-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, October 1, 2014

Sesal kemudian hari dalam pepatah melayu tu apa ye?



   ãAqà)tƒ ÓÍ_tGøŠn=»tƒ àMøB£s% ÎA$uptÎ: ÇËÍÈ   7Í´tBöqusù žw Ü>Éjyèムÿ¼çmt/#xtã Ótnr& ÇËÎÈ   Ÿwur ß,ÏOqムÿ¼çms%$rOur Ótnr& ÇËÏÈ  

Berkata : "Alangkah baiknya kalau Aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!", Maka pada hari itu tiada sesiapapun Yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah. Dan tiada sesiapapun Yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya.

[Al-Fajr : 24 – 26]

Sesal!

Dalam tafsir Al-Azhar, perkataan ( ÓÍ_tGøŠn=»tƒ ) dalam ayat ke-24, membawa maksud, “penyesalan yang tidak mungkin dapat kembali semula ke dunia”,

seperti kita sedang berkata , "Aduhh, menyesalnya aku tak bersungguh beramal dakwah gila -  gila dulu, menyesal betul tak all out dalam setiap masa masa hidup dulu, serius Ya Allah, kau bagi aku sejam hidup semula pun, cukuplah aku akan buktikan amal yang terbaik, dalam masa yang singkat itu, aku akan melakukan setiap 60 minit itu semua amalan, dan semua tu juga amalan yang terbaik (muntij), kembalikan aku semula ya Allah...."

Jawapannya : "No"

sebelum semua itu Chectmate! maka, 

Bersedialah dengan amal, dan hujah - hujah yang akan di dakwa oleh seluruh manusia yang pernah kamu temui, yang pernah mereka melihat engkau pergi program tarbiyah tapi tak pernah meng-offer padanya,

Bersedialah di tayang semua jahiliyah dan maksiat yang kau nyorokkan daripada manusia, tetapi Allah melihat dan makhluk lain memyeksikan (seperti dinding, bajua yang anda guna, hp, laptop dll menjadi saksi), ketika itu penyesalan tidak berguna...,

"Lah, macam ni rupanya enkau wahai sang daie!, Dah tahu dosa pun buat lagi, dan ulang lagi.. dan lagi..!,

"peh.. buat benda sia - sia lagi, tidur berlebihan daripada manusia yang suka study dan kuat bekerja untuk dunia, tu lagi ok seh daripada tido je, ok apa, at les Aku buat sesuatu, berkata sang manusia awam itu".

Allah hu,

Risau untuk menulis lagi, 

Yang tinggal hanya amal yang boleh menyelamatkan kita,

Hanya amal lah yang akan membicarakan tentang kita,

Hanya Amal lah yang boleh mengubah manusia, tidak cukup sekadar doa, kerana Rasulullah dan para sahabat juga berusaha bersungguh. Cukuplah seerah menjadi saksia akan amal mereka.

Hanya Amal lah yang boleh mematikan hujah manusia, ketika mana mereka akan mendakwa, "kenapa sekadar cakap, kenapa sekadar doa, kenapa tidak tarik aku dengan amal - amal mu"

Kerana qudwah daripada Rasulullah jugalah, baginda turun ke padang dengan beramal, bersama dalam saff peperangan, memakai baju perang untuk beramal, di uji dengan segala mehnah, kerana baginda beramal.

Tidak cukup sekadar sedeqah harta dan Infaq harta, siapa yang akan sentuh hati manusia? siapa yang akan turun ke medan mengubah manusia? itulah ia, amal dan bekerja terus bekerja.

Beramal lah selagi masih ada di dunia!!

Agar tidak menyesal seperti ayat Al-Quran di atas.

Supaya tiada penyesalan di hari muka. Beramallah seperti esok akan tiada.

“Dan (sungguh ngeri) sekiranya Engkau melihat ketika orang-orang Yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar Dengan sejelas-jelasnya (akan Segala Yang Kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah Kami ke dunia supaya Kami mengerjakan amal-amal Yang baik; Sesungguhnya Kami sekarang telah yakin".
[ 32 : 12 ]

penyesalan yang tidak mungkin dapat kembali semula ke dunia”

_____________________

Woi, dah tu, pergilah beramal!!


No comments:

Post a Comment