[ Kredit ]
Perbincangan hangat dalam hall tadi. Hangat? kot.
Isunya adalah meritokrasi Tarbiyah, oh maafkan saya, Meritokrasi pendidikan Di Malaysia (kena guna bahasa manusia untuk pancing kepada konspirasi tarbiyah eh).
Dalam hall, ada muslim and not yet Mulism, mereka berbincang, bentang dan berdebat atas kefahaman mereka, ada fakta, bertanya pada lecture dan tak kurang ada yang tanya enchik google yang pakar, dan pasti kurang ada yang jadi hamba pada "game candy sampai cram" erkk,
Dan aku, sebagai sebagai rakyat marahen, menjadi pendengar pada perbincangan dan berusaha memfikrahkan, bukankah fikrah islam itu yang sepatutnya daie ketengahkan, gitu ha.
Baik, Meritokrasi bahasa mudah, "adalah siapa berusaha dia layak dapat"
Seperti di Malaysia, untuk masuk ke univeristi dari sekolah, aspek yang di nilai adalah keputusan SPM kemudian masuk kampus, bila nak bekerja, interviewnya adalah pada 4 flat, wahai!! tidak terasa hinakah anda, adilkah seseorang di ukur pada keputusan akademiknya? result hekzem?... seriyes hina, kenapa!! kerana neraca berjaya seseorang adalah pada sehelai kertas, yang kalau kena air MILO yang boikot itu, hilang hala tuju hidupnya, bila sehelai kertas itu kena masuk mesin basuh, jadi majnun hidupnya, kenapa? kerana jadi hamba, pada akademiknya. Anda bayangkanlah, belajar separuh mati anda itu selama 17 tahun, keputusan yang menetukan hidup anda adalah pada SPM itu sahaja, tidak majnunkah itu? Kita spend masa selama bertahun - tahun, untuk dapat Akademik cemerlang, gemilang, terbilang, tapi hanya untuk muntahkan masa 2 jam dalam dewan exam, yang 2 jam sahaja, yang keputusan dalam dewan hexzam itulah menentukan pengakhiran hidup kita, itulah meritokrasi pendidikan.
Jadi, di akhir kuliyah dalam hall tadi, saya bangun dan bangkit mengajak kita dan anda berfikir, dari kaca mata, meritokrasikan Tarbiyah,
Jika meritokrasi pendidikan hanya ambil kira Akademik,
Adakah itu holistik? itu baru juz dari "logam" yang ada pada manusia, bagaimana orang yang hebat kemahirannya, adil ke di nilai dengan meniru dalam hexzem, test dalam kelas, pastu dapat result tinggi pfftt ?
Adakah dengan neraca akademik, akan masuk syurga? Maknanya kita kena mencari neraca yang lebih mulia, iaitu dengan mencari neraca yang membawa kita masuk ke syurga, itu baru betui.
Adakah dengan akademik menjamin kehidupan untuk terus hidup? Berapa ramai orang yang tidak ada lulusan akademik, steady je hidup, tak mati pun, sebab mereka itu ada kemahiran, kerana kemahiranlah yang akan di gunakan untuk terus hidup.
Adakah masa interview kerja/ mak mertua/ adik - adik tanya, result akademik itu akan mengubah hidup mereka? Kita nak menyentuh manusia bukan otaknya, tapi hatinya, manusia akan tersentuh dengan Qudwah anda, dengan perubahan anda, result akademik anda itu, hanya 1 saat sahaja untuk di lafazkan, lagi 23 jam, 59 minit, 59 saat adalah bukti Syahadatuh Haq anda, itu yang lebih bermakna, di sisi Allah dan itulah jalannya untuk mengubah manusia. Jika bekerja, Bos anda mesti nak lihat produktiviti kerja anda, jika ibu mertua, mesti nak lihat anak dara itu dijaga bagaimana dunia dan akhiratnya, Jika mutarobbi tanya, mesti akhirnya anda nak dia jadi murobbi buat ummat dan lebih baik dari anda
Jadi itulah meritokrasi Tarbiyah,
Siapa yang berusaha untuk buat perubahan pada diri, Insya Allah ia akan dapat, kerana ia pilihan kita.
Dan Siapa nak selamat dari azab-Nya, maka kita kena all out, siapkan hujah dengan buat dakwah sehabis baik, kerana itu sahaja pilihan yang kita ada, kerana kita orang yang telah memahami tanggungjawab SH itu.
Dan siapa yang dambakan bidadari, sungai - sungai Syurga, maka dia akan buat amal yang terbaik, sehabis baik, kerana itu meritokrasinya, itu pilihan yang kita buat untuk gapai janjinya.
Dan tarbiyahlah sehabis baik mutarobbi anda, andai satu masa nanti, jika ia menolak untuk tidak bersama dalam jemaah tarbiyah dan Dakwah ini, anda tidak takut apa - apa, kerana anda memang pun telah memberikan hak tarbiyah sehabis baik pada beliau. Jika anda masih belum ziarah seawal pagi dengan qiam bersama, menangguh jaulah kenal keluarganya, beralsan tidak sempat berehlah untuk kenal sosok tubuhnya, lambat memberi daurah yang diperlukannya untuk membentuk fikrah islamnya, tidak merancang mukhayam untuk melengkapkan muasafat tarbiyahyang hendak di capai, jika semua ini belum menjadi saksi, tarbiyah belum sehabis baik, maka memang patut takutlah.
Nah, inilah meritokrasi tarbiyah, buat mereka yang nak berhijrah, hendakkan tarbiyah, meritokrasilah, carilah murobbi/ah, buat para murobbi/ah sehabis baiklah dalam follow up madu' dan mutarobbi. Anda akan mendapatkannya dan hasilnya, kerana semua kisah sahabat yang mencari Al-Haq, semua di temukan jawapannya, seperti Salman alfarisi, Abu Dzar al ghifari, Abu Salamah dan ramai lagi. Itulah manifestasi Tarbiyah kita sebenar iaitu melaksanakan Tarbiyah dan Dakwah bersungguh - sungguh.