-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, September 10, 2014

Madu oh madu'




Buat mereka yang bekerja..

Seminggu sudah berlalu.

Lasso itu,

Aku lihat, tinggal 3 minggu lagi sebelum semakin sesak, sebelum semakin banyak tarikan yang mengawan kehidupan mereka, sebelum semakin banyak verses dan pertembungan perlu di sisihkan, sebelum semakin banyak masa dan tenaga perlu di kerahkan, sebelum banyak alasan mula diberikan sama ada dari si mangsa atau yang bekerja, sebelum lebih banyak bisiskan – bisikan syaitan dan malas datang, dan sebelum kita mengambil keputusan untuk berkata, tiada harapan dan dah lewat, maka tunggulah setahun lagi (mengulangi kesilapan lepas)

Lihat sahajalah,

Seminggu selepas orentasi, malam – malam mereka di isi dengan pelbagai magnet dan tarikan,

Isnin   : Suai kenal antara Junior dan senior
Selasa : Suai kenal dengan AJK kolej dan juga aktiviti – aktiviti kolej
Rabu   : Dialog mesra bersama TNc

Hujung minggu ini, pemilihan untuk sukan kampus

Minggu hadapan, tawaran dari persatuan kampus pula, Pelapis, sukses, silat menyilat.

Tawaran yang terus berjalan, Couple, hamba projek, assigmnt, tutorial, aktiviti persatuan luar kampus, shopping kompleks, balik kampong hujung minggu, sedara mara kahwin, reunion satu sekolah lama, bakti siswa dll

Semua di atas perkara yang baik selagi mana mendatangkan manfaat buat ummah. Selagi mana kita lihat membantu untuk memberikan kefahaman pada TnD. Aku lihat tiada, kerana agenda di sana tidak sama agenda dakwah kita.

Jika kita menampal poster untuk menyewa kenderaan, mudah sahaja orang cari dan perlukan?

Jika, si senior, meng-offer nota-nota, berlumba manusia meng-gila membutuhkannya?

Jika, tawaran perniagaan datang, diceritakan keluar sedikit modal duit, masa dan tenaga, tapi keuntungan dalam bentuk wang berlipat ganda, ramai yang sanggup dan mencabar diri?

Jika, universiti menganugerahkan, anugerah dekan pada student top, ramai yang tekun dan pulun sehabis-habisnya menjadi robot dan hamba akademik semata?

Jika, di kejutkan dengan tidak aktif kolej, persatuan, akhirnya tidak dapat sijil, rasa tidak tenang pada masa depan?

Ah . . . mudahnya, si hati ini di bolak balikkan dengan dunya....

Apakah tujuan hidup mu sedara?

Namun, kenapa tarbiyah lebih lambat datang meng-offer?

Kenapa core bisness itu tidak seserius tawaran – tawaran lain yang tiba?

Al-Banna sebut dalam Majmu' Rasail, bab Muktamar khamis berkenaan ciri - ciri dakwah ikhwah, salah satunya, "Dakwah ikhwan mudah diterima dan tersebar dalam kalangan pemuda".

Kena setepek, muhasabah kita, kenapa belum berjaya menang di hati madu' kita tentang fikrah yang kita bawa, adakah kita sudah betul - betul mengimaninya sehingga setiap tahun, kita jugalah yang masih kena turun bekerja, melasso semula adik-adik baru, mana pelapis!!
Jika anda sebaliknya, Tahniah anda ikhwan.

Ketika anda baca ini, masih berbaki 3 minggu 4 hari lagi.

Ikhwah wal Akhwat, Selamat menuruskan sunnah terbesar ini, selamat face the real perjuangan. Tidak ramai yang sanggup berhadapan dengan keimanan pada "yang Ghaib", kerana anda beriman pada yang Ghaiblah anda terus gembira sebenarnya, tatkala Allah tidak pernah terlupa dan leka walaupun sedetik usaha anda.

Ya, Janji Allah itu pasti buat mereka yang semata-mata membantu ad-Deen nya!! Allah kira setiap hela nafas kamu di atas jalan Tarbiyah dan Dakwah ini! setiap degupan jantung nadi mu!


No comments:

Post a Comment