-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Tuesday, August 19, 2014

Tadabbur : Jika down, baca four ayat ini.






Bismillah.
Satu, tadabbur pada surah yang ke-19 (sila teka apa, tanpa menyelak sebarang mushaf, sama ada elektronik atau paper) , ayat 22 – 25.

Moga ia menghiburkan hati – hati sang daie, hati – hati yang merasakan ujian hidupnya paling sempit, hati-hati yang merasakan berputus asa daripada hidup, hati-hati yang akan membuka “kawasan baru” seorang diri, hati-hati yang ingin hidup dengan Al-Quran.

Moga Allah pandu kita semua.

Maka dia (Maryam) mengandung, lalu ia mengasingkan diri Dengan kandungannya itu ke sebuah tempat Yang jauh.
[19:22]

Ayuh kita perhatikan ayat ini, satu susuk tubuh seorang Akhwat, bernama Maryam. Seorang Murobbi. Seorang yang di kenali oleh masyarakatnya ketika itu dengan suci bersih, baik, solehah. Mudah kata, sangat “di thiqohi”, namun, tiba-tiba Allah uji dengan ujian yang menyesakkan dada, membuatkan beliau tertekan emosinya. Bayangkan anda mempunyai seorang kakak yang sangat di thiqohi, tegas dengan prinsip, gila-gila buat Tarbiyah dan Dakwah, membawa liqo’ ratusan anak bauh di bawah takungannya, kemudian tiba-tiba (magic), anda dapat tahu kakak tersebut mengandung, tanpa lelaki (tak berkahwin pun), pleaseeee la zaman kini memang mustahil, tetapi nak mengajak anda berfikir, “Apa persepsi anda terhadap beliau, live depan mata anda, anda nampak beliau semakin buncit, tapi tidak bersuami pun”. Pasti anda akhirnya tidak boleh menerima logik, “tiba-tiba hamil tanpa ada yang menyentuh, mana boleh macam ni…” Dan anda juga akan mengkritik, memulaukan beliau, tidak menegur beliau, berfikir bukan-bukan akan beliau.

Nah, begitu jugalah yang berlaku pada Maryam. Masyarakat tidak lagi menyayanginya, bahkan di tekan, di kejar, di ugut bunuh dan rejam, di kritik habis-habisan, sehingga membuatkan ukht Maryam tersebut mengasingkan diri bersama kandungannya.

(ketika ia hendak bersalin) maka rasa sakit ingin melahirkan itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata: “Wahai, Alangkah baiknya kalau Aku mati sebelum ini dan menjadilah Aku sesuatu Yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!”
[19:23]

Kemudian,

Bayangkan seorang, ibu yang sarat mengandung dan ingin melahirkan anak, betapa sakitnya beliau. Adus. Betapa seksanya menahan setiap tendangan si bayi. Betapa minitis air matanya seorang ibu memikul berat yang bertambah dari hari ke hari sehingga 9 bulan. Betapa sakitnya sehingga Allah menganjarkan Sorga buat ibu yang ketika ingin melahirkan sang bayi, tapi si Ibu meninggal sebagai Syuhada’. Ya, pointnya kesakitan fizikal, emosi betul – betul menguji Ukht Maryam ketika itu. Betapa peritnya ujian beliau hadapi seorang diri tanpa ada akhwat lain bersama beri taujih, apatah lagi zauj (suami) langsung tiada. Ditambah pula dengan tekanan emosi sebelum ini lagi. Sehingga menyebabkan Ukht Maryam melafazkan satu kata-kata sepontan “wahai”, dan di sambung dengan kata-kata seakan berputus asa, “Alangkah baiknya kalau Aku mati sebelum ini dan menjadilah Aku sesuatu Yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!”.

Betapa kata-kata ini mengambar berputus asanya beliau, sehingga berkata seperti ini “lebih baik aku tidak di hidupkan atas muka bumi sebelum ini lagi”.

Akhi fillah, jika kita berada di posisi ukht Maryam tersebut, apakah keadaan yang kita lakukan? Adakah Allah sudah berikan ujian yang cukup perit ke atas kita seperti beliau? Apalah sangat ujian kita, namun masih ada orang disisi yang masih boleh beri semangat pada kita. Ini, si Maryam seorang diri, dan Akhwat pulak tu! Maka cabaran buat antunna ya Akhwat, Allah muliakan perempuan kerana antunna sebenarnya kuat sabarnya dan kena kuat ketabahannya. Untuk Ikhwah, antum pula kena “still Relax bin KooL” ye.. ceh ;)

Lalu ia (Jibril) diseru dari sebelah bawahnya kepada Maryam: "Janganlah Engkau berdukacita (Wahai Maryam), Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
[19 : 24]
Pergh.. Ayat ini memang comey,

Anda cuba imagine, sudahlah keadaan Ukht Maryam yang sedang saaaaaakit untuk melahirkan anak, tiba – tiba Allah utus malaikat, dan melafazkan kata-kata seperti ayat tersebut. Jika seorang pesakit yang amat sakit, cedera parah, apa yang akan anda berikan wahai Doktor sekalian? Jika Doktor perubatan, sudah tentu akan beri ubat bius, atau tidurkan si Ibu atau pukul pipi gebunya untuk terus bagi si Ibu sedar. Namun perhatikan wahyu ini, bukan sebarang kata-kata yang sampai kepada Ukht Maryam, bukan sebarang ubat yang diberikan, Doktor tersebut mestilah Doktor Hati, lihatlah, Allah menyehatkan beliau dengan Tarbiyah Jepun (jika belum faham benda ini, sila Tanya Murobbiah atau Murobbi anda atau cari page FB “Tarbiyah Jepun”, hoho) iaitu “Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai”.

Masya Allah, Allah pesan agar ingatlah pada Allah, letaklah kebergantungan sepenuhnya pada-Nya. Mengadulah sepuasnya pada-Nya, ingatlah semula siapa yang memberi dikau penyakit dan menyembuhkannya. Allah sebenarnya sangat hampir pada kita. Dan dalam keadaan ukht Maryamitu yang sedang kritikal, Allah pesan agar ”lihatlah sungai”, apa maknanya? Maknanya Allah menyuruh agar kita ingat balik nikmat – nikmat yang Allah beri, agar kita segera sedar dan bangkit semula. Bersyukurlah kita, kerana Allah masih memilih kita dengan memberi nikmat tarbiyah dan dakwah ini, nikmat Iman dan Islam, nikmat masih boleh berfikir, nikmat masih boleh melihat, membaca, menulis dan berbagai lagi. Allah betulkan semula mind setting ukht Maryam. Dan pada kita, apabila kita di uji, ingatlah semula segala nikmat yang masih Allah beri sekeliling kita, baru sedikit Allah cabut dan ambil, agar kita segera sedar dan bangkit untuk melaksanakan tugas kita. Ya, tugas!, apa bukti kita bersyukur adalah dengan melaksanakan tujuan hidup kita, Syahadatul Haq kita dengan bersungguh – sungguh.

Dan ini, ayat berikutnya sungguh menggugah.

“Dan gegarkanlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar Yang masak”
[19 : 25]

Ikhwati fillah, boleh sahaja Allah ingin jatuhkan buah tamar tiba – tiba kearah Ukht Maryam, boleh sahaja Allah hendak membuatkan Ukht Maryam kenyang. Namun Allah memperlihatkan pada kita dalam ayat ini adalah, “Allah menyuruh Ukht Maryam berusaha menggoyangkan buah tamar tersebut sehingga gugur buah tersebut dan boleh di makan oleh Ukht Maryam”

Masya Allah, dalam keadaan sakit yang tidak bermaya (anda lihat sahaja para pelakon di senatron jika mengandung, semunya tidak bermaya), namun, Allah masih menyuruh agar ukht Maryam berusaha juga, gegarkan juga sehingga gugur buah. Ya, anda maklum bahawa buah tamar sukar untuk gugur, perlu di petik. Bermakna Ukht Maryam tersebut bukan sebarang goyang, pasti dengan kuat, bersungguh, kuat mujahadah, penuh keikhlasan dan kesabaran. Penuh titisan peluh, boleh jadi luka dan darah menjadi saksi, akhirnya gugur juga buah tamar.

Akhirnya merasalah Ukht Maryam tersebut makanan yang menjadi bekalan untuk hidup,

Akhirnya denga usaha yang all out walaupaun dalam keadaan yang amat sakit seperti tiada harapan, lahirlah seorang mutarobbi yang hebat iaitu Nabi Isa alaihissalam, sehingga

Akhirnya hebatlah Mesir. Semuanya itu adalah berkat usaha kesabaran, kesungguhan, mujahadah dan keikhlasan Murobbiah tersebut, Ya Ukht Maryam tersebut.

Akhirnya, kejayaan tidak cukup, dengan kita hanya berdoa, mengahrapkan ikhwah lain, menharapkan murobbi selalu dating pada kita, mengharapkan di belai sentiasa, mengaharapkan orang fikirkan untuk kita, mengharapkan balasan segera…

Tidak ikhwah!! Allah menyuruh agar kita sendiri yang kena berusaha, kita kena bekorban, kita kena korbankan masa tidur, senang dan masa rehat, kita kena adakan masa untuk ziarah mutarobbi kita. kita kena korbankan hobi dan cita-cita dunya kita, kita kena serius, kerana kejayaan itu bukan Magic, ia perlu pada usaha yang serius da berterusan. Bayangkan Ukht Maryam itu bertarung nyawa untuk berusaha disaat hujung hayatnya untuk melahirkan anak. Ummat ini dah cukup kritikal, bangkitlah berusaha ikhwah. Seriuslah. Dan Fokuslah, sehingga Allah memenangkan islam atau kita syahid.

Akhi fillah, sabarlah sedikit masa lagi, kemenangan begitu hampir dan pasti. Hiburkanlah dengan sorga menjadi keseronokkan mu, bertahanlah sedikit masa lagi denga Tarbiyah dan Dakwah ini, jika di sorga nanti anda dah tidak perlu pergi Liqo’, daurah, tidak perlu baca Al-Quran, solat malam, anda tidak perlu baca Al-Mathurat Qubra,hadambuku – buku firkah. 

Maka, Isbirlah sedikit masa lagi… Di Sorga menjadi peehentian kita.

Moga Allah Redho.








No comments:

Post a Comment