-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Tuesday, March 11, 2014

Bedah : three ayat Insan



Tadabbur surah Al-Insan, ayat 8 – 10.

Sekilas lalu, Ayat dalam surah  ini, antara yang paling banyak menceritakan Nikmat Sorga, berbanding Azab. . .

Namun, point yang akan saya ketenggahkan untuk sama – sama mengambil ibrah adalah pada skop TnD, lebih focus pada Pengorbanan, Pengharapan dan Dasar pada segala tindakan.

Ikhwatifillah, Ayuh renungkan pada ayat ke-8:

“Mereka memberi makan makanan Yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan”
(Surah Al-Insan : Ayat 8)

Dalam Ayat ini Allah mem”belasah” dengan menggunakan perkataan “Makanan” dan “di sukainya”, Wahai anda, Katakanlah pada sesiapa pun manusia, Apakah benda yang keperluan dalam hidup seorang manusia, pasti di jawab salah satunya adalah “makanan”. Namun Allah sebut, makanan tersebut perlu diberikan pada manusia yang lain pula, hah Apakah!, bahkan bukan sekadar itu ikhwah, Allah sambung lagi dengan memberikan makanan itu dari jenis “yang kita sukai”.

Lantas, manusia yang bagaimana yang perlu kita berikan “makanan” tersebut?

Maka, Allah sambung dalam ayat yang sama, “iaitu pada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan”.

Ayuh kita tadabbur,
      
      1)     Orang miskin:
Jika di akhirat kelak, siapakah yang dipanggilkan sebagai golongan “muflisin”? orang tersebutlah yang kita perlu selamatkan dengan memberikan makanan selagi ia masih ada, orang tersebut ada penyakit “wahan” dalam dirinya. Justeru, kita perlu dakwahi dan mentarbiyah mereka supaya “hati yang wahan” itu, diberikan hak makanan, dan makan makanan dari jenis  yang kita sukai iaitu tidak muflis.

      2)     Anak Yatim:
Siapa anak yatim yang di maksudkan? Jika anda masih ingat lagi dalam surah Al-Maun ada di ceritakan, tapi takpe, bagi peluang la untuk di jelaskan, eheh.

Apakah, yang dibutuhkan oleh seorang anak daripada Ibu Ayahnya? Jika anda kata, tempat tinggal, duit belanja, makanan, hantar ke asrama, itu masih tidak cukup dan masih dipanggil “Anak Yatim”, kerana didikan atau tarbiyah masih tidak dapat dari ibu ayahnya, kerana itulah, seorang ayah dan ibu perlu memberikan Hak yang secukupnya pada anak mereka, dari segi tilawah, tazkiyah dan Taalim.

Justeru, jika hendak di “bumi”kan, anda lihat sahaja sekeliling anda, berapa ramai yang masih belum di tarbiyah? Mereka semua itulah adalah “Anak Yatim”, dan anda, Ya Anda, perlu memberikan hak “makanan tarbiyah” kepada mereka, susah ke?? Sebab itulah, Allah guna perkataan hajati dan di sukai, jika anda rasa selamat, sejahtera dengan tarbiyah, maka perkara itu perlu di rembeskan pada madu’ sekeliling anda “supaya jadi mutarobbi”.

      3)     Orang tawanan
Anda pernah menawan atau menjala orang?? Selepas tawan, apa yang anda lakukan pada mereka? Perhatikanlah Seerah sahaja, jelas menunjukkan layanan terhadap tawanan sehingga ramai yang masuk islam, kerana apa? Kerana “hati” mereka telah tertawan. Kita pula bagaimana? berjayakah dalam menawan hati para madu’ kita, atau menghukum mereka ketika kefahaman islam masih belum menghunjam kukuh? Atau Memaksa mereka membuat kata putus ketika hak mereka masih belum diberi? Program - program tajmi’ yang dilakukan, bersiri – siri, makanan yang telah menelan banyak kos, adakah telah mula di follow-up? Atau tiada hadaf untuk menawan hati mereka? Betapa jauhnya perbezaan di antara dua usaha, iaitu ;
          1)      Usaha hanya semata –mata untuk menjaga kebajikan manusia meskipun penat manapun, dan
               2)     Usaha untuk bersama – sama mentarbiyah dan Dakwah secara syumul, penyertaan yang mengorbankan jasmani, memenatkan fikiran dan menyentap nyawa dan ruh. (1) Langkah bermula, Bab 10. Tansiq & syumul

Aduhai Daie. Dakwah kita, adalah Dakwah Taghyir (yang mengubah), Dakwah kita, Dakwah kasih sayang, kerana itu yang merubah, dan kasih sayang itu perlu di tackle dengan tawan “hati”nya, dan perlu di follow up. Apakah Makanan bukan keperluan hidup? Dan Adakah Tarbiyah bukan keperluan manusia? Jika anda  setuju, dan masih belum memberi pada manusia, maka anda sedang membunuh mereka, Anda sedang membunuh para tawanan.

“(sambil berkata Dengan lidah atau Dengan hati): "Sesungguhnya Kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; Kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih”
(Surah Al-Insan : Ayat 9)

Masya Allah, Ikhwatifillah,
Apakah masih ada  lagi sungutan dan rasa down kerana tidak ada respon dari madu’, mesej tidak di reply berasa lemah, call tidak di angkat mula bersangka – sangka, di kritik oleh madu’ mula meletakkan tiada harapan buat si dia? Apakah masih ada lintasan – lintasan ini?. Maka, ayat inilah seharusnya merawat sang murobbi dan Daie.

Ketika lintasan seperti di atas itu datang, maka terujilah sebenarnya, sang Daie itu ikhlas atau tidak, hanya berkehendak balasan dari Allah semata-mata atau ada mengharapkan pada manusia. Jika mengharapkan sesuatu dari madu’nya atau ingin madu’nya berterima kasih dengan penat lelah usahanya selama ini memberikan sentuhan dan mentarbiyah si madu’, maka ketika itu, habislah keikhlasan itu. Hilanglah Hidayah itu, Muflislah amal – amalnya.

Oleh kerana itulah, kesyumulan dakwah merupakan satu ketinggian. Hanya mukmin yang kuat sahaja yang mampu mendokongnya.

"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut ia kenakan Kami azab hari Yang padanya muka orang-orang Yang bersalah: masam berkerut-kerut".
(Surah Al-Insan : Ayat 10)

Kerana akhirnya ikhwatifillah,
Apa yang kita imani ini, beramal dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan ini, Hanyalah keyakinan kita pada waktu yang pasti tiba, kita semua pasti hadapi, setiap seorang dari kita. Kerana kita takutkan Azab pada hari yang Maha dahsyat itulah, kita melakukan kerja yang sangat “Dahsyat ini”. Inilah dasar segala tindakan kita. JELAS. Apakah yang lebih di impikan oleh seorang mukmin itu selain tidak ingin di Azab dan ingin bersegera bertemu Allah, melihat wajah Allah. Dan mendapat hasil yang pasti atas usaha yang “dahsyat” tadi di dunia. Allah hu akbar.

Ikhwah, sedikit masa lagi kejayaan itu tiba, sedikit masa lagi Hari perhitungan itu bakal tiba, sedangkan kita masih berada di hadapan komputer dan boleh membaca lagi. Apa tunggu lagi!! Berhubunglah dengan madu’ mu, seranglah mereka dari setiap sudut, seperti mana juga si Syaitan menyerang Hamba Allah dari setiap genap.

Jika Syaitan dan musuh boleh serang setiap inchi hidup kita, Kenapa Daie itu tidak rela lagi menyerahkan setiap genap hidupnya untuk dakwah ilallah ini demi menegakkan Al-Haq dan mengembalikan Ustaziatul alam? Apakah yang lebih di inginkan oleh seorang Daie dan Murobbi melainkan mengorbankan segala inchi yang ada dalam hidupnya untuk para Madu’ dan Mutarobbinya !!


No comments:

Post a Comment