“Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan
dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T."
________________
Dialog Zainab Al Ghazali dengan suaminya
Zainab Al Ghazali:
"Ketika kita sepakat untuk menikah dahulu, ingatkah kau akan apa yang aku
katakan kepadamu tempoh hari?"
Suami:
"Tentu aku ingat, kau ajukan suatu syarat. Tetapi masalahnya sekarang aku
khuatir atas keselamatanmu, sebab sekarang kau sedang berhadapan dengan sizalim
itu (Jamal ‘Abdun Nasr)."
Zainab Al Ghazali:
"Aku masih ingat benar apa yang kuucapkan kepadamu, iaitu:
Kau sebagai calon suamiku harus tahu bahawa aku memikul sesuatu sepanjang
hidupku. Kerana kau sudah menyatakan persetujuan untuk menikahiku, maka
wajiblah aku untuk mengungkapkan kepadamu dengan harapan agar kau tidak akan
bertanya lagi tentang hal itu.
Tanggungjawab berat yang kupikul sekarang adalah kedudukanku selaku Ketua Umum
Jama’ah Assayyidat Al-Muslimat. Dan aku tidak akan melangkah mundur atau keluar
dari garis perjuangan ini. Aku yakin bahawa memang suatu waktu aku akan jauh
melangkah di medan da’wah sehingga akan terasa bertentangan dengan kepentingan
peribadimu dan kepentingan perniagaanmu bahkan dengan kepentingan kehidupan
suami isteri. Dan apabila yang demikian itu sudah sampai pada posisi sebagai
penghalang da’wah dan rintangan untuk mendirikan Negara Islam, nampaknya jalan
kita sudah menjadi saling bersimpangan.
Pada waktu itu kau menundukkan kepalamu ke tanah. Ketika aku angkat mukamu ,
aku lihat air matamu tertahan pada kelopak matamu.
si suami Lalu berkata,
“ Mintalah apa saja yang kau kehendaki!”.
Zainab Al-Ghazali :
"Namun aku tidak minta apa pun darimu, tidak juga mas kahwin yang biasa diminta
calon isteri dari calon suami. Lalu kau berjanji bahawa kau tidak akan melarang
aku untuk menunaikan tugas di jalan Allah….
Aku sudah bertekad akan mengesampingkan masalah perkahwinan dari hidupku, agar
aku dapat memusatkan perhatian sepenuhnya ke bidang da’wah. Dan kini bukanlah
maksudku untuk meminta kau turut serta dalam jihadku ini, melainkan adalah
hakku kiranya untuk meminta syarat darimu agar kau tidak melarangku berjihad di
jalan Allah. Dan apabila tanggungjawab meletakkan aku di barisan hadapan para
mujahiddin, janganlah engkau bertanya kepadaku apa yang aku lakukan.
Hendaknya antara kita dibina rasa saling percaya. Relakanlah isterimu ini yang
sudah menyerahkan dirinya untuk jihad fisabilillah dan demi berdirinya Negara
Islam yang sudah menjadi tekadku sejak berusia 18 tahun. Apabila kepentingan
perkahwinan berseberangan dengan kepentingan da’wah kepada Allah, maka
perkahwinan akan berhenti dan kepentingan da’wah akan terus berlanjut dalam
semua kegiatan dan kehadiranku…” Apakah kau masih ingat?"
Suami:
"Ya."
Zainab Al Ghazali:
"Kini aku mohon agar kau memenuhi janjimu itu. Jangan bertanya aku bertemu
dengan siapa. Dan aku memohon dari Allah agar pahala jihad ini dibahagi antara
kita berdua bila Dia berkenan menerima baik ‘amalku ini.Aku menyedari bahawa
memang hakmulah untuk memberikan perintah kepadaku untuk aku patuhi. Akan
tetapi Allah swt dalam diriku lebih besar dari diri kita dan panggilanNya
terasa lebih agung."
----------------------------------------------------------------------------------
Ukhti..
Mampukah antunna menjadi seperti Zainab Al Ghazali ini . . Tidak inginkah kita untuk
menjadi sepertinya . . Yang menyerahkan segala-galanya kerana dakwah . . Tatkala sudah berumah tangga, adakah kalian masih ada mindsetting seperti ini, untuk kita menjadi seperti dia?
Akhi,
Tidakkah kau ingin memiliki zaujah sepertinya . . Yang sentiasa bersama-samamu di
medan ini.. Yang memberikan pahala lebih kepadamu? Maka persiapkanlah diri di kau, juga antum sudah berumah tangga, berilah zaujah anda bergerak untuk menggerakkan dakwah ini.
Ikhwah wal Akhwat,
Kita mungkin bukan seperti mereka, tetapi kita berusaha untuk menjadi
seperti mereka.. Kita mungkin tidak mampu menjadi seperti Zainab itu.. Yang
diseksa, yang diherdik, di rentap, dibiarkan digigit dengan anjing, dibiarkan kelaparan, perempuan kottt.. Sungguh luar biasa pengorbanan dia.. Kita mungkin
tidak mampu menjadi seperti suami Zainab, yang merelakan isterinya berjuang
seperti itu.. Tetapi kita boleh meniru sedikit sifat itu.. Apakah ada beza
antara kita dengannya?.. Tidak ada beza.. Bezanya cuma suasana ketika itu.
Zainab Al Ghazali itu berada dipemerintahan Jamal Abdun Nasr sedang kita berada
di zaman kejahilan ummat yang berkecamuk.
Ikhwah wal Akhwat,
Marilah kita bersungguh-sungguh di atas jalan ini.. Diwaktu bujang, atau diwaktu sudah
menikah... Hanya sedikit orang yang faham seperti kita.. Jika kita tidak
bersungguh, siapa lagi yang akan perbuat... Paksakan diri, jauhkan diri, bermujahadah lah..
Janganlah kita berbuat alasan yang tidak-tidak..
Buat yang masih bujang. . . Sebelum menikah ini, all outlah segala-galanya.. Lepaskanlah penatmu
itu diatas jalan ini.. Jadikanlah itu sebagai latihan kita, moga-moga apabila sudah
menikah nanti.. Semangatmu masih lagi membara seperti sebelum menikah..
Kepada yang sudah menikah.. Teruskanlah perjuanganmu suami isteri.. kerana anda telah membina batu dakwah ketika individu muslim dahulu, kini anda kena buktikan baitul dakwah ini berhasil untuk membina masyarakat dakwah. Ya, ramai diluar sana memerhatikan Baitul dakwah yang anda imani, jika gagal, maka anda memberikan salah faham maksud baitul muslim itu. Teruslah
melaju dengan pantas.. Kerana kamu berdua sudah ada yang saling menguatkan..
Patutkah jika kita terus melemah sedang kita ada insan yang kita sayangi
bersama-sama dijalan ini...
Teruslah melaju wahai Ikhwah wal akhwat.. Tidak kira kamu diposisi mana.. Kuatkan
iman, kuatkan amal.. Kejayaan bersama kita.. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment