Akh A : (Kejut Akh B untuk
bangun qiam)
Akh B : Z Z Z z z z
Akh A : (Kejut Akh B untuk
tutup malam dengan witir)
Akh B : Z Z Z z z z (masih
lagi)
Akh A : (Kejut lagi untuk
ajak subuh berjemaah di surau)
Akh B : Z Z Z z z z (masih
lagi) , kemudian bangun juga, solat subuh di rumah, kemudian sambung Zzzz
. . . . . . . .
Ketika hendak keluar sama -
sama bertebaran di muka bumi....
Akh A : Akhi, boleh ana tanya
soalan?
Akh B : Silakan akhi sambil
senyumnya yang manis pada Akh A.
Akh A : Kenapa anta tak dapat
bangun qiam dan subuh berjemaah ye, anta penat sangat ye?
Akh B : Ah . . . ah penat
akhi (Jawapan spontan)
. . . . . . . .
Tak lama kemudian, Akh B
menitis air mata,
Hanya dengan pertanyaan Iman
oleh Akh nya,
Teringat kata - kata ini,
"Jika tidak mampu berlumba dengan para solehin dalam ibadahnya,
Saingilah para pendosa dalam Istighfarnya" -Ibnu Rejab al-Hanbali
Teringat kata - kata ini,
"Jika tidak mampu berlumba dengan para solehin dalam ibadahnya,
Saingilah para pendosa dalam Istighfarnya" -Ibnu Rejab al-Hanbali
Ah...
Kerana berpaginya beliau dalam Iman yang lemah, jawapan spontan iman menjawab kerana letih dengan dunia, barangkali dunia merasukinya, sedangkan malam tadi boleh bertahan untuk halaqah hingga 3am, dalam halaqahnya mengingatkan tentang Allah, di basahkan dengan Ayat - ayat Al-Quran, di tutup dengan check mutabaah amal, penghujungnya doa Rabithoh hanya yang menguatkan hubungan ukhuwah itu datangnya daripada Allah.

Namun, pagi itu gagal dalam
menguatkan hubungan dengan Allah, gagal bangkit melawan sedikit keletihan
dunia,
Gagal dalam merebut erti
mujahadah dalam ibadah.
Gagal menjadi pejuang kerana
Qiam dan subuhnya tidak berjemaah, sedangkan syarat tentera Salahuddin
al-ayubi, malamnya hidup dengan zikrullah.
Betapa hati Akh B ini
sengsara, merindui sangat pengaduannya pada Allah.
Risau - risau, hatinya sudah
mula mengeras.
Mana mungkin boleh
melembutkan hati manusia lain diluar sana.
Ya Allah, Aku dan kami semua
memohon agar di ampunkan dosa - dosa kami, agar tidak menjadi hijab, agar
merasai saat manisnya iman dalam beribadah dan beramal.
Terima kasih akh, moga di kau
bersabar dan tidak pernah malas dalam mengingatkan ku menuju tuhan ku.
No comments:
Post a Comment