[UBAH MENTALITI KITA DALAM
MENILAI "kehebatan sebenar" DALAM HIDUP]
Ini Kalilah Ubah Neraca!
Hari ini, manusia lihat
kehebatan pada “Benda”, bukan pada “Jiwa”
Kerana, manusia yang tidak ada
bimbingan dari wahyu, akhirnya salah menilai "kehebatan" dalam hidup.
Bukan salah mereka, dan diri
sendiri, kerana dari kecil kita di momokkan bahawa akan di lihat mulia dengan “benda”,
jadi Doktor, jadi Engineer, jadi Sainstis untuk cipta benda baru, jadi pemain
bola supaya menang, jadi pendebat supaya orang lihat, jadi pelawak supaya jadi penghibur,
pakai seluar jens supaya tidak skema, kena ada couple baru tak nope, kena
merokok barumacho, kena pakaian seksi dan ketat baru orang lihat, yang
perempuannya kena gelak ketawa dengan lelaki baru orang pandang, dan bla . .
bla . . bla
Bahkan ada makhluk begini, rasa
hebat bila manusia “mampu” menjadi seperti burung dengan boleh terbangnya,
kangroo dengan potensi lompatnya, dolphin dengan potensi renangnya, cheetah
dengan potensi kelajuannya dan lain-lain kehebatan pada makhluk lain. . . jika
boleh tiru seperti haiwan ini, kira hebat.
Tahukah anda!
Kehebatan manusia yang Allah
anugerahi yang paling mulia dan tidak ada pada makhluk lain ialah hati dan
akal. Inilah tempat kehebatan manusia. Dan inilah potensi utama yang perlu
dibangunkan. Di fokuskan.
Jika badan kita berotot, lentik
sebab gym bagai, jika kita hebat sukan dengan kehebatan kesukanan kita,
mahalnya baju yang menghiasi tubuh jasad kita, canggihnya peralatan dan
teknologi kita, tahukah anda? Ini semua poya. Haha...
Erk sila fokus, ok, begini . .
. .
Potensi-potensi yang anda
terkinja – kinja itu, sudah ada pada makhluk lain seperti kuda dengan kekuatan
ototnya, alam dengan keindahan sanubarinya, tumbuh-tumbuhan yang tumbuh yang
jauh lebih unik dari teknologi yang ada, mudah kata kalau kita nilai kehebatan
pada kerangka yang bersifat dzohir, maka makhluk lain jauh lebih hebat dari
manusia.
Saya ulang, Makhluk yang tiada “Hati
dan Akal” jauh lebih hebat.
Kalau itu kehebatan yang kita
buru dalam hudup ini, maka di mana istimewanya makhluk bernama manusia ni? Sedangkan
makhluk lain mendahului dari aspek itu.
Maka sedarilah kekuatan manusia
itu adalah pada “Ruhnya atau jiwanya”. Ruhnya yang beriman, ada hubungan yang
akrab dengan Pencipta, inilah kehebatan kita. Lihatlah sirah generasi awal yang
sememang terkenal dengan lemahnya bilangan tentera dan senjata di medan perang,
tapi kenapa boleh membuahkan kemenangan? Kerana kekuatan iman dan ruh mereka
yang kemuncak. Hubungan dengan Allah dekat, taubatnya tiada henti, patuh pada
arahan dan larangan-Nya bukti iman. Ya, mutabaah amalnya berjalan, semakin
manis dalam melaksanakan tujuan hidupnya.
Ah . . . puasnya. Ketika manusia
lain penat mengejar “benda”, merancang hal akademik, kerjaya untuk dunia. Sang
daie itu, dunia yang datang kepadanya, kerana perancangannya jelas untuk
bergembira di Sorga, bertemu dengan Sang Pencipta. Ruhnya, jiwanya hidup dengan
Zikrullah.
Kedua akal. Akal yang berilmu
yang membawa manusia itu kenal pencipta, tahu tujuan hidup, hidup ini nak ke
mana, nak buat apa. Akal yang memahami agama, syariat sebagai cara untuk hidup
selaku hamba. Dan ilmu keduniaan yang menjadikan dia bergerak sebagai khalifah
yang akan mentadbir bumi dengan baik. . . .Dia jelas pada “alat” dan “matlamat”
Inilah hakikat kehebatan
manusia !
Jangan kita tiru kehebatan yang
dinilai oleh Barat dan manusia yang tak dapat bimbingan wahyu. Kita akan
tertipu dan tersilap. Nanti rugi umur,pengorbanan dan wang ringgit kita
dihabiskan kepada memburu kehebatan yang ada pada makhluk lain.
Justeru nak nilai kita ini hebat
atau tidak, nilailah bagaiamana Hati dan Akal kita?
Sejauhamana hubungan kita
dengan Allah? Bagaimana ibadah kita? Sejauhmana kita ikut sunnah Rasulallah?
Bagaimana ilmu kita tentang makna hidup? Berapa banyak dah buku yang kita baca?
Dan lain-lain . .
Inilah penilaian yang perlu
kita ukur. Kalau hebat aspek-aspek jiwa dan akal, maka hebatlah kita. Kalau
lemah aspek kedua – dua ini, maka lemahlah kita.
Jangan jadi burung, kuda,
cheetah, pokok, dan lain-lain makhluk. Jadilah manusia sebenar.
Dan jadilah diri anda, yang di
pandu dengan Al-Quran dan As-sunnah.
No comments:
Post a Comment