-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Sunday, October 13, 2013

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 32#




Didalam sebuah sesi. . . .

Akhi A : "Ikhwah, Moga antum terus thabat di atas jalan Tarbiyyah dan Dakwah ini, ramai yang ana telah jumpai, tidak sedikit yang ana bina hari ni dah pun tiada bersama - sama, hatta ana sahabat yang bersama ana masa di kampus lagi, hari ni dah tiada, hanyut ikhwah... mereka hilang... Tidak pernah lagi sepanjang 20 tahun ana bersama gerabak tarbiyah ni, ana jumpa semula dengan orang yang dahulunya baik, selepas dia tinggalkan jalan dakwah ni, dia lebih baik ketika dia bersama, tidak pernah ikhwah ana berjumpa lagi. Tidak pernah!

Ingatlah ikhwah, jika dulu ana rasa teori je, "jalan ni tiada bunga-bunga, tidak di hidangkan karpet merah", realiti jalan tarbiyah itulah jawapannya, kerana tarbiyah itukan menuntut satu kesabaran yang tinggi, tiada tawaran dunia, kena korbankan masa, harta, tenaga. Ukhuwah mula di uji untuk membenarkan iman kita. Bersabar di atas kesabaran. Penat dan lelah itu pasti, kalau tidak itu bukan tarbiyah namanya, akhirnya tidak ramai yang mampu tahan. Allah dah sebut dalam Al-Quran (3 : 146)".

Moga kita bersama terus Thabat. Terus dipilih bersama berada atas jalan ni, sama ada hidup mulia atau mati Syahid!

Akh A : Dr. Medic

1 comment: