-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Saturday, September 27, 2014

Hati akhi... hati-hati

[Langkah bermula, Abu Ammar]

Akhi. . .

Jagalah hati mu, 

Aku ingatkan ini juga untuk ingatkan aku dan kamu,

Kerana Aku sayang niat, Iman Aku lah aku menulis, menegur Aku dan Engkau.

Kerana "hati" lah segala - segalanya akan hidup dan Mati.

Kerana hatilah, Allah terima atau tidak pandang amal kita.

Kerana hatilah, manusia terima atau menolak dakwah kita.

Jagalah "Hati" dengan sepunuh hati, dengan punuh hati-hati,

Risau engkau mati, putus asa dari jalan ini, risau engkau futur sehingga tidak kembali.

_______________________

Akhi,

Bagaimana pembinaan diri mu akhi? pembinaan Iman mu? di kau peduli kan ke akhi?

Hebat engkau bercakap, namun manusia tidak dapat fahami kata - kata mu, mungkin kerana hati mu sedang sakit akhi. Engkau sendiri tidak beramal dengan kata-kata mu.

Hebat engkau mentajmi', yang akhirnya satu langkah sahaja lagi untuk mengungkap kata -kata, "jom liqo' ", namun tidak terkeluar, mungkin Allah kelu kan lidah mu, kerana Hati mu munngkin tidak telus akhi.

Hebat di kau mentaqwin, namun mutarobbi mu masih tidak bergerak, dan tidak memahami lagi kata mu, mungkin tahajjud mu tiada akhi.

Di Siang hari, engkau terus bekerja, bermuayasyah, berjumpa manusia, namun masih tiada yang terkesan dengan mu, mungkin kerana lewat Dhuha mu akhi.

Di setiap malam, engkau padat penuh jadual malam mu dengan halaqah dan muayasyah, namun halaqoh berikutnya masih ada yang tidak datang dan assigmnt Liqo' masih anak - anak buah mu tidak di buat, mungkin kerana kurang rintihan mu pada Rabb akhi, kurang engkau menyebut nama - namanya dalam Doa mu akhi.

Di kau sering mengadu, melihat pembacaan anak buah mu seringkali tidak membaca kitab dan buku - buku, mungkin muhasabah buat mu akhi, bagaimana 1 juz' Al-Quran mu sehari? Engkau sendiri terlompong - lompong.

Di kau mungkin perlu lihat juga akhlak mu, husnuzon mu pada perancangan Allah dan melihat manusia. Barulah anak buah mu dan manusia sekeliling akan perbaiki Akhlaknya.

Dan mungkin, anak buah mu sering beralasan, kerana engkau selalu beralasan dengan Tuhan mu akhi, mungkin engkau masih bermain - main dengan jahiliyah dan maksiat akhi. Mungkin engkau bermain dengan taubat mu akhi. Nauzubillah.


" Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? "
 [ 2 :44]

Tidak kena setepek ke kamu dengan ayat ini?

Aku malu akhi, malu dengan Allah.

Malu kerana rasa tiada peningkatan diri dehadapannya barangkali.

Namun, Allah belum temukan syahid, kerana Allah sedang ingatkan agar segera kembali, jangan bertangguh tingkatkan diri, tarbiyah iman mu. Allah beri lagi nafas untuk engkau terus bangkit dan jaga Hak Tarbiyyh untuk di kau sendiri.


Farfirlana ya Rabb.

No comments:

Post a Comment