-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Monday, October 18, 2010

Seruan Menyeru "HAFIZ"




Seruan yang menyeru…
Ana = Aku/ Saya/ Me/ I
*Sedikit kamus di atas, ana (dalam Bahasa Arab) membawa maksud yang sama “Saya /Aku/ Me/ I “

Insya Allah, pendekatan yang akan saya bawa dalam Blog ini, andai ada perkataa “ANA”, moga pembaca tidak kekok kerana itulah bahasa Al-Quran, Bahasa Rasul dan bahasa Syurga.

Jika di “Flashback” dari post awal blog ini,
Ana ada meletakkan pengakhiran cerpen sebelum ini dengan membawa Ruang dan Peluang kepada KITA, iaitu menjadi “Hafiz Al-Quran”(menghafal Al-Quran).

Para Hafiz iaitu orang yang menghafal al-quran dan yang beramal dengan ilmunya boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya.Disebut dalam hadith daripada Anas r.a:
“Sesiapa yang membaca al-Quran dan menghafalnya, dia menghalalkan apa yang dihalalkan di dalam al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan di dalam al-Quran, Allah akan memasukkan ke dalam syurga dan dia akan dapat memberi syafaat 10 orang ahli keluarganya yang semuanya adalah ahli neraka."

Kepada yang masih menuntut Ilmu(Pengajian), Di Universiti/ Kolej seperti yang ana lalui sekarang ini, bertuahnya KITA, jika meletakkan sasaran, “Ya Allah, Aku ada 4 tahun Pengajian di Universiti ini, moga-moga dengan harapan selain aku keluar dengan segulung Ijazah, aku juga tamat dengan gelaran “Hafiz”.

Tapi bagaimana…,

            Iye…, andai SAYA membayangkan begini, iaitu saya  baru bermula menghafal Al-Quran secara terancang apabila masuk Universiti, apabila Allah ketemukan Saya dengan Dalil dari hadith di atas dan juga dari sebuah Buku (Hafal Al-Quran dalam Sebulan), maka… Saya terus berazam, ingin memasuki Syurga seperti mana yang telah ditawarkan… tidak adil bagi saya berusaha seorang, tetapi… inilah usaha yang boleh saya ajak bersama…

            Jika  kita bergelar Students 4 tahun lagi, kita anggarkan secara Congak, “setahun saya perlu dapat 8 Juzu’, kita akan Nampak berat atau ringan?, Baik.. bagaimana andai kita melihat dari bulanan, sebulan ana hanya perlu dapat 1 Juzu’,!!..., 1 Juzu’ menyamai, 10 helai…. Tak pe… bagi memudahkan konsistansi kita, sehari setengah muka surat!!..., “Ya Allah, CUKUP RINGAN SAAT INI”, ayuh melihat semula hadith Rasulullah Jika kita Hafiz Al-Quran:
“….Allah akan memasukkan ke dalam syurga dan dia akan dapat memberi syafaat 10 orang ahli keluarganya yang semuanya adalah ahli neraka."

Masa setiap hari Allah beri sama adil bagi setiap seorang, sehari 24jam..
Bagaimana jika kita isi tilawah dan hafalan selepas Subuh dan Maghrib setiap hari…
Selepas Subuh sebagai hafalan,
Lepas Maghrib sebagai Ulangan…
Bagi menguatkan ingatan, Tasmi’ bersama kawan (diperdengarkan bacaan pada kawan kita)
Di baca ayat yang dihafal didalam solat – solat sunat..
Ajak bersama kawan lain, lagi kuat dan hidup suasana andai ada Group bersama – sama menghafal..

Ingat!!
Harta boleh dicari ganti…
Sebaliknya,
Masa tidak boleh diganti..
Masa juga tidak boleh di undur..
Waktu tidak menunggu kita…
Tetapi..
Kita masih ada waktu..
Andai saat ini berumur 20 tahun…
Ketika berUmur 24 tahun, telah bergelar “Hafiz Al-Quran”,
Allah hu akbar…., seronak bila dapat memahami ayat Allah…
Berlumba lah dalam mencari Redho Allah..
Berlumbalah dalam merebuta “Tawaran” ke Syurga..

26. Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka Yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan.
(surah Al-Mutoffifin :26)

Seruan bersama :

                Jangan anda katakan.. , “Adakah aku harus menjauhi dan meninggalkan hobiku?”, ana katakana kepada kalian, “sesungguhnya waktu menghafal ini akan menjadi waktu pendek bagi kalian.” Lantas, apakah tidak patut jika tujuan KITA yang besar ini mengharuskan KITA untuk melepaskan sebentar sahaja apa yang yang telah biasa KITA lakukan?

Ayuh berfikir :
                Bukankah ketika kalian sedang menghadapi peperiksaan, kalian hampir melupakan tidur dan makan, hingga meninggalkan semua kesenangan dan perhatian kalian, tumpu sepenuhnya untuk mengulangkaji pelajaran? Mungkin juga, kadang-kadang, kalian sampai mengorbankan malam agar kalian dapat memanfaatkan setiap minit untuk mengulangkaji pelajaran. Sehingga akhirnya, kalian berhasil lulus dan meraih keputusan yang tinggi dalam peperiksaan tersebut.

                Jika demikian, adakah Ujian itu lebih penting daripada kedudukan kalian di hadapan Allah? Adakah kalian tidak ingin mendapatkan kedudukan yang tinggi di sisi Allah?

                Adakah kalian tidak ingin menjadi salah seorang yang akan di Tanya kepadanya, “Bacalah dan naiklah(menuju tingkat – tingkat Syurga)”.. sebagaimana sabda Rasulullah dalam hadithnya :

                “(Pada hari kiamat) akan dikatakan kepada ahli Al-Quran, ‘Bacalah dan naiklah(menuju tingkat – tingkat Syurga)! Bacalah dengan Tartil, sebagaimana engkau membacanya ketika di dunia! Kerana sesungguhnya tempat kedudukan mu berada pada akhir ayat yang engkau baca”

*InsyaAllah, andai berkesempatan, post akan datang saya akan berkongsi, pengalaman  kawan - kawan/ ibu / yang telah Berjaya bergelar Hafiz/hafizah…... Walau sesibuk mana, hidup kita sentiasa belajar dari kehidupan…masa semua makhluk sama, sehari 24 jam.
hebat dan enak rasanya, bila nama yang diberikan oleh mak dan ayah, “Hafiz/Hafizah”, kena dengan harapannya, mudah – mudahan menjadi Hafiz Al-Quran.

“Mudah – mudahan, denga usaha yang sedikit, tetapi kita Ikhlas dan tekad Azam yang tinggi untuk menghafal Al-Quran, kita terus selari diberikan Taufiq, Syafaat dan Rahmat.

Wallah hua’lam..