(إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ)
[Surat Al-Hijr : 9]
Tadabur skit.
Dalam ayat di atas, terjemahan Melayu lebih kurang;
"Sesungguhnya Kami yang menurunkan al Quran dan Kamilah yang menjaganya"
Ok, muqaddimah cikit. Al Quran mempunyai beberapa nama. Antaranya, Quran sendiri yang bermaksud
sesuatu yang dibaca. Atau nama lain nur, syifa, al kitab, piemisah antara Al-Haq dan Bathil dan bermacam lagi.
Setiap nama ini membawa mesej kefungsian al Quran yang berbeza, sesuai dengan
ruh namanya itu.
Ayuh, jump kepada penggunaan yang Allah guna dalam ayat di atas. Kali ini, Allah memilih menggunakan perkataan "az zikr". Allah memberi jaminan
untuk memelihara dan menjaga al Quran in the sense of Quran sebagai peringatan,
bukan helaian mushaf al Quran.
Faham ke?
Apa pula maksudnya peringatan? Baik begini, nak mudahkan, peringatan itulah dakwah. Maknanya, dalam ayat tersebut, Allah sedang memberi tahu bahwa Allah akan memelihara dakwah di muka bumi ini,
meskipun kita menolaknya.
walaweh.
Yang lebih macho,
Memandangkan islam bukan agama ajaib, tetapi sangat praktikal, az zikr ini
tidak boleh stand alone, ia pasti didokong oleh manusia di muka bumi.
Maka dapat kita simpulkan juga dalam ayat ini, Allah nak bagi tahu, bukan sahaja
az zikr Allah akan pelihara, tetapi mereka yang mendokong dan memastikan az
zikr terus berlegar dalam umat manusia hari ini. Allah akan pastikan akan ada sang daie! Allah akan pastikan pembawa risalah itu akan terus wujud!
Jadi buat kita yang mahu hidup dalam pemeliharaan Allah, rahsianya adalah
dengan memelihara az zikr, sampaikan kepada yang lain. Berdakwah lah kalian !
Subhanallah
Jika mahu dapat pemeliharaan-Nya, berdakwahlah!, Lasso lah!, binalah manusia!
Serius nikmat. nyam nyam...
wallah hua'alm
No comments:
Post a Comment