-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Tuesday, October 1, 2013

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 31#




"9:122 - Kefahaman yang sebenar itu menggerakkan - intro tauhidul 'amal abdullah azzam dengan merujuk kepada tadabbur syed qutb dalam tafsir fi dzilal"

Rehat !

Akh A : Akhi . . . anta berehatlah secukupnya untuk satu tempoh, kemudian bila dah baik, aktiflah semula, kami yang lain ada Insya Allah.

Akh B : Bagaimana mungkin aku boleh kata rehat, jika ada dai’e yang sihat, berupaya, tiada sebab untuk uzur, namun tidak bergerak dan menggerakkan. Maka kembali kepada hukum asal. Tiada rehat.

Akh A : Mungkin mereka beralasan dengan sebab ada limit, boleh “cari” 4 orang je ok lah...

Akh B : Insan yang paling sepatutnya mengungkapkan ungkapan itu adalah Rasulullah, kerana beliau berseorang, kerana baginda sudah berusia, kerana baginda berada di tempat mundur (mekah), kerana baginda ada anak dan sedara mara yang ramai untuk di layan. Maka bagindalah insan paling layak beralasan dengan alasan berputus asa dan ada limit. jika itulah sebabnya. Mana mungkin untuk seseorang itu kata, limit ana hanya boleh “cari” 5 orang sahaja, sedangkan banyak masanya dihadapan komputer, banyak masanya untuk ke library, hujung minggunya penuh jadual mengikut acara pertandingan dan jumpa kenalan satu sekolah, lepas subuhnya masih tidur, ada masa berkhayal, ada masa menonton bola sepak di kedai mamak, lebih menzalimi diri dengan kata-katanya jika, masih ada masa bermain komputer dan menonton telebisyen.

No comments:

Post a Comment