[Sekadar gambar hiasan]
Aku sebuah Kuda dakwah
Tanggal ZZ, bulan ZZ pada tahun ZZ merupakan tarikh yang
amat bermakna buatku! Dalam hidupku!. Pada hari yang penuh sejarah inilah,
seluruh kompenenku disatukan di sebuah kilang yang sangat masyhur di Shah Alam,
dan aku lahir pada tarikh keramat itu.
Kewujudan aku ke dunia ini membawa 1001 erti. Aku
dimaklumkan oleh rakan-rakanku yang turut sama diatur, beratur dan dijemur di
bawah terik matahari 30 darjah Celcius setiap hari itu, bahawa jasad kami sudah
dimiliki. Kami sudah ditempah sebelum dicantum pasang, dan bakal diserahkan dan
dihak milikkan tidak berapa lama lagi. Iye, aku ada Tuan dan pasti di cipta ada
tujuan! Mana mungkin untuk aku bersombong diri dan tidak peduli tujuan
penciptaan ku!
Oh ya, aku bakal dimiliki.
Aku tidak sabar-sabar ingin mendedikasikan hidupku, kepada
pemilikku yang telah memberikan penghidupan kepadaku. Hari demi hari, petugas
Proton mencuba pandu aku, dan tubuhku diperiksa bagi menjamin kepuasan
pemilikku kelak. Sungguh tidak sabar aku melihat senyuman terukir di bibir
keluarga yang bakal menjagaku itu.
...
Hari ini aku dipandu ke atas sebuah trak Transformas yang
sangat besar, aku berasa begitu teruja. Inilah kali pertama aku menaiki sebuah
trak. Dalam masa yang sama, aku berasa keliru, kenapa perlu aku sebagai sebuah
kenderaan, menaiki kenderaan. Namun, aku diingatkkan oleh sahabatku, yang
sedang menahan aku di belakang, bahawa cakap banyak pun tak guna. Ikut dan
dengar dan buat sahaja, kerana itu aku diciptakan manusia. Sebagai sebuah
'mesin', aku tidak patut banyak soal dan memberontak. Aku pun akur. Ya fikrah
itu, erk . . . cara fikirku perlu dibantu, iye aku masih baru. Untuk memahaminya, ia adalah satu proses.
Cuma yang perlu aku sedar dan hargai, aku telah dipilih berada atas gerabak dan
jalan ini, ada kepalanya yang memandu, dan aku dipandu supaya faham dan yakini
akan marotib amal ini. Ehem, saya mesin yang bertuan.
Cuaca begitu indah pada hari itu, dan perjalananku ke
selatan Johor terasa begitu sebentar. Dalam perjalanan yang indah itu, aku
melihat tar-tar jalan yang begitu cantik dan menghairahkan. Inilah dia
jalan-jalan yang bakal aku lalui. Inilah jalan yang sumpah panjang yang aku
bakal lalui dengan Izin-Nya.
Sampai di Johor tengah, aku dimandikan sekali lagi sementara
menunggu pemilikku. Pembasuh kereta itu sangat teliti dan cermat membasuh
setiap inci badanku. Aku berasa sangat bersedia menerima sentuhan pemilikku.
Aku sudah tidak sabar-sabar!!!
Oh... Itulah dia... Wow segaknya dia... Di sebelahnya ada seorang gadis yang
begitu gedik membelit lehernya... Tapi aku tidak peduli. Aku lihat kunci
diserahkan kepada pemilikku itu. Dan dia sedang berjalan menuju ke arahku,
sambil diiringi oleh pengurus kedai dan gadis gedik tadi... Untuk kali pertama,
aku bersuara untuknya ::: Tik Tot!
...
...
...
(10 tahun sudah berlalu)
Aku masih di kedai kereta-kereta terpakai. Badanku masih
segak, dan tubuh dalamanku masih bergetah lagi. Aku hairan kenapa Mr. D menjual
ku. Kata orang, kereta jarang digunakan lebih 5 tahun. Tetapi sepanjang
pengamatanku, Mr. D sangat menyanyangi aku. Setiap bulan aku diservis dan aku
sendiri tidak pernah buat hal. Ini pasti disebabkan oleh Si Fulanah, isterinya
yang gedik itu! Tidak sudah-sudah dimintanya kereta Ferarro Roshe, kuat sungguh
nafsu dunianya.
Aku tahu Mr. D sangat menyanyangi aku, tapi angkara
perempuan yang membutuhkan dunia itu, sudah 6 tahun aku terdampar di sini. Cis.
Aku sedang menghitung hari. Pemilik kedai terpakai ini pun
sudah berkali-kali menukar label hargaku. Aku juga sudah berkali-kali menghembuskan
nafas kecewa, setiap kali labelku ditukar. Sabarlah wahai diri, pasti ada
hikmahnya segala sesuatu ini. Itulah antara kata-kata yang aku baca di
bahu-bahu jalan. Dan ingatlah orang yang tersayang; Oh Mr. D, aku
sangat menrinduimu. Dan ingatlah dengan mengingati Allah, jiwa akan
menjadi tenang; ok, aku sudah kembali beriman.
Hari ini ada seorang lelaki membeliku dengan nilaian tunai.
Aku sungguh berdebar-debar. Kacakkah dia? Berhemah kah pemanduaan? Adakah aku
akan digunakan sebagai kenderaan yang ditunggangi dengan ikhtilat? Adakah
kusyen-kusyen ku akan dihingapi dengan bau rokok yang jelas memudaratkan ku
apatah lagi manusia Ohhoi Atau pernikahanan ini merupakan suatu pernikahan yang
aku tunggu-tunggu iaitu dihalakan pada dakwah? Ya kuda dakwah seperi impian
setiap alat itu di ciptakan!
Aku mengikhlaskan niatku dan bergerak mengikut kapasiti yang
diberikan. Minyakku tidak pernah dibiarkan kering. Cukup jarak yang ditetapkan,
minyak hitamku dan alatan-alatan lain kereta ku ditukar. Aku terasa sangat
bahagia. Radio dalamanku juga tidak sudah diislahkan kini. Jika dulu aku asyik
mengalunkan musik-musik yang melaghokan, yang tidak mententeramkan jiwa, suara-suara
pengacara yang tidak dibatasi, kini tidak sudah-sudah Al-Quran didendangkan.
Apabila mendengar radio, hanya Radio 91.5 dan saluran berita BERNAMA menjadi
pilihan. Kadang itu memasang MP3, menaikkan hammasah dan fikrah islam ku, Oh. .
. . Indahnya bibit ini, Tiada musik-musik sumbang menghiasi batinku.
Cuma kadang-kadang, aku tidak pasti salah siapa, tetapi
kadang-kadang IKIM terlanjur memutarkan lagu-lagu jiwang bertuhankan perempuan
tetapi bertopengkan nasyid. Aku pasti, IKIM tidak sengaja, mungkin DJ bertugas
tersilap pasang MP3 peribadi mereka. Al-Maklum, Radio islam pastinya akan
mendakwahkan manusia kepada Allah, bukan selainnya. Juga mengikut syariat
islam.
Ya, aku sudah terasa amat seronok, bahagia, aman, selesa dan
memang deboom sekarang. Terasa bahawa, inilah hidup yang aku cari-cari selama
ini! Inilah kehidupan yang aku tunggu-tunggu semenjak penciptaanku lagi, untuk
menginfakkan diriku sepenuhnya untuk islam!
Setiap hari aku dibawa oleh lelaki tersebut ke seluruh buana
ini. Ke seluruh negeri Kelantan, Kuala Lumpur dan kadang-kadang hingga ke Johor
untuk mengingatkan nostalgia ku dengan Mr. D dahulu, Cuma kenangan itu
membuatkan aku senyum dan terkadang sedih berseorangan, apabila mengimbau
kembali saat diri ku dalam jahiliyah dahulu, walaupun dijaga rapi enjin dan
dihias dengan polish dan wangian, hakikatnya ia sekadar kemanisan yang seketika
di dunia, jahiliyah itu sedapnya hanya sedikit masa sahaja. Muhasabah ini
membuatkan aku makin bersyukur bersama tuan ku yang baru.
Di dalam perjalannya, mulut lelaki tersebut terkumat –
kamit, tidak putus-putus mengikhlaskan niatnya, zikir tiada henti. Di kala
lain, sambil memandu, mulutnya bercakap seorang diri, berlatih menyampaikan apa
yang akan disampaikannya kelak.
Namun, hayat indahku yang penuh dengan perjalanan yang
bermakna ini tidak lama. Lelaki itu benar-benar tekad untuk melihat kemenangan
islam suatu hari nanti. Dengan penuh tekad, pada suatu hari, dia pergi ke Kuala
Lumpur dan menyerahkan kunci kereta kepada lelaki yang lain dengan katanya:
"Akhi, manfaatkanlah sepenuhnya kereta ini untuk tarbiyah
dan dakwah islam"
Beliau tambah lagi :
“Background kereta ini, 3 tahun sepenuhnya telah di-Infaqkan
diri untuk kerja islam, maka ana hanya akan serahkan pada mereka yang bercita
sedemikian. Ana harapkan, akhi terus menyambungkannya, kerana kereta ini haknya
adalah semata menjadi alat untuk mencapai matlamat tujuan hidup manusia akhi!”
Aku rasa sangggaaaat gembira. Hanya Allah yang tahu betapa
gembiranya aku apabila permintaanku tertunai. Aku kini bergelar Kuda Dakwah.
Inilah yang dicita-citakan oleh aku selama ini, untuk diinfaqkan, dan dileburkan
untuk kebajikan ummah. Kerana aku sedar, bahawa ummah ini dalam keperitan,
terutamanya ummah kereta, apabila dipandu oleh tangan-tangan manusia yang kufur
yang telah lupa tentang diri mereka sendiri. Satu demi satu rakan-rakanku mati
di jalan raya angkara mereka.
Ada beberapa gelaran diberikan kepada ku, ada yang menggelarku
Kenderaan Dakwah, KK dan nama-nama tokoh-tokoh lain yang membuatkan aku
kadang-kadang geli hati. Tapi aku tak kesah itu semua, yang penting aku dapat
berbakti untuk islam.
Bermulalah pengembaraanku. Siang dan malam aku bekerja
selepas itu. Tanpa henti. Subuhnya ke KLIA, kemudian LCCT,terkadang dijadikan
kusyen ku tempay ketidurannya, dan bonek sebagai rumahnya. siangnya berkejar-kejaran menghantar mutaraobbi
eh, buku di sini sana. Dan malamnya aku ke seluruh lembah Kelang. Kunciku penuh
dengan bakteria bertukar-tukar tangan. Masa rehatku sudah tamat. Jikalau
berehatpun, adalah untuk menunggu Dewan Bandaraya menyelitkan saman-saman
mereka di balik cermin depanku itu.
Kadang-kadang tangan-tangan perempuan yang memanduku. Yang cermat ada, yang
tidak cermat tidak ku kira. Dan kadang-kadang tangan-tangan lelaki yang
mengenggam stereng dan kotak gearku. Ada yang peduli kehadiran lubang di jalan
raya, namun ada yang menganggap lubang itu penting untuk
membetul alignment kereta yang sudah lari sepenuhnya. Yang lain-lain
lebih rela mengucapkan takbir (Allahuakbar!!!) untuk menunjukkan dirinya
bertakwa setiap kali lubang di jalan raya dijamah.
Seorang demi seorang penumpang turun dan naik umpama bas
mini awam. Kadang-kadang seorang yang menjadi beban, dan tidak kurang ada yang
cuba muat hingga betul-betul tak muat, barulah dihentikan cubaan menambah
bebanku ini. Pernah ketika, aku melihat tuan ku ingin bergegas untuk ke conferens riang-ria, tapi aku dahaga, seperti biasa dan kebiasaan minyak hampir kosong kerana tangan-tangan yang menggunakan sebelum tuanku, aku akan menyalakan lampu seperti biasa. Tuan ku membelek dompetnya, juga mencari sesuatu pada poket - poket dashbox ku sesuatu. Ya wang. Akhirnya tuan ku dengan seyum pergi ke cashier dengan membayar hanya RM2 untuk menampung makanan ruji harian ku (minyak). sayuuuu. Aku mengerti, mereka yang meminjam jasad ku barangkali terlampau sibuk sehingga tidak sempat untuk mengisi, iyelah kan, tanggungjawab terlalu banyak berbanding masa yang ada.
Iya, aku dapat memberi tahu apabila minyak ku makin kosong dengan menyalakan lampu. Tapi malangnya, aku tidak mampu beritahu mereka bahawa tayarku kurang
angin, atau minyak hitamku sudah kering, atau aku dah lama tak berbasuh, atau
aku kemek di hadapan, atau air wiper sudah kering,
atau wiper sendiri sudah kering dan bakal mencalarkan cermin, atau
catku sedikit tertanggal dan bila-bila masa akan berkarat, atau macam-macam
lagi ciri-ciri kereta tidak sempurna yang tidak mampu aku zahirkan, kecuali
menerusi penulisan rambang di dalam blog ini.
Aku tak peduli itu semua. Inilah parut-parut yang aku ada,
yang akan aku tunjukkan kepada Allah kelak, bahawa aku sudah berkhidmat untuk
agamu. Biarlah mereka mampu mengislah aku sebenarnya, tapi aku tahu mereka
terlalu sibuk untuk menservisku.
Tabungan untuk menservisku sendiri pun sudah penuh hinggakan
mampu membeli kereta baru. Maka biarlah aku mati dalam keadaan aku berbakti
sebegini. Aku lebih rela berakhir riwayatku, walau dapat hodoh rupa tapi amal
berjela-jela.
"Sesiapa yang mencontohkan perbuatan yang baik, akan
mendapat pahala dan pahala orang yang mengikutinya, sehingga hari Qiamat"
~~*~~
Cerita ini adalah sebuah dongeng rekaan. Tidak ada kena
mengena dengan kereta apa sekalipun (gambar adalah hiasan yang tidak menghias)
juga tidak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun yang masih
mati.
Tetapi suka dimaklumkan. Jika ada yang berminat ingin memotong cetak mana-mana karya penulis yang hina
ini, segeralah berbuat demikian, tidak perlu minta izin dan tidak perlu
sertakan nama atau link penulis. Ikhlaskan diri anda. Dan jangan lupa baca
basmalah (bagi yang beriman).