-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Monday, April 27, 2015

Bedah : Aku Nepal



Sila jawab soalan ini dengan jujur dan saksama!

Apa yang anda tahu sekarang apa yang berlaku di sana sekarang (Nepal)?

Sekadar gempa bumi?

Apa anda sudah lihat videonya?

Apa anda sudah lihat gambarnya?

Apa anda berada di sana merasainya?

Jika belum sila lihat sekarang sebelum baca berikutnya

. . . . . . .

Tolonglah ada Iman !, sila lihat gambar atau video sekarang!
. . . . . . .
. . . . .
 . . .
. .

Tahniah jika sudah! Kerana itu amanah kita sebagai saudara seislam, kena tahu mereka di sana bagaimana.

Tapi jika belum lihat lagi, anda teruskan pembacaan. Kata saya, anda mustaajilun!

Akhirnya soalan saya, saya tanya anda, apa anda rasa selepas lihat video, gambar dan baca sebab dan kesan yang berlaku?

Apa perasaan anda kini?

. . . . . . .

Sekurangnya bagi yang melihat video, atau mendengar kisah, mereka akan lebih lama merasai dalam beberapa tempoh berbanding dengan yang sekadar melihat gambar.

Apa analogi saya?

Baik begini, perhatikan!

Berapa banyak dalam Al-Quran Allah sebut tentang hari keimat dan peristiwanya?

Nama Surah sahaja telah menggerunkan kita!

Surah zalzalah, Al-Qoriah, Al-Bayyinah, Al-Ghasyiah, Al-Insyikok, Al-Infitor, Al-Takwir, An-Naziat, An-Naba’ (semua ini baru Juz 30)

Apa yang kita rasa?

Tiada.

Jika ada, mungkin setelah beberapa ketika sudah tiada. Ah .  . . nipis sungguh iman kita, senipis kulit bawang.

Anda tahu!

Peristiwa di Nepal ini sebenarnya sangat dekat dengan kita, Negara Nepal adalah dalam bumi yang sama, bila – bila masa kita boleh kena, tapi sebab kita rasa jauh, kita menangguh.

Sama juga dengan kiamat, ianya sangat dekat dengan kita, namun sebab tidak berlaku lagi di tempat kita, kita berasa jauh seperti tiada kaitan dengan kita.

Woi! Anda tahu tak, itulah ayat yang sama sahabat baca (Al-Quran), menyebabkan mereka ketakutan untuk terus tidak lunak dan jinak dengan jahiliyah, yang menyebabkan mereka juga tidak senang duduk, dan tidak lena tidur. Kerana merasakan kiamat sangat dekat dengan mereka. Ya, sangat hampir dan mereka rasainya.

Bukti mereka rasai, mereka buahkan dengan amal, mereka lebih bermunajat dengan Allah, mereka gila – gila beramal dakwah dan Lasso manusia, mereka menggila menguatkan mutabaah amal supaya tiadak goyah, dan mereka buat bukan untuk melihat hasil dan perhatian manusia, tapi untuk mencari radho Allah semata, dan menyelamatkan diri dan manusia.

Dan sebab apa saya katakan kisah atau video lebih memberi kesan daripada gambar.

Ya begini, jika anda sekadar baca terjemahan Al-Quran, mungkin sedikit kering, namun jika anda membuka tafsir, anda tadabbur, anda mendengar kisah seerah dan sahabat, anda berbincng dengan Murobbi dan sesama ikhwah, anda akan berasa sangat dekat, sebab itu Al-Quran, 1/3 daripada Al-Quran adalah kisah, supaya ianya membekas dalam hati dan amal kita. Ya itulah Iman. Ia bukan sekadar sayu dan sedih, tapi ada amal selepas itu.

Kisah nepal, gempa bumi kecil yang Allah bagi.

Sebagai tanda amaran, kerja kita kena lebih kuat dan serius.

Banyak sudah tanda – tanda Allah bagi.

Kerja kita buka mengira berapa tanda sudah ada, bukan buat kajian tahun bila qiamat tiba, bukan juga menjadi mereka yang menunggu bila Nabi isa turun, bukan juga terus berada depan laptop, hp sambil scroll membaca pena ini, kemudian sedih dan sambung relax lagi. . . pfft

Tapi, kita yakin bahawa kiamat itu pasti tiba, dan ketika kiamat itu tiba, kita hidup mulia atau mati syahid.

Kerja kita, terus menyedarkan manusia kerana mereka rasa mereka bukan “nepal”

Kerja kita, terus beramal sehingga hari itu tiba,

Kerja kita, bukan ingin melihat kejayaan dalam masa sehari, sebulan, setahun atau 10 tahun, tapi sampai orang melihat islam sebenar, dan islam berada di tempatnya. “ustaziatul Alam”

Kerja kita, sehingga semua juga bersama bekerja.

Kerja kita, hanya untuk Allah semata.

Kerana kerja ini tidak popular.

Maka ketahuilah, jika sedikit yang buat, mereka itulah sebenarnya yang popular hakikatnya.

Allah tidak pernah mensiakan setiap zarah usaha hambanya.

Bekerjalah sehingga hari itu tiba.

Kita berpeluk tubuh bersama di syurga.

Saya dan anda, kita bertemu disana ya.

Ah . . . habuk masuk mata, habuk . . oh.

Moga hayat kita di tarik, ketika berada di puncak amal sunnah yang besar ini.

Sunnah mengeluarkan manusia daripada menjadi hamba manusia kepada hamba Bertuhan pada Allah semata.

Moga Allah mengampuni dosa saya, dan anda, atas keculasan kita yang bermain – main dengan dakwah ini, moga ini sedikit usaha untuk saya berhujjah kelak, walaupun saya yakin tidak cukup hujah lagi untuk menjawab dakwaan saudara – saudara saya kelak. . .


Allah.


No comments:

Post a Comment