-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Saturday, October 5, 2013

sebulan berlalu



Genap sebulan dari kemasukan pelajar baru di Kampus Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia

Sebulan itu ada 4 minggu.

Seminggu ada 7 Hari.

Sehari ada 5 waktu solat fardhu.

Sehari ada 24 jam

Dalam Sehari ada waktu pagi, siang, petang dan malam.

Sejam ada 60 minit.

Bagaimana Tajmi' kalian? Bagaimana proses Taarif di teman kalian? Sejauh mana kesihatan Muharrik di tempak kalian dalam memandu mereka bergerak?

Jika ada jawapan bagi soalan di atas, boleh terus membaca dengan serius!

_______________________________

Berapa ramai kemasukan pelajar baru bagi sesi ini?

Berapa ramai total masyarakat kampus di Kampus anda?

Jika anda ikhwah, maka kecilkan skop, berapa ramai masyarakat lelaki muslim di kampus anda?

Berapa orang angka Tajmi yang di target?

Fakulti atau Kos apa yang lebih di fokuskan?

Sehingga anda telah analisa jumlah angka mathematik algebra di atas, maka benar anda serius untuk meng-andaikan pada tahun berapa target untuk terlibat dengan politik kampus.... kerana angka yang di sebut di dalam seerah bukan untuk di hafal dan di tulis atas kertas peperiksaan. Ia adalah sunnatullah kemenangan! Kualiti dan kuantiti itu perlu di adili!

_______________________________

Jika Himmah anda untuk memenangkan islam memuncak, juga bercita besar untuk meletakkan islam pada tempatnya semula, berusaha dengan sabar memastikan syariat islam total membumi di kampus anda. Maka sejauh mana sebulan ini kita telah all out memasang jala?, gila-gila dalam taaruf,?  tersusun dalam merancang?, all out dalam dalam mengikut perancangan? Berapa banyak luangkan masa dengan adik - adik baru berbanding duduk bersama ikhwah? Berapa ramai dalam sehari jumpa madu'?

Fokus taqarrob daie itu sebelum subuh, manakala antara maghrib dan isya' berada di surau mencari mereka yang nakkan tarbiyah kerana waktu itu manusia hidup, hak mereka untuk kita menyentuh mereka ketika waktu itu. Daie itu keluar sebelum subuh dan balik tengah malam untuk mencari mangsa, Daie yang faham itu, ketika minggu haluan siswa tidak terkesan dengan orang lain untuk memansuhkan, kerana itu budaya setiap tahun yang menang dalam menjadi buah mulut, namun adakah dalam tempuh MHS itu, kita mencari siapa anasir Taghyir (AT)?, Kerana masa kita singkat, jadi perlukan orang AT dengan segera dan menghalakan mereka, dan pastinya "as-somad" dengan Dia perlu sangat kuat.

Nah!
Genap sebulan ini, jika kita masih bermain - main, tidak melakukan follow up, tidak berfokus, masih berfikir sekitar masalah individu yang sempit, perhatikanlah gerabak yang lain juga maju mencari peluang mangsa :

1) Tarikan berlainan jantina (Couple)
2) Mid Valley (pusat pawagam)
3) Game komputer
4) Perokok tegar mula menarik
5) Tarikan menjadi AJK dari kolej - kolej
6) Tarikan menjadi AJK di kelab dan persatuan berdaftar.
7) Tarikan dari Hal Ehwal Pelajar untuk menjadi urusetia sampai mati.
8) Sukmum, pertandingan sukan
9) Pertandiang antara kolej.
10) Aktiviti kolej yang sangat berlambak
11) FalaFes dan Succes
12) Acara mewakili Universiti
13) Down Town, Up town
14) Hujung minggu balik kampung kerana kg. lebih kuat tarikan
15) Menjadi Hamba study
16) Senior dan Junior
17) Seminar dan Kursus yang tidak pernah habis
18) Alasan membuat Assigmnt mula kedengaran
19) Study Group mula di jadikan hujah
20) Aktiviti luar kampus
21 ) Anda isilah sendiri . . . .

Jahiliyah tersusun akan membunuh Al-Haq yang tidak terancang.

Maka beruntunglah mereka yang serius, membuat analisa, tidak hanya bergantung pada program Tajmi' dan memilih melakukan amal muntij

No comments:

Post a Comment