Dengan Garam
Akh A berkunjung ke salah sebuah desa Sha’id dan ikhwah
mengadakan acara besar di hari tersebut.
Setelah berakhirnya acara tersebut, Akh B
memujuk Akh A untuk mengunjungi rumahnya... Jumlah ikhwah saat itu sangat
ramai, dan banyak temu janji serta pertemuan.
Tetapi, Akh A menerima juga undangan yang sangat berhajatan tersebut, dengan syarat, beliau sendirian sahaja dan tidak ada
hidangan kecuali secawan sahaja.
Akh B itu menghantar Akh A ke rumahnya dengan hati
gembira dan meminta isterinya agar menyiapkan secawan dengan cepat.
Akh B itu merasa senang dan Akh A pun meminum air tehnya.
Setiap kali menghirup air teh tersebut, Akh A tersenyum dan Akh B pun berasa
tenang, senang, selesa, aman.
Kemudian, Akh A kembali kepada para Ikhwan yang telah
menantinya dan Akh B pun menghantar keberangkatan pulang Akh A dengan ceria.
Kemudian Akh B itu kembali ke rumahnya dengan cepat dan
mengambil secawan teh untuk meminum sisanya tetapi tidak mendapati kecuali bekasnya dan ia menemukan keajaiban. Ia
terkejut kerana teh itu berasa masin, bukan manis!
m/s 62
Akh A : Pak Hassan
Akh B : Petani
No comments:
Post a Comment