Hebat betul tarbiyah dimediakan.
Lagi hebat daripada tarbiyah diwariskan.
Manusia tidak suka buat kerja susah.
Jika di beri pilihan
sesuatu kerja, ia akan memilih yang paling mudah walaupun yang mudah itu tidak
menjamin kejayaan. Tak sanggup berkorban untuk kerja yang susah walaupun susah
itu menjamin keberhasilan.
Kaitan dengan kerja pembaikian ummah yang tengah tenat ini.
Tak ramai yang sanggup susah untuk turun mendakwahi manusia rosak dan
mentarbiyahnya tapi ramai yang sanggup memuat status jihad di media sosial,
share masalah ummah dan sebagainya.
Kita semua tahu bahawa junjungan nabi kita melalui
kehidupan yang sangat sukar dalam
menegakkan Ad-Deen. Hingga sampai islam itu ke tanah melayu, kita meraisai
nikmatnya.
Namun, apabila lihat amal kita... Allah Allah. Jauhnya kita dengan
Rasulullah dan Para sahabat
No comments:
Post a Comment