Alhamdulillah thummal hamdulillh.
Sedikit kisah manusiawi, didik hati, Iman dan...
Kisah Sang Zauj ada masanya di down, Si Zaujah
Sentiasa Beri Semangat dan meng-“hidup”kan jalan kehidupan ini..,
Tiba-tiba berlinang air mata sehingga pecah juga tembok
kelopak, basah pipi teringat nikmat Allah. Semasa sang Zauj diuji dengan sedikit
kesusahan, di rasai dadanya sempit... Air mata sang Zauj mengalir, mencari duit
nak beli sesuap nasi untuk makan bersama tengah hari, kerana si Zaujahnya baru
berhenti kerja, dia pula di hentikan kerana syarikatnya terpaksa tutup kerana rugi,
kata Bos lah... Namun, si Zaujah kata, :
“Takper abang. Abangkan selalu pesan, kitakan ada Allah.
Allah tak pernah biar atau tinggalkan kita. Teruskan usaha dan minta pada
Allah. Allah akan buka jalan dari punca yang tak disangka..”.
Ah ini kata – kata dia masa kami taaruf dulu... Jzkk zaujati atas ingatan mind setting ini.
Ah ini kata – kata dia masa kami taaruf dulu... Jzkk zaujati atas ingatan mind setting ini.
_____________________
Pernah balik dari satu tempat singgah sebuah kedai makan,
niatnya untuk menggembirakan si Zaujah. Tapi, Bila masuk buka-buka menu
harganya kami tak mampu. Terus pegang tangan si zaujah dan terus keluar dengan
segan-segan. Si Zaujah masuk kereta doa, :
“Ya Allah ya Rahman takper kami tak mampu nak makan di sini. Tapi ya Allah jadikanlah kesusahan ini asbab hidayah buat orang yang kami sayang. Serta berilah kami dapat makan bersama Nabi saw yang kami cintai dalam syurga..”.
Ah... Zaujah ku terus menggembirakan ku.
_____________________
Pernah kami hari raya aidil fitri tak pergi ke mana-mana
melainkan pergi rumah dekat-dekat sebab tiada duit nak isi minyak. Ada duit
sikit kira-kira beri ibubapa dan ibubapa mertua sahaja. Tapi isteri saya senyum
sahaja dan kata :
“Abang bekerja keras dan rajin. Allah tak tengok
hasil. Tapi Allah tengok usaha. Allah suka orang yang berusaha…”.
Ah kenapa selsema nih, came on lah..
Ah kenapa selsema nih, came on lah..
Pernah bawa anak-anak pergi ke tempat permainan. Tengok-tengok tempat main
mahal mahal pula nak bayar. Kira - kira duit tak cukup. Tempat makan pun mahal.
Si Zaujah kata pada si anak yang namanya A'yashh, :
“Ummi bawa pergi sini sebab nak tunjuk dalam syurga nanti boleh main lebih dari yang ini. Hari ini kita try satu sahaja yer permainan ini. Nanti sambung dalam syurga yer”,
Anak kami: “Nanti kita main dalam syurga yer ummi..ayah, umi sama-sama main yer”.
Air mata Sang Zauj yang control macho ini meleleh..
_____________________
Pernah sekali naik motor. Sang Zauj tiada lesen lagi tiada
duit nak ambil lesen pun. Kena tahan JPJ. Polis suruh tinggalkan motor kerana
tiada lesen. Katanya boleh balik kampung naik bas. Naik taxi dari sini ke
stesen bas. Sang Zauj jawab dengan sedih, “maafkan saya encik, semua duit saya dah
dalam tank motor.” Dia biarkan si
Zauj lama di situ. Setelah 2 jam kerana dia tengok sang Zauj duduk sahaja di
situ. Dia bagi motor dan suruh sang Zauj balik walaupun kena saman. Si Zaujah
kata :
“takper abang. Semua pengalaman ini mengajar kit erti kehidupan.
Supaya kita belajar sayang orang susah. Suka tolong orang kalau mereka susah.
Pandang semua orang dengan sayang.”
.... Allah berapa banyak nikmat Aku mengukuri ini!!
.... Allah berapa banyak nikmat Aku mengukuri ini!!
_____________________
Dan pernah juga, Sang zauj di didik secara lembut oleh si Zaujah
di sebuah kedai makan, Tatkala sedang makan, datang seorang anak kecil yang
meminta sedikit wang, tanpa sempat sang Zauj ingin bertanya pada si adik
tersebut (selalu itulah yang di buat terlebih dahulu masa zaman
bujangnya), terus si Zauj menghulurkan duit dan memberi kata nasihat
dan semangat kepada si adik kecil tersebut, adik itu tersenyum dan kelihatan
gembira pergi.., Si Zaujah terus memposisikan memandang wajah Sang Zauj, sambil
berkata :
“Takpe abang rezeki Allah beri, kita sedang berrkongsi perasaan gembira kita dapat makan, dan adik itu gembira Allah beri rezeki sedikit padanya melalui perantaraan kita, kalau pun kita ada terfikir dia sendiket ke apa, sekurangnya kita sedang membantu untuk dia mencukupkan duit untuk di jawab pada bos sendiketnya”.
Itulah Si Zaujah yang sentiasa menyentuh Qalb Zaujnya. Cewah.
_____________________
Dan Lagi, didikan ruhi yang di buat oleh Zaujah ku, ketika
mana di awal pagi, dia bangun seorang diri merintih pada Allah ketika aku
sedang masih tidur... dia terus membaca Al-Quran menghidupkan Bait keluarga
itu, usai Si Zaujah Tahajjud, di kejutnya sang Zaujah yang sedikit sussah untuk
bangun pagi, mungkin masa Individu muslim dulu, Liat sangat . . takde mutabaah
amal yang kerap part qiamkot, dan si zaujah berkata dengan lembut, :
“Abang. . . sayang nak abang juga tahujjud bersama sayang di surga, jadi abang mulalah mujahadah qiammulail dari sekarang ye...”, terus sang Zauj terbeliak, tahi mata jahiliyah terus gugur dari mata dan malam itu mereka sama – sama hanyut melayari qiam yang menghidupkan, segar, basah,menginsafkan....
Ah... gembiranya, Moga perasaan ini, di buahkan oleh kita bersama dengan Amal yang istiqamah..
_____________________
Pernah Si Zauj berterus terang pernah down, kerana
lemah semangat. Si Zaujah memeluk ayu dan kata, :
“saya niqah dengan abang kerana saya sayang
abang kerana Allah. Saya cuma ingin abang bawa saya masuk syurga. Sebenarnya
kita kaya. Kita ada tangan dan kaki. Ribu orang diuji tiada tangan dan kaki.
Ribuan orang diuji dengan pekak bisu. Ribuan orang diuji dengan buta.
Membesarkan anak tanpa melihat wajah anak. Ribuan orang kayuh basikal dengan
tangan kerana tiada kaki untuk sara keluargam Ribuan orang miskin minta sedekah
dengan bawa jasad ahli keluarga yang nazak ditepi jalan. Kita terlalu kaya
kerana memiliki semuanya sempurna. Cuma kurang sikit makan. Kurang sempurna
pakaian. Adakah kita nak mengeluh abang? Dan Paling berharga dia beri kita
Islam… itulah segalanya... dan lagi satu... Nikmat Tarbiyah dan Dakwah yang
kita ada, abang... yang ramai selepas BM, hilang dan tidak di sentuh pun ada
abang... kuat ye abang”
_____________________
Terima kasih Allah yang telah beri segalanya buat kita. Atas nikmat BM atas
jalan TnD ini...
Ya Allah terima kasih atas seluruh hidup kami dan segala-gala
nikmat dan mengeluarkan diri kami dari kesempitan hidup.
Seluruh hidup dan mati kimi untukMu Tuhan kami.
Yang tak pernah berhenti memberi nikmat dan buat baik pada kami.
Ya Allah, maafkanlah diri kami yang teramat hina dan berdosa ini.
Kisah orang yang telah di tacap, tambah pengalaman ckit dan ada kaitan juga dengan si penulis ketika ni. huuu
___________________________
*Ini belum masuk kisah BM, Yang amal TnD yang meng"gila",
Bukan Aku tidak mahu nukilkan kisah TnD para Ikhwah dan Akhwat yang telah BM, nantikan . . . teng tak den deng, din ke tak din deng . . . . akan ada lepas ini, cuma kali ini kisahnya adalah part manusiawi
Nota kamus:
“Wahai
orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka
yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan
dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak
menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan
mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”.
[66 :
6]
Kisah orang yang telah di tacap, tambah pengalaman ckit dan ada kaitan juga dengan si penulis ketika ni. huuu
___________________________
*Ini belum masuk kisah BM, Yang amal TnD yang meng"gila",
Bukan Aku tidak mahu nukilkan kisah TnD para Ikhwah dan Akhwat yang telah BM, nantikan . . . teng tak den deng, din ke tak din deng . . . . akan ada lepas ini, cuma kali ini kisahnya adalah part manusiawi
Nota kamus:
Zaujah : Isteri
Zauj : suami
Zauj : suami
*Blog ini, di selia oleh team "muhasabahwaktu.blogspot.com", doakan setiap minggu akan istiqamah ada kisah manusiawi, sentuhan, tadabbur TnD untuk tatapan buat ikhwah dan akhwat kerana Allah,
No comments:
Post a Comment