-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Thursday, October 31, 2013

Betul ke jalan ini!




Ayuh!!

Mari hiburkan diri kita dengan sebuah kisah yang menarik:

Pada satu hari, luqman al-hakim pesan pada anaknya :
"wahai anakku... Jika kamu berpegang pada sesuatu perkara yang kau yakin dengan akan kebenarannya... Maka lakukanlah walaupun orang tak suka"...

Lalu anak itu kurang yakin dengan kata - kata ayahnya...
 
Ayah dia pun ajak anaknye melalui sebuah desa dengan membawa seekor keldai...

Situasi 1:
Ketika melalui desa itu, luqman al-hakim tunggang keldai dan membiarkan anaknya pegang tali keldai tu... lalu orang - orang desa itu kata, :
"Zalim betul ayah budak tu membiarkan anak dia tarik tali keldai, budak tu kan masih kecik... "

Luqman al-hakim kata pada anaknya... kau dengar bukan?

Situasi 2:
Ketika lalu desa tu, kali ni anak dia tunggang ayahnya pula tarik tali keldai.. lalu orang desa tu kata, :
"Apalah budak ni, tak reti hormat pada ayah die langsung... Ayah die kan dah tua... sepatutnye ayah dia yang menaiki keldai"

Lalu kata Luqman Hakim pada anaknya.... kau dengar bukan?

Situasi 3:
Mereka pun lalui desa tu lagi, kali ni mereka berdua naik keldai sama - sama, lalu orang desa kata.... :
"Apalah mereka ni, naik atas keldai berdua, sakitla binatang tu... tak kesian ke pada binatang? menzalimi binatang...."

Lalu Luqman Hakim kata pada anak dia.... kau dengar bukan?

Situasi 4:
Mereka pun lalu desa itu buat kali terakhir, kali ni mereka berdua tidak naik keldai, mereka berdua berjalan kaki dengan memegang tali keldai tanpa sorang pun... lalu orang - orang kampung tu berkate, :
"Apalah nak jadi dengan mereka ni kan, ade keldai tak naik dibiarkan begitu sahaja... baik tak payah beli keldai kalau tak nak naik...."

Akhir sekali barulah anak itu akur dengan ayahnye....

Ayuhal ikhwahtul kiram, bila kita yakin dengan keje kita, kita beriman dengannya, kita hidup dengannya bahkan mati pun kerananya... Maka haruskah kita peduli dengan kata - kata mereka yang mendown-kan usaha Dakwah dan membina manusia??

Moga kitA terus tsabat dan istiqamah....

Aktifkan Produk





Rahsia untuk pro-aktif :
 
Yakini bahawa Allah nak syahidkan kita ketika usia semuda mungkin. Mindset ini akan tumbuhkn harapan.

Harapan akan motivate kita untuk doa, doa dan doa. Doa akan menyuburkan lagi harapan.

Dan motivate kita untuk fikir bagaimana bentuk amalnya yang boleh menghantarkan kita ke harapan itu.

Baca, baca dan baca biografi para syuhada' yang telah selesai perjalanan ke kampung Asal. (an'am 32). Dan contohi semampunya.

Kurangkan baca quote bahawa jalan ini susah, banyakkan baca dan hafal janji - janji Allah tentang kemenangan.

Doa berterusan.

Kurangkan fesbuk/twitter/insta/ whatsapp.

Insyaallah, mudah - mudahan kita akan lebih proaktif dalam tarbiyah, studi, menunaikan hak - hak dan tuntutan - tuntutan yang ade. Amin.

Allahul musta'an.

Tuesday, October 22, 2013

Surat buat Pelajar

[ Kredit ]

Kata-kata Al-Maududi dihadapan pelajar-pelajar universiti !!! :-

"‘Dear students! You have spent many years of your life at this institution to acquire education. You have eagerly been waiting for the day when you will reap the harvest of your labour in the form of a degree. I am aware of your emotions on this occasion, and that is why it pains me to express my thoughts so bluntly.

Frankly speaking, I consider this Alma Mater, in fact all Alma Maters of this kind, slaughter houses rather than educational institutions. The degrees to be awarded are in fact death certificates, issued when the murderer is satisfied that he has accomplished his task; fortunate are those who escape from this organised butchery with still some spark of life.

I have not come here to congratulate you on receiving these death certificates. I am, rather, overwhelmed with grief to see you in such a miserable plight. I am like someone seeking a person who might still be alive among a mass of corpses.’"

Translate

"'Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.

Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 33#








Dengan Garam

Akh A berkunjung ke salah sebuah desa Sha’id dan ikhwah mengadakan acara besar di hari tersebut.

Setelah berakhirnya acara tersebut, Akh B memujuk Akh A untuk mengunjungi rumahnya... Jumlah ikhwah saat itu sangat ramai, dan banyak temu janji serta pertemuan.

Tetapi, Akh A menerima juga undangan yang sangat berhajatan tersebut, dengan syarat, beliau sendirian sahaja dan tidak ada hidangan kecuali secawan sahaja.

Akh B itu menghantar Akh A ke rumahnya dengan hati gembira dan meminta isterinya agar menyiapkan secawan dengan cepat.

Akh B itu merasa senang dan Akh A pun meminum air tehnya. Setiap kali menghirup air teh tersebut, Akh A tersenyum dan Akh B pun berasa tenang, senang,  selesa, aman.

Kemudian, Akh A kembali kepada para Ikhwan yang telah menantinya dan Akh B pun menghantar keberangkatan pulang Akh A dengan ceria.

Kemudian Akh B itu kembali ke rumahnya dengan cepat dan mengambil secawan teh untuk meminum sisanya tetapi tidak mendapati kecuali bekasnya dan ia menemukan keajaiban. Ia terkejut kerana teh itu berasa masin, bukan manis!

m/s 62

Akh A : Pak Hassan
Akh B : Petani

Monday, October 14, 2013

Wajibat Al-Akh Sodiq mengimpikan Syahid


اللهم تقبل منا توبتنا واغفر لنا
ذنوبنا واجعل اللهم حياتنا كلها في سبيلك يا الله يا جبار
 

"Semua dari mereka yang cintakan syurga dan perjumpaan dengan kekasih kekasih agung di sana pasti mengimpikan Mati Syahid di Jalan Allah... tapi adakah anda tahu bahawa memastikan Hidup Kita 100% di Jalan Allah lebih susah dari mati syahid? "



Aku berjuang bukan untuk Mursi .....

Aku BerJihad Bukan untuk Ikhwanul Muslimin .......

Aku BerKorban Bukan untuk Rakyat Mesir ........

Aku Berdiri disini.......

Di depan barisan barikade salah satu Militer Terkuat di Timur Tengah

SEMUA INI KARENA AKU CINTA ALLAH .....

Aku Ingin Syahidah di JalanNya ....

Ya Allah, ambillah nyawa kami ketika mana kami berada di Puncak ke imanan !!