-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Friday, May 1, 2015

Akh Itu Menyentuh Qalb Akhnya 70#



1 Mei.

Era Balik kampung, semalam. 

Semasa saya tengah berborak-borak dengan sepupu sepapat saya di bilik saya sambil main laptop dan kurang smartphone,

Tiba-tiba ibu saya masuk bilik.

Saya terus tutup laptop, dan alihkan smartphone ke tepi dan berborak sekali dengan ibu.

Masa tu sepupu - sepupu saya pandang saya pelik sikit. Lepas tak lama tu, ibu pun keluar bilik.

Kemudian seorang sepupu tanya,

"Hah ! Kenapa abang tutup laptop terus? Apa yang abang nak nyorokkan? Haa...."
dia tersengih kat saya.

Yang lain pun semua pandang saya nak tahu kenapa. Saya jawab,

"Kualiti masa"

Abang jarang balik kampung,

Jadi, sedarlah diri bila abang jumpa dengan ibu, abang akan letak tepi semua smartphone dan laptop, dan fokus pada ibu. Sampailah ibu keluar bilik atau takde kat depan abang.

"Kalau nak tahu, TANDA seorang anak biadap dan kurang ajar pada ibu bapa adalah, dia main smartphone atau laptop masa ibu bapa tengah bercakap dengannya."

Semua terdiam.

- - - - - - -

p/s :

1. Sepupu saya semua lelaki masa tu.

2. Bagilah masa kualiti pada mak ayah walau hanya tatkala balik kampung.


Tak cukup lagi ke, kita dah luang masa berjam-jam pada smartphone dan laptop kita?



No comments:

Post a Comment