-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, October 9, 2013

Asbab KARAT ia terputus?







Anda!!
Ya, anda yang berada di atas jalan Tarbiyyah dan Dakwah ini. Anda yang mendakwa diri anda bergerak menjalankan kerja-kerja pembinaan umat.

Anda tahu, bukan, bahawa anda merupakan salah satu daripada mata rantai dakwah? Bahawa mata rantai anda menyambung daripada rantai-rantai mereka yang terdahulu, yang jalan mereka dipenuhi duri, dicucuri darah, disirami maki.

Ya, mata rantai yang teguh itu. Dan anda penyambungnya.

Dan anda yakin dan sedar, anda tidak mahu mata rantai itu terhenti pada diri anda. Anda mahukan rantai itu terus disambung. Agar generasi akan datang masih terus dapat hidup di bawah naungan islam.

Dan dek kerana itu, anda terus tegar menyampaikan dakwah. Menyambung mata rantai itu,

Tanpa menyedari mata rantai anda kian berkarat. Karat oleh 'kenikmatan' jahiliyyah. Karat oleh menuruti taghut.

Besi, apabila semakin berkarat, ia semakin menipis, dan akhirnya teroksida, dan HANCUR.

PUTUS, akan putus mata Rantai ini dek ber-KARAT.

Ya, anda yang kononnya menyambung mata rantai dakwah, sambil 'menyolekkan' mata rantai anda dengan karat jahiliyyah,

Agak-agak mata rantai yang anda sambungkan itu, dan mata rantai berikutnya, masih akan terus menyambung rantai inikah, pada saatnya mata rantai anda yang berkarat itu hancur, dan memutuskan diri anda, dan mata-mata rantai di bawah anda daripada rantai yang panjang itu?

Awaslah, karat jahiliyyah itu menghancurkan.

Awaslah, manusia itu hatinya dipegang oleh Allah. andai Allah mahukan seseorang itu betul-betul menyambung rantaian ini, mungkin sahaja Dia takkan menyambungkan mata rantai mereka pada mata rantai anda yang berkarat dan menunggu masa untuk hancur itu. 

Ya, mata rantai anda yang mendakwa melakukan tugas dakwah ini.

Awaslah, jahiliyyah itu nikmat. yang menghiasi jalan pintas kepada murka dan neraka.

Awaslah, dakwah tanpa tarbiyyah, jatuhlah sang burung, gagallah membelah awan.

Awaslah, duhai anda; iaitu diriku dan kita semua.

No comments:

Post a Comment