-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Thursday, January 1, 2015

Analisa : Banjir dan Bencana Alam



Analisa bencana Alam!

Baik, sebagai yang awal, saya treager anda dengan logik, jawab soalan ini :
     
     1)      Sebelum Rasulullah di utuskan, adakah pernah berlaku bencana Alam, atau azab Allah yang berkait dengan bencana alam?
   
    2)     Selepas Rasulullah di utuskan menjadi Rasul, ketika zaman bilakah bencana Alam berlaku?

Jawapan yang saya temui :
     
     1)      Untuk soalan pertama, adalah semua kebanyakan ummat nabi terdahulu kena bencana Alam, seperti bumi diterbalikkan untuk kaum Nabi Luth, Banjir ke atas ummat kaum Nabi Nuh, taufan untuk beberapa kaum Nabi yang lain, dan azab hujan batu ketika peristiwa tentera abraham. Anda perasan atau tidak, semua Rasul di selematkan. Soalan saya yang seterusnya, Kenapa para Daie (Rasul dan pengikutnya) selamat?
     
     2)     Saya buat kajian, mula berlaku banjir kilat di mekah selepas peritiwa zaman abbasiyah ke-2 (iaitu zaman kejatuhannya), persoalannya, kenapa tidak berlaku bencana Alam ketika zaman dakwah Rasulullah di mekah, madinah, zaman kahlifah, zaman umaiyah dan awal Abbasiyah??

Jawapan kepada soalan – soalan ini, anda sendiri akan rungkai selepas, habis memahami penulisan ini, dan anda sendiri kaitkan dengan bencana Banjir dan pelbagai bencana lagi yang sedang menguji kita.

Saya ulang, Ini adalah analisa!
____________________

Amaran! Untuk memahami isi ini, ia bukan menggunakan logik otak, tetapi berdasarkan Tarbiyah jepun, benda ghaib, yang hanya boleh diterima oleh hati punya Iman yang jernih, seperti mana orang yang hidupnya benar – benar yakin adanya syurga dan neraka.

Amaran kedua! Ia hanya boleh di fahami buat para Daie yang beramal

Amaran ketiga! Baca dengan mata hati, dan letakkan Al-Quran dan Hadis sebagai neraca sumber rujukan kita.

Amaran akhir! Analisa di bawah ini yang menggerunkan ini tidak dapat difahami oleh kebanyakan manusia. Dan sekali lagi, saya warning, ramai yang tidak pula bersedia untuk mempercayainya. Ia hanya difahami oleh du’ah sahaja. Lantas, selepas pemahaman ini, sepatutnya mereka mesti segera bangkit melaksanakan tugas nahi mungkar yang sedang berlaku, Laksanakan Tarbiyah dan Dakwah bersungguh - sungguh, supaya semua manusia selamat dari malapetaka hari tersebut.

Bagi muslim, mereka mempunyai satu kata putus dan pasti di dalam tafsirannya. Ia mengambil dari al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai neraca timbangannya, dan telah disimpulkan oleh Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab r.a. dengan satu perkataan yang menyeluruh tatkala beliau ditanya:

“Adakah sesebuah negeri itu boleh musnah padahal ia kelihatan makmur maju?”

Beliau menjawab: “Ya, apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang baik.” (1)

Allah S.W.T. sangat sayang kepada agama dan kehormatan hamba-hambaNya. Oleh itu, tatkala ummat ini dikuasai oleh golongan fasiq, Dia memberi peluang kepada mereka. Allah S.W.T. suka sekiranya ada sekumpulan hambaNya yang baik akan bersegera memperbaiki keadaan ini, melawan dan menjatuhkan golongan yang jahat itu demi untuk mengembalikan manusia ke pangkal jalan dan mengembalikan kemakmuran. Jika ada kumpulan yang segera merealisasikan usaha ini, Allah menyuruh para malaikat untuk menolong mereka dan membukakan pintu limpah kurniaNya, berkatNya dan taufiqNya kepada mereka.

Jika ini tidak berlaku, Allah akan memberi masa lagi dan terus memberi masa. Hingga bila golongan fasiq itu terus bermaharajalela dan orang baik pula terus takut dan bacul untuk menjalankan misi amar makruf nahi mungkar, ketika itu Allah akan tersangat murka. Apabila Allah murka, kemurkaanNya akan terkena kepada seluruh manusia sama ada yang jahat; kerana kejahatan dan kezaliman mereka, dan juga orang yang baik; kerana diam mereka, malas dan redha menjadi hina.

Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w membuktikan perkara ini sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-du’ah, Syeikhul Islam Taqiyuddin Ahmad Ibnu Taimiyah Al-Harrani ketika menjelaskan firman Allah S.W.T. :

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً

“Takutilah fitnah (azab bencana) yang tidak khusus, hanya menimpa orang-orang yang zalim saja di kalangan kamu..” (Al-Anfal 8:25)

Ibnu Taimiyah berkata:

“Sekumpulan salafussoleh telah membaca ayat tersebut dengan satu qiraat lain لتصيبن yang maksudnya:

“Azab  itu pasti akan menimpa khusus ke atas mereka yang zalim sahaja.”

Saya ulang, ia khusus hanya kena bencana Alam, dan Azab tersebut pada si Zalim sahaja!!

Persoalan, Siapa si Zalim tersebut?? Takpe, sambung analisa lagi . . .

Kedua-dua qiraat di atas betul kerana orang yang telah melampaui batas-batas Allah adalah termasuk di dalam kategori zalim. Manakala orang yang tidak menegah orang zalim dari kezaliman di sini ada dua kemungkinan. Kemungkinan pertama dia dianggap tidak zalim kerana dia tidak bersubahat dengan orang zalim itu. Kemungkinan kedua mereka juga dianggap zalim kerana tidak menegah orang zalim padahal perbuatan zalim itu wajib dihalang.

Sebagaimana firman Allah S.W.T. :

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ أَنْجَيْنَا الَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنْ السُّوءِ وَأَخَذْنَا الَّذِينَ ظَلَمُوا بِعَذَابٍ بَئِيسٍ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ

“Tatkala mereka melupakan apa-apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang­-orang yang melarang kejahatan dan Kami seksa orang­-orang yang zalim dengan azab yang keras, disebabkan mereka fasik.” (Al-A‘raf 7:165)

Lagi sekali, Allah senyapkan, siapakah si Zalim tersebut?? Sedangkan kita faham, ayat tersebut, Allah katakan, si zalim tersebut, kena azab seksa yang keras!

Allah menyelamatkan orang-orang yang menjalankan nahi mungkar dan menegah. Manakala mereka yang hanya benci pada dosa dan kejahatan dan berkata :

لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا اللَّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا

“Untuk apa kamu menasihati kaum yang Allah nak binasakan mereka atau menyiksa mereka dengan azab yang keras.” (Al-A’raf 7:164)

Sebahagian besar dari ulama’ menyatakan bahawa golongan kedua ini pun selamat kerana mereka itu benci kepada kejahatan dan menegah sekadar kemampuan mereka.

Woi anda!, apa anda rasa cukup bagus untuk kata di hadapan Allah kelak, “buat apa nak buat dakwah kat dia, dia tak kan berubah jugak!, Sedangkan si burung yang ketika mana cuba memadamkan api terhadap Nabi Allah ibrahim walaupun mereka tahu tidak mampu memadamnya, mereka at les ada hujjah di hadapan Allah telah berusaha! Anda buat apa??

Perhatikan, Manakala golongan yang tidak menyangkal langsung, maka mereka itu juga adalah termasuk dalam kategori zalim dan akan diazab, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوْا ظَالِمًا فَلَمْ يَأْخُذُوا عَلَى يَدَيْهِ أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمْ اللَّهُ بِعِقَابٍ مِنْهُ

“Sesungguhnya manusia, apabila mereka melihat si zalim dan mereka tidak menghalangnya, hampirlah Allah mengenakan mereka semua dengan azab daripadaNya(2)."

Hadis itu menyokong ayat di atas. Apa yang dimaksudkan di sini bahawa kedua-dua bacaan tersebut (dengan penafian dan pengesahan – nafi dan ithbat) boleh dipakai dengan makna:

“Bukan sahaja menimpa orang yang zalim dan melampau sahaja bahkan azab itu terkena juga sesiapa yang melihat kemungkaran tetapi tidak merubahnya.”

Manakala siapa yang membaca dengan qiraat : لتصيبن

“Pasti akan menimpa khusus orang yang zalim dari kamu sahaja” Maka akan termasuk dalam pengertian zalim ialah orang yang tidak menyangkal kezaliman sedangkan dia mampu berbuat demikian. (3)

Makanya, orang yang faham dia sepatutnya mampu buat dakwah sehabis baik, all out tapi tak nakk buat, dia sedang zalim pada dirinya sedangkan dia boleh buat lebih. Zalim hukuman yang Allah jelaskan dalam ayat di atas adalah, akan di timpakan azab yang maha pedih ke atasnya atas zalimnya dia kerana menyembunyikan Al-Haq!!

Di dalam tafsir ayat ini, Syed Qutb menyatakan bahawa Allah S.WT. menyebut balasan mereka yang melarang dari kejahatan ialah selamat.  Manakala balasan bagi mereka yang zalim pula ialah ditimpa azab yang keras. Mereka yang mengingkari di dalam hati sahaja dan tidak melarang dari kemungkaran, Allah s.w.t. tidak menerangkan kepada kita balasan mereka dan tidak memberitahu kita nasib mereka. Senyapnya Allah dari menceritakan nasib mereka merupakan satu balasan untuk golongan yang seperti ini.

Ya, senyapnya Allah satu perkara yang membahayakan, boleh jadi lebih parah dan teruk!!

Majoriti ulama’ yang memperkatakan tentang ayat ini telah menyatakan bahawa mereka yang mendiamkan diri itu akan diazab juga kerana sikap mereka itu. Kenyataan ini ada diterangkan dengan jelas oleh Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya.

Sebahagian ulama’ mensifatkan balasan itu sebagai ‘qanun azab jama’I’ dalam sunnatuLlah. Ianya adalah qanun yang menggerun dan menakutkan,  mendorong mereka yang tahu dan faham, atau menjadikan mana-mana orang yang berkuasa untuk segera mengubah kemungkaran yang sedang berlaku, supaya azab yang demikian tidak menimpa seluruh masyarakat. (4)

Ya, pointnya, segerakan beramal, amal dan amal. Jika tidak, Qanun Azab jamai akan tiba.

Umat Islam pada hari ini hanya tinggal Islam pada nama sahaja. Penyelewengan telah berlaku jauh. “Seseorang Islam itu sudah cukup untuk dikatakan menyeleweng apabila dia meninggalkan jihad di jalan Al­lah, melekat pada dunia, mencintai dunia melebihi akhirat, tunduk kepada syahwat dan tenggelam dalam maksiat, hingga mereka dihina oleh Allah dengan kegagalan yang paling besar kepada mereka dan menjadikan pimpinan mereka pada tangan golongan yang menyeleweng dan rosak.” (5)

Maka, penyelesaiannya :

Tidak ada jalan untuk melepaskan diri dari kepungan qanun azab Allah yang menggerunkan itu kecuali satu tingkap sahaja sekarang. Tingkap ini ialah amar ma’ruf, nahi mungkar, menentang ahli mungkar, berjalan di jalan dakwah dan menyeru manusia kepada solat (tarbiyah) serta tugas khalifah (dakwah) tunduk kepada syariat Allah.

Langkah di atas perlu dilaksanakan sebelum tibanya ‘qanun tamathul – persamaan’ qanun sunnatullah di alam ini yang akan membinasakan mereka. Sebelum mereka ditimpakan azab kerana melakukan maksiat-maksiat yang menyebabkan Allah membinasakan umat yang lalu.

“Sesuatu yang serupa itu mengambil hukum yang sama dengan yang serupanya. Apa yang terjadi kepada sesuatu, terjadi juga kepada apa yang sama dengannya. Mustahil dua perkara yang sama mempunyai hukum yang berbeza sebagaimana mustahilnya dua perkara berbeza sama hukumnya.

Qanun ini berlaku sama saja, ke atas individu atau bangsa-bangsa, hal dunia atau akhirat. Perkara ini ditunjukkan oleh al-Quran, di antaranya:

Firman Allah yang menerangkan apa yang berlaku ke atas kaum Yahudi Bani Nadhir, yang ditimpa azab dunia akibat kufur, memungkiri janji dan menipu Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang beriman :

هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِنْ دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ مَا ظَنَنْتُمْ أَنْ يَخْرُجُوا وَظَنُّوا أَنَّهُمْ مَانِعَتُهُمْ حُصُونُهُمْ مِنْ اللَّهِ فَأَتَاهُمْ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمْ الرُّعْبَ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُمْ بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ

“Dia yang mengeluarkan orang-orang yang kafir ahli kitab (Yahudi) dari kampung mereka, bagi kali pertamanya. Kamu tidak pernah menyangka bahawa mereka akan keluar, dan mereka pula merasai benteng-benteng mereka akan dapat melindungi mereka dari (seksaan) Allah. Allah datangkan (seksaan) kepada mereka dari luar jangkaan mereka dan dicampakkan ketakutan ke dalam hati mereka. Mereka robohkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan dengan tangan orang-orang Mukmin (dalam pertempuran). Maka ambillah pengajaran(iktibar) hai orang-orang yang berakal.” (Al-Hasyr 59: 2)

Perintah Allah supaya orang-orang yang berakal mengambil iktibar di dalam ayat: “Maka ambillah pengajaran(iktibar) hai orang-orang yang berakal”, jelas menunjukkan kepada ‘qanun persamaan’.

Begini, Dengan kata lain, ayat itu bermaksud, “Wahai orang-orang yang mempunyai akal yang ok! Perhatilah apa yang terjadi itu dan jaga-jaga supaya kamu tidak ditimpa azab yang sama sekiranya kamu berbuat perbuatan yang sama.” Sesungguhnya sunnatullah (undang-undang Allah) hanya satu dan ia berlaku kepada semua. Apa yang terjadi ke atas sesuatu akan terjadi ke atas sesuatu yang seumpama dengannya.

Jelasnya, arahan supaya mengambil pengajaran itu tidak ada faedahnya jika perkara perbandingan itu tidak menerima hukuman yang sama dengan hukum yang terkena kepada perkara yang seumpama dengannya (6).

Dalam kata lain, no point lah, kalau Allah cerita tentang Ummat terdahulu dan Azab yang menimpa mereka. Maksudnya, kalau kita tak buat kerja seperti ummat terdahulu, Nah, balasanya sama seperti Ummat terdahulu yang Allah sebut dalam Al-Quran tersebut. Faham ke?

Apabila muslim memahami ayat-ayat al-­Quran yang membuktikan kebenaran ‘qanun tamathul’ dan ayat-ayat yang mencela kaum yang jahat pada masa dahulu seperti Yahudi dan kaum lain kerana perbuatan jahat dan sifat-sifat hina mereka, maka muslim akan dapat faham bahawa kutukan adalah kerana perbuatan. Dan pembalasan itu akan pasti menimpa mereka juga sekiranya mereka melakukan perbuatan yang sama. Balasan buruk akan menimpa mereka sebagaimana yang telah menimpa orang-orang terdahulu. Mereka tidak boleh leka dengan hanya menjadi Islam pada nama, sedangkan mereka tidak beramal dan memsibghah diri mereka menurut kehendak Islam. (7)

Muhammad Iqbal rahimahullah menjadikan qanun ini sebagai sebahagian dari asas hidayah Islam. Beliau menjelaskannya di dalam kuliah kelima dari ceramah-ceramahnya yang pernah di adakan di Madras India:

“Semua bangsa dan kumpulan-kumpulan manusia akan dihukum terus mengikut amalan mereka semasa hidup. Kerana itulah al-­Quran banyak menyebut kisah-kisah terdahulu dan menyuruh kita berfikir pada apa yang telah dilalui oleh mereka dahulu dan sekarang.”(8).

Maka akhirnya, saya nasihatkan lagi sekali,

Qanun-qanun yang menggerunkan ini tidak dapat difahami oleh kebanyakan manusia. Mereka ini tidak pula bersedia untuk mempercayainya. Ia hanya difahami oleh du’ah sahaja. Sepatutnya mereka mesti segera bangkit melaksanakan tugas nahy mungkar yang sedang berlaku, supaya semua manusia selamat dari malapetaka hari tersebut.

Maka Ironinya, ramai ahli saintis, profesor, menyatakan berlaku bencana alam sebab sistem perparitan, pembalakan, sistem laut yang tidak ikut belanda. Namun, saya mengambil pendekatan Ruh, Jika Allah nak datangkan sedemikian walau hebat mana persediaan kita, Ia akan berlaku juga, ini kerana Allah menurunkan azab bemcana sebab daie yang tidak benar - benar beramal. Azab yang sama kena seperti ummat yang terdahulu.

Justeru, berdakwah dan beramal lah segiatnya, Rasul dan sahabat tiada kena bencana alam, sebab mereka all out beramal dakwah. Alam ini mengikut harakatnya (pergerakannya), maka jika manusia juga mengikut harakatnya yang sepatutnya (pergerakan tujuan hidupnya), Nescaya, bumi dan alam ini akan islam sepenuhnya.

__________________________________

(1)   Ibnu al-Qayyim, Al-Jawab alKafi li Man Su’ila ‘An al-Dawa’ al-Syafi, m.s. 45
(2)  Sunan Tarmizi, 10/320. Juga diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ahmad, Ibnu Abi Syaybah, Baihaqi dll. 
(3)  Ibnu Taimiyah, Majmu’ Fatawa, Juzu’ 17, m.s. 382
(4)  Majalah al-Tarbiyah al-Islamiah, tahun Keenam, m.s. 26
(5)  Ustaz al-Sawwaf, Ma’rakah al-Islamiah, m.s. 24
(6)  Titik tolak, Bab 3, Golongan Baik yang dibinasakan, m/s 50
(7)  Majalah al-Tarbiyah, Jilid 6, m.s. 26
(8) Kitab Muhammad Iqbal, Abdul Wahab Azam, m.s. 120

No comments:

Post a Comment