Buat Akh yang bakal menerima ku,
Akhi,
Nikmat Tarbiyah dan Dakwah inilah telah memberikan hidup ini penuh bermakna, bila merasai kasih sayang Allah melalui nikmat ini.
Ketika mana, Ana membedah tafsir Ibnu Kathir berkenaan surah Al-Mudathir ini, dalam Liqo', ini yang ana temui dalam khazanah ilmu, ini juga harapan, bila kita di izinkan ber-BM kelak, namun hadamkanlah ia terlebih dahulu..
Akhi,
Pernahkan akhi menghadami ruh surah Al-Mudathir?
Apakah yang akhi harapkan dengan ber-Baitu lMuslim kelak?
Masih samakah lagi, kefahaman mu untuk berkeluarga sebelum mengikuti tarbiyah dan selepas bersama atas jalan Tarbiyah dan Dakwah ini?
Moga perkongsian ini, menambahkan Himmah, Hammasah buat akhi dan diri ku ini, serta dirasai oleh keluarga besar dan anak - anak kita kelak, sehingga terbina masyarakat islam yang kita idamkan, sehingga akhirnya menyumbang kepada Ustaziatul Alam.
_____________________
Akhi,
Di awalan bahagian Ruh surah Al-mudtahir itu sendiri, mensyuruh kita agar melakukan dakwah gila - gila, ketika mebedahi surah ini, ana menjumpai satu hadis yang sangat membekas dalam diri, jika ketika kita bergerak berseorangan kita telah padu hebat dalam Dakwah ini, sehingga makan, minum, pakaian dan tempat tinggal kita, kita tidak sempat ingat akan diri kita sendiri kerana madu' kita, Maka apabila telah berbaitul Muslim kelak, maka seharusnya menjadikan ia Baitul Dakwah yang hidup dan Mati kita untuk Dakwah ini.
Melihat kelibat seorang sahabat Rasulullah yang mengembirakan ana akan kisahnya, ketika Baginda sedang bermuayasyah dengan para sahabat, di tegurnya Banginda ke hati Abu Dzar dengan satu hadis ketika turunnya surah Al-Muadathir ini, Abu Dzar ini merupakan salah seorang sahabat nabi yang tinggi cita - citanya, Taiko dalam Amalnya, bila makcik hidayah menerpanya, beliau menggenggam seeratnya, dan bersungguh itqan dalam bekerja, sehingga pernah berjaya mentarbiyah, pada awalnya hanya seorang sahaja iaitu Abu Hurairah, kemudian berjaya mentarbiyah satu kaumnya. (untuk lebih details tentang beliau, Daei itu seharusnya telah hadam buku 65 sahabat, ana kira akhi telah mengahadamnya untuk diceritakan pada anak - anak kelak dengan kisah - kisah sahabat yang hidup dan juga seerah Raheeq al-Makhtum)
Akhi!
Rasulullah sedang menuturkan hadis power ini, pada orang yang kita tahu telah buat beramal sehabis baik, bukan buat sekadar untuk lepas tangan, jauh sekali untuk bermain - main kerana risaukan azab Allah dan mengharapkan janji Syurga-Nya kelak, itupun Rasulullah masih sebut, :
"ketahuilah, jika kamu nampak/ rasa apa aku rasa, nescaya ...
Engkau tiada masa untuk berlebihan tidur,
Engkau tiada masa untuk gelak ketawa,
Engkau tiada masa untuk berchating mesej sia-sia,
Engkau tiada masa untuk pergi membeli belah hujung minggu berkilometer jauhnya,
Engkau tiada masa untuk bersuka-suka bersama isteri apatah lagi,
Engkau tiada masa untuk, melakukan dosa, maksiat di depan dan belakang manusia,
Engkau tiada masa lagi, untuk sekadar jadi keyboard warrior,
Engkau tiada masa lagi, untuk menonton movie, bermain komputer,
Engkau tiada masa lagi, untuk pergi McD beli peluru bunuh saudara kita,
Engkau tiada masa lagi, untuk berputus asa, hanya bersusaha dan berusaha kerja kita,
Engkau tiada masa lagi, untuk fikirkan diri sendiri, hanya untuk ummat manusia,
Engkau tiada masa lagi,untuk membuang masa, berkhayal benda sia - sia apatah lagi berdusta,
Engkau tiada masa lagi, mengharapkan pada manusia, tapi pada Janji Allah yang pasti,
Engkau tiada masa lagi, untuk tidak menerima dakwah itu, kerana kita yang memerlukan dakwah ini,
Engkau tiada masa lagi, fikirkan benda yang remeh, kerana setiap saat engkau akan melakukan perkara yang besar.
Engkau akan banyak menangis dan Rapat dengan-Nya.
Engkau tiada masa lagi, untuk meraih dan mengejar keuntungan dunia sahaja.
Engkau tiada masa lagi, untuk berlengah melaksanakan tugas Syahadatul Al-Haq itu,
Akhi,
Ketahuilah juga, ganjaran golongan awal ini, tidak sama dengan mereka yang berikutnya... Di fasa Mekah juga ada keluarga dakwah seperti Khadijah, Sumayyah, Abu bakar dan anak - anaknya. Moga kita juga menjadi keluarga dakwah yang awal, yang hidup dan matinya untuk Tarbiyah dan Dakwah.
Sebulan yang akan datang kita tidak ketahui apa yang akan terjadi. Mungkin dalam sebulan ini, Allah telah tetapkan ajal kita, sebelum tiba masa hari akad nikah, sesungguhnya ana sangat tidak sabar hendak berjumpa dengan Allah... tetapi bila melihat amal diri sendiri rasa takut pula datang berjumpa dengan Allah... Allah hu..
Akhi,
Ana berdoa minta Allah persiapkan diri ini untuk dakwah dan ana minta Allah kurniakan ana mati syahid. Namun, selepas itu, Allah takdirkan proses BM ini berlaku, dan ana bermuhasabah, "Adakah Allah nak persiapkan diri ana untuk Dakwah dengan ber-BM ini?", Ana putuskan untuk meneruskan Baitul Dakwah ini, sebab ana thiqah dengan pegangan fikrah dan kehidupan Tarbiyah dan Dakwah akhi, kemudian ana tawakkal kepada Allah dengan sangat yakin. Ana yakin, Allah pasti telah menentukan yang terbaik untuk ana terus thabat atas jalan dakwah dan thabat dengan fikrah Tarbiyah dan Dakwah ini.
Akhi,
Harapan ana sangat besar dengan Baitul Muslim yang bakal didirikan ini, agar lebih melaju dalam Tarbiyah dan Dakwah ini. Akhi juga mempunyai harapan yang sama. Tatkala ini, kita harus perbanyakkan doa, moga Allah menjadikan Baitul Dakwah ini wasilah yang mengikat diri kita dengan Tarbiyah dan Dakwah lebih kuat lagi.
Allah yang Maha berkuasa sahajalah yang mampu menentukan apa sahaja untuk kita seperti mana kehendaknya.
Moga Allah memelihara niat yang benar hanya kerana Tarbiyah dan Dakwah kita ber-BM. Moga juga, Allah memilih kita untuk bersama Rasulullah dan sahabat, untuk bersama di hari esok.
No comments:
Post a Comment