-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Friday, December 26, 2014

Bedah : Banjir



Ah . . . . .

Aku rasa useless sebab tak dapat tolong banyak mangsa-mangsa banjir ni.

Padahal kawan-kawan, ikhwah akhwat, keluarga ku sendiri sedang susah kat sana...

Kalau lah, dengan banjir kita rasa cukup hiba, sedey, update selalu keadaan, bertanya khabar, risau bersangatan, sesak memikirkan situasi keluarga...

Begitulah sepatutnya perasaan yang lebih lagi apabila kita lihat umat sedang sakit tenat.. ye, sakit tenat yang lebih parah dari banjir,  Masalah ummat yang membarah dan mungkin menjadi punca kepada berlakunya banjir atas azab daripada Allah.

Betapa tak logiknya, dan susah diterima akal. . . Apabila keluarga sedang susah banjir, kita di IPT tak ambil tahu dan tak buat sesuatu . . sebab apa?

Sebab dengan selesanya kita di dewan kuliah!

Sebab siapa mangsa banjir tu dengan Aku!

Sebab Aku dengan exam ni lagi penting!

Sebab Aku tak kena apa - apa la!

"Sudah merasa amankah kamu, bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat kamu di telan bumi ketika tiba - tiba ia terguncang"
[67:16]

Allah bagi sirent maut ini!!

Bukan, apabila kita tidak menghadapi, kita rasa selesa, tapi yang sepatutnya kita beriman dan perlu sedar, segala hint / tanda - tanda yang Allah datangkan, Adalah untuk bangkitkan kita! Bangunkan kita dari lena!

Lagi susah untuk kita terima, ikhwah yang masih dok tercongok depan meja dok risau tak tentu pasal, pasal exam die, pasal kerjaya dia, pasal kahwin dengan siapa, pasal masalah peribadi dia. . . padahal kawan-kawan, masyarakt, umat ini tengah hadapi mende lagi besar daripada banjir !!

Nah, jika tanya kemanusian pada hal ummat ini, Mana kemanusiaan kita?!! Mana Syahadatil Al-Haq kita !



p/s : Terus berdoa dan berdoa, ketika dalam musafir anda, dalam keadaan hujan, ketika sakit, kerana ia mustajab,tiada hijab,  dan sangat hampir dengan diperkenankan.


Naruto juga pernah Futur, Tapi..



Si Daie Futur

Ada masa, si daie yang tak pernah mengaku kalah seperti naruto akhirnya FUTUR.

Penyakit yang datang itu tidak diundang.

Ada masa, si daie yang selalu memberi peringatan dan tazkirah akhirnya teruji dengan kata-katanya sendiri.

Ya. Mungkin inilah masa kegelapannya.

Semua serba tak kena.

Qiamullail sudah.

Tilawah sudah.

Segala macam taklifat tarbiah dibuatnya.


Tapi masih, 'rasa' itu tidak hadir seperti biasa.

Daie, apa ini masa futurmu..? Mata ditutup kejap.


Kenapa segalanya tiada rasa. Tiada kemanisan. Kaku. Seperti robot.

Dia lalu mencapai buku. Baca. Belek. Kosong.

Masalah-masalah ummat yang tak pernah berhenti.

Masalah-masalah pejuang Islam yang tak pernah lekang.

Jalan-jalan juang yang sangat tawar. 

Hadaf dan matlamat perjuangan yang terlalu besar dan berat.


Ah.. sudahhhh.

Semakin serabut.

Mencari ketenangan.

Lalu apa yang dia lakukan?

Mencari 'ketenangan'.

____________________________

"Murabbi, ana sudah tiada hati di jalan ini..". Dihantar ke peti wasap murabbinya, kakashi.

Dibaca.

Beberapa minit berlalu. Tiada respon.

Dia lalu menghantar mesej pada kawan seangkatannya, satsuke.

"Sahabat, aku ingin berhenti. Aku ingin mufaraqah."

Dihantar.

Dua tick biru muncul. Dibaca.

Lalu sang Naruto menghempaskan badannya ke tilam . Berselerak segala buku haraki. Buku dakwah . Buku tarbiah.

Kenapa cinta itu semakin tawar. Bahkan tiada rasa.

Aku ingin bebas dari semua ini. Sudahlah.. manusia sekelilingku hanya membuatku sesak dada. Fikir tentang mereka. Diriku terabai. Sibuk bergerak kerja, diriku yang ketinggalan. Sibuk berdakwah tarbiah, diriku terbengkalai.

Kenapa manusia lain hidup tenang, tak perlu fikir perkara-perkara berat? Tapi kenapa aku dipaksa melakukan semua ini? Padahal hasilnya langsung aku tak nampak..

__________________________________

Tiba-tiba mesej masuk.

Kakashi : Ni kata-kata dari siapa?

Naruto : Dari ana sendiri.

Kakashi : Maksudnya?

Naruto : Ana nak berhenti .. rasa lost. Tiada hati lagi.


Kakashi : ok. Buatlah apa yang enta suka. :)

Naruto is Typing...

Tak jadi.

Naruto is Typing...

Tak jadi.

Buntu. Begitu mudah jawapan murabbinya. Buat dia rasa lain macam.

Naruto : Kenapa cakap macam tu? Kenapa tak nak ingatkan ana? Kenapa tak herdik ana? Kenapa tak nak tarik ana?

Kakashi : sebab ana rasa tak perlu.

Naruto tersentak.

Memang dia tengah futur. Tapi jawapan itu bukan sebaiknya diberikan oleh seorang murabbi kepada anak didiknya. Tidak sepatutnya. Murabbi orang lain pasti akan bersungguh-sungguh menarik semula anak didik mereka. Bukan Kakashi tak kenal dia. Bahkan terlebih kenal. Tahu masa silamnya. Tahu betapa jahatnya dia. Tahu dia sangat perlukan tarbiah. Tapi kenapa hanya itu yang dibalasnya? Seolah-olah dia itu tidak dihargai..

____________________________

Naruto : Bukankah tugas seorang murabbi itu untuk mengajar? Memberi tunjuk ajar.

Kakashi : Ya, memang tugas seorang murabbi itu memberri tunjuk ajar pada mutarabbinya, sesuai dengan caranya. Naruto, enta bukan baru sehari mengenal tarbiah. Enta bukan sehari rasa sepak terajang mehnah-mehnah yang menyakitkan. Bahkan bukan baru sehari enta memulas tenaga atas jalan ini.  Dan ana bukan baru sehari kenal enta.

Naruto senyap. Terdiam.

Kakashi : Enta kata takde hati. Nak berhenti. Silakan. Ana takkan halang. Enta budak tarbiah. Ana bercakap sesuai dengan posisi enta. Sesuai dengan siapa enta. Ana bukan berkata pada seorang yang tak faham. Jadi, buatlah apa yang enta mahu. Ana takkan halang. Enta dah besar, pandai fikir.

Sentap di situ.

Dia lalu men-delete akaun wasapnya. Remove dan left semua Group berkaitan dakwah tarbiah. Biar. Dia ingin kan masa.

_______________________

Dia mengambil kunci motornya. Memakai topi keledar dan menunggang terus ke jalanan. Angin malam tidak menenangkannya langsung. Dia pun mengambil ruang dan peluang ini untuk menyertai budak-budak jalanan melepak .

Mereka gelak.

Dia gelak.

Mereka mengutuk.

Dia mengutuk.

Mereka lumba motor.

Dia ikut lumba.


Lalu dia berhenti. Masih tiada ketenangan.

. . . . . . . .

Dia lalu mebawa diri. 

Menyertai golongan-golongan yang menghabiskan malam-malamnya di gelanggang bola.

Mereka menggelecek.

Dia menggelecek.

Mereka bersorak.

Dia bersorak.

Mereka gol kan bola.

Dia turut menggolkan.


Masih, tiada tenang.

. . . . . . . . . .

Padahal masa itu dia sudah tidak disibukkan dengan penderitaan umat.


Dia bungkam.

Lalu meluncur dengan motosikalnya ke masjid.


Jauh dia termenung di birai masjid.

Bahunya terasa ditepuk.


Satsuke tersenyum sambil duduk di belakangnya.

"Seorang?"

Dah terang tang tang aku seorang. Takkan berlima kut. Desasnya dalam hati.

" Apa kes ni? Tetiba mesej aku. Kata nak mufaraqah bagai..Left semua group.."

"Aku nak mufaraqah pun, bukan kau kesah.. "

"Bukan aku tak kesah, kawan.. aku cuma bagi kau masa.."

Naruto senyap.

Angin malam meniup sepoi-sepoi. Peluhnya kian mengering.


". . . .Dan siapa aku untuk menghalang."

Naruto memandang Satsuke.

Ayat yang sama. Hampir sama dengan Kakashi. Adakah memang mereka berlepas diri dariku?

"Aku tak pernah rasa down macam ni. Dengan perangai pejuang-pejuang ninja yang longlai. Masalah macam-macam. Aku tak mampu nak teruskan segerabak dengan mereka.

Aku penat melihat masalah-masalah penduduk konoha yang macam-macam. Tak pernah setel. Apa taknya, daie pun banyak konflik, nak harap mad'u baik, memang tak la.

Matlamat perjuangan kita terlalu jauh. Susah nak capai. Macam-macam arahan dan perkara yang perlu kita wala' dan patuh pada Hokage pada sensei, padahal kita tak memahami, padahal kita tak rasa pun perkara tu betul. . ..

Aku penat dengan semua ni.Orang benci, orang kutuk, orang maki, orang hina, orang salah faham .. orang nak tentang.

Aku rasa jalan juang kita ada something wrong. Ada lompang. Ada lubang ."

Naruto mengeluh. Mengadu.

Satsuke tersenyum.

____________________________

"Dan aku tak pernah lihat Naruto seteruk ini.

Persoalan pertama, berkaitan nak berhenti di jalan ini, aku nak kau buka semula ayat yang kita pernah hafal sama-sama dulu masa latihan peemilihan ninja. Masa kita masih bergaduh tak matang antara satu sama lain. Masa kau semangat sangat nak kalahkan aku untuk jadi yang terbaik.

Ayat 54, Surah al-Ma'idah.

"wahai orang yang beriman! Barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintaiNya, yang bersikap lemah-lembut terhadap orang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang kafir, yang berjihad di jalan ALLAH, dan yang tidak takut pada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah kepada sesuapa yang dikehendakiNya. Dan sesuangguhnya Allah maha Luas lagi maha mengetahui".

Persoalan kedua, kau nampak banyak masalah dari para ninja yang lain, tapi at least diorang tidak terus meninggalkan jalan ini. At least diorang masih berusaha memperbaiki kelompangan yang ada. At least mereka tidak lari dari masalah.

Sepatutnya, bila kita nampak kelompangan, seharusnya kita perbaiki, bukan makin menambah masalah. Lari dari perjuangan bukan penyelesaian. Bahkan kalau semua ninja yang bajet bagus , nak lari dari budak-budak ninja yang diorang anggap masalah, sebenarnya merekalah yang membantut perjuangan. Merekalah yang patut dipersalahkan. Sebab cetek sangat cara berfikir. Ni aku tak cakap kau tau, ninja yang kat afrika tu.


Persoalan ketiga, masalah-masalah kampung konoha yang tak pernah setel. Aku nak tanya, kalau masalah dah setel, kita ni takde takpe. Tapi sebab ada masalah lah kita ni perlu bergerak. Lagipun, masalah-masalah yang datang tu sebenarnya satu tukul besi yang akan ketuk kita bila kita jauh dari Allah, itu baru sembang konoha, belum sembang masalah ummat kat tempat lain.

Sebab itu juga kita diciptakan, untuk menjadi khalifah di muka bumi yang masa kita dapat daurah SH dulu. Kalau takde masalah, nak makmurkan apa lagi?

Persoalan keempat, matlamat perjuangan yang terlalu jauh. Yang ni persoalan yang aku suka. Kau buka semula surath at-Taubah, buka sekarang. . . . mana Al-Quran? buka sekang!

Ayat 42,

"kalaulah apa yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "jikalau kami sanggup, tentulah kami berangkat bersama-samamu," Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar berdusta."

Normal lah jalan juang yang dibenci, ditentang.

Lagi satu, last.. aku ingat sensei kakashi pernah kata..

" kalau jalan juang yang kau tempuhi tiada mehnah, maka periksa semula jalan juang itu, takut-takut ada something wrong padanya"


Nak katanya, bukan ada masalah tu something wrong, tapi bila takde masalah, bila jalan juang macam tengah baring-baring atas tilam empuk dan berjalan atas karpet merah tu yang something wrong.

Aku harap menjawab."

Satsuke menyapa dengan senyuman. . . dan membukakan lembaran Al-Quran,

"Aku tahu, bila kau futur, kau suka baca surah at-Taubah. . . Nah. ."

Naruto menyambut Quran terjemahan itu.

"Gi ambik wudhuk, solat sunat..hajat, taubat, istikharah.."

Satsuke berdiri.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Naruto pantas memegang tangan Satsuke.

Dia berdiri, dan terus memeluk Satsuke.


"Sahabat, terima kasih.." Air matanya gugur. Deras. Meleleh hingus.

Satsuke tersenyum. Dia lalu berbisik ke telinga sahabatnya itu.

"Jangan biarkan aku berlari ke Syurga Tanpa Saingan. . Nanti jalan Syurga ku akan membosankan tanpa teman nakal seperti kau."

Naruto tersenyum.

Jangan risau, aku akan usaha, sampai Allah mencintaiku.."

" Aku tahu.. kau bukan seorang pengalah.. dan aku juga bukan salah seorang dari golongan itu.." Satsuke mencebik.

Mereka tergelak. Suka.

Naruto sedar. Itulah kekosongan yang dia perlukan. Sebuah ukhuwah fillah yang menggugah.

Dari jauh, Kakashi melihat gelagat dua anak muridnya. Alhamdulillah, Allah telah selamatkan seorang pejuang.

Kakashi tahu, Futur perkara biasa bagi seorang ninja. Bahkan dia juga pernah melaluinya, tapi untuk membiarkan mutarabbi kesayangannya terus jatuh, bukanlah sifat seorang murabbi. Dia dan Satsuke telah merancang untuk mengekori Naruto ke tepi jalanan, ke ruang gelanggang.

Dan akhirnya ke surau.


Seorang budak tarbiah yang sejati, tidak mampu dipisahkan dengan fitrahnya Bertuhan.

Senyum.


Saturday, December 20, 2014

Akh Itu Mneyentuh Qalb Akhnya 64#



Akh A : Akhi, jom ana belanja makan?

Akh B : Eh, takpe la, baik belanja untuk madu' anta. .

Akh A : Jom la, lama tak pekena KFC, sekali sekala jom kita rasa dunya sikit

Akh B : Lama sangat ana tak rasa KFC, Last ana ingat belanja madu' ana sem lepas, hatta sejak ana BM tak pernah bawa Zaujah ana makan KFC, walaupun dia mutarobbi dalam keluarga ana. Mewah sangat tu akhi, apa anta nak cakap di hadapan Allah, sedangkan anta tahu ramai ikhwah yang sedang berlapar dan ada puasa Nabi Daud lagi, ada yang setiap hari makan telur dan kicap je, kerana tak cukup duit, anta pula nak bermewah? Infaqlah pada ikhwah kita yang lebih memerlukan. . .

______________________________

Akh A : Baru BM
Akh B : Bakal BM

Tuesday, December 16, 2014

Palestin beribu langkah sudah ke hadapan, apa alasan kau?





Latest video baru diterima dari saudara di Palestin...

Apa lagi alasan aku dan kau??

--------------------------------------------

Hanya meraka yang sudah melihat video ini dan memahmi dengan mata hati akan berkata "apa lagi alasan aku!!"

Woi anda! Ye anda yang sedang membaca ini,

Cukup cukuplah bermanja,
Mereka di palestin, "menggila" dengan amal jauh ke hadapan kerana bangkit dari manja tahun 1949, ketika hammas mula di tubuhkan.

Cukup cukuplah beralasan,
Mereka, team Bridge Al-Qassam siap ada team komando laut lagi, jika ikut logak akal, mustahil untuk mereka membina rijal kerana mereka boleh beralasan CCTV israel akan ditect segala latihan mereka, tapi mereka jadikan syahid itu dihadapan jika kem latihan di Bom... ye cuma kita yang sebenarnya mencipta alasan untuk tidak mahu memaksa diri memtarbiyah diri.

Cukup cukuplah tido lama,
Mereka bangkit seawal sebelum subuh, dikatakan jika tiada qiam, tidak mungkin jadi team hammas, apatah lagi nak jadi team komando laut.... memang fail lah! Bila kali terakhir anda qiam dalam minggu ni?

Cukup cukuplah bagi alsan dunya,
Mereka mengejar akhirat terus akhi ukhti, kau masih kata sibik dengan assigmnt, anak bini, keluarga sepupu kahwin lah, memikirkan kerjaya, jika itulah alasan mereka, nescaya hammas akan terus ke belakang... jika di kau terus beri alasan, mutarobbi di kau juga akan cipta alasan yang sama. Percayalah!

Cukup cukuplah asyik masalah jahiliyah peribadi,
Mereka tiada masa nak fikir hal peribadi kerana di hadapan mereka hal ummah, mereka bercita besar memenangkan tanah muka bumi islam, kita hanya fikir memenangkan hal diri sendiri. Woi!!!!

Cukup cukuplah buat teori sendiri,
Mereka beramal seiring dengan fikrahnya, fikrah itu hidup dari murobbinya sehingga generasi berikutnya, kenapa tarbiyah kita tidak bergitu? kenapa murobbi kita gila-gila beramal, tapi kita beralasan? mungkin kerana fikrah itu belum hidup sebati dan kerana beli buku fikrah tak pernah habis... pfft. Akh itu akan mengutamakan kerja daripada berbicara (Fiqh Dakwah, mustafa mashyur, m/s 25)

Cukup cukuplah jadi madu',
Mereka faham medan bercakap dan medan beramal jauh.. jauh sekali berbeza, kita pula ramai yang memilih dakwah di blog, FB, Whatsapp, flashmop, buat video dan jaga gerai palestin, Bila offer jadi murobbi/ah tangguh dan menolak, kerana takut nak jadi qudwah, risau nak mentarbiyah orang!!, kalau alasan itu, jangan sembang nak kahwin, kerana BM itu adalah sekecil medan murobbi untuk anda...

Cukup cukuplah mengadu pada manusia,
Mereka meletakkan kebergantungan total pada Allah, lagi sekali ikut logik,boleh sahaja palestin itu lenyap jika di campak TnT, tapi Allah pelihara dan memenagkan bumi palestin kerana mereka menghidupkan Allah dalam Hati mereka, TnD mereka Hidup dalam jiwa semua pemuda mereka.

Cukup cukuplah mengambil yang senang,
Anda lihat!! semua sunnah mereka telah ambil, sunnah berenang, mereka siap ada team laut lagi, ikhwah akhwat kita, ada yang sampai sekrang tak pandai bereang lagi!! pfft,

Mereka siap kuasai sunnah bergusti lagi, kita nak datang usrah pun tidak ontime, nak join wasail tarbiyh yang lain seperti mukhayyam punya lah berat.pfft.

Mereka kuasai sunnah memanah lagi/ senjata/ peluru /  alat perang, mereka mahir walaupun susah nak dapatinya, ikhwah akhwat pulak, akademik asyik cukup makan, siap bagi alasan, "cukuplah lulus ala kadar". pfft. ikhwah sepatutnya dean List, TnD apatah lagi!!

Mereka siap mahir menunggang kuda lagi, sunnah habis mereka balun, kita, bawak kete manual pun tak boleh, akhwat kalau tak pandai bawa motor peliklah, lebih mudah dari mununggang kuda,tapi kalau ikhwah tak boleh bawa motor, "memang starlight atas dahi baginya".

Dan ketahuilah, semua sunnah mereka telah ke depan, dan sunnah yang terbesar iaitu "dakwah", telah jauh mereka tinggalkan kita, mereka telah beramal sebelum Bridge Al-Qassam wujud lagi, mereka telah menjadi qudwah kata-kata, perbuatan dan impian pada anak-anak mereka sejak kecil lagi, kita??

Cukup cukuplah... saya tak tahu nak cakap apa lagi di hadapan Allah, cukuplah video itu membuatkan aku dan "anda malu", mereka (palestin), gila - gila beramal, itu (hasilkan video) kerja part time mereka buat... kita full time pula pilih yang mudah??

Cukup cukup lah woi!!

p/s : seriously, aku tak senang sekarang, tidak rela menutup mata, kerana sunggguh malu all out saudara ku di sana, mereka ada hujjah d hadapan Allah, kita pula banyak memilih yang senang dan cari dan cari alasan!! tunggulah di hari muka nak beri alasan apa kelak!!

Thursday, December 11, 2014

Bedah : Tarbiyyah Itu bukan tak payah, tapi butuhkan “Petrol”






Tarbiyyah Itu bukan tak payah, tapi “Petrol”

Ohoiii. Kenderaan bermotor dan bahan api tak dapat dipisahkan. Ada kenderaan bermotor menggunakan petrol, ada yang guna benzene, ada yang guna kerosene, ada juga yang guna NGV, dan kini, Kenderaan hybrid terbaru menggunakan hydrogen sebagai bahan api. Bagi kereta biasa di Malaysia, bahan api yang popular adalah petrol tanpa plumbum RON 95. Walau apa pun bahan api yang digunakan, yang penting, ia diperlukan untuk menghidupkan enjin seterusnya menggerakkan kereta.

Jom kita bedah daripada kisah kereta Myvi QTF dan minyak petrol tanpa plumbum RON 95.

Untuk menghasilkan pembakaran dan menggerakkan piston dalam enjin, petrol perlu masuk ke dalam enjin terlebih dulu. Bekalan petrol yang mencukupi untuk enjin sangat di butuhkan. Maka, untuk setiap perjalanan, tangki petrol perlu sentiasa di isi.

Dalam sebuah perjalanan, kereta Myvi akan bergerak selagi mana petrol cukup. Sekiranya petrol kering dan tidak diisi, enjin kereta Myvi tak dapat meneruskan kerja lantas membantutkan perjalanan. Jika pedal minyak ditekan walaupun petrol telah kering, enjin akan terus mati. Setelah enjin mati, ia tak dapat dihidupkan terus setelah mengisi petrol ke dalam tangki. Ia tidak semudah memulas punat kunci. Sedikit isipadu petrol perlu di masukkan ke dalam enjin. Kerja ini agak susah dan leceh untuk dilakukan.

Sebab itu lah, isipadu minyak perlu sentiasa berkadar langsung dengan sejauh mana kilometer perjalanan. Lebih jauh dan laju kereta Myvi memecut, lebih banyak petrol yang diperlukan. Bekalan perlu sentiasa cukup. Andai bekalan petrol hampir kering, kereta Myvi perlu singgah di mana-mana stesen minyak untuk isi tangki. Bekalan yang  baru akan menampung perjalanan seterusnya.

Semasa mengisi tangki di stesen minyak, pemilihan jenis bahan api mesti tepat. Jika enjin petrol diisi dengan diesel, rosak lah kereta. Perjalanan terus terhenti. Kena singgah bengkel untuk baiki enjin. Kereta Myvi futur 2-3 hari. Rugi masa, rugi tenaga, rugi duit dek kesilapan memilih bahan api.

Petrol Dalam Dakwah dan Tarbiyyah

Dakwah ini perjalanan yang sangat jauh dan panjang. Bekalan yang sufficient atau lebih sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan jalan ini. Seorang akh atau ukht akan pendek nafasnya atas jalan ini andai bekalannya tidak mencukupi. Demikian kaitannya dengan petrol RON 95. Tarbiyyah umpama petrol dalam perjalanan dakwah. Usrah, halaqah, daurah, jaulah etc. adalah stesen-stesen minyaknya. Tugas-tugas dakwah tak dapat diteruskan andai bekalan tarbawi tak mencukupi. Bagaimana mungkin seorang akh mampu bergerak sedang jiwanya kosong. Atas dasar apakah yang mampu menggerakkannya di atas jalan dakwah yang panjang dan berliku ini.

Andai seorang dae’i itu terus memaksa dirinya atau dipaksa untuk menjalankan tugas-tugas dakwah sedang bekalannya tidak cukup, mungkin berlaku seperti enjin kereta Myvi yang kehabisan petrol. Ia akan terhenti. Ia akan future. Untuk menggerakkannya kembali, usaha yang lebih sukar dan leceh diperlukan, sama macam mengisi petrol ke dalam enjin yang letaknya jauh di dalam bonet.

Begitu juga halnya jika seorang akh mendapatkan bekalan tarbawi yang tidak tepat. Instead of petrol iman, diesel jahiliyyah yang diisi ke dalam tangki enjin hatinya. Jika ini berlaku, rosaklah hati si akh tersebut dan memaksa proses pembaikan yang mungkin memakan masa yang lama. Adeh. Banyak juga tenaga, masa dan wang yang perlu dilebur. Nauzubillaah.

Begitulah halnya jalan ini. Bekalan iman yang mendalam dan berterusan adalah pembakar enjin dakwah ini. Hanya tarbiyyah yang berterusan mampu membekalkannya.

Bagaimana tarbiyyah kita?

Cukupkah untuk perjalanan yang panjang, jauh dan payah ini?