Oh Thaif
أللهم
إليك أشكو ضعف قو تى ، وقلة حيلتي ، وهو ا ني على النا س ، يا أرحم الر ا حمين ،
أنت رب المستضعفين ، وأنت ربي ، إلى من تكلنى ؟ إلى بعيد يتجهمني ؟ أم إلى عد و
ملكته أمري ؟ إن لم يكن بك علي غضب فلا أبلى ،
ولكن عا فيبك هي أو سع لى ، أعو ذبنو ر و جحك الذي أشر قت له الظلما ت ، وصلح عليه
أمر الد نيا والآ خرة من أن تنزل بي غدبك ، أو يحل علي سخطك ، لك العتبي حت تر ضى
، ولا حو ل ولا قو ة إلا بك.
“Ya Allah, kepadaMu juga aku
mengadukan kelemahan kekuatanku, kekurangan siasatku dan kehinaanku di hadapan
manusia. Wahai Yang Paling Pengasih, Engkau adalah Rabb orang-orang yang lemah,
Engkaulah Rabbku, kepada siapa hendak Kau serahkan diriku? Kepada orang jauh
yang bermuka masam kepadaku, ataukah musuh yang akan menguasai urusanku? Aku tidak peduli asalkan Engkau tidak murka kepadaku, sebab
sungguh teramat luas afiat yang Engkau limpahkan kepadaku. Aku
berlindung dengan cahaya wajahMu yang menyinari segala kegelapan dan yang
kerananya urusan dunia dan akhirat menjadi baik, agar Engkau tidak menurunkan
kemarahanMu kepadaku atau murka kepadaku. Engkaulah yang berhak menegurku
hingga Engkau redha. Tidak ada daya dan kekuatan selain denganMu.”
Ohhoi.
Itu adalah Sabda Nabi S.A.W yang
berbentuk doa yang sungguh menyayat hati tatkala baginda keluar dari Thaif dan
singgah sebentar di sebuah kebun anggur milik Utbah dan Syaibah. Ketika itu
baginda merasakan perasaan duka dan lara yang memenuhi hatinya kerana penduduk
Thaif menolak sama sekali da’wah baginda kepada mereka. Bahkan tolakan mereka
diikuti pula dengan cercaan dan maki hamun serta lemparan batu kepada baginda
dan Zaid bin Haritsah yang menemani baginda. Di sini diperlihatkan satu bentuk
mehnah psikologi dan mental yang amat berat buat Murobbi agung, baginda
sehinggakan baginda S.A.W. dalam satu hadith riwayat Al-Bukhari dengan sanadnya
dari Urwah bin az-Zubair daripada Aisyah r.a menyatakan bahawa ia merupakan
saat yang paling berat dalam hidup baginda. Di dalam teks Raheeq Makhtum
diceritakan bagaimana penduduk Thaif dari golongan hamba sahaya, anak-anak
kecil dan orang-orang jahat dari kalangan mereka mengekori beliau sehingga tiba
ke kebun anggur itu, iaitu kira-kira tiga batu dari bandar Thaif sambil mencaci
dan melemparkan batu kepada baginda dan Zaid. Ikhwah bayangkan dari semua
lapisan manusia membuli, mencerca, meraging para Duat dan pembulian tersebut
bukan sekejap, namun jauh dari Thaif hingga ke kebun… Allah hu. Pada ketika itu
dikisahkan terumpah baginda yang basah dengan lelehan darah sedang Zaid bin
Haritsah mengalami luka-luka yang amat banyak di kepala dan badannya demi
melindungi Rasulullah S.A.W. Tahukah anda, berapakah umur Zaid ketika itu?? Sangat
muda terjebak dalam gerabak Tarbiyah dan Dakwah ini, Justeru, jangan di banding
usia Tarbiyah seseorang, yang penting amalan terhadap kefahamnnya itu.
Dakwah baginda di Thaif ini merupakan
satu contoh daripada sirah baginda yang luas bagaimana manusia sanggup
bertindak dalam menentang da’wah islam yang mengakui kekuasaan Allah S.W.T dan
segala ruang lingkup kehidupan yang berteraskan kebenaran akidah islam.
Demikianlah keadaan baginda dalam
usahanya untuk menyampaikan risalah islam kepada umatnya. Baginda menempuhi
mehnah, tribulasi yang hebat namun baginda tetap bersabar dan tidak pernah
sekalipun berputus-asa melainkan terus menerus memanjatkan doa kepada Allah
S.W.T agar diberikan kekuatan kepadanya. Beginilah karakteristik yang
ditonjolkan oleh Nabi S.A.W kepada umatnya yang ingin membawa dan menyambung
usaha da’wahnya di muka bumi ini. Atas kesedaran yang jelas bahawa tugas ini
adalah tanggungjawab setiap individu muslim dalam apa jua keadaan dan situasi,
haruslah usaha dan kefahaman itu dialurkan dengan tukjukan dari da’wah Nabi
S.A.W. serta segala sunnahnya dalam da’wah. Itulah langkah da’wah yang panjag
tetapi asli, langkah yang jauh tetapi pasti. Bahkan, dapat kita ambilkan
sebagai pengajaran akan sikap Nabi yang tidak menyetujui akan cadangan malaikat
Jibril dan malaikat penjaga gunung untuk meratakan – Akhsyabaini.
Sebaliknya baginda mengharapkan agar
Allah S.W.T mengeluarkan dari kalangan mereka yang menyembah Allah dan tidak
menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun. Di dalam keadaan baginda yang kesedihan
dan kedukaan, baginda tetap mengharapkan kebaikan dari mereka. Itulah satu
bentuk pemikiran yang ideal bagi para da’ie yang ingin memperjuangkan kalimah لاإله إلاالله di muka bumi ini. Tindakan Rasulullah ini merupakan satu bentuk
tindakan yang memaparkan rasional Rasulullah yang tetap berfungsi dalam keadaan
yang mana emosi baginda terganggu. Inilah yang diperlukan dalam diri da’ie;
rasional dalam apa jua keadaan, selari dengan sabda baginda S.A.W :
لا يؤ من أحدكم حت بكون هواه تبعا لما جئت به
untuk umatnya tidak mengikut hawa nafsu.
Begitulah yang dimahukan oleh baginda bagi mereka yang mendukung Ad-Deen Allah
ini agar senantiasa memupuk rasa belas kasihan kepada mereka yang tidak
memahami Ad-deen ini dan agar kita terus menerus memohon dari Allah agar
kebaikan dikeluarkan dari sisipan kezaliman dan kejahilan mereka.
Kata-kata baginda di dalam doa tersebut
merupakan kata-kata yang mengharapkan redha Allah semata-mata. Kata-kata yang
menggambarkan kelemahan manusia serta rayuan dari kekuasaan Allah yang Maha
Penyayang dan Maha Pengasih agar menghulurkan kekuatan dan keteguhan iman. Doa
tersebut juga menggambarkan kebergantungan Rasulullah S.A.W kepada kurniaan dan
afiat Allah S.W.T. serta harapan yang menggunung tinggi agar tidak dimukai
Allah S.W.T.
Beginilah kehendak Allah S.W.T daripada
hamba-hambanya agar merasakan kelemahan diri yang hina ini di hadapan kekuasaan
Allah S.W.T yang mana disampaikan daripada perbuatan Rasul-Nya. Tatkala tiba di
kata-kata :
إن
لم يكن بك علي غضب فلا أبلى ,
Tergambar satu bentuk perasaan dan pemikiran
yang secara terang-terang menyerlahkan peribadi Nabi S.A.W yang ikhlas kerana
Allah, tanpa mengharapkan apa-apa melainkan redha Ilahi. Di sinilah
terpancarnya satu sifat yang amat penting buat para da’ie yakni ikhlas kerana
Allah, redha dengan segala tribulasi dan ujian asalkan Allah S.W.T tidak murka
kepada diri kita. Di sini juga Rasulullah menunjukkan himmah dan keazaman yang
tinggi dalam menyebarkan agama islam yang suci ini. Haruslah bagi kita yang
ingin membawakan agama ini menyedari bahawa jiwa, perasaan suka-duka, dan diri
kita ini adalah untuk membawa amanah yang besar ini, amanah yang tidak sanggup
dipukul oleh bumi dan gunung-ganang melainkan manusia yang zalim lagi bodoh.
Segala usaha kita hanyalah untuk menggapai redha-Nya dan atas setiap musibah
yang menimpa, kita juga turut redha dengan kehendak Allah S.W.T.
Perkara pokok yang harus disedari oleh
para da’ie adalah jalan da’wah ini tidak pernah lengang dan sunyi dari ujian
dan dugaan. Inilah jalan yang sukar tapi pasti. Inilah jalan yang sakit tapi
syurga menanti, Inilah jalan yang sesak dada terasa sempit tapi pintu Syuhada
terbuka.
Oleh kerana itulah harus disemai sifat
rela berkorban, bermula dengan kehendak dan himmah yang tinggi dari dalam diri
demi tertegaknya kalimah لاإله إلاالله di segenap pelusuk muka bumi. Itulah
pengorbanan jiwa dan fizikal yang dipaparkan oleh Rasulullah dalam kata-katanya
itu. Ini selaras dengan kata-kata Imam al-Banna:
•
يبْذل كلّ
مَالِه ، وَكُلَّ دَا مِه، وَكُلَّ نَفسِه ، فِى جهَا دِ سَبيلى عَقِيدَةِ التِى
امَنَ بهَا
“Seseorang yang mengorbankan harta, darah
dan semua nafasnya utk membela akidah yang di yakininya, dan ia menjalani kehidupannnya
kerana akidahnya itu”
Di dalam Fiqh Sirah karangan Muhammad
Sa’id Ramadhan al-Buti, beliau menyatakan :
Di dalam do’a restu baginda ke hadrat
Ilahi ketika baginda berehat dan penat lelah di pokok-pokok di dusun anak-anak
Rabi’ah nampak sekali kelemahan dan keperluan manusia kepada pertolongan Ilahi
dan inilah pengakuan kehambaan manusia kepada Tuhan Rabbul ‘Alamin; Di dalamnya
juga menampakkan pengaduan RasuluLlah kepada Allah Subhanahu Wataàla di samping
merestui pertolongan dan kurniaannya, juga terbayang kegelisahan apakah ini
suatu kemurkaan dari Allah kerana sesuatu perintah yang telah terlanggar. Oleh
yang demikian di antara do’a restu baginda “Sekiranya ini tidak mendapat
murka maka tidaklah hamba hiraukan”.
Di sini digambarkan oleh Sa’id Ramadhan
al-Buti bagaimana Rasulullah mengajarkan kepada umatnya untuk mengakui
kehambaan kepada Allah S.W.T. dan kebergantungan dengan-Nya seperti yang
dibincangkan sebelum ini.
Demikianlah sifat-sifat yang terpapar di
dalam sirah Nabi pada ketika baginda memanjatkan doanya itu kepada Allah S.W.T
yang Maha Mendengar. Kasih terhadap mereka yang di da’wahi, bersabar atas ujian
dan dugaan, redha dengan ketentuan Allah S.W.T walau apa jua bentuk dugaan yang
menimpa, tidak berputus harap pada bantuan dan maghfirah Allah, serta berkorban
apa saja demi memperjuangkan agama Allah yang suci dan benar ini. Inilah
panduan buat para da’ie yang ikhlas dalam medan da’wah ini.
Moga hati yang menulis dan membaca
mendapat pengajaran dan iktibar dari sirah Nabi S.A.W. ini. Wallahu’alam
Tatkala Jalut dan tentaranya Telah nampak oleh mereka,
merekapun (Thalut dan tentaranya) berdoa: “Ya Tuhan kami, tuangkanlah
kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami
terhadap orang-orang kafir.”
(Al-Baqarah:250)
No comments:
Post a Comment