Isu Ummat ini, perlu di
stresskan seawalnya,
Baru baru ini, kita umat islam
dijentik lagi dengan isu yang menyimbah air di muka kita sendiri. Walaupun,
bukanlah diri kita yang terlibat namun, perasaan kesatuan sesama islam
membuatkan diri ini ingin mengatakan sesuatu, kerana jika gadis tersebut
diancam dan dinoda, saya juga diancam hakikatnya. Ingin disalahkan orang yang
terbabit, kita juga ada silapnya, makanya, sekurang kurangnya, titik persamaan
yang patut ada adalah kita serah pada yang berkuat kuasa untuk jalankan apa yang
termaktub dalam perundangan.
SEGERAKAN MENJELASKAN TENTANG
AL-HAQ.
Nak kena tunggu sehingga
berlaku secara jelas di depan mata baru nak kelam kabut. Sedangkan jelas juga
sumbangan hedonisme dalam kejatuhan empayar Islam. Adakah di kau sudah lupa
sebab kejatuhan khalifah zaman Abbasiyah kerana hiburan telah masuk di baghdad,
di bawa oleh Ibnu Ziryab yang memperkenalkan tali gitar yang ke-6, sehingga
semangat jihad pemuda di andalus jatuh merudum dan hilang. Apakah di kau juga
sudah lupa, kejatuhan Khalifah Uthmaniyah, apabila Kamal antartuk
memperkenalkan cara hidup islam yang jauh memisahkan Al-Quran dan hadis, tapi
mengikut logik, berlandaskan candu Al-Hawa’, Al-Quran mula di jauhkan, yang di
dekatkan adalah kebebasan, alat elektronik, keseronokkan, sehingga di malaysia
tahun 60-an, sakan bermain silap mata yang di bawa dari barat, lihatlah siaran
saloma dan pramlee, yang mengetengahkan fesyen pakaian bagaimana, kesan dari
ancaman luar.
Kembali pada K-Pop, bagi
extrimis pro-Liberal, ini mungkin tiada masalah kerana itu adalah hak muslimat
tersebut. Lebih parah kalau ada yang kata rahmatan lil 'alamin.
Para pelindung agama pula akan
dilabel extrimis kerana menyekat hak asasi wanita tersebut. Cuba kita
perhatikan baik – baik kata – kata sahabat nabi ini, iaitu Huzaifah r.a, beliau
berkata, “Mayat hidup ialah orang yang tidak menentang kemungkaran sama ada
dengan tangan, lidah atau hatinya”, sahabat nabi ini menyambung lagi katanya, “jika
hatinya telah sedar, tetapi dia masih membisu dan mendiamkan (apabila melihat
kemungkaran), maka dia sebagai orang yang sakit tenat dan lumpuh hampir mati” (Rujukan : Ihya’ ulumuddin, jilid 2, m/s
311).
Ini yang gagal difahami oleh
segelintir masyarakat tentang tujuan syariat Islam diturunkan.
Apabila kita sekat, maka kita
bakal dikatakan konservatif, fundamentalis, dan extremis tanpa mereka mendalami
tujuan sekatan dan sandaran yang digunakan. Sedangkan islam itu sendiri adalah
terus terang, bukannya provokasi suasana. (untuk lebih faham, boleh Rujuk : Muntalaq, Bab 13).
Pandanga kami (yang
menyelia blog ini). Ya, Aib seseorng dalam islam perlu di jaga, namun,
apabila ia telah dipublisitikan, dia menjadi satu perkara yang perlu di tegah
secara jamai', untuk melihatkn serangan hari ni dari liberalis, sekular
dll. Sepertimana dalam mualifi toriq mnjerit, bahawa
"yang jahilyah perlu di jelaskn bentuk jahiliyh itu, supaya dapat bezakan
Jahiliyh dan Al-Haq". Isu ini perlu dijelaskan, supaya jelas antara Al-Haq
dan bathil itu mana mungkin boleh bersama, bila kita memandang ringan, sambil
berkata “boleh kot”, ketika itu kita membuka ruang yang sangat luas
untuk unsur jahiliyah menganggu kehidupan “islam” sebenar kita.
SALAH DAN BETUL TIDAK BOLEH
'BERKESEDUDUKAN'
Apakah isu kpop baru baru ini
layak menjadi isu? Haruslah!! Kerana telah langgar hukum Allah secara jelas.
Kita tidak boleh lagi bermain cak-cak dengan isu mana betul dan mana salah. Yang
salah perlu dituding itu adalah salah, dan yang betul harus diangkat. Namun,
disebalik perbincangan hukum semata mata ada isu lain disebalik isu k pop ini yang
patut menjadi perhatian. JIKA ANDA ORG YANG BERAQAL.
GADIS MELAYU KITA
Gadis melayu kita barangkali
saya yakin mereka di golongan mangsa keadaan. Ya, saya yakin! Mana mungkin orang yang jelas kefahaman
islam akan terdetik untuk jejakkan kaki ke tempat tersebut, apatah lagi untuk
mengetahui setiap update tentang kpop. Kita hanya menghukum yang zahir.
Kenapa mereka adalah mangsa
keadaan? Siapa pemangsanya? Di sinilah kerisauan yg mendasar timbul. Bukan
setakat aksi peluk dan cium dan hiburan lagha isunya, tanpa menafikan isu
tersebut, Isu yang lebih kritikal adalah isu ketidak sedaran kita sebagai umat
islam yang sebenarnya kita ni dipijak pijak, diludah, dimaki hamun dan
diperkotak katikkan dalam segenap perkara. Sama ada isu masyarakat dalam
malaysia kita digugat, isu luar negara juga kita digugat, sehinggakan dalam
skala yang kecil seperti pendidikan kanak kanak juga kita diserang dengan
mudah dan tanpa kita sedar. Dan malang sekali, kita langsung tak perasan yang
usaha ini disusun rapi dan dirancang bertahun lamanya.
K-POP BERSALAH?
Kpop itu sendiri saya tak pasti
mereka adalah penentang islam atau mereka juga dipergunakan oleh barisan
pejuang kuffar (golongan follow the flow) atau mereka bertindak
sedemikian kerana tidak faham budaya kita dalam keadaan merasakan perkara
tersebut adalah normal. Maka, Ini saya tidak pasti.
Tetapi selagi mana kita yakin
ada usaha yang padu untuk hancurkn umat islam agar jauh dari pegangan islam
(tidak semestinya kene murtad), kita akan lebih berhati hati untuk berinteraksi
dengan dunia luar. Sikap hati hati ini perlu diseimbangkan dengan merelakn
tanpa redho apa yang perlu sahaja untuk meneruskn kehidupan atau pun
kemaslahatan umat dengan memanfaatkn dunia luar.
Bukan hanya pada isu kpop, ia
termasuk apa apa hiburan yang langsung tidak memberi kesan kepada kebangkitan
islam mahupun penerusan hidup, maka perasaan kita sepatutnya terasa diancam
kerana hakikatnya kita telah membazirkan masa walhal usaha puak kuffar
berterusan sehingga mereka sendiri sanggup menggadaikan harta mereka demi
perjuangan mereka yang terkutuk itu.
MENCEGAH LEBIH BAIK
Kita harus mencegah walaupun
sebelum tenat menjadi lebih parah. Kelihatan kemunculan page-page fb
berunsurkan dakwah dan rancangan realiti islam yang begitu banyaknya
sepertinya hanya berlegar legar dalam kalangan orang yang sama, apatah lagi
penyebaran mereka juga tertakluk dan terbatas pada orang atasan yang bersatu
atas dasar bisnes semata mata. bilangan likers juga tidak jauh beza antara
pages fb, yakni orang yang memang dah baik barangkali, Pusat pusat tahfiz
pula tiada penerusan selepas lanjut pelajaran di sana, kerana akhirnya
dibiarkan mereka meratah dunia sendirian. Sekolah sekolah pula tidak membentuk
jati diri muslim malah disajikan kepada murid acara acara konsert dengan nama
majlis sempena atau majlis sambutan. Golongan yang jihadnya adalah ekonomi pula
tidak dpt menjamin kethiqahan orang yang berada di atas nanti tidak mengulangi
perkara yang sama, mungkin di pentas bisnes pula masalahnya bukan pelukan
tetapi 'ciuman duit' pula nanti. Dunia ini memang serabut.
Ini hanya kata kata tanpa data,
malah tak perlu data bagi seorang daie kerana ianya cukup jelas pada masyarakat
kita, masakan tidak, beribu ribu wang dan masa telah di peruntukkan namun, jauh
di sana ada lagi golongan yang lebih ramai yang lebih tertarik dengan
tarikan al hawa.
Kita harus mendekati jiwa
pemuda pemudi ini yang kekeringan akan ruh islam itu sendiri. Mendekati,
menyantuni, membina sehingga betul betul mengamalkan islam dalam kehidupan
seharian mereka. Rawatan yang menampal tidak akan menyelesaikan masalah, hanya
mengubah kepada kemungkaran yang berwajah lain, maka perlulah kembali kepada
gerakan menyelamat yang menyeluruh seperti mana apa yang dibuat oleh Rasulullah
SAW. Iaitu tarbiyah dan dakwah.
SEERAH TERLALU IDEAL
Seerah adalah panduan, panduan
yang memberitahu kita prinsip prinsip dalam gerakan operasi menyelamatkan umat
yang parah ini. Ia adalah prinsip Ilahi, Selagi mana prinsip prinsipnya kita
ikuti, nescaya kemenangan menghampiri kita lebih dekat. Ada pun, teknik dan
cara adalah mengikut kreativiti seseorang dan adalah dibolehkan selagi tidak
lari dari prinsip prinsip tersebut.
Makanya, “tidak dapat tidak,
perlu tertegak sebuah nagara islam yang merdeka di bumi ini, yang melaksanakan
hukum hakam dan sistem sosial islam. Sebuah negara yang mengisytiharkan prinsip
mantap islam dan menyebarkannya kepada semua manusia. Selagi negara ini tidak
wujud, selagi itulah seluruh ummat islam berdosa, Mereka akan
dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kerana kecuaian dan tidak berusaha
mewujudkannya. Adalah suaru pencabulan kepada hak – hak kemanusiaan terutama
dalam keadaan yang tidak menentu ini tiba-tiba wujud negara – negara melaungkan
dasar –dasar kejam dan menyebarkan fahaman sesat (termasuk k-pop), tetapi tidak
wujud sesiapa pun yang berusaha menegakkan sebuah negara kebenaran, keadilan
dan keharmonian” ( Rujukan :
Baina al-Amsi wa Al-Yaum, al-mujmuah rasail, m/s 225).
Kata-kata al-maududi pula
mengatakan, “gerakan islam yang haraki perlu komited dengan tarbiyah, yang
dibina di atas pandangan hidup dan fikrah islam yang sejati. Tarbiyah tegak di
atas prinsip, nilai-nilai akhlak dan proses yang sesuai dengan roh islam serta
sesuai dengan tabiatnya”. (Rujukan
: Manhaj al-Inqilab al-Islami, Majmu’ah Nazariyah al-islam wa Hadiyah fi
al-Siyasah wa al-Qanun, m/s 82-83).
“Ketahanan dan kesabaran mereka
(golongan tarbiyah), mengelorakan lagi erti pertarungan haq dan batil pada diri
individu masyarakat yang memerhatikan ketahanan mereka. Setiap hari,
pertarungan itu tiba ke kemuncaknya dalam diri individu – individu ini dan
mereka dengan berani mengambil keputusan untuk bersama – sama dengan jemaah
tarbiyah yang bertahan itu. Begitulah bilangan kumpulan dakwah ini terus
bertambah.
Mereka yang rosak nalurinya dan
para pengikut nafsu dan syahwat, lama kelamaan suara mereka semakin hilang,
pengaruh dan kekuasaan mereka mula merosot sedikit demi sedikit berdepan arus
harakah islam yang mengalir deras ini” (Rujukan : Manhaj al-Inqilab al-Islami, m/s 84 dan Muntalaq, bab
Al-Misak, m/s 189)
Teruslah melasso manusia dan
perkasakan tarbiyah, kerana akhirnya gerakan dakwah yang bekerja keras, dan
berterusan akan mematikan golongan yang perjuangan kebatilan. Berdoa agar
insiden ini tidak mengundang bala daripada ALLAH SWT dan menyeru agar umat
Islam berwaspada dengan racun-racun yang boleh merosakkan akhlak umat Islam.
Pesanan saya, jangan kecewa
jika di komen, ada sahabat handai anda yang bersetuju dengan k-pop dan
seangkatan dengannya, kerana sunnahnya Al-Haq ini, pasti ada sekelompok manusia
yang menentang, seperti mana Abu jahal, Abu lahab, firaun, Jalut, yang menetang
Al-Haq. Penentang ini akan ada sehingga kiamat. Yang pasti, Allah bersama Al-Haq (yang benar), dan Allah akan memenangkan Al-Haq
Wallahualam.
p/s : Nasihat saya pada yang ada blog (blogger), ada FB dan segala macam alat, viralkan/ sebarkan kebenaran, apa guna ada alat tapi menyorokkan, lebih teruk yang membisu, bayangkan jika di cepat sebarkan, berjayalah gerakan yang menggugahkan kebatilan, seperti mana penulisan Al-Banna, syed qutb dan ceramah - cerama Al-Maududi yang menggerunkan penyokong kebatilan. Moga Allah Redho
penulisan lain yang bagus : http://www.tarbiahsentap.com/2015/01/6-sebab-kenapa-kpop-haram.html
No comments:
Post a Comment