-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Thursday, November 21, 2013

Syahid yang di Dambakan

[Baru Gerhana, bukan tenggelam Matahari]


Tahun ini, ada 3 sosok yang saya rasa layak untuk saya kagumi. Akh Iman Shafiq, ukht Sumayah dan akh Ahmad Ammar. Semua ada kisah masing-masing.

 **********

Akh Iman Shafiq. Beliau meninggal kerana kemalangan dengan kereta. Beliau baru balik dari kerja petang itu dan ingin ke program tarbiah pada malamnya. Saya kira sesiapa yang kenal beliau pasti akan tahu betapa himmah a'liyahnya beliau dalam TnD. Seorang yang 'gila' dengan kerja dakwah. Allah panggil beliau dalam keadaan kemuncak semangat dalam TnD. Beruntung dikau.

**********

Ukht Sumayah. Belajar di London. Meninggal kerana kemalangan di Jordan. Datang ke Jordan untuk berjumpa akhawat Jordan dan bermuayasyah dengan naqibahnya. Seorang yang baru mengenal erti dakwah dan tarbiah. Tapi, Allah panggil beliau ketika beliau baru mengenal seronoknya TnD ini. Beruntunglah dikau.

**********

Akh Ahmad Ammar. Meninggal kerana kemalangan di Turki. Seorang pelajar yang belajar sejarah Turki Uthmaniyah dan seorang sukarelawan yang pernah ke Syria dan melakukan kerja dakwah. Disaat umur sebegitu, 23 tahun, Allah beri kesempatan kepada beliau untuk berkhidmat untuk ummat. Dan Allah panggil beliau disaat ummat memerlukan sejarawan yang mengkaji sejarah Turki Uthmaniyah. Beruntunglah dikau.

**********

Begitu kisah mereka. Begitu pengakhiran mereka. Bagi sesiapa yang mengikuti kisah mereka, pasti akan terkesan. Sungguh, ini kematian yang memberi kesan. Bagaimana pengakhiran kita? Bagaimana pula sejarah yang kita cipta?

No comments:

Post a Comment