-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Sunday, November 10, 2013

BM it's about making Ummah !


BM buat Ummah.



Kenapa seronok beristerikan akhawat / ukht?

Jawapannya adalah ketika anda bermalas-malasan di rumah, atau anda baru sahaja menjejakkan kaki anda di rumah seusai pulang dari usrah untuk melepak-lepak (berehat), anda akan dihambat keluar lagi oleh isteri anda agar keluar berdakwah dan mentarbiyah manusia sekeliling atau anda akan disindir dengan begitu tajam, sinis hingga menusuk jantung. Air sirap yang manis terasa pahit.

Jadi, kahwinilah akhawat, agar hidup anda sentiasa di luar rumah..!

Akhawat yang gagal adalah akhawat yang sentiasa memastikan zaujnya berada di rumah / nak berkepit sahaja. Gagal.

Bukti cinta seorang zaujah terhadap zaujnya adalah dia sentiasa mengorbankan zaujnya demi dakwah melebihi kepentingan dirinya. 

Dulu anda kata, beriman dengan Baitul muslim sebagai marotib amal, untuk dakwah, buat ummah. Tapi anda sendiri yang menghilang, post - post di muka buku berlegar sekitar cinta, zauj dan zaugah. Mula menjadikan pernikahan itu sebagai alasan untuk lambat ke program, menjadikan tiket hujung minggu tidak lagi di isi dengan program tarbiyah dan dakwah, kerana urusan mak mertua dan ber-honey-honey. Aduhai !

Selamat berbaitul Muslim & selamat pengantin baru buat ikhwah dan akhawat yang baru sahaja "naik pelamin".



Sekian.

1 comment: