-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan is here

Bismillah,

alhamdulilah (Tahmid), Allah hu akbar(Takbir), Subhanallah (Tasbih), Laila ha illallah(Tahlil)

syukur dapat bersama Ramadhan lagi,



"puasa fizikal, puasa tingkah laku, puasa alat"

"meminimumkan alat,  fokus muasafat"

"khairul a'bid, Adib solleh, Khairul Ibad"
Iyeah!!


"Sebenarnya masih terdapat ramai saki - baki mu'min yang bilangan mereka cukup untuk menegakkan kebaikan yang kita ingin capai & cita - cita kan, tetapi.. dengan syarat mereka mengenali erti Tajarrud (menyerahkan diri hanya untuk Islam), merasai kecil & hinanya dunia, menjauhkan diri dari fitnah - fitnah, sabar menghadapi mihnah, & mahir seni memimpin Ummat",
-Ahmad Ar-Rashid,"Muntalaq"-

video

Di Mesir, sambutan Ramadhan nya, solat terawih yang sebenar, merasai solat sebagai tempat rehat,

Pernah sahabat bertanya dengan Bilal bin Rabah :

"Fuh bilal, tang mana (masa bila), anta rehat?
pagi ke petang menjadi hamba (berkhidmat dengan manusia)
bila malam pula menjadi hamba juga (bersama Rasulullah dan para sahabat logam beribadah pada Allah)
bila rehat Mu?"

Jawab Bilal yang mulia:
"Rehat ku, ketika solat"

Imam zuhri (ulama Hadith, zaman Umaiyah)
"Beliau menghentikan seketika pengajian Hadith ketika Ramadhan, Fokus pada Al-Quran"

Imam Malek (Ulama'Hadith zaman Abbasiyah)
""Beliau juga merehatkan seketika pengajian Hadith ketika Ramadhan, Fokus pada Al-Quran"

Tuesday, July 26, 2011

Kata - kata Nakama 2

Nakama : Sahabat sehidup semata (Super saiya sampai syahid)
*One - peace (Hidupnya yang faham untuk capai matlamat / sampai jadi Lanun terhebat)


 [Sibling yang best, Kredit]

“Biarlah hadam ilmu yang dipelajari dan dikongsi, bayangkan satu masa nanti semua cetakan dihapuskan oleh musuh, jadi boleh study buku lagi ke?” -Akh Sharifudin


“Segerakanlah meninggalkan jahiliyah, akan segera Allah lebih rapat dengan mu”. Adik UIA


“Ummat tengah sakit, tenat. Jadi anta nak penat ke, nak tambah lagi derita Ummat!!”. Adam serdang


“Mad min.. Mad min, cuba panggil muhd amin, baru ada maksud, kan juga Doa ke atasnya” -Ustaz Ariff


“Dakwah vs Ilmu, Dakwah vs Study…., eh study ke Ilmu?, Dakwah anda kan , Fokus Di IPT sekarang. Jadi Dakwah lah, dengan Dakwah anda tidak akan confius”. -Izzat serawak


“Allah dan Rasulnya benci akan perkara makruh, Rokok itu shubhahnya antara Makruh dan Haram, keras tu.. bukan antara Halal dan Haram. Ada Faham.” U.Ajmian


“Medan Dakwah anta yang utama, adalah dimana posisi anta sekarang berada, di situlah Dakwah dan Tarbiyah perlu subur”


“Buku banyak, maka bedah buku lah”


“Kalau futur, call Ikhwah, cakap dengan dia, kat syurga ana nak duduk sebelah anta”. Bro PERSIS


“Pakai tudung tidak semestinya menutup aurat, tetapi menutup aurat semestinya memakai tudung (dilabuhkan)". u.PHaroljoi


“Rasulullah dan Para Sahabat ambil masa hafal Al-Quran 23 tahun. Sekurangnya kita perlu berazam”. Akh PERSIS


“Agum0n, Graym0n, Skygreym0n, bercita – citalah juga untuk jadi lebih dari Agumen, bukan sekadar Muslim”. Analisa budak2


"Dakwah tidak menuggu anta,  Dakwah ini akan terus berjalan, jadi lambat-lambatkanlah diri, supaya tidak berada di Saff barisan Hadapan". -Us. Atif


“Yang ada ini sudah harapan kita”. Ustaz


“Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada”. Ustaz
 

"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya.
Dan jika kamu menghitung Nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya"
( Ibrahim 14 : 34 )

Wednesday, July 20, 2011

1 + 2 : semanis Kurma

Pitih :Duit

1 + 2 : manis tak kurma ini

Sebuah kenangan bersama adik – beradik Generasi 1 ku…
Penceritaan dalam bentuk Plot masa (perlu juga belajar gaya Format, Fuh!) :


[hah, mesti ada kaitan gambar ni dengan cerita]



Awasan!! : kisah ini bukan digarap untuk kepentingan penulis. Jika anda terasa sedemikian habiskan pembacaan.


Lewat malam jam 11 pm,

“Kami berpakat bertiga untuk pekena sekopi cawan yang dikongsi semeja di sebuah Restoran,
Kami yang datang dari dari tiga penjuru, Temerloh, Melati, Dan Apartment, Cheras


Jam 11.30 pm,

“Kami bertemu melepaskan rindu yang sudah lama terperap dan di pendam!!, manakan tidak, inilah masa barangkali dapat mengimbau kisah nostalgia bersama, kerana malam tersebut masing – masing bergelar bujang sebentar. . . . . [kak long, kak ngah baca ke~ huhu]

“ana bertanya, apa kebiasaan yang kalian bualkan bersama adik-beradik??”, itulah kisah anda, kami berbeza.
[teruskan, tiada paksaan tapi kisah ini berkait hingga habis]

Masuk cerita…, Praktikal Doktor si Angah di Temerloh, kisah Exam di tempat kerja baharu si Along, Perdebatan yang sedang berlangsung di UIA, masa depan ku si Uda (eh… nak spirit sikit), perkara ini rutin di buat oleh manusia sekeliling,  dan menjadi kelainan apabila isi restoran tersebut seakan tengah berada di satu pawagam yang sama, dan perhatian tajam tanpa berkedip mata ke arah screen tersebut. Istilah screen ini ialah kearah kami apabila, “kami tangguh dengan sapaan mesra.”

Kata - kata seorang akh :

“Biasakan perkara yang tidak biasa (sunnah yang jarang di buat) "

“Beza antara biasa dengan luar biasa ialah perkataan Luar”


. . . .  . . . . . . . .  . .  . . . . .  


Perlu. Malam tersebut untuk diri ku berangkat ke Johor.

Malam yang di nanti oleh Rasulullah dengan melipatkan amal (Nisfu sya’ban)
Masakan tidak, keinginan itu juga ingin ku sahut dan sambut, diri ku merancang untuk bertolak pulang ke Johor, dengan menganggarkan  boleh tiba sebelum waktu subuh, aku mengatur langkah yang “Ideal” dengan merancang drive kereta “secara selamat” berhenti di ayer keroh sebentar, dan bermunajat di Machap (Inilah perancangan manusia).

Anda mungkin bertanya. . . .  [ Idealnya dia ni, tak penat ke ]

Seusai “sapper”, Angah bertanya, “tahu tak jalan nak keluar KL ni”, aku hanya mampu berdiam senyum, bingkas abang ku bangun dan ajak ku mengikuti kenderaannya dari arah belakang. Seorang abang yang aku segani dengan akhlaknya, aku tidak pelik jika ada manusia sekelilingnya menerima hidayah di sebabkan Akhlak yang ditunjukkannya. Bukankah Akhlak Rasulullah juga begitu, dan lebih baik sehingga mereka yang tidak beriman pada awalnya terus lantang keimanannya seperti Khalid Al-Walid.
[ini kisah si angah, lihat di bawah pula, abang ku seterusnya]



12.30am

Allah memberi Ujian kesabaran, ketabahan dan pengorbanan kepada Generasi 1, apabila angah ditimpa kecelakaan kenderaan ketika membuat pusingan U-Turn, KEDABOW… SEREEH!!, kami bersegera mendapatkan angah yang ditimpa kemalangan tadi, dari jauh aku melihat abang ku tertunduk mencari kekuatan, semakin hampir aku ke arahnya, semakin berdegup kencang jantungku, aku mulai dengan menyapa pemilik kenderaan tersebut dengan salam dan melemparkan senyuman, beberapa ketika kemudian along tiba memberi semangat psikologi dalam suasana klimaks tersebut, kami yang hadir untuk teman, sekadar senyum dan mendampingi rapat antara adik – beradik, semakin rancak “charge positif dan Negatif”.

Selepas melalui proses Muhasabah :
 
Bila hati menghadap Tuhan, Baru ku sedar, ada kelemahan, terasa Kerdil berbanding yang Esa, terharu terfikir, betapa Agung nya..Tuhan
-Nasyid-

Alhamdulilh. . . . .,
Ku kira Brother tersebut telah memberi peringatan yang setimpal kepada kami dengan belas kasihan keringanan beban keatas kami, beliau hanya meminta ganti rugi seminimum yang mungkin yang aku sendiri kira, Allah hantar “Insan” tersebut untuk memberikan pengajaran kepada kami bertiga adik-beradik, jika nak diceritakan ganti rugi yang diminta oleh pemilik kenderaan tersebut, pada waktu itu kedua-dua kewangan abang ku, apabila di campur Dana tajaan mereka [isi dompet], kurang dari RM35 yang mereka ada, 

aku yakin rezeki Allah pasti ada di mana sahaja, dengan bekalan yang aku miliki untuk bawa pulang perjalanan ke johor (selepas mengambil kira, Plaza Tol, minyak kereta kenderaan yang dipinjam dari ayah ku), aku berikan sebahagian besar kewangan tersebut kepada abang ku untuk membantu membayar kos kerosakan pemilik kenderaan tadi, moga Allah menerima amal kebajikan ini. Ketika itu aku tidak terlintas keresahan apatah lagi tidak mematahkan hasrat ku untuk teruskan perjalanan pulang ke Johor juga malam tersebut.

Jujur. Pitih tidak cukup untuk pulang ke Johor

Kemudian ditegur oleh abang ku, “Cukup tak duit perjalanan balik”, “Tidur dululah rumah abang”, kemudian abang ku lagi seorang menegur, ”rumah angah pun ada juga, mesin ATM tutup ni, tak cukup duit nak balik ke johor tu”….

[Aku mula terketuk]

Apabila melihat minyak kereta ini masih mampu beroperasi sejauh 36 KM lagi, tapi kerisauan tidak timbul pada ku, sehinggalah abang ku berulangkali kata, kena isi juga. . . . . Baik. Insaf.


1 am

Malam itu juga, sejam kami pusing sekeliling cheras berdekatan untuk mencari ATM 24jam, tetap tidak dijumpai.

Allah mencampakkan rasa kerisauan pada ku bertambah, kerana esok ada pengisian bakal ku berikan mengantikan ayah ku di masjid, di tambah pula azam ku untuk berjumpa ibu dan adik beradik ku untuk memanfaatkan malam nisfu sya’ban bersama mereka sebelum subuh juga semakin meleset.


1 am +

Tiba – tiba dalam generasi 1 ini, Along telefon. . .  “Datanglah ke rumah along, along ada sedikit lagi Duit”. Beliau bekorban dengan memecahkan tabung yang dikumpul bersama Zaujahnya untuk kegunaan babinya kelak, tabung dipecahkan, semata – mata untuk menampung sebahagian perbelanjaan perjalanan ku pulang ke johor. Sehari mereka akan menabung RM1, dan wang yang diberikan kepada ku, dalam bentuk nilaian kepingan sehelai-sehelai RM1, terima kasih along dan kak long moga Allah melimpahkan rezeki di ceruk – ceruk yang tidak di sangka – sangka,
[Aku tidak hairan, jika manusia tertawan hati dengan abang ku ini, Kini dan selamanya].
 
Teringat aku akan kesah sahabat,kayanya Abdul Rahman b. Auf,...  akan tetapi ketika meninggalnya beliau, kain kafannya pun tidak cukup untuk di tutup dari hujung rambut hingga kaki. di Manakah harta yang banyak tersebut!! Magic bukan!!

Aku ingat lagi, tatkala aku ditanya oleh Cashier minyak, “banyak ni, duit RM1, cukup ke hingga RM60”, Aku jawab, “Ini duit tabung abang saya, saya percaya sangat dengan dia walaupun saya belum sempat kira, kalau abang tak percaya dengan saya, Bismillah dan sila kira”. . . . . cashier tersebut senyum, “ok RM60, hati - hati memandu”


1.30 am

Aku mengerti erti kemanisan dalam kepayahan,

Erti kerinduan dalam kesedihan,

Erti ukhuwah dalam pengorbanan. . . . . ,

Ditambah pula malam tersebut manusia sibuk beribadah dan bermunajat pada ilahi, ruang yang ada pada ku, barangkali Allah terhadkan pergerakan ku, tetapi aku sedar akan tindak – tanduk zikir dan fikir ku . . . . . ., sepanjang perjalanan tersebut ku basahkan bibirku dan berkaca mata ku menginsafi dosa dan semoga di kabulkan hajat doa orang yang bermusafir, ku harap. . . . . Terimalah Taubat

Meter minyak menyebabkan aku kurangkan penggunaan keselesaan untuk jasad, dan tanah,
aku terus basahkan dan selesakan Ruh ku. . . . . .

Semakin jauh perjalanan, semakin berkurang minyak. . . , maka aku ambil pendekatan, meminimumkan penggunaan “Chemical energy”, dengan setiap kali berada di kawasan berbukit, aku  akan mematikan enjin kereta, dan meletakkan gear dalam posisi “free gear”, Nikmatnya angin luar. . . ,

[kadang – kadang, kereta dah berhenti, baharu aku tersedar dan “start” enjin kenderaan semula]

[Juga, mesej dari beberapa ikhwah menegejutkan ku, Ya Allah seronoknya berada dalam Gerombolan ini]

. . . . . . . . . . . . .



7 am

Jika perjalanan ku sebelum ni ke KL, 3 jam,
Kali ni, perjalanan ku dari KL ke Johor, bertolak 1.30 am, tiba 7 am. . . . . .
Allah mengetahui setiap tindak tanduk hambanya tanpa terlepas walaupun sesaat,
Aku dapat jumpa juga Ibu dan adik – beradik ku dalam keadaan baik,
Juga dapat melaksanakan pengisian dan program dengan bersemangat dengan “isi mendidik cintakan Allah dan Rasulullah, Bestnya Ramadhan”.


. . . . . . . . . . . . . .


Risau juga kalau kepenatan ini akan membawa kepada sesuatu yang lebih mudharat yang terus akan melambatkan dakwah ana. Lebih teruk kalau ia menghentikan terus dakwah ini. Contohnya..? Eksiden di jalan raya akibat terlelap ketika memandu. Nau'dzubillah..
(Terbaru cukup ramai ikhwah dan akhawat yang eksiden disebabkan hal ini. Pastikan anda lebih berhati-hati; kalau penat sila berehat!)

Bukan,bukan hendak berbangga diri. Tiada apa yang hendak dibanggakan. Sekiranya ana berbangga, ana mohon ditegur direct / di tocher dengan cara Abu Bakar atau Umar. Yang pasti! anda habiskan pembacaan kisah ini. Cuma hendak berkongsi dengan anda yang diri ku kepenatan. Terlalu amat penat. Dan ana yakin jadual kita tidak jauh bezanya dengan jadual kehidupan kebanyakan ikhwah dan akhawat di luar sana. Benar bukan..? Malah rutin harian kita, jika hendak dibandingkan dengan mereka yang dah Graduan (berkerja &Pak cik2) di luar sana, Subhanallah, malunya! Jadual mereka jauh lebih padat dengan aktiviti-aktiviti membina manusia!

Hakikatnya, diri ku lebih suka begitu keadaannya, jadual yang penuh dengan aktiviti yang berfaedah setiap masa dan ketika, daripada dihabiskan dengan perkara-perkara jahiliyyah yang mengundang dosa dan noda. Buku ilmiah juga menanti!!

Tetapi ya, tidak dinafikan, badan ku sudah penat. Sungguh penat.

Berehatlah kalau begitu! Kata anda. 

"Rehat seorang dai'e hanya di syurga."

Eh, bau apa tu..? Macam bau hangit rentung terbakar. Hu..

Mana ada masa nak rehat Brother and Sisster in Islam. Kalau ada masa untuk berehat, tu namanya futur. Tidak bekerja. Mengapa? Kerana umat sedang sakit. Tenat. Kalau bukan kita yang hendak merawatnya, takkanlah Kancil, kelisa, viva pula..?

Biarlah saya penat di dunia sekiranya dengan penatnya saya itu Allah redha.

Biarlah saya penat di dunia seandainya penat saya itu akan membawa saya ke syurga.

Dan biarlah saya penat di dunia asalkan ia bisa menyelamatkan saya daripada api neraka.

(Tiba-tiba sebak pula menulis tiga ayat yang terakhir ni)

Doakan ana agar terus diberi kekuatan olehNya. Terima kasih.

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun merasa berat, dan dan berjihadlah dengan harta dan jiwa pada jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."

[at-Taubah, 9:41]

[Bukankah! Ini juga impian anda]

Nikmat Manis dalam kemanisan ku rasai =)
Thanks Allah

p/s : 1 + 2 membawa maksud bilangan adik beradik,
Jika nak ubah, ubahlah kepada anda yang 1 hari ini, menjadi hebat kepada Tenaga 3, Iyeah!!


Monday, July 18, 2011

Di sebabkan aku, ANAK IKHWAH



Allah menilai ketakwaan kita

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)"
(Surah al-Hujeraat 49: 13)

Black stallion (gambar) menggambarkan suatu kemewahan dan kekuatan. Memikinya di zaman dahulu, umpama memiliki sebuah kereta mewah lagi berkuasa besar di zaman ini. Malah, hingga ke hari ini, ia tetap menjadi rebutan. Thoroughbred merupakan sebuah nama timbangan kepada kuda yang berbaka baik. Ia juga menjadi gelaran kepada orang-orang yang baik nasabnya di mata masyarakat setempat.

Dalam Al-Quran dinyatakan,
"Dan (Dia Mencipta) kuda, bagal dan keldai untuk kamu tunggang dan menjadi perhiasan"

(Surah An-Nahl 16: 8)

Dalam dunia dakwah ini, seakan-akan ada 2 golongan manusia. Pertama, anak ikhwah. Kedua, bukan anak ikhwah. Definisi anak ikhwah adalah individu yang lahir daripada pernikahan ikhwah dan akhwat. (Kamus Hidup Talhah, 2011)

Pada pandangan ikhwah akhwat yang baru menyertai batallion dakwah ini, golongan anak ikhwah ini dianggap golongan yang beruntung, malah pada sesetengah mereka, kelompok ini adalah kelompok elit dalam arena dakwah. Anak ikhwah kata mereka, terpelihara sejak kecilnya, diHalaqohkan semenjak mengenal huruf-huruf lagi, disekolahkan di sekolah dakwah dan hidup dalam suasana biah dakwah setiap saat hidupnya. Merekalah Thoroughbred yang sebenarnya.

MengTarbiahkan mereka merupakan suatu kesusahan, kadangkala suatu kemustahilan. Seringkali dibayangkan sebagai golongan yang maha tahu setiap perkara mengenai jemaah islam ini. Seolah-olah semua buku fikrah sudah dikhatamkannya. Seolah-olah setiap juzuk quran dihafaznya. Seolah-olah semua hadis dikuasainya.

Membayangkan betapa mulianya golongan elit ini, lebih teruk lagi jika mereka menginjakkan diri dari kegelapan sebelum ini. Terasa kerdil yang amat di sisi mereka. Masih dapat dirasa lekit-lekit lumpur jahiliyah di celah-celah jari apabila asyik membuat perbandingan dengan 'golongan elit' itu.

Pandanglah dari kaca mata Al-Quran. Sesungguhnya kemuliaan tidak datang dari hartanya, mahupun kedudukan, kecantikan ataupun keturunan. Ia datang dengan ketakwaan. Hanya dengan ketakwaan datangnya kemuliaan, jika kita menilai segala-galanya dari kaca mata nilaian Allah.




Nur Syahadah menyinar kalbu

Mengharungi dunia ini, ia tidak sesenang yang disangkakan. Memandang kabut-kabut dihadapan membuatkan setiap jiwa itu sesak nafas. Bayang-bayang yang kadang-kadang samar-samar melambai-lambai. Mata terpaksa dikecilkan dan anak mata membesar, untuk fokus, mentafsir pemerhatian itu. Setiap langkah yang dituntun itu, penuh dengan keraguan, pasti ada desiran-desiran angin yang membuahkan kesangsian dalam hati. Sentiasa terbayang akan kejatuhan, walau pada tapak langkah yang pertama.



Tergelincir pada saat-saat seterusnya, tidak sekali-kali membuatkan kepala berubah arah dan pandangan terlepas dari memandang terus ke destinasi. Walaupun jarak masih jauh dan sebelah kaki sudah tersadung di balik akar-akar pokok hutan, mata terus nekad memandang ke hadapan dan mengheret kaki di belakang dengan sepenuh kekuatan.

Saat-saat kejatuhan itu, telah menghilangkan kesemua semu yang selama ini membelenggu. Sudah tiada ragu. Sama sekali tiada keraguan. Langkah demi langkah mula disusun dengan lebih kemas dan teratur. Mata itu tetap sama, memandang dengan tekad yang sempurna.

Tenang. Terasa dunia ini jauh lebih tenang selepas mengenal islam. Motivasi yang diterima membuatkan segalanya nampak tenang kerana sangat yakin dengan ketentuan ilahi itu terbaik untuk semua. Ruang walau sedetik keraguan sudah lupus. Segalanya tampak baik dan meyakinkan. Mata tadi tidak berubah, dan kaki umpama terbang. Jika jatuh, pasti disertakan dengan senyuman dan titisan air mata kegembiraan. Hati ini kaya dengan kasih sayang kepadaNya dan sangkaan baik yang tidak dapat ditipu oleh hasutan-hasutan si pencaci.

Aku yakin, semua ikhwah merasai detik-detik dan langkah-langkah itu, sebelum mampu melangkah dengan gagah sekarang. Detik-detik penuh zulumat itu, dirasai sebelum merasai kemanisan hijrah. Sesungguhnya Allah menyediakan taufiknya kepada setiap insan, dan kita memilihnya.

"Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam,

Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul,

dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam."

(Takwir 81: 27-29)

Ketahuilah ikhwah akhwat sekalian. Kita semua sama di sisiNya. Tiada senioriti dalam dakwah, hatta jika anak ikhwah sekalipun. Sifat inferior mu itu tidak ku terima sama sekali.

Yang memberi hidayah itu, bukan ayah atau ibu, tapi Allah. Si ibu dan ayah mungkin ada yang berusaha segigih mungkin, ibarat Nabi Allah Nuh dan anaknya, namun hidayah itu tetap milik Allah.

Membandingkan kedudukan kita, seolah-olah mempersoalkan usaha si anak ikhwah ini dalam mujahadah menentang syaitan dan hawa nafsunya. Medan kita berbeza, tapi keduanya sukar. Hadirnya mereka hari ini adalah hasil pertarungan, seperti juga dirimu. Antara mereka, sama juga seperti lingkunganmu, cuma zahirnya berbeza. Ada yang gugur dalam teriakan dan ada yang berjaya dalam senyuman.

[ Iman tidak dapat di warisi, Mujahadah lah!! ]

Tiada senioriti dalam dakwah

Itulah sistem nilai yang diajarkan oleh Rasulullah kepada kita semua. Dengan islam, Abu Sufian dan Bilal setaraf. Dengan islam, Abu Dzar ditegur Rasulullah atas penghinaan (bukan dengan sengaja) ke atas Bilal. Sedangkan di mata jahiliyyah, Bilal hanya layak menjadi seorang hamba, yang menuruti apa sahaja permintaan mereka.

Kepada mereka yang bukan anak ikhwah, dan menjadikan itu sebagai alasan, merupakan suatu jenayah yang tidak boleh diterima. Sejarah Nabi Ibrahim menunjukkan contoh kepada kita. Seorang anak kepada Penghulu Penyembah Berhala, tetapi meneruskan dakwah ini tanpa menghiraukan caci maki kaum yang kecewa.

Kepada anak-anak ikhwah, pengalaman hidupku mengajarkan suatu kepahitan yang tak tertanggung lagi. Tidak ramai yang seperti kita, yang masih tidak jemu dengan islam, yang mampu meneruskan perjalanan dakwah yang panjang ini. Seharusnya, menjadi sebahagian daripada keluarga dakwah yang besar ini, sejak nafas yang pertama itu, menyebabkan beban yang dipertanggungjawabkan di atas bahu kita itu makin berat. Sudah bertahun-tahun lamanya kita berada di atas jalan dakwah, sudah pastinya sudah beribu-ribu mad'u disantuni kita dan semakin banyak jiwa yang inginkan islam kerana tangan-tangan kita. Sepatutnya.

Ikhwah akhwat sekalian, sesungguhnya segalanya ini merupakan suatu suratan yang bukannya terletak di tangan kita untuk menentukannya. Kita boleh lakukan sesuatu untuk memastikan anak-anak kita tidak merasai kepahitan yang sama, baik anak ikhwah mahupun tidak.

Dirikanlah baitul muslim mu. Dan telitilah setiap binaan di bawahnya, agar yang tinggal itu bukan teori, tetapi sebuah hasil yang akan sentiasa berbuah. Seriuslah bekerja untuk Allah. Jangan pandang keluargamu sebelah mata sahaja.



 [ Alangkah murni nya, jalan Dakwah ini diteruskan oleh anak - anaknya,
Bagaimana pula dengan anak ku nanti??]

~~*~~

Kepada mereka yang tidak terlibat dalam kancah ini, seribu kemaafan dipohon. Semoga post-post berikutnya bermanfaat untuk kalian.

Post ini tidak ditujukan khusus untuk mana-mana pihak. Sekadar menyahut suara-suara sumbang yang lalu di telinga sejak sekian lama.

"Akhi, nta anak ikhwah, boleh la"



Wednesday, July 13, 2011

Nikmat : Terima kasih sesangat

 
(tangan sebelah menepuk tangan sebelah)
Apa itu nikmat..?

Ia melibatkan Seseorang (KITA) dengan sesuatu perkara ,baik benda, perkara, situasi, makhluk atau peristiwa yang menyebabkan otak kita merembeskan enzim-enzim dan hormon-hormon yang seterusnya akan mengalir laju masuk ke dalam darah kita menuju ke tempat-tempat khusus seperti pipi, mulut, mata, tangan, kening dan perut dan meyebabkan organ-organ ini bertindak-balas dengan sewajarnya; pipi akan menampakkan lesung pipit, mulut akan tertarik ke kiri dan kanan, mata akan bersinar-sinar, tangan akan mendakap bahagia, kening akan terangkat-angkat, dan perut akan berasa sangat selesa. Iyeah!!

Dengan kata mudahnya, sesuatu nikmat itu akan menggembirakan kita dan menyebabkan kita berasa Masya Allah Bestnya...! Eh.


[Kredit Basyir]

Seperti nikmat berUkhuwah ke "Wet World a Famosa" - Ikhwah je kot, akhwat kalau ke tempat ni??
(bagi mereka yang belum pernah sampai, Amaran!! agar hadirkanlah diri anda bersama - sama lebih daripada 20 orang, fuh!! nikmat dia, luar biasa, rasa seperti dipukul sempoi - sempoi ombak , gelunsur pelampung 90 Darjah dan tidak hairan apabila di ajak bermain Go-Kart masih asyik)

Dengan pengorbanan awal, berbayar sekian - sekian ringgit hanya semata - mata nak masuk dan akan keluar . . . , nikmat ini akan dirasai oleh mereka yang berjaya meng"Gelungsur" di tempat yang paling tinggi (walaupun di sogok oleh ikhwah lain yang dah naik kali ke-3,dan alhamdulilh berjaya juga turun), nak tambah kenikmatan apabila setiap mereka yang terlibat dalam penggelunsuran ini merasai nikmat gelungsur dalam keadaan sedar dan terbuka matanya di tambah dengan skill jatuhan di dahulukan kepala, dan paling penting merasa diri dalam keadaan selamat dengan usaha berkali - kali dan bertawakkal setiap kali penggelungsuran berlaku. . . .

Nikmat yang lagi besar, dengan kita merasai Iman dan Islam kita tidak tergugat dengan pancaroba makhluk sekeliling/ cabaran kehilangan pelampong dan kunci bahkan Iman meningkat terhadap Istighfar kita, kesabaran, kewarasan untuk husnuzon dan bantuan persaudaraan dengan menghulurkan material ganti rugi kehilangan kunci terhadap Ikhwah lain... sama sekali diri ku tidak hingin Nikmat ini ditarik dan digauli..

Nikmat yang hilang,
Dalam kes di atas : Nikmat akan hilang tatkala setiap kali penerjunan, air masuk ke Otak... Peh!



Apa itu ukhuwwah..?

Ukhuwwah adalah perhubungan atau pertalian yang dijalin berasaskan sesuatu faktor. Boleh jadi kekeluargaan, sekolah, kampus, agama, kerjaya dan sebagainya. Bezanya ukhuwwah dengan persahabatan atau perkawanan adalah ukhuwwah ini ditaut dengan perhubungan hati; maka taraf ukhuwwah dengan persahabatan adalah ibarat I-Phone Daeng yang ingin dipegang dan ditenyeh oleh jari semua orang (peminat berterusan) dengan Hp sony Uda yang hanya boleh dikeluarkan ketika call dan msg disamping ruang sentuhan jari limited untuk seorang sahaja (peminat kadang-kadang ada).

Dan apa itu ikhwah (Akhawat, for that matter..)..?

Ikhwah adalah orang-orang yang berukhuwwah tadi. Literalnya, ikhwah membawa makna saudara. Seperti firman Allah di dalam surah al-Hujurat:

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara.."

Orang-orang Mukmin saling bersaudara walaupon berlainan bangsa, latar belakang atau derajat keturunan, kerana tautan hati yang menghubungkan mereka adalah lebih kuat dan erat daripada hubungan darah; mereka dihubungkan dengan hubungan aqidah yang cukup mantap.

Dan gelaran ikhwah ini dikuatkan lagi persatuan atau kesamaan fikrah. Lebih spefisik lagi, fikrah haraki, atau fikrah dakwah. Boleh je nak panggil Pak Abdul Azizam Ali si penjual sayur atau En. Azim Umar si peguambela dan peguamcara tu sebagai ikhwah, tapi jarang orang selalu buat  Sebab panggilan ikhwah ini macam special dan Unique; dikhaskan untuk orang-orang yang bergerak di atas jalan dakwah. 

Jadi, kalau nikmat campur ukhuwwah jadi apa..? Dalam bahasa formulanya:

Nikmat + Ukhuwwah = ?

Semalam diberi peluang oleh Allah untuk bertemu sebahagian Ikhwah, bertentang mata dan berkasih mesra dengan ikhwah seluruh Malaysia; ramai antara mereka yang dah lama tak berjumpa.

Nimatnya bertemu mereka.. Aduhai. Tak tergambar oleh kata-kata. Memang Iyeeeaah!! la senang kata. Hilang segala perasaan ke "colleps"an. Malah mata yang rasa mengantuk pun celik secara tiba-tiba apabila dapat bertemu dengan ikhwah ini. Fenomena ini disebut juga sebagai kehangatan ukhuwwah. Huhu.. 

Perasaan ini hanya dapat difahami oleh mereka yang menghargai ukhuwwah di atas jalan dakwah ni. Seriyes, kalau ana tulis satu kitab sekali pun, semata-mata nak perihalkan betapa nikmatnya bertemu ikhwah ini, nescaya ana tidak dapat menggambarkan seratus peratus secara tepat keasyikan ini.  melainkan anda sendiri perlu merasainya...

Jadi anda sudah boleh menjawab persoalan sifir ana tadi bukan..?

Nikmat + Ukhuwwah = ?

Nikmat yang dicampur dengan ukhuwwah jadilah NIKMAT UKHUWWAH..!
(Bergantung kepada keadaan dan situasi, nikmat ukhuwwah ini boleh jadi juga berkuasa tiga, lapan atau tujuh belas)




Terima kasih Allah. Senyum kenyit mata.

"Dan Dia telah menyatukan hati-hati mereka. (Dan ingatlah) walaupun kamu membelanjakan apa yang ada di bumi semuanya, nescaya kamu tidak mampu menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
[al-Anfal, 8:63] 

( "Dalam Ukhuwah kena ada kenikmatan, baharu kedua-dua tangan saling menepuk, Iyeah!! " )

Tuesday, July 12, 2011

Teori untuk Praktikal,. Iyeah!!


Bismillah,

Teori  untuk  Praktikal… Iyeah!!



Ramai manusia boleh menyebut  satu hari nanti nak jadi……..

Itulah istilah teori (eh.. tak menafikan iye, memang untuk bagi semangat motivasi pada diri, itu impian semua orang berhak untuk melafazkan Impian masing-masing, ni kan “Human right” – terpengaruh Ayat seseorang ketika Debat BI MUSLEH 2011)

Ana bawakan analogi yang lebih mudah di damping dan rasa disayangi…. Islam itu mudah, Insya Allah…

"Bayangkan anda mendapat Result  SPM 12A+ daripada 12 subjek yang diambil, Wah!! Sume A+,
pastinya, anda ingin berkongsi dan menceritakan saat bahagia ini pada sahabat yang lain kan! Bahkan… ada yang lebih advance, dengan senang hatinya menceritakan kejayaan yang gemilang tersebut kepada sesiapa sahaja tanpa ditemuduga, tatkala diberi ruang dan peluang berucap di khalayak, akan diselitkan unsur kejayaan SPM nya itu… “saya memperolehi SPM 12 A+ dengan usaha saya sendiri, bukankah anda juga ingin Berjaya, dan berkongsi cerita kejayaan tersebut dengan orang tersayang”, masakan tidak, khalayak se isi dewan ingin Berjaya dan melaksanakan misi yang sama, iaitu berkongsi dan pastinya menceritakan kejayaannya  kepada orang lain”

Maka…..

Boleh ana katakan : sesuatu yang baik itu mesti nak dikongsikan dengan orang lain kan!!
Kan!...kan!!
 
. . . .  . . . . .
. . . . .
. . .

Iyeah!!  Itulah juga Dakwah, bukan kah ia benda yang baik yang perlu dikongsikan dengan manusia lain…
Adakah anda masih Fobia mendengar kalimah “Dakwah” ?
. . . . . .
. . . . .

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." 
(Aali Imran 3:104)

Ayat tersebut, jika di nilai umum, maka hanya refer kepada sebahagian je kan yang akan buat Dakwah…
Jom lihat next..

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)"
 (Aali Imran 3:110)

Ok…ianya refer kepada KITA… umat Nabi Muhammad… ke ada Ummat yang lain lagi??…


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan."
(Al-Maaidah 5:35)

Hmm… dah tahu rasanya jawapan ni, jika anda muslim masih belum rasa, tapi.. jika KITA meletakkan diri pada golongan Mu’min (Orang-orang beriman), inilah kita… ingat juz’ 29, 30, banyak di sebut orang mu’min karana fasa Mekah…


"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)."
(Al-Hujuraat 49:15)

Iyeah!! Yang pada akhirnya… Allah melimpahkan ganjaran yang, fuh!! Peluh yang dititis, rasa nak banyak kan titisan..


"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." "(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar."Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman."
(As-Saff 61: 10-13)

.................
Ana tertarik dengan satu seminar yang di jalankan baru ni, kata salah seorang syeikh Pak Arab,Syeikh Jum’ah namanya yang menjadi ahli Panel, beliau menekankan bahawa Islam tidak akan tertegak dengan usaha individu, bahkan Islam tertegak dengan usaha secara kolektif iaitu dengan jamaah. Tanpa usaha secara kolektif, tidak akan akan tertegak syariat Islam secara menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan. Tambahnya, Islam bukanlah milik individu atau jamaah, tetapi Islam adalah milik setiap Muslim yang wajib diperjuangkan dan dibela oleh mereka.

Jadi anda berani masuk ke gelanggang “Dakwah”…. !!

beberapa dialog :
“memang meremang bila saya lah yang kena lakukan”, kata lain…

“em.. memang nak.. tapi, tak de skill…” lain nya..

“nak jadi puak lagi satu je lah,yangt idak menyeru mana-mana , sekurang-kurangnya saya tidak mengajak melakukan maksiat…,” oh..begitu, jadi rela melihat maksiat (kata pembaca lain)..

“Iyeah… nak..nak, tapi macam mana ek cara nya nak menyampaikan Dakwah…”
. .  . . . . .
. . .
Cuba berfikir sejenak, Dakwah ini pasti melalui pemulanya….
. . . .
 . . . . . . . .
Ilmu dan Tarbiyah… Iyeah!!
Bagaimana Rasulullah didik para sahabat dengan menjadi Murobbi di rumah “Arqam bin. Abi Arqam
Begitu juga Khabbab menjadi Naqib kepada, “Umar al-Khattab, Fatimah, said(suami Fatimah)”
Itulah Tarbiyah yang di semai bermula dari seerah lagi..

. . . . . 

. . . 

Tidak sihat lah jika hanya menerima Ilmu, bila nak di kongsikan.. macam belajar untuk exam semata (bila nak dipraktikkan)

Tatkala ada praktikal itulah baru langsai satu kitaran sihat (teori dan praktikal)
Saat Tarbiyah itu di penuhi dada-dada Iman, saat itu jugalah Dakwah di sebarkan..

. . .  . . . . . 

. . . . . 

. . .
tapi bagai mana caranya untuk ber Dakwah!

. . .  . . . 

 . . . . 

. . .

wah !! dah tak sabar la ni iye ,(mari ana mengusap rambut si Unais), baik... cuba anda fikirkan cara sejenak yang terlintas, walaupun satu sebelum click ke bawah (saya pula merayu, selepas anda merayu pada saya tadi, baru jadi deal yang berjaya=)

. . . . . . . 

. . . . 

hah!! belum fikirkan lagi ke? bismillah, Allah lebih Maha mengetahui ....

. . . . 

. . . 

iyeah!! apa yang anda fikirkan tadi, itulah "Dakwah"

Cara berDakwah adalah “Seni”

Seni itu harus di cari dan di experimentasikan..

ianya bukan Fixed kepada 1 cara, tetapi kepada cara yang digunakan anda . . . . . .

sebab Allah berikan "Dakwah dan Tarbiyah" ini, hanya ada pada Manusia...

kata hikmah Saiyidina Ali r.a. iaitu “Sesiapa yang lembut kata-katanya, maka wajiblah mencintainya.

Moga Allah permudahkan, selamat beramal..
"Jika seseorang Dai' itu Ikhlas melakukan kebaikan dan kebajikan, dia akan gembira dan senang hati melihat sesiapa sahaja yang membuat dan mengajak melakukan Amar ma'ruf Nahi mu'kar"