-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Friday, August 26, 2011

Bedah : Hadiah ini untuk Mu

Nota :  Pastikan anda menonton Video di bawah ini terlebih dahulu sebelum membaca post dibawah, atas asbab itu sahajalah,ia membolehkan kes Bedah Video ini boleh beroperasi pembedahannya dengan Baik

Awasan : Perlu menontonnya dengan mata hati, sekalipun penglihatan terbatas, cukuplah sekar mendengar Dialog suara dibawah, kerana ia boleh menggamit jiwa yang mendengar dengan mata hati

Perhatian : Penulisan analisa ini melalui kajian pemerhatian si Blogger ini sahaja, tetapi relevan!!

video

Bagaimana perasaan anda yang menonton?

Terharu bukan?

Sedih bertisyukan baju?

Lagi zukk bukan, andai dihayati seorang diri?

Jika anda melihatnya dengan Emosi, maka boleh follow baca di bawah.

Andai masih menonton dengan Rasional, beginilah. . . bayangkan si ibu tadi (Ibu anda), anak tadi (Diri anda).
Kemudian tonton semula. Iyeah!

Baik, ana ingatkan semula, ianya adalah melalui analisa si mutarobbi ini semata.

Seingat anda, berapa banyak barang yang kita memberi berbanding menerima?

Pasti ada yang berkata:
"ana di beri lagi banyak berbanding menerima", tak kurang ada yang pro berkata, "weih... mestilah menerima, Iman dan Islam tu", ada juga ahli sains Tulen yang bermonolog, "Oksigen der, for sure r daripada Allah, kalau tak bagi, tak bernafas kita", juga ada insan yang berdialog dengan alat yang sedang dia guna untuk baca blog ni, hu "Hmm... meme sepatutnya kita banyakkan memberi daripada terima, tapi. . .  ana rasa lagi banyak terima kot, biasiswa, jam A-polo, handpone sekali 3 termasuk E-Phone, makanan lebih berlaukkan EFC (Edy Fried Chicken) orang bagi".

Iye, ana tak nafi kan semua di atas, bahkan betul dengan tepat semuanya, 4 Flat ana bagi, kalau SPM tu, BI ana bagi A+ sokmo.

P.O.I sir,

Ismahli,

Izin laluan yang berhormat,

Sebentar !!, sebelum ada yang lebih banyak yang mencelah

Mari ana cuba bawakan berpaksikan idea ke lorong yang sama, yang kita semua sebenarnya hargai dan boleh jadi, masa itu kita kasih dan berkasih sayang, hingga mereka yang kita hadiahkan tersebut jatuh hati, terbuka hati, luahan hati, perasan hati, bahkan sehingga lagi mudah dekatkannya dengan Ilahi.

Bukankah, dalam bulatan Gembira kalian bertujuan mendekatkan diri pada Ilahi !!

Tidak lari, kita masih dalam konsep yang sama, iaitu "Tangan di atas(pemberi) lebih baik daripada tangan di bawah(Menerima)"

Apabila mula ada bibit jatuh hati (antaranya bagi hadiah), Maka, bukankah lagi mudah untuk dia beri perhatian pada kita? dan hadir ke Bulatan gembira lagi mudah, hingga siap bertannya bila! Ironinya, bukankah selepas peristiwa ini, lagi mudah untuk membina dan dekatkan dirinya bersama kepada Ilahi?

Ana mengambil Diolag salah seorang di atas,

"ana rasa lagi banyak terima, biasiswa, jam polo, handpone sekali 3 termasuk E-Phone, makanan lebih berlaukkan EFC "


Bagai mana jika Biasiswa JEPUN RM5000 tersebut, kita gunakan sebahagiannya untuk membelikan hadiah kepada anak buah yang kita sayang? (sebahagian je bukan separuh dan tak banyak sangat pun), For sure cair dan kerinduan, raikanlah dalam ulang tahun kelahirannya,

Bro : "Ala gondel-gondel adik, adik minat calour warna apa? (sms)
Logam 1 : "Hmm, warna Unggu bang, kenapa?"
Bro : "hah, abg suka warna biru cair, ingat nak bagi hadiah sikit birthday adik minggu depan =). "
Logam 1 : Oh. . .  Ok
Masa ketemu
Bro : "ni abang bagi hadiah, Al-Quran terjemahan, tapi abg gabungkan calour kesukaan kita sama-sama, Unggu + Blue cair jadi warna Biru pekat, suka tak =) "
Logam 1 : Wah!! (wajah keta'juban dan kecairan, jika sebelum ni si logam tadi balas pendek msg, kali ni dia yang akan merindui anda dengan memulakan sms pulak)


Bagaimana dengan Jam tangan A-Polo tersebut,kita main tukar - tukar dengan anak buah kita

Bro : "Man, boleh tak Man pakai jam abang sebulan, abang pakai jam Man, baru terubat rindu abang, tengok jam teringat Man =)".
Logam 2 : hmm, tapi ana tak de jam, huhu
Bro : "Oh iye ke, pakai lah jam abang ni, nanti ridu abg, selalulah tengok jam tu, dalam muhasabah waktu dapat ingat abg sekali, huhu
Logam 2 : "hah iye ke!!, wah!! (baiknya anta-anta yang buat macam ni)
sekadar dialog (macam pandai mengayat je, jangan risau ana salurkannya untuk ikhwah jak, ekk)


Bagaimana dengan 3 Handphone itu kita :

Bro: "kecian akh handphone anta bersalotep 3cm dah ni, meh pakai ana punya E-Phone yang baru beli 3 hari lepas, daripada ana simpan je, tak berjalan pahalanya",
Logam 3: "wah! jangan susah-susah akhi (sambil tangan mula membelek& meraba-meraba isi E-ph)


Bagaimana makanan EFC itu kita :

Bro : "Adik, bilik no. berapa?
Logam 3: "err. . . kenapa abg, saya nak keluar dah ni"
Bro : "oh iye ke, abg bawak *FC ni, ingat nak ajak makan sekali =)
Logam 3: "Wah! boleh . . .boleh abang, kebetulan saya nak keluar pegi makan, tapi abang dah bawak, *FC pulak tu, huhu, bilik saya no. ____
Bro : "Orait~" (anda dah tahu bukan no. biliknya lepas ni)


Bagaimana jika hadiahi mereka yang anda sayangi dalam doa-doa, dengan cara tambahan begini :

Bro : "Adik, raya ni dah beli tiket balik kg. belum?"
Logam 4 : "belum r bang, study stido dan ke studio, tak sempat la nak beli"
Bro : "oh,rumah adik kat perakkan!, jom kita gerak sama-sama naik kancil JHY"
Logam 4 : "wah! jimat la macam ni, no problem, nanti apa-apa contact yup abng"
(hari peristiwa dalam kenderaan)
Logam 4 : "Abg. . ., kat Perak, rumah keluarga abg ke?"
Bro : "tak de la, hantar adik ke rumah la"
Logam 4 : "Hah!!"
Bro : Iye~ , nak pastikan adik sampai dengan selamat, sambil-sambil tu dapat kenal keluarga adik =)
Logam 4 : "Wah!! kalau lah ada abang saya macam ni"
Bro : "Abg kan abang adik~"
Logam 4: "Senyum memalu" (maka rancak dan mudah la perbualan anda tentang apa sahaja topik, sehinggakan peristiwa ini tidak boleh dilupakan oleh mana-mana manusia yang terjebak dengan pendekatan ini)

Iyeah!!

Mesra bukan kepalang bukan kisah di atas!!

Tetapi itu kisah mereka, kisah anda berbeza, bagi yang masih baru dalam menDF, kreatifkan, aktifkan, saksikan, aplikasikan segala kudrat, bukan untuk diri semata, tetapi atas sayangnya kita kepada saudara kita yang lain.

Meniti sirah Ar-Rasul, bukankah Rasulullah juga menggunakan dengan cara menghadiahkan juga kepada keluarga kerabat yang di sayanginya, dengan membuat jamuan makan pada peristiwa awal Kerasulan baginda!! bukan sekali di jamu makan kepada keluarganya, tetapi 2 dan 3 kali sehinggalah antaranya ada sedikit yang beriman, seperti Ali b. Abi Tolib"

Ada kesannya juga bukan, kesan ini pasti membuahkan Hasil!

hadiah = Pengorbanan

Maka setiap usaha perlukan pengorbanan, perlu juga dalam bentuk penghargaan dengan memberikan hadiah

Yakinlah dengan Hadis Nabi ini :

"Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang."
(Al-Mukjam Al-Awsat : 7448)

P/S :
Binalah tautan hati,

"Jangan lah bersedih jika diri tidak dihargai, tetapi bersedih lah jika diri kita tidak boleh menghargai orang lain, lagi parah + kritikal thingking kalau tak berharga" huh!
(ku dengar di IKIM[dot]fm pilihan utama dunia pagi tadi)
Frecuancy IKIM: Johor - 106.2 (Promote pahala sekejap, Iyeah!)

Wednesday, August 24, 2011

Bedah-bedah

Kita semua meyakini,
Penulisan di blog bukanlah kerja kita yang asasi, apatah lagi yang utama. Namun, penglibatan dalam medan dakwah yang sangat komplikated dan medan yang semakin mencapah ini, mendesak kita untuk turut sama meluaskan capaian-capaian kita, tanpa melupakan kerja yang lebih qowiy iaitu pembinaan dalam "Bulatan Gembira" itu.

Jauh di sudut hati, itulah niat yang tersimpan semenjak aku mula menulis di lapangan ini. Tarbiyyah dan Dakwah tujuannya. Tidak lain daripada itu.
 

Fungsi kecil dan besar ku masih belum di Explorasi [Kredit]

Sekadar menyedarkan bagi Segar!!

Perasankah anda, anda sedang melayari laptop sekarang ada kemera (Webcame) disitu?

Terkejutkah anda, hp camera 3.2 Mix boleh merakam video?
Sedarkah anda, kamera di nihari ada yang boleh di Zoom hingga  ______ (berapa KM?)

Pernah bukan anda terfikir dan merancang ingin merakam dan Buat Video menggunakan alat-alat tersebut, hingga tidak terbuat-buat entah hingga bila. . . .

Tetapi. . . .

percayakah anda, yang Rakaman / gambar / video yang telah disunting dan di Edit oleh anda, boleh mendatangkan kebaikan,

hingga,

Saham ganjaran pahala akan teruuuuuuuuuss panjang berterusan!

Dan sebenarnya,
kita sedang berusaha dan membantu, mereka yang membaca dan melihatnya, dibukakan pintu Hidayah.

___________________________________________________

Biasa bukan mendengar, pembedahan, tapi bukan bedah-bedah si Doktor, saya maksudkan adalah "Bedah buku", 

Kali ini, pena blogger berhasrat membawa "Bedah-bedah yang lainnya" :

mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan kepada ana untuk berusaha menyampaikan dengan ilmu yang sedikit ini melaui ilham yang diberi, nantikan selepas Ramadhan

5) Bedah Game

Diharapkan penulisan-penulisan dan hasil medan melalui "Bedah" ini, memberikan nafas-nafas baru kepada jiwa-jiwa yang ana sayangi di luar sana. Tidak kira ikhwah atau akhawat. Semoga kita sama-sama dapat tolong menolong saling, tarik menarik menyelamatkan setiap seorang dari kita dalam berhadapan dengan berbagai-bagai tarikan tirani jahat. Adanya syaitan lagha komik, manga, anime, porno, fitnah, drama, dan macam-macam lagi tarikan yang akan menyebabkan jiwa kita lemah di alam nyata.

Jahiliyah Tirani mereka menyusun batu bata untuk terus terancang menjatuhkan islam dan seisi, tatkala itulah juga, tidak dapat tidak, kita yang fahaminya perlu turun dan berusaha bersama.

Betapa sukarnya menghadapi dunia hari ini.

Hanya Allah yang layak menjadi pengadil akan keikhlasan niat kita dalam berjuang.

Sunday, August 21, 2011

Promosi PASTI menguntungkan!

Muntijah : berjaya dan membuahkan hasil yang Iyeah! enak sekali..
Laziz : sedap.

Title di atas mesti berkait dengan hidup KITA,

Amatilah dengan Hati kemudian Praktik. . . . .

Perniagaan yang muntijah perlukan Promosi

Promosi yang efektif & Kreatif Pasti menguntungkan.

Hah. . . . sudah dapat Formulanya bukan!

Begini. . . . .


Anda sedang berniaga sekarang bukan! [Kredit]

Restoran Terkenal,
Bagi mereka yang ada buka Restoran yang Halal, realitinya, itulah perniagaannya, dan macam mana sekalipun, pasti berusaha semaksimum mungkin untuk menjana keuntungan dan keuntungan yang muntijah, adalah dengan bertambahnya pelangan dan pelangan yang sama tersebut setia bersama sehinggalah kiamat hendaknya (huh! perniagaan apa nih).

Andaikan,
Insan bernama Saiful makan di Restoran tersebut, dan teruja merasa enak dan Malverin serta Marveleous sekali, berkali-kali, Ironiya . . , pasti ingin menjamu lagi dan lagi pasti ulangi, hingga beberapa kali,

Akhirnya. . . . .,

Si Saiful yang islamic yakin kehalalan dan kehebatan Restoran tersebut. . . . . . . hingga. . . . . mengajak orang lain.

kerana apa! . . . . .

Asbabnya, si Saiful tadi telah merasai masakan tersebut yang Laziz, Waiter yang harmoni, harga yang mesra logam, suasana Restoran yang gembira, kebersihan dijaga, dan Pengurus / Peniaga sentiasa memperbaharui kekurangan dari komen, cadangan dari Customer, dan pelanggan yang Hadir turut mendapat tempias kebaikan sehingga tingkah-laku sebagai seorang islam itu diperbaiki sedikit demi sedikit.

Bukankah ini Restoran yang baik!
Sebagai seorang pelangan yang baik dan  yakin dengan kehalalan ini, wajib atasnya untuk mengajak kawan-kawannya, saudara maranya, juga berusaha mempromosi sehabis mungkin pada mereka yang masih tidak ketahuan lagi akan Restoran ini.

Iye sebahagian besar mereka tidak mengetahui!!

Get my point?
Itulah Dakwah, Iyeah!!

Masih Fobia ke dengan sebutan "Dakwah",

Hmm. . . .  (memikir Idea, bukan putus asa iye),
Putus asas bukan dari sifat orang mu'min (Surah Yusuf : ayat 87)- sila buka Al-Quran


Saya dan semua Gembira 11A+
Terpatri pada kisah yang lain,
Shahmil seorang murid yang baik, kebaikannya sungguh baik, hingga baiknya dia di panggil Baik.

Murid-murid Sekolah Ke-Amanan,(yang tepi-tepi sungai tu), yakin yang shahmil akan mengungguli kejayaan SPM kelak, selepas habis silibus, trial, usahanya bulan 12 ni, hingga tibalah result yang diluluskan oleh mentari dan di isytiharkan Resultnya dalam Blog ini oleh si Blogger. . . 

Oh iye, sebelum itu,

Beliau mengambil aliran sains tulen

Eh silap, sains sosial  . . . . . 

Arrr tak penting, mana-mana subjek tapi genap 11 mata pelajaran,

Akhirnya, beliau mengungguli 11A+

Wah!! Gembira bukan main bukan, seperti di Nobatkan Best speaker Bahasa Arab di Putra Hotel luar nagara dan sebelum Pencen, Menggondoli juga Best Speaker debater BM di Hotel Putri tepi negara.

Pertanyaan si Blogger,

Mampukah si Shahmil memendam kegirangan atas kejayaannya itu seorang diri!

Mampukah beliau terus menutup mulut tatkala ditanya bertalu-talu rakan karib dan sebayanya!

Mampu bertahankah beliau untuk gembira akan berita gembira itu seorang diri sepanjang hayatnya sehinggalah di gelar mayat!

Logikkah si Shahmil, akan mengatakan bahawa dia tidak berjaya, sedangkan manusia sudah makan-makan termakan dengannya (kenal sangat si Shahmil)

Sehingga bilakah, si shahmil akan tutup mulut, menahan telingga, bermerah mata dan semakin tembab muka!

Hingga bilaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Sekaraaaaaaaaaaang! 

 Dengar Bukan Jeritan saya [Kredit]

Jeritan ini berkumandang dari hati, hingga ramai manusia sekelilingnya memberi perhatianyang serius dan tulus.

"saya . . . . . .Saya dapat 12 A+" (akhirnya si Sahmil bersuara)


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .(suasana senyap 3 saat)


. . . . . . . . . .  (kemudian) . . . . . . . . . 


Takbir!!

Iyeah!!!

Alfun Mabruk!!

wah!! hebatnya!! 

congratulation Shahmil!!

Pasti keluarga anta orang pertama gembira!!

Asatizah semua berair air mata!!

Terpancar wajah girang, gembira dan air mata yang mengalir di pipi ini menjadi saksi kejayaan

Yang pastinya,
Mereka Respon, bukan pada tindakan anda?
Jadi . . Mesej ini, berjaya di sampaikan pada mereka,
Orang sekeliling merasai kita,
Mereka merasai semakin yakin bersama dengan kita,
Mereka semakin jatuh cinta dengan berita yang kita kongsikan dengan mereka,
Menandakan, kita ambil berat tentang mereka, carring mereka, mereka cry dengan usaha ini.

Baik, now.... get my point,

Bukankah itu, kegembiraan yang ingin dikongsikan.
Berita dan Khabar tersebut baik bukan untuk dirasai oleh keluarga dan sahabat kesayangan kita!

Itulah "Dakwah",

Ianya benda yang baik bukan!

Pastinya ia mendatangkan keuntungan,
Bukan pada diri semata, tetapi islam itu sendiri.

Islam mykad kepada islam dalam Diri,
Mereka di luar merasai hasil dari promosi si shahmil.

Jangan sampai, mereka bersuara di alam lain kelak,
"Saiful, anta dulu tak Promote pun Restoran Halal ni, anta suka ana makan kat restoran tidak Halal ke!, anta suka ana terkorban dengan keluarga-keluarga ana yang lain dekat Restoran yang huhahuha ni ke, sedangkan anta roomate dan housemate ana!, Sahhmil,a nta suka tengok ana sentiasa tidak sihat hah! , anta ni sahabat yang macam mana hah! ana masih ada karat jahiliyah, tapi anta islah seorang diri!"

Puncanya!

kita masih belum hilangkan fobia dengan "Dakwah"

Dakwah lah pada mereka..
Sesiapa pun mereka, kerana Dakwah itu hasil dari Tarbiyah, Dakwah itu semua perkara,
kata-kata Dakwah, perbuatan Dakwah, nasihat Dakwah, pemakaian Dakwah, Akhlak Dakwah

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari adzab yang pedih ?,“(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu Mengetahuinya”.

(Surah As-Saff : 10-11)

*watak nama tersebut sekadar rekaan,
Saiful dan Shahmil itu adalah pembaca sekarang ini, itulah anda
selamat join member Promosi yang menguntungkan ini =)

Tuesday, August 16, 2011

Alat : Go-Kart

kredit pada siapa yang Snap


6 Ogos / JB / 6 Orang / lokasi dalam kelapa Sawit / 1 kenderaan MPV

Sungguh! Setiap yang berlaku, ambillah Hikmah daripadanya.

Go. . . Go –Kart

Kisah ini, Di adaptasikan dari sudut dimensi kaca mata Pemuda, Mutarobbi ini...

Bersedia Go....
 Di gelanggang arena :

Pra - syarat tetap ada :
-pastikan bertopi keledar
-bayaran telah dilangsaikan (RM35)
-kenderaan dalam keadaan hidup dan baik (sebaik sahaja telah menjelaskan pembayaran)
-cermin mata disediakan (bagi yang ingin daripada mata dingin berair)
-Diberi masih 10 minit sahaja (tidak kurang, tidak lebih, tidak boleh berlego-lego dengan penaja ianya satu ketetapan)

Tambahan dari penganjur :
Jika kemalangan, bukan kerosakan dengan sendirinya, soyonaranya… andalah bertanggungjwab untuk membayar ganti rugi.
*beruntungkan bagi mereka yang cekap (berhati – hati bukan bermaksud bawa perlahan)

Bermulalah satu perjalanan (Lagu Imam Muda ckit),
Pusingan pertama, semua pemain litar diberi relax untuk menyesuaikan kenderaan, diri dengan litar, mengetahui selok – belok selekoh, mencuba ketajaman minyak dan break, proses menghilangkan keta’juban, keasyikan, keraguan, was-was dan lain-lain yang anda rasa sesuai di isi pada fill in the blank  ___________

yang pasti. . . . .

10 minit yang bakal bermula selepas ini, itulah ANDA !!
___________________________________________

6 Rider Berhenti bersama di tapak “Kotak permulaan

dan...

arE you bersedia. . .

1 . . .

2. . . . .

3. . . . . . . . .

Go...

Lantas aku membuat pecutan demi pecutan, terus Menerobos laju kehadapan, pecutan bermula. Permulaan ku bukan sebagai pemula bukan juga yang nun paling belakang pada permulaan (sebab tidak ingat), yang pasti anta Aku ada Dia. (ditengah-tengah daripada 6 orang tersebut)

Pusingan ke-2, dalam litar perlumbaan F1, Aku mara ke hadapan, memecut pelumba ke 3 dan 4, Kini Aku di rangking No.2, Fernando Terrer No. 1 terus halilintang mara kencang kehadapan. Rekod break pada ketika ini hampir setiap selekoh ditekan (sebelum lebih faham).

Pusingan ke-3, Aku berjaya mengungguli tempat pertama. Break yang aku tekan, hanya aku manfaatkan dan praktikkan 2 tempat selekoh melayang yang dibutuhkan sahaja (kerana dua selekoh tersebut cukup digeruni oleh mereka yang menonton dan pemegang bendera, apatah lagi si Rider yang berada di atas litar). lantas Aku akur dan setuju setiap kali berada di selekoh merbahaya dan En. Diluar mengangkat bendera, aku bereakdisc. ( faham perlu kepada Amal dan praktikal)

Pusingan ke-4 hingga 8, Aku dapat memotang kesemua mereka, ada juga di tinggalkan hingga dua pusingan, sepanjang perjalan hanya tekan minyak(sentiasa) dan break(hanya 2 tempat tersebut), ke-excited-an untuk merasai 10 minit tidak dirasai yang di dambakan nak buat sehabis baik untuk tempoh 10 minit tersebut (boleh faham ke!), hingga tiba - tiba bendera yang di pegang oleh En. Di luar mengarahkan berhenti. Berhentinya Aku berada di ruang kotak paling hadapan.. Aku berhenti apabila 10 minit tersebut telah tamat. Sungguh! Hanyasanya Aku berhenti apabila tiba masanya berhenti. Aku kini berhenti.

Fuh!!

seusai tamat :
Mula ada perbincangan mulut manusia,

Perbualan bersama si A dan B :
peh! tak agak, ana(A) kena potong satu round” kata si A. . . . “ana pulak(B) kena tinggal dua round, tak aci r”. Kata si B

Perbualan bersama si C:
“ana slow tak pe, yang penting kereta ni tak de apa-apa kerosakan kalau tak kena ganti”.

Perbualan si D :
“betul tu, ana pun sengaja bawa slow, boleh je nak pecut”. Kata si D.

Perbualan si E:
“Ini sebab kereta anta ni laju”. Kata si E

sehingga bila bertemu dikemudian hari :
"Tak boleh lupa la, anta tinggalkan ana dua pusingan tu"

*Bukan . . . . bukan untuk mengatakan kata-kata mereka tersebut di atas tidak kena, Benar... memang kadang-kadang (lumrah rasanya), erti “kekalahanlah”(sebanarnya, bukan kekalahan sebenar) yang menyebabkan kita mengingati peristiwa semalam sehingga mereka yang bercerita ini ingin realitinya untuk menjadi No.1. Hakikatnya mereka yang berada di hadapan sentiasa di Uji dengan Ujian yang Maha hebat, setelah tamat sesuatu ujian di Litar tersebut, maka ujian seterusnya pasti menanti. seperti Ujian Hati, Iman dan Sabar, ujian mengekalkan Ukhuwah, Ujian bagi terus memanfaatkan masa-masa yang seterusnya, lepas satu mehnah, pasti datang mehnah yang seterusnya.

Ujian yang menguji pasti Hadir!

Ujian berguna pada mereka yang faham.

Sungguh! Ujian bagi mereka yang faham akan merasakan Allah itu dekat dengannya.

Yakinlah! Setiap ujian dan kesusahan itu, pasti aka ada kemenangan!

oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(AL-Insyirah : 5-6)


Analogi Go-Kart di atas, ku gambarkan begini.

Abu Bakar Assidiq:
"Rasulullah mengatakan bahawasanya, jika sekiranya dikumpulkan Iman semua makhluk, sehinggalah tibanya Hari Kiamat kelak, Nescaya tidak boleh tandingi Iman yang di Fahami oleh Abu Bakar".
Subhanallah, betapa FAHAM nya sahabat Nabi.

Said Qutb:
ketika menulis Tafsir di bawah bayungan Al-Quran (Fi zilalil Quran) di dalam Penjara, hingga tiba surah Taubah, beliau menangis, benar-benar menghayati bahkan merasai dan meresap masuk ayat Allah tersebut dalam jiwa dan diterjemahkan dalam penulisannya.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga. . . . . "
(Surah At-Taubah : 111)


FAHAM nya beliau ketika 20 tahun lebih selepas dari menghafal Al-Quran

Abbas Asisi:
Di saat melihat Ummat hari ini yang bergelimpangan dengan Jahiliyyah, beliau menangis teresak, sungguh menanggisnya beliau luar biasa, terpancar keikhlasan dan keazaman yang tinggi untuk menyedarkan masyarakat. Tatkala beliau berusaha memahamkan Ummat, Ustaz Hasan Al-Banna berkata padanya. "Dirimu kini, benar-benar FAHAM".

Hebat sungguh mereka yang Faham, terus diterjemahkan melalui amal solleh dan berusaha menyebarkan islam yang mereka rasai dikongsikan bersama masyarakat sekeliling.

Bersediakah untuk ditanya?

Bila diri Kita FAHAM?

Jika faham, apa yang kita buat dengan kefahaman tersebut? Rasai sorang-sorang?

Adakah baru bergaul dengan masyarakat selepas Graduan daripada Kampus?

Adakah perlu mengajak kebaikan dalam “bulatan gemnbira” HANYA apabila telah cukup sempurna semuanya?

Adakah Kita faham jika masih berada di stadium dengan mengorbankan 90 minit denagn kosong dan selambanya (sama je dengan orang lain) ?

Adakah anda faham jika pagi petang semangat bekerja, malam masih berselimut hingga lewat subuhnya?

Adakah masih bermain-main tanpa serius untuk memperbaiki Ummat hari ini?

Adakah masih “bercouple”, walaupun masusia dan seisinya tidak ketahui, tapi Allah Maha tahu penipuan dustanya ?

Adakah masih takut untuk meniggalkan karat-karat Jahiliyah?

Haruskah, terpaksa dan masih kekal dalam Jahiliyah untuk menjaga Ukhuwah atau risau tidak ada manusia yang menerimanya?

"(bahawa) Tuhanmu (Wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana Yang dituduh oleh kaum musyrik).  Dan Sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. dan Sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga Engkau reda - berpuas hati"
(surah Dhuha : 3-5)

Iye benar,
Dahulunya, Kita barangkali lambat, bertatih untuk memahami tujuan hidup, dan sebenarnya cukup besar dan perlukan Usaha dan mujahadah. Begitulah Analogi Go-Kart yang ana bawa di atas, pada pusingan pertama dan ke-2, mula memahami dan faham selok belok kehidupan (litar) tersebut. Lama kelamaan, semakin jelas realiti di hadapan hingga kefahaman ini dibenbentuk dengan tersusun berpandukan unsur-unsur yang benar (seperti En. Yang mengangkat bendera) dan juga kefahaman kita dizahirkan dengan Amal dan Praktikal (hanya guna break di 2 tempat sahaja). Allah tetap memberi peluang pada kita, sama ada nak perlahankan kenderaan atau terus laju kehadapan. Janganlah kita memilih dengan menolak ajakan kebaikan, janganlah memilih sebagai penggerak yang tidak membawa “bulatan gembira” (sedangkan anda boleh), janganlah terus memberi alasan, kelak anda akan berkata-kata (seperti dialog diatas),

“kesudahan golongan Yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). "Supaya Aku mengerjakan amal-amal Yang soleh Dalam perkara-perkara Yang telah Aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata Yang ia sahaja Yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
(surah Al-Mu’minun : 99 – 100)


10 minit itu adalah hayat kita,
Rasailah segenap tubuh rongga-rongga kita, setiap denyutan jantung nadi kita, setiap aliran darah yang deras mengalir adalah untuk Dakwah dan Tarbiyah. Makan kita adalah Dakwah, pemakaian kita adalah Dakwah, kata-kata kita adalah Dakwah, perbuatan Kita adalah Dakwah, hobi kita adalah Dakwah dan Tarbiyah, kerana pengorbanan Ar-Rasul dan para sahabat menyebabkan kita terima islam hari ini, itulah hobi mereka, impian mereka, cita-cita mereka. Bukankah hobi, cita-cita dan impian mereka, itulah juga kita!

Inilah Aku yang hari ini yang masih merangkak bersama kalian dan perlukan kalian :

Daripada Mu'awiyah (RA): Saya pernah mendengar nabi bersabda: "Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama." 
[Bukhari dan Muslim]

Thursday, August 11, 2011

Buat KITA yang benar-benar Serius!



Mustafa Masyhur
1. Fiqh Dakwah Jilid 1
2. Fiqh Dakwah Jilid 2


Syed Qutb
1. Inilah Islam (Hazaddeen)
2. Masa depan untuk Islam (Mustaqbalu hazaddeen)
3. Hari Esok untuk Islam
4. Masyarakat Islam
5. Di bawah panji-panji Islam
6. Beberapa studi tentang Islam (Dirasatul islamiyyah)
7. Petunjuk di sepanjang Jalan (Ma'alim fit toriq)
8. Tafsir di bawah bayang-bayang al-Quran (Fi zilalil quran) - Juzuk 25,26,27, 28, 29, 30.


Hassan Al-Banna
1. Himpunan Risalah Al-Banna

~Antara semalam dan Hari ini
~Dakwatuna
~Kepada Para Pemuda
~Bingkisan Jihad
~Muktamar Khamis
~Risalah Ta'lim

2. Memoar Hasan Al-Banna (Mudzakkiratud Dakwah wad Daiyah)

Muhammad Ahmad Ar-Rasyid
1. Langkah Bermula (Muntalaq)
2. Hambatan-hambatan Dakwah (Awaiq)
3. Pelembut Hati (Raqaiq)
4. Life Making (Sinaatul Hayah)
5. Khittah Dakwah (Al-Masaar)
6. Bencana Fitnah (Fadaeh Fitan)


Muhammad Al-Ghazali
1.Pilar-pilar kebangkitan Ummah


Hasan Hudaibi
1. Pendakwah, bukan penghukum (Daei wa la qudo')


Jum'ah Amin Abdul Aziz
1. Tarikh Al-Ikhwan Al-Muslimun Jilid 1
2. Tarikh Al-Ikhwan Al-Muslimun Jilid 2 (Bacaan tambahan untuk benar-benar memahami WAQI)
3. Tarikh Al-Ikhwan Al-Muslimun Jilid 3 (Bacaan tambahan untuk benar-benar memahami impak dakwah ikhwan dalam masa 10 TAHUN!!!)


Ab'ul 'Ala Al-Maududi
1. Proses Revolusi Islam (Versi Indonesia dan Yayasan Terengganu)
2. Proses Pembinaan Negara Islam (Versi Pustaka Salam)


Lajnah Ikhwan
1. Prinsip-prinsip gerak Al-Ikhwan Al-Muslimun


Taufik Yusuf Waei
1. Gerakan-gerakan Islah (Buku Pink)



Barang siapa yang membunuh masanya, sesungguhnya sama saja dengan membunuh dirinya sendiri, kerana waktu adalah kehidupan itu sendiri. (ISHAB, 1938)


Hanya syahid menjadi rehat kita.
Antara amal dan kata-kata ada suatu jurang yang besar.

Saturday, August 6, 2011

adik-adik ku

[bakal menimang anak. . . . lagi]

kanak - kanak ini sebuah angerah dan rezeki, pernah kita menempah nama sabagai kanak-kanak satu ketika dulu bukan!:



Pertamanya, terima kasih kepada Tuan Puan yang datang ke Masjid dan solat berjemaah…. Bawa anak bersama untuk menemani mereka, alangkah meriahnya masjid kita dipenuhi dengan manusia, alangkah lagi harmoninya dapat kita tunaikan solat dengan tenang dan khuyuk, justeru mohon ibu bapa yang bawa anak bersama, pantaulah pergerakan mereka, tegurlah mereka, hadirin yang lain, nasihatkanlah anak – anak ini agar tidak membuat bising”.

Satu teguran yang membuatkan , suasana dalam masjid damai, telinga yang mendengar membujuk rayu hatinya untuk tenang bersama, ibu bapa yang hadir mula memanggil anak mereka duduk bersebelahan bersama, kanak-kanak yang berlari menyebabkan kaki kaku berdiri di speaker-speaker masjid.

Di sambungnya lagi. . . .

Lumrah kanak – kanak itu bising dan bebas bergerak, pelik andai dia duduk diam tidak bersuara, lagi pelik bin luar biasa jika bapa-bapa yang perangai seperti kanak-kanak

Nasihat ini Berjaya membujuk hati manusia, keprihatinan ibu ayah terhadap anak mereka meninggi, setinggi langit, kanak-kanak mula berada di saff belakang dijaga rapi dan baik oleh ayah-ayah yang senior.
Malam itu menjadikan, hati manusia semua menangis dan merindui terawih dipanjangkan dek ketiadaan suara yang menganggu.

Lantas membuatkan aku Terfikir dalam air yang paling beharga iaitu “Idea”,

Bagaimana seh siaran radio dan televisyen boleh terus memikat pendengar dan penontonnya ternanti sentiasa setiap kali siaran tertentu ke udara, seperti kuiz yang dikumpul hingga sebulan, hadiah RM300 menanti dengan syarat, Berjaya mengumpul dan menjawab jawapan dengan betul setiap minggu selama sebulan.

Bukankah ini juga boleh di Adaptasi, jika di Masjid ada dibuat pengisian Tazkirah di antara waktu solat sunat terawih, berilah peluang untuk kanak-kanak juga menjiwai taskirah tersebut dengan di masukkan unsur kisah teladan atau sirah, dan pada penghujungnya. . . . .

Ditinggalkan Kuiz. . .

Pada malam ke 20 akan diberikan hadiah kepada siapa (kanak-kanak sahaja) yang Berjaya kumpul jawapan setiap hari dengan tepat. Hadiah pula dilumayankan, contoh RM100

Diri ku mengingatkan pembaca budiman, bukan untuk menjadikan habuan tersebut sebagai alat untuk jasad mereka terus hadir di masjid, tetapi itulah rahsianya, bermulalah dengan alat, jumlah kanak-kanak pasti akan terus bertambah yang bertandang solat berjemaah bersama di masjid,  kejayaan salah seorang dalam kalangan mereka yang mendapat hadiah, pasti menjadi inspirasi dan batu lonjatan kepada kanak-kanak yang yang lain, bahawa sesunggunhnya, hadiah tersebut adalah real… real.. yes real, dan free…
kemudian bimbinglah step seterusnya dengan bijak,

10 malam terakhir lain pula caranya, boleh gunakan tenaga kanak-kanak mengemas / ajak bergotong royong dan lain-lain.

Bisik pada telinga mereka :
Tahniah adik!!, hadiah ini daripada Allah, nak hadiah lagi kena datang selalu ke masjid, setiap hari adik dapat hadiah berganda daripada Allah

Azzam ku, : 
“Bukan aku ingin tawan mereka dengan harta/ jasad/ perhiasan dunia, tapi ingin tawan hati mereka”


pesan saidina Ali :
"Didiklah anak kalian sesuai dengan peredaran zamannya"