Quran,

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani TIDAK akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah swt itulah petunjuk (yang benar)”. dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah swt tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”

[2 : 120]

Begitu juga di dalam hadis sahih dikeluarkan Al-Imam Al-Bukahri dalam Sahih beliau:

“Daripada Abu Said Al-Khudri R.A daripada Nabi saw sabda baginda: Kamu pasti akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta hingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun tentu kamu mengikutnya. Kami berkata: Wahai Rasulullah, adakah maksudmu Yahudi dan Nasrani? Kata Baginda: Siapa lagi (jika buka mereka).”

Persoalannya,

“Apakah pemikiran kita benar-benar telah dijajah?”

Perkara ini tersangat basic dan ramai antara kita akan menafikannya. Akan tetapi kalau kita renungkan dan amati, memang kita banyak mengambil sistem kehidupan "yang telah disistemkan" dalam cara, prosedur, peraturan, mekanisma dan yang paling penting 'ukuran nilai kehidupan'.

Ana akan cuba memberi beberapa contoh kepincangan dalam sistem-sistem kehidupan yang kita alami sekarang (mohon maaf terlebih dahulu jika contoh-contoh ini terkena direct pada diri kita, jika kena, tepatlah untuk diri muhasabah).

1.   Sistem Politik :

Sistem mana yang kita pakai? Demokrasi - adakah itu yg terbaik? Apakah tidak ada sistem Islam yang seharusnya kita perjuangkan? Ya, mungkin kita kata itu sahaja yang ada pada ketika ini dan itulah yg terbaik. Cukup ke setakat itu? Mana pakar-pakar kita dalam dunia Islam yang mampu untuk menganalisa sistem ini dan mengetengahkan kepada masyarakat sistem alternatif? Bukankah sekarang memang telah wujud sistem pemilihan pemimpin dalam banyak parti politik tetapi bila sampai ke peringkat negara, kita gunakan sistem demokrasi yang banyak kelemahan.

Bab kelemahan ini ramai yang boleh senaraikan. Cuma yang ana nak ketengahkan adalah, apakah kita telah menerima sistem ini secara tidak sedar dan memang mengamalkannya. Bagaimanakah tingkah laku dan sikap ahli politik kita sekarang? Berebut jawatan, tikam belakang, fitnah, mencaci, mencari populariti, keangkuhan, rasa ujub & kagum kepada diri sendiri, Dan banyak lagi.

Agenda politik untuk membawa Islam dah jadi apa?

Apakah perlu kita mengkaji sistem lain yang lebih adil, berwibawa dan Islamic?


2.  Sistem Ekonomi :-

Pihak yang mempunyai fundamental - makanan, sumber alam (minyak, emas dsbnya), pertanian dsbnya dijadikan hamba oleh pihak yg memegang kuasa ekonomi. Mereka boleh berpuas hati bila diberikan wang (sekadar kertas kosong yang tercatit nilai) tetapi tidak mempunyai sebarang nilai. Punyalah teruk, nilai USD tu dah tak ada tapi dengan duit itulah orang boleh beli rumah, aset, makanan dll. Malah dalam satu kajian, didapati seorang petani akan mengusahakan makanan (bahan paling asas untuk kehidupan) untuk 40 orang akan tetapi malangnya yang paling miskin dalam 40 orang ini adalah petani itu sendiri! Mana logiknya sistem ekonomi ini?

Bila berlaku masalah ekonomi, golong yang kaya akan semakin kaya dan golongan miskin akan terus miskin. Inilah fenomena sistem ekonomi capitalist dimana yang kaya menjadi tuan yang yang miskin dijadikan hamba. Tapi malangnya sistem inilah amalan kita di dunia ini sampai tak boleh diubah langsung.

Masalahnya, ada sesiapa ke diantara kita yang mampu mengetengahkan sistem ekonomi Islam sebagai alternatif? Atau kita sendiri sudah terperangkap dalam sistem ekonomi ini?


3.  Sistem Riba dan Perbankan :-

Rata-rata umat dunia ini termasuk umat Islam yang men'defend' bermati-matian sistem yang jelas menindas dan haram ini. Kita seolah-olah merasakan kalau tak ada sistem bank, negara ini akan hancur. Business akan bungkus. Kekayaan negara akan dibolot oleh kaum lain. Sebab apa? Sebab itulah sahaja sistem yang telah disogokkan kepada kita sekian lama dan dah menebal dalam sikap, hati dan pemikiran kita, hinggakan kita tak nampak lagi jalan keluar. Kita tidak langsung merasakan betapa beratnya riba ini disisi Allah yang diibaratkan berzina dengan ibu kandung sendiri, berzina dengan 36 orang, Allah swt isytihar perang....dsbnya. Malah masih ramai yang terlibat dalam sistem ini sebagai saksi dan jurutulis (yang kerja dengan syarikat bukan Islamic.... termasuk peguam dan pegawai bank la), sedangkan semuanya termasuk golongan yang dilaknat. 


4.  Sistem Nilai :-

Bab 'apa yang penting dalam kehidupan' pun dah bercelaru dalam masyarakat. Contoh fesyen - dalang bab fesyen ini mostly syarikat Yahudi. Bukan sahaja pakaian, tetapi barangan pengguna, rumah, hiasan dalaman, alatan letrik, letronik, telefon......  dan banyak lagi. Apa ada pada fesyen? Sekadar nak habiskan duit untuk menukar benda lama yang masih lagi baik. Telefon canggih tu pun bukan pakai semua ciri-cirinya..... yang pakai hanya untuk call dan sms aje. Telefon tak sampai RM100 pun boleh buat ye tak. Tapi beli juga sekadar nak rasa sedap, ikut fesyen, riak...... dan dah jadi penyakit masyarakat. So, apa nilai yang ada pada umat sekarang? Nilai yang disoggokkan oleh iklan, peer pressure dsbnya. 

Bab nilai ini terlalu banyak..... antum pun boleh fikirkan sendiri.

Semua ini adalah kepincangan yang berlaku dalam minda umat Islam sekarang. Terlalu banyak contoh-contoh lain yang kita boleh kemukakan tapi cukup sekadar yang diatas untuk kita mula berfikir.

Perperangan Pemikiran (Al-Ghazwul Fikri) ini datang dari pelbagai sudut dan punca. Tetapi ada punca yg besar yang kita mungkin terlepas pandang atau tidak kita sedari hingga ke hari ini.

Punca inilah yang ana nak bincangkan secara detail dalam penulisan ini iaitu “SISTEM PENDIDIKAN NEGARA”.

Ana pernah terbaca article mengenai sistem pendidikan negara yang pincang satu masa dulu. Ana akan cuba huraikan sekadar yang ana boleh ingat (italics).

Pertama: Sistem pendidikan yang disogokkan kepada kita adalah "Sistem untuk jadi Hamba".

Sistem pendidikan negara kita berasal dari Barat (akibat penjajahan). Malah pola pemikiran Barat ketika itu banyak dipengaruhi oleh puak Zionist (tahun 1900-40an). Dalam sistem ini mereka akan membentuk golongan 'Aristokrat' dan 'Technokrat". Golongan aristokrat akan memerintah dan golongan technokrat adalah golongan yg akan diperintah (sistem perhambaan). Di UK, golongan aristokrat akan didik di Eaton, Cambridge dan Oxford manakala bagi negara-negara yang dijajah - ini termasuk negara-negara Islam (Arab), India, negeri Tanah Melayu dsbnya, mereka mengetengahkan sistem 'technokrat' (menjadi hamba).

Kurikulum sekolah juga dibentuk sedemikian rupa agar mereka-mereka yang belajar mesti berfikir "esok bila habis belajar, nak kerja dengan siapa"-Slave Mentality.

Bukannya nak kerja apa. Rata-rata kita akan risau kalau tak boleh kerja dibawah orang lain bila dah graduate dan bukan menjadi usahawan (berusaha sendiri) dengan ilmu yang ada sebab PERSEDIAAN ILMU UNTUK BERUSAHA SENDIRI MEMANG TIDAK DIAJAR. 

Penyakit ini menular hingga kita keluar dari Univerisiti dan berkelulusan PhD sekali pun!

Kalau kita perhatikan kepada mata pelajaran, kita akan dapati kebanyakkan ilmu yang diajar memang tidak boleh dipraktikkan dalam kehidupan. Kita belajar perkara yang kita tak boleh nak faham dan amalkan. Bukankah ini satu perkara yang cukup pelik? Ia sekadar diadakan utk menyusahkan utk ambil exam. Cuba antum amati, "berapa banyak ilmu yang dipelajari disekolah mahupun di universiti yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian?" 10%, 20%....... kenapa tidak 100% - macam ilmu Islam - syariah, quran, hadith dsbnya....?

Contoh;

Kita belajar Biologi : 

Nama kulat, bakteria, tumbuhan dan keluarganya, sampaikan naik pening kepala menghafal tapi apakah digunakan sekarang?


Kita belajar Kimia :-

Reaction unsur itu ini, H2So4, HCl, hafal segala tuk neneknya, tetapi setakat mana ia dapat digunakan utk kehidupan seharian?


Kita belajar Fizik:-

Dengan segala macam teorinya dan tak dapat kita relate pun dengan kehidupan. Konsep yang berbelit-belit yang hanya sesuai untuk saintis.


Kita belajar Add Math :- 

Dengan sine, cosine, fx dan huraiannya, log, log10, ln, matriks...... tak satu pun kita masih ingat dan pakai?


Kenapa kita belajar subject yang kita tak akan gunakan dalam kehidupan seharian? Ia mungkin berguna kalau nak jadi saintis. Malah dalam banyak kes, pelajar sekadar mengingat apa yang dia belajar untuk dikeluarkan semula dalam Dewan Perperiksaan. Lepas tu dia boleh lupakan semuanya sebab tak akan digunakan dimasa akan datang. Ia hanya digunakan sebagai kayu ukur untuk menilai pelajar (mana-mana yang lebih kuat mengingat) dan bukan membentuk individu dengan sikap, budaya dan membentuk peribadi.

Kenapa kita tidak boleh ubah sistem pendidikan ini? Sebabnya itu lah juga sistem yang dipelajari oleh cikgu, atuk, mak bapa ketika belajar dulu. Inilah sistem yang di kutip bulat-bulat dari Barat. Kita secara tidak sedar merasakan inilah sistem yang terbaik dan akan defend sistem ni habis-habisan. Penjajahan Minda.

Kalau kita belajar Bahasa Cina, India dan Org Asli masa kat sekolah dulu, ana rasa kita mungkin boleh hidup dengan lebih harmoni dengan kaum lain. Mudah kerja dakwah sebab agama Islam itu jelas. Tetapi oleh sebab kita tak pernah belajar, sampai sekarang pun kita tidak boleh nak bersatu melainkan penuh dgn syak wasangka antara satu sama lain. Ciri ‘divide and rule’.

Kenapa tak diajar cara-cara nak berniaga, cara nak buka syarikat, sistem kewangan, kunci kira-kira, adab budaya, pemikiran, saikologi, ilmu kemanusiaan..... secara merata di sekolah? Sebab cikgu pun tak belajar bab ini. Bukankah perkara ini lebih bermanafaat utk kehidupan? Berapa ramai dikalangan kita yg dah kahwin tak tahu nak buat budget keluarga? Perkara ini cukup mudah tapi kita tak buat sebab tak pernah diajar, sedangkan itulah kehidupan kita seharian.

Kedua: Sistem pendidikan yang berurusan dgn benda mati, bukan kehidupan (bab ni sensitif sikit, tapi saya perlu jujur)

Dalam sistem pendidikan sains yang menyusahkan (memang dibuat agar nampak susah), penekanan kepada pendidikan adalah kepada benda 'mati'. Sistem sekolah kita, golongan paling cerdik pandai masuk Aliran Sains. Yang kurang pandai, masuk Aliran Sastera dan yang paling bawah sekali, Aliran Agama.

Kalau amati, memang ada kebenaran article berkenaan. Mak bapak dan anak-anak berusaha sedaya upaya untuk masuk aliran sains. Maka berbondong-bondonglah kita dalam bidang ini. Aliran sastera kurang diminati dan masuk pun mungkin sebab terpaksa. Aliran Agama...... ??

Bila masuk aliran sains, golongan cerdik pandai kita akan berakhir menjadi jurutera (engineer) dan doktor. Maka lahirlah macam-macam engineer, mekanikal, letrik, elektronik, arkitek, juru ukur, automotif..... dan macam-macam engineer atau suku-sakatnya. Semua bidang ini deal dengan benda mati. Rumah, bangunan, mesin, jalan, letrik dan banyak lagi, dan kat sinilah ikhwah kita paling ramai. Kat sinilah kebanyakkan golongan ‘cream of the soceity’ kita. Doktor pun deal dengan orang yang dah sakit dan dekat dengan kematian.


Siapa jadi Tuan?

Pohon maaf, penulisan ini bukan bertujuan memperlekehkan kedudukan jurutera mahupun doktor tetapi kita dapati banyak berlaku ketidak seimbangan (imbalance). Kita ramai jurutera, ramai doktor tapi kekurangan pakar dalam bidang lain yang juga teramat penting.

Bab ekonomi, pengurusan, kewangan, pentadbiran, media massa, dan yang paling penting saikologi, kemanusiaan, human resource, human development..... semua ini untuk aliran sastera, iatu aliran yang kurang diminati. Sedangkan dalam kehidupan seharian bab inilah yang paling utama.

Setiap manusia terkait dengan ekonomi sebab semua orang gunakan duit setiap hari tapi rata-rata kita hampir tidak ada atau kekurangan pakar-pakar ini. Atas sebab inilah teori ekonomi dan masalah ekonomi dunia yang dah dekat nak hancur ini kita sukar nak faham. Apatah lagi nak kemukakan sistem ekonomi Islam sebagai alternatif.

Sama juga dalam bidang kemanusiaan dan saikologi sedangkan Al-Quran itu sendiri paling banyak menyentuh bab kemanusiaan. Sifat manusia, ciri manusia, perangai manusia, tingkah laku manusia, bab yang cukup penting untuk kehidupan kerana ia tak lapuk dek zaman. Inilah bidang yang hidup dan bukan benda yang mati.

Sama lah juga bab-bab sastera yang lain seperti management, media massa dan banyak lagi. Masalahnya, ikhwah kita yg terlibat dalam bidang-bidang diatas ini amat sedikit dan inilah imbalancenya.

Dan yang lebih mengharukan lagi, ramai diantara kita (terutama golongan sains) menganggap bidang-bidang dibawah sastera ini sebagai ilmu ‘enteng’, mudah, tak mencabar minda malah ada yang memandang lekeh ilmu-ilmu dalam bidang ini. 

Pernah dengar tak ungkapan, “Science build the world; Arts rule the world”? Pernah kan? Ungkapan ini A (famous)a world safari semenjak sekolah menengah lagi di era tahun 1970-an.

“Siapa yang memerintah Dunia? Arts.  -  Siapa yang kena perintah? Science

Siapa berada di atas? Arts  -  Siapa di bawah? Science

Siapa jadi tuan? Arts  -   Siapa jadi hamba? Science “
  

Anda boleh lihat, Presiden Amerika dari dulu hingga sekarang, semua jurusan sains sosial (sastera) / Art 

Baik, yang dekat dengan kita, Perdana menteri Malaysia, semua dari jurusan Art! Iye anda boleh kata Tun Dr. Mahathir dari jurusan Doktor, tunggu dulu, bagaimana boleh ceburi bidang Politik? beliau berhenti bidang Doktor tahun 60-an, kemudian ambil sains politik (Art), sehingga jadi PM!! 

Dr. Morsi Presiden Mesir kini, macam mana pula dia PHD bhagian Engineering?, ketahuilah beliau Huffaz Al-Quran ketika kecil lagi, dan kuasai dalam pendidikan di usia awal dengan Art dan menghadam Al-Quran, kemudian baru ceburi science. 

So, dah kenapa nak komplen? Bukankah itu pilihan masing-masing dan kita sebenarnya dah tertipu!!

Nak tambah garam sikit.

Dalam mana-mana mana organisasi, baik perniagaan, kilang, kerajaan dsbnya..... aset mana yang paling penting? Jawapannya: Manusia atau Human Capital. Bukannya alat dan mesin. Kalau satu-satu organisasi tu ‘human capital’nya problem, maka lingkup lah organisasi tu, tak kira walau macam mana canggihnya alat yang mereka miliki atau walau macam mana hebatnya kelulusan jurutera yang ada. Pengurusan human capital ini yang paling utama dan mereka yang ada kemahiran menguruskan ‘human capital’ inilah yang paling penting. 

Isu Rasuah!! buatlah sehebat mana teknologi, alat, AES dll tapi tak ada siapa yang menyentuh jiwa manusia, tetap akan berlaku Rasuah. 

Mana lagi penting? nak buat masjid banyak - banyak ke? atau membina orang untuk datang ke masjid?. ketahuilah, tiada masjid juga, kefardhuan ibadah dapat dilaksanakan dimana-mana. 

Oleh itu persoalannya, siapa yang memiliki kemahiran menguruskan manusia ini? Golongan mana yang ada ramai kepakaran dan bijak pandai dalam bidang yang dikatakan sastera ini? Tidak lain dan tidak bukan, GOLONGAN YAHUDI. Ini game mereka sejak kejatuhan empayar Uthmaniah di Turki sebab dimasa itulah mereka mencorakkan semula Al-Ghazwul Fikri.

Bab yang dinamakan ‘sastera’ ini ramai dipelopori oleh golongan Yahudi sebab ini memang perancangan mereka. Malah antara pakar mereka yang ternama adalah Sigmund Freud yang menjadi rujukan serata dunia. Bila mereka faham bab kemanusiaan ini, maka dengan mudah mereka boleh memanipulasi pemikiran manusia. Bab iklan, perfileman dan media massa - hampir semuanya syarikat Yahudi (Di US ada 6 big giants yang mengawal seluruh media - rujuk wikipedia). Mereka kaji manusia agar mereka boleh tipu.

Begitu juga bab kewangan dan ekonomi dunia - semuanya dipelopori atau dikawal oleh Yahudi. Contoh: Wall Street, Bank Dunia, Federal Reserve, European Central Bank, Fund Manager, Stock broker dsbnya. Mereka inilah yang dinamakan the 1% yang mengawal sistem ekonomi dunia malah kalau kita rujuk kepada agihan kekayaan ekonomi dunia, kita akan dapati;

Top 0.001% (91,000 orang) memegang 30% kekayaan dunia,

Next 0.01% (800,000 orang) memegang 19% kekayaan ekonomi dunia,

Next 0.1% (8 juta orang) memegang 32% kekayaan ekonomi dunia,

Dan baki penduduk dunia 99.9% (6 billion orang) memegang selebihnya, iaitu hanya 19% kekayaan dunia.

Ini juga bermakna 0.1% penduduk dunia memegang 81% ekonomi dan yang mengharukan lagi mostly kat atas tu adalah Yahudi. Atas sebab inilah sistem ekonomi yang pincang ini diterima pakai seluruh dunia walaupun tak logik. Kertas boleh cop angka dan jadi duit utk beli semua barangan. Boleh bina kekayaan yang boleh menggugat dunia. Umat Islam jadi apa?

Bab permasaran (marketing) - macam mana satu dunia boleh pakai seluar jeans warna biru - lelaki dan wanita? Siapa pelopornya? Yahudi. Bab makanan segera - satu dunia boleh makan daging yang dikepit oleh dua roti - Mc Donald. Yahudi? Ayam goreng - KFC - kenapa tidak ikan goreng atau daging goreng? Bab musik - mana perginya musik-musik tradisional kerana hampir satu dunia menggunakan musik barat - drum, guitar dan organ. Music industri siapa punya? Bab filem - Universal Studios, Hollywood dan malah Bollywood pun dimiliki oleh Yahudi. Semua ini utk mempengaruhi manusia sebab mereka belajar dan ada ilmu utk manipulasi manusia. Perkara ini antum kena baca konsep New World Order dimana golongan hamba ini hanya ada 1 budaya, 1 makanan, 1 sistem hidup...dsbnya agar mudah dikawal.

Orang Islam dalam bidang marketing? Boleh bilang dgn jari. Ikhwah kita? Memang dengan percancangan licik, kita umat Islam tertipu. Kita sibuk dengan benda mati sedangkan bab manusia ini (bab hidup), Yahudi pakarnya. Apakah ini bukan satu penjajahan pemikiran sampaikan kita tidak sedar yang kita ditipu malah boleh membela dan bersetuju dengan tipuan itu.

Atas sebab ini juga lah, kita payah nak bangun sebab golongan cerdik pandai/terpilih kita disibukkan dengan benda-benda yang tidak penting sedangkan bab kehidupan harian diserahkan kepada mereka yang kurang 'terpilih' (golongan sastera - maaf). 

Malah, kalau kita teliti, golongan manakah yang masuk Maktab Perguruan? Golongan yang tidak dapat masuk Universiti. Memang ada sebahagia kecil yang masuk maktab atas rasa minat tapi kebanyakkanya atas sebab ‘dah tak leh gi bidang lain? Bukankah golongan ini yang paling penting dalam membentuk manusia? Bukankah guru itu satu status yang cukup tinggi dalam agama hinggakan amalan mereka masih mendapat ganjaran walaupun mereka sudah meninggal dunia? Akan tetapi kalau bidang yang penting ini iaitu ‘mendidik generasi akan datang’ diserahkan kepada mereka yang ‘bukan pilihan’ (not the choosen people), maka lama kelamaan generasi yang nak kita bina itu boleh rosak. Guru yang macam ini (bukan semua ya) sekadar mengajar utk mendapat gaji. Akhlak murid kalau lingkup pun, mereka tak ambil kesah. Bila kerjaya guru dilihat sebagai alternatif terakhir, ini lah masalahnya. Orang berebut TAK MAHU jadi guru dan bukan sebaliknya. Inilah kepincangan sistem pendidikan kita.

Tengoklah sistem pentadbiran dan pengurusan kita. Haru biru? Kenapa? Pernah dengar tak para pentadbir kerajaan kita setakat membacakan apa yang ada dalam General Order dan implementasikan tanpa mengambil kira realiti yang ada masa itu? Kalau setakat baca manual dan amalkan dalam jabatan, tak perlu ada pegawai rasanya. Ye tak? Kerani pun boleh buat. Pentadbiran kita mengikut ’hard and fast’ rule, yang mengibaratkan panduan jabatan itu sebagai Quran, yang tidak boleh dipertikai dan kena terima bulat2. Maka jadilah sistem pentadbiran yang rigid, beku, penuh dengan ‘red-tape’ dan tidak menyelesaikan masalah. Sebab apa? Sebab (maaf cakap), kebanyakkan mereka bukanlah golongan terpilih yang sepatutnya membuat kerja sedemikian. Golongan ‘mediocre’ inilah yang mentadbir dan ramai (bukan semua ye) mengambil sikap acuh tak acuh, sikap sambil lewa, jalan selamat, tidak mahu peningkan kepala hatta sikap malas dan curi tulang dari sekolah dulu masih terbawa-bawa. Bila ini berlaku, terpaksalah buat sistem yang rigid yang tidak memerlukan mereka berfikir. Laksanakan sahaja tanpa banyak soal.

Sebaliknya pula, kita dapati mereka yang bukan pakar dalam pengurusan memegang bidang pengurusan. Bidang yang mereka tak pernah belajar. Pernah ke Dekan kita belajar ilmu kemanusiaan, pentadbiran dsbnya? Apakah dekan-dekan di universiti kita memang tahu mentadbir atau sekadar hentam kromo sahaja. Berapa ramai dekan, TNC atau VC kita yang betul-betul ada kemahiran? MBA contohnya? Setakat baca satu dua buku Steven Covey, Peter Drucker atau Northcotte Parkinson, dia rasa dia dah cukup hebat dan boleh mentadbir, menguruskan manusia.... sedangkan bidang kemahiran yang sebenarnya adalah kejuruteraan? Maka dibentuklah perbagai sistem yang menyusahkan para pensyarah terutama konsep-konsep management. Bila timbul satu istilah pengurusan atau amalan pengurusan yang baru, semua pakat amalkan. Lepas tu simpan dalam file. Contoh strategic planning. Sekarang KPI pulak. Semua benda nak di KPI kan. Esok entah apa pulak sistem pengurusan yang kita baru jumpa dan nak amalkan.

Persoalannya, apakah pelajar yang lahir dari Universiti kita sekarang lebih baik dari dulu atau lebih banyak bermasalah? Apakah sistem pengurusan yang para saintis tak berapa faham tapi buat-buat faham ini betul-betul membantu dalam pengurusan universiti?

Bila konsep ilmu pun kita dah bercelaru dikalangan cerdik pandai kita, bukankah ini satu penjajahan pemikiran yang dah sampai tahap yang kritikal? 

Sikit lagi garam, Dalam satu kajian pada tahun 90-an, didapati golongan yang berpendapatan tinggi dikalangan orang Melayu di negara adalah terdiri dari mereka yang pernah masuk ITM (Institiut Teknoligi MARA), bukan dari golongan yang terpilih untuk belajar luar negara. Masakan tidak, mereka-mereka inilah yang memegang jawatan CEO (dengan MBA mereka), pengurus bank, tokoh koperat dan usahawan berjaya. Lagi sekali orang cerdik pandai kena tipu.

Kalau kita amati, sistem ekonomi dan pendidikan yang pincang ini dialami oleh hampir semua negara Islam sebab kita pernah dijajah. Tetapi bagi beberapa negara seperti Korea, China dan Jepun, mereka boleh naik menjadi maju dari segi ekonomi sedangkan Bahasa Inggeris mereka pun lintang pukang. Atas dasar ini jugalah Singapura menetapkan pelajar terbaik (the best student) mengambil bidang ekonomi dan kewangan.

Dan atas sebab ini jugalah kita terpaksa meminjam banyak teori-teori management dari Barat untuk kerja-kerja Islam sebab kita memang tak ada pakar dalam bidang ini. Dan yang lebih mengharukan, Al-Quran itu sendiri banyak menceritakan bab pengurusan manusia - human management. Bukan benda mati. Tetapi malangnya kita terpaksa meminjam dari Barat teori dan falsafah pengurusannya sedangkan kalau kita ada pakar kemanusiaan, Al-Quran itu sendiri boleh dijadikan asas dalam membentuk keperibadian manusia di dunia ini.

Apakah atas dasar ini juga, kerja dakwah kita menghadapi masalah lantaran kita tidak faham bidang kemanusiaan, masalah masyarakat, bab saikologi....... kerana ramai dari kita hanya berkelulusan tinggi yang deal dgn benda mati?? Berapa ramai diantara kita yang mampu membuat 'kaunseling'? Masalah masyarakat masakini sangat memerlukan pakar dalam bidang ini tapi sayangnya kita tak mampu. Kita memang kena akui kita tak ada ilmu kemanusiaan dan ini berpunca dari sistem pendidikan yang didatangkan oleh puak "yang merancang".

Justeru itulah kalau kita lihat IM sendiri, malah kita sendiri, yang mengendalikan bukannya mereka-mereka yang ada kepakaran dalam bidang kemanusiaan. Mostly jurutera dan doktor. Akan tetapi oleh kerana mereka ini ‘golongan terpilih’ satu masa dulu, mereka belajar sikit demi sedikit bab pengurusan, buat beberapa kesilapan dan lama kelamaan kematangan dan pengalaman lah yang menyebabkan kita mampu mentadbir organisasi ini.

Persoalannya, apakah liku-liku ini nak dilalui semula? Setakat pimpinan sahaja yang hebat sedangkan ahli-ahli masih lagi tidak memahami masalah pengurusan manusia, kita perlu buat sesuatu. Dakwah kita di negara ini dah mencapai lebih 30 tahun tetapi bilangan yang ikut bersama kita hanyalah orang yang macam kita. Perlu ada kelulusan minima ijazah. Kita masih gagal untuk masuk dalam masyarakat dan baru kini berjinak-jinak. Kita masih kekurangan pakar manusia.

Kita kena galakkan generasi akan datang, anak-anak kita untuk mengambil bidang yang kita ada kelemahan ini seperti ekonomi, kewangan, pengurusan manusia, saikologi, media massa dan yang setara.... agar ada imbangan.

Kita dah lihat bahawa kita sudah kalah dengan Yahudi yang tidak berapa ramai, sekitar 15 juta dalam dunia ini sedangkan kita 1.5 billion; 100 kali ganda. Walaupun mereka sikit tetapi bilamana ekonomi, kewangan dan pemerintahan kuasa besar dibawah telunjuk mereka, kita umat Islam dan umat dunia terpaksa tunduk pada mereka.


p/s : Boleh ana kata, I-phone popular bukan faktor utamanya jenama, tapi sumbangan besar dari Steven Jobs, beliau orang Art, beliau yang promote sehingga jadi hebat dan I-Phone Tip-Top, ketika beliau meninggal, ramai yang ingin orang seperti beliau naik semula.

Wallahua'lam


Sunday, November 4, 2012

Wajibat Al-Akh




Akh Yang Benar adalah Seorang Murobbi.-Ustaz Dr. Abdullah Qadiri Al Ahdal.


38 Wajibat Al-Akh
  1.    Bacalah Al-Quran setiap hari dan baikilah cara bacaan kita.
  2.   Banyakkan membaca buku-buku Seerah, Hadis, Aqidah, Feqah dan lain-lain.
  3.   Jagalah kesihatan.
  4.   Jauhi minuman dan merokok yang boleh menjejaskan kesihatan.
  5.   Sentiasa berada dalam kebersihan.
  6.   Jangan bercakap bohong.
  7.    Jangan memunkiri janji.
  8.    Jadilah seorang yang berani.
  9.    Jaga hemah diri untuk orang boleh menghormati.
  10.    Hiasi diri dengan sifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
  11.    Jadilah seorang yang adil dalam semua keadaan.
  12.    Aktifkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat (menawarkan kebajikan).
  13.    Milikilah sifat – sifat yang dengannya disenangi oleh orang ramai.
  14.    Mahir dan banyakkan membaca dan menulis.
  15.    Berniaga sendiri adalah sifat yang mulia bagi pendakwah.
  16.    Bekerja sendiri lebih baik untuk Dakwah dari makan gaji kerajaan.
  17.    Setiap kita mesti cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
  18.    Bersegera menunaikan hak – hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
  19.    Jauhi diri dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.
  20.   Jauhi riba.
  21.    Bantu tingkatkan ekonomi Umat Islam.
  22.    Peruntukkan sebahagian wang kita untuk Dakwah dan orang yang memerlukan.
  23.    Buat tabungan wang untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.
  24.    Praktikkan budaya islam menggantikan budaya Barat yang dipakai orang ramai.
  25.    Jauhkan diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari islam.
  26.    Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
  27.    Sentiasa dalam keadaan bersuci.
  28.   Solat dengan sempurna, secara berjemaah di surau atau masjid.
  29.    Tunaikan puasa Ramadhan dan Haji tanpa lengah jika telah mampu.
  30.   Sentiasa rindu Jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.
  31.    Selalu bertaubat dan Istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri diri setiap hari.
  32.    Berjihad melawan nafsu sehingga kita mampu memimpinnya.
  33.    Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
  34.    Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang – sarang maksiat dan dosa.
  35.    Tinggalkan sikap berpoya – poya dan bermewah – mewah.
  36.    Saling berkenalan dan bantu membantu dengan pendokong – pendokong islam.
  37.    Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.
  38.   Sentiasa berfikir dan berusaha menjayakan Dakwah Islam dalam masyarakat. 

    "Nahnu fi 'asyri at-takwin fakawwinu anfusakum"
    "Kita sekarang ini berada di abad pembentukan peribadi, maka bentuklah diri kalian masing-masing"
    -Pak Hasan Al Banna-

    "Dakwah tidak akan ada nilainya jika para Daienya sendiri tidak menjadi bukti yang mendukung dakwah ini"
    -Pak cik Sayid Qutb-


    "Sekalipun di Mesir kini kita memerintah dan berusaha ke arah kerajaan Islamiyah sepenuhnya, namun pembinaan Individu Muslim itu perlu di teruskan selamanya kerana itu asasnya"

    - YB Dr. Morsi, Prime Minister of Egypt-

“Dia lah (Allah) Yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Walaupun Engkau belanjakan Segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”
(Al-Anfaal : 63)