-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Tuesday, March 12, 2013

Hiasan yang pasti Indah atas Jalan ni






Di atas jalan yang kasar ini, tiada permaidani merah yang menambah glamor. Tiada sofa dan tilam untuk berehat. Tiada televisyen dan WD untuk menghiburkan diri. Tiada akhawat-akhawat cantik untuk menambahkan semangat bekerja.

Yang ada hanyalah hiasan-hiasan yang menjadikan nya sangat indah.

Hiasan yang sama yang disajikan kepada para sahabat ar-rasul ketika merasai kemenangan dan kekalahan (tiada erti kata kalah buat orang islam). Hiasan sama yang dirasai oleh pejuang-pejuang sebelum kita.

Ukhuwwah itulah hiasannya.

Ukhuwwah yang menyebabkan program yang panjang berjela-jela terasa sangat sebentar. Jaulah yang jauh tidak kepenatan. Mukhayyam yang sukar itu terasa sangat senang. Dan jalan dakwah yang mendesak jiwa ini, terasa sangat penuh dengan cinta. Penuh dengan keakraban. Kasih sayang. Khabaran yang baik. Kata-kata yang menenangkan. Pandangan mata yang indah. Janji-janji yang menenteramkan hati. Dan di setiap penjuru jalan ini, terasa sangat selamat dan terjamin keselamatannya.
Ianya sangat-sangat diperlukan ketika jiwa ini diuji. Ketika solat tidak lagi rasa ruhnya. Bila doa tidak lagi diyakini mustajabnya. Ketika ditimpa musibah harta, iman dan keluarga. Sewaktu yang mencabar itulah, perhiasan ini menghias.

Ketika kita sedang futur lah, hak ukhuwwah itu dituntut untuk ditunaikan. Bila kata-kata tidak lagi berguna. Di waktu inilah, pelukan seorang sahabat terasa sayangnya. Ketika inilah, bila kita sama-sama menangis, terasa dekatnya Allah dengan kita. Betapa Allah mengasihi kita atas kasih sayang sesama kita kepadaNya.
Ah rindunya~

Maka ikhwah dan akhwat sekalian,
Dalam sebuah hadis yang masyur, apabila dalam hati terlintas kasih dan sayang pada akh/ukht kita (sesama jantina please), maka kita disarankan untuk meluahkannya, bukan memendamkannya. Agar kasih sayang itu turut sama dirasai oleh sahabat kita, hingga keseluruhan jemaah dakwah ini merasai kehangatan ukhuwwah dalam semua program mereka bersama.
Meluahkan dengan lafaz : Ana uhibbuka fillah. Aku mencintaimu (akh) kerana Allah.

Kepada akh yang dilafazkan cinta kepadanya, diucapkan kata balasan. Alangkah indahnya sunnah yang diterapkan dalam kelompok as-salaf terdahulu. Semoga kita merasai ruh yang sama, hingga mampu mati demi ummah.


Doa Balasan Uhibbuka Fillah


أَحَبَّكَ الَّذِيْ أَحْبَبْتَنِي لَهُ


“Semoga Allah mencintai kamu yang cinta kepadaku karenaNya.” [221]




[221] HR. Abu Dawud 4/333. Al-Albani menyatakan, hadits tersebut hasan dalam Shahih Sunan Abi Dawud 3/965.

1 comment: