Analisa bencana Alam!
Baik, sebagai yang awal, saya treager
anda dengan logik, jawab soalan ini :
1) Sebelum
Rasulullah di utuskan, adakah pernah berlaku bencana Alam, atau azab Allah yang
berkait dengan bencana alam?
2) Selepas
Rasulullah di utuskan menjadi Rasul, ketika zaman bilakah bencana Alam berlaku?
Jawapan yang saya temui :
1) Untuk
soalan pertama, adalah semua kebanyakan ummat nabi terdahulu kena bencana Alam,
seperti bumi diterbalikkan untuk kaum Nabi Luth, Banjir ke atas ummat kaum Nabi
Nuh, taufan untuk beberapa kaum Nabi yang lain, dan azab hujan batu ketika
peristiwa tentera abraham. Anda perasan atau tidak, semua Rasul di selematkan. Soalan
saya yang seterusnya, Kenapa para Daie (Rasul dan pengikutnya) selamat?
2) Saya
buat kajian, mula berlaku banjir kilat di mekah selepas peritiwa zaman
abbasiyah ke-2 (iaitu zaman kejatuhannya), persoalannya, kenapa tidak berlaku
bencana Alam ketika zaman dakwah Rasulullah di mekah, madinah, zaman kahlifah,
zaman umaiyah dan awal Abbasiyah??
Jawapan kepada soalan – soalan ini,
anda sendiri akan rungkai selepas, habis memahami penulisan ini, dan anda
sendiri kaitkan dengan bencana Banjir dan pelbagai bencana lagi yang sedang
menguji kita.
Saya ulang, Ini adalah analisa!
____________________
Amaran! Untuk memahami isi ini,
ia bukan menggunakan logik otak, tetapi berdasarkan Tarbiyah jepun,
benda ghaib, yang hanya boleh diterima oleh hati punya Iman yang jernih,
seperti mana orang yang hidupnya benar – benar yakin adanya syurga dan neraka.
Amaran kedua! Ia hanya boleh di
fahami buat para Daie yang beramal
Amaran ketiga! Baca dengan mata
hati, dan letakkan Al-Quran dan Hadis sebagai neraca sumber rujukan kita.
Amaran akhir! Analisa di bawah
ini yang menggerunkan ini tidak dapat difahami oleh kebanyakan manusia. Dan
sekali lagi, saya warning, ramai yang tidak pula bersedia untuk mempercayainya.
Ia hanya difahami oleh du’ah sahaja. Lantas, selepas pemahaman ini, sepatutnya
mereka mesti segera bangkit melaksanakan tugas nahi mungkar yang sedang berlaku,
Laksanakan Tarbiyah dan Dakwah bersungguh - sungguh, supaya semua manusia
selamat dari malapetaka hari tersebut.
Bagi muslim, mereka mempunyai
satu kata putus dan pasti di dalam tafsirannya. Ia mengambil dari al-Quran dan
sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai neraca timbangannya, dan telah disimpulkan
oleh Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab r.a. dengan satu perkataan yang menyeluruh tatkala
beliau ditanya:
“Adakah sesebuah negeri itu
boleh musnah padahal ia kelihatan makmur maju?”
Beliau menjawab: “Ya, apabila
orang-orang jahat menguasai orang-orang baik.” (1)
Allah S.W.T. sangat sayang
kepada agama dan kehormatan hamba-hambaNya. Oleh itu, tatkala ummat ini
dikuasai oleh golongan fasiq, Dia memberi peluang kepada mereka. Allah S.W.T.
suka sekiranya ada sekumpulan hambaNya yang baik akan bersegera memperbaiki
keadaan ini, melawan dan menjatuhkan golongan yang jahat itu demi untuk
mengembalikan manusia ke pangkal jalan dan mengembalikan kemakmuran. Jika ada
kumpulan yang segera merealisasikan usaha ini, Allah menyuruh para malaikat
untuk menolong mereka dan membukakan pintu limpah kurniaNya, berkatNya dan
taufiqNya kepada mereka.
Jika ini tidak berlaku, Allah
akan memberi masa lagi dan terus memberi masa. Hingga bila golongan fasiq itu
terus bermaharajalela dan orang baik pula terus takut dan bacul untuk
menjalankan misi amar makruf nahi mungkar, ketika itu Allah akan tersangat
murka. Apabila Allah murka, kemurkaanNya akan terkena kepada seluruh manusia
sama ada yang jahat; kerana kejahatan dan kezaliman mereka, dan juga orang
yang baik; kerana diam mereka, malas dan redha menjadi hina.
Ayat-ayat al-Quran dan
hadis-hadis Rasulullah s.a.w membuktikan perkara ini sebagaimana yang
disebutkan oleh Imam al-du’ah, Syeikhul Islam Taqiyuddin Ahmad Ibnu Taimiyah
Al-Harrani ketika menjelaskan firman Allah S.W.T. :
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ
الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً
“Takutilah fitnah (azab
bencana) yang tidak khusus, hanya menimpa orang-orang yang zalim saja di
kalangan kamu..” (Al-Anfal 8:25)
Ibnu Taimiyah berkata:
“Sekumpulan salafussoleh telah
membaca ayat tersebut dengan satu qiraat lain لتصيبن yang maksudnya:
“Azab itu pasti akan
menimpa khusus ke atas mereka yang zalim sahaja.”
Saya ulang, ia khusus hanya
kena bencana Alam, dan Azab tersebut pada si Zalim sahaja!!
Persoalan, Siapa si Zalim
tersebut?? Takpe, sambung analisa lagi . . .
Kedua-dua qiraat di atas betul
kerana orang yang telah melampaui batas-batas Allah adalah termasuk di dalam
kategori zalim. Manakala orang yang tidak menegah orang zalim dari kezaliman di
sini ada dua kemungkinan. Kemungkinan pertama dia dianggap tidak zalim kerana
dia tidak bersubahat dengan orang zalim itu. Kemungkinan kedua mereka juga
dianggap zalim kerana tidak menegah orang zalim padahal perbuatan zalim itu wajib
dihalang.
Sebagaimana firman Allah S.W.T.
:
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ
أَنْجَيْنَا الَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنْ السُّوءِ وَأَخَذْنَا الَّذِينَ ظَلَمُوا
بِعَذَابٍ بَئِيسٍ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ
“Tatkala mereka melupakan
apa-apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang-orang yang
melarang kejahatan dan Kami seksa orang-orang yang zalim dengan azab yang
keras, disebabkan mereka fasik.” (Al-A‘raf 7:165)
Lagi sekali, Allah senyapkan,
siapakah si Zalim tersebut?? Sedangkan kita faham, ayat tersebut, Allah
katakan, si zalim tersebut, kena azab seksa yang keras!
Allah menyelamatkan orang-orang
yang menjalankan nahi mungkar dan menegah. Manakala mereka yang hanya benci
pada dosa dan kejahatan dan berkata :
لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا اللَّهُ
مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا
“Untuk apa kamu menasihati kaum
yang Allah nak binasakan mereka atau menyiksa mereka dengan azab yang keras.” (Al-A’raf
7:164)
Sebahagian besar dari ulama’
menyatakan bahawa golongan kedua ini pun selamat kerana mereka itu benci kepada
kejahatan dan menegah sekadar kemampuan mereka.
Woi anda!, apa anda rasa cukup
bagus untuk kata di hadapan Allah kelak, “buat apa nak buat dakwah kat dia, dia
tak kan berubah jugak!, Sedangkan si burung yang ketika mana cuba memadamkan
api terhadap Nabi Allah ibrahim walaupun mereka tahu tidak mampu memadamnya,
mereka at les ada hujjah di hadapan Allah telah berusaha! Anda buat apa??
Perhatikan, Manakala golongan
yang tidak menyangkal langsung, maka mereka itu juga adalah termasuk dalam
kategori zalim dan akan diazab, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوْا ظَالِمًا
فَلَمْ يَأْخُذُوا عَلَى يَدَيْهِ أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمْ اللَّهُ بِعِقَابٍ
مِنْهُ
“Sesungguhnya manusia, apabila
mereka melihat si zalim dan mereka tidak menghalangnya, hampirlah Allah
mengenakan mereka semua dengan azab daripadaNya(2)."
Hadis itu menyokong ayat di
atas. Apa yang dimaksudkan di sini bahawa kedua-dua bacaan tersebut (dengan
penafian dan pengesahan – nafi dan ithbat) boleh dipakai dengan
makna:
“Bukan sahaja menimpa orang
yang zalim dan melampau sahaja bahkan azab itu terkena juga sesiapa yang
melihat kemungkaran tetapi tidak merubahnya.”
Manakala siapa yang membaca
dengan qiraat : لتصيبن
“Pasti akan menimpa khusus
orang yang zalim dari kamu sahaja” Maka akan termasuk dalam pengertian
zalim ialah orang yang tidak menyangkal kezaliman sedangkan dia mampu berbuat
demikian. (3)
Makanya, orang yang faham dia
sepatutnya mampu buat dakwah sehabis baik, all out tapi tak nakk buat,
dia sedang zalim pada dirinya sedangkan dia boleh buat lebih. Zalim hukuman
yang Allah jelaskan dalam ayat di atas adalah, akan di timpakan azab yang maha
pedih ke atasnya atas zalimnya dia kerana menyembunyikan Al-Haq!!
Di dalam tafsir ayat ini, Syed
Qutb menyatakan bahawa Allah S.WT. menyebut balasan mereka yang melarang dari
kejahatan ialah selamat. Manakala balasan bagi mereka yang zalim
pula ialah ditimpa azab yang keras. Mereka yang mengingkari di dalam hati
sahaja dan tidak melarang dari kemungkaran, Allah s.w.t. tidak menerangkan
kepada kita balasan mereka dan tidak memberitahu kita nasib mereka. Senyapnya
Allah dari menceritakan nasib mereka merupakan satu balasan untuk golongan yang
seperti ini.
Ya, senyapnya Allah satu
perkara yang membahayakan, boleh jadi lebih parah dan teruk!!
Majoriti ulama’ yang
memperkatakan tentang ayat ini telah menyatakan bahawa mereka yang mendiamkan
diri itu akan diazab juga kerana sikap mereka itu. Kenyataan ini ada
diterangkan dengan jelas oleh Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya.
Sebahagian ulama’ mensifatkan
balasan itu sebagai ‘qanun azab jama’I’ dalam sunnatuLlah. Ianya adalah qanun yang
menggerun dan menakutkan, mendorong mereka yang tahu dan faham, atau
menjadikan mana-mana orang yang berkuasa untuk segera mengubah kemungkaran yang
sedang berlaku, supaya azab yang demikian tidak menimpa seluruh masyarakat.
(4)
Ya, pointnya, segerakan
beramal, amal dan amal. Jika tidak, Qanun Azab jamai akan tiba.
Umat Islam pada hari ini hanya
tinggal Islam pada nama sahaja. Penyelewengan telah berlaku jauh. “Seseorang
Islam itu sudah cukup untuk dikatakan menyeleweng apabila dia meninggalkan
jihad di jalan Allah, melekat pada dunia, mencintai dunia melebihi akhirat,
tunduk kepada syahwat dan tenggelam dalam maksiat, hingga mereka dihina oleh
Allah dengan kegagalan yang paling besar kepada mereka dan menjadikan pimpinan
mereka pada tangan golongan yang menyeleweng dan rosak.” (5)
Maka, penyelesaiannya :
Tidak ada jalan untuk
melepaskan diri dari kepungan qanun azab Allah yang menggerunkan itu
kecuali satu tingkap sahaja sekarang. Tingkap ini ialah amar ma’ruf, nahi
mungkar, menentang ahli mungkar, berjalan di jalan dakwah dan menyeru manusia
kepada solat (tarbiyah) serta tugas khalifah (dakwah) tunduk kepada syariat
Allah.
Langkah di atas perlu dilaksanakan
sebelum tibanya ‘qanun tamathul – persamaan’ qanun sunnatullah di
alam ini yang akan membinasakan mereka. Sebelum mereka ditimpakan azab kerana
melakukan maksiat-maksiat yang menyebabkan Allah membinasakan umat yang lalu.
“Sesuatu yang serupa itu
mengambil hukum yang sama dengan yang serupanya. Apa yang terjadi kepada
sesuatu, terjadi juga kepada apa yang sama dengannya. Mustahil dua perkara yang
sama mempunyai hukum yang berbeza sebagaimana mustahilnya dua perkara berbeza
sama hukumnya.
Qanun ini berlaku sama
saja, ke atas individu atau bangsa-bangsa, hal dunia atau akhirat. Perkara ini
ditunjukkan oleh al-Quran, di antaranya:
Firman Allah yang
menerangkan apa yang berlaku ke atas kaum Yahudi Bani Nadhir, yang ditimpa azab
dunia akibat kufur, memungkiri janji dan menipu Rasulullah s.a.w. dan
orang-orang yang beriman :
هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا
مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِنْ دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ مَا ظَنَنْتُمْ أَنْ
يَخْرُجُوا وَظَنُّوا أَنَّهُمْ مَانِعَتُهُمْ حُصُونُهُمْ مِنْ اللَّهِ
فَأَتَاهُمْ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمْ
الرُّعْبَ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُمْ بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ
فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ
“Dia yang mengeluarkan
orang-orang yang kafir ahli kitab (Yahudi) dari kampung mereka, bagi kali
pertamanya. Kamu tidak pernah menyangka bahawa mereka akan keluar, dan mereka
pula merasai benteng-benteng mereka akan dapat melindungi mereka dari (seksaan)
Allah. Allah datangkan (seksaan) kepada mereka dari luar jangkaan mereka dan
dicampakkan ketakutan ke dalam hati mereka. Mereka robohkan rumah-rumah mereka
dengan tangan mereka sendiri dan dengan tangan orang-orang Mukmin (dalam
pertempuran). Maka ambillah pengajaran(iktibar) hai orang-orang yang berakal.” (Al-Hasyr
59: 2)
Perintah Allah supaya
orang-orang yang berakal mengambil iktibar di dalam ayat: “Maka ambillah
pengajaran(iktibar) hai orang-orang yang berakal”, jelas menunjukkan
kepada ‘qanun persamaan’.
Begini, Dengan kata lain, ayat
itu bermaksud, “Wahai orang-orang yang mempunyai akal yang ok! Perhatilah apa
yang terjadi itu dan jaga-jaga supaya kamu tidak ditimpa azab yang sama
sekiranya kamu berbuat perbuatan yang sama.” Sesungguhnya sunnatullah
(undang-undang Allah) hanya satu dan ia berlaku kepada semua. Apa yang terjadi
ke atas sesuatu akan terjadi ke atas sesuatu yang seumpama dengannya.
Jelasnya, arahan supaya
mengambil pengajaran itu tidak ada faedahnya jika perkara perbandingan itu
tidak menerima hukuman yang sama dengan hukum yang terkena kepada perkara yang
seumpama dengannya (6).
Dalam kata lain, no point
lah, kalau Allah cerita tentang Ummat terdahulu dan Azab yang menimpa
mereka. Maksudnya, kalau kita tak buat kerja seperti ummat terdahulu, Nah,
balasanya sama seperti Ummat terdahulu yang Allah sebut dalam Al-Quran
tersebut. Faham ke?
Apabila muslim memahami
ayat-ayat al-Quran yang membuktikan kebenaran ‘qanun tamathul’ dan
ayat-ayat yang mencela kaum yang jahat pada masa dahulu seperti Yahudi dan kaum
lain kerana perbuatan jahat dan sifat-sifat hina mereka, maka muslim akan dapat
faham bahawa kutukan adalah kerana perbuatan. Dan pembalasan itu akan pasti
menimpa mereka juga sekiranya mereka melakukan perbuatan yang sama. Balasan
buruk akan menimpa mereka sebagaimana yang telah menimpa orang-orang terdahulu.
Mereka tidak boleh leka dengan hanya menjadi Islam pada nama, sedangkan mereka
tidak beramal dan memsibghah diri mereka menurut kehendak Islam. (7)
Muhammad Iqbal rahimahullah
menjadikan qanun ini sebagai sebahagian dari asas hidayah Islam.
Beliau menjelaskannya di dalam kuliah kelima dari ceramah-ceramahnya yang
pernah di adakan di Madras India:
“Semua bangsa dan
kumpulan-kumpulan manusia akan dihukum terus mengikut amalan mereka semasa
hidup. Kerana itulah al-Quran banyak menyebut kisah-kisah terdahulu dan
menyuruh kita berfikir pada apa yang telah dilalui oleh mereka dahulu dan
sekarang.”(8).
Maka akhirnya, saya nasihatkan
lagi sekali,
Qanun-qanun yang menggerunkan
ini tidak dapat difahami oleh kebanyakan manusia. Mereka ini tidak pula
bersedia untuk mempercayainya. Ia hanya difahami oleh du’ah sahaja. Sepatutnya
mereka mesti segera bangkit melaksanakan tugas nahy mungkar yang sedang
berlaku, supaya semua manusia selamat dari malapetaka hari tersebut.
Maka Ironinya, ramai ahli saintis, profesor, menyatakan berlaku bencana alam sebab sistem perparitan, pembalakan, sistem laut yang tidak ikut belanda. Namun, saya mengambil pendekatan Ruh, Jika Allah nak datangkan sedemikian walau hebat mana persediaan kita, Ia akan berlaku juga, ini kerana Allah menurunkan azab bemcana sebab daie yang tidak benar - benar beramal. Azab yang sama kena seperti ummat yang terdahulu.
Justeru, berdakwah dan
beramal lah segiatnya, Rasul dan sahabat tiada kena bencana alam, sebab mereka all
out beramal dakwah. Alam ini mengikut harakatnya (pergerakannya), maka jika
manusia juga mengikut harakatnya yang sepatutnya (pergerakan tujuan hidupnya),
Nescaya, bumi dan alam ini akan islam sepenuhnya.
__________________________________
(1)
Ibnu al-Qayyim, Al-Jawab
alKafi li Man Su’ila ‘An al-Dawa’ al-Syafi, m.s. 45
(2) Sunan
Tarmizi, 10/320. Juga diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ahmad, Ibnu Abi Syaybah,
Baihaqi dll.
(3) Ibnu
Taimiyah, Majmu’ Fatawa, Juzu’ 17, m.s. 382
(4) Majalah
al-Tarbiyah al-Islamiah, tahun Keenam, m.s. 26
(5) Ustaz
al-Sawwaf, Ma’rakah al-Islamiah, m.s. 24
(6) Titik
tolak, Bab 3, Golongan Baik yang dibinasakan, m/s 50
(7) Majalah
al-Tarbiyah, Jilid 6, m.s. 26
(8) Kitab
Muhammad Iqbal, Abdul Wahab Azam, m.s. 120