-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Tuesday, March 18, 2014

Mana penyelia?



9.36 am, (Lewat 6 minit dari masa yang sepatutnya mula PdP)

Pelajar bertanya, "mana penyarah yang menyelia ustaz?, guru praktikal kami tahun lepas dia buat strategi, penyelia datang, dia ajar tajuk yang dah kami belajar, tapi ustaz.... ustaz tak ada bagi apa - apa pun".

"oh... inilah strategi ustaz, sekarang bermula", Jawab si ustaz.

.....................

Qiamman !
"Assalamualaikum WBT dan selamat pagi ustaz.... Bismillah....."

"Baik pelajar boleh duduk...."

....................

10.05am
"Ustaz, dah habis masa ustaz, terlebih 5 minit, tapi habiskanlah dahulu ustaz ana rasa tak cukup belajar pendidikan islam, ana nak kembali kepada islam yang sebenar", rayu salah seorang pelajar tingkatan 2, kelas 2 Brutal itu"

Ustaz bertanya semula untuk pastikan, "jalan dakwah kita masih panjang, eh silap... tajuk kita ni, panjang lagi ni, bukan habis 10.10am ke?"

"Pengawas sekolah kena keluar 10 minit awal ustaz untuk bertugas, tapi takpe ustaz, habiskan je sampai 10.10am", sambung penolong ketua kelas yang asyik melihat makhluk dihadapan papan puteh.

"Jika begitu, kita habiskan 5 minit lagi ye, hmm . . . ada apa - apa yang antum nak tanya ke?"

"ustaz.... kami peliklah, mana penyelia yang ustaz kata tu?", tanya seorang pelajar yang rasa pelik.

Tersenyum simpul si ustaz itu, sambil perhatikan anak didiknya yang semakin mula membesar untuk menghadapai hari - hari yang sulit sebagai remaja, berkata si ustaz, "penyelia itu ada di sini".

"Hah!! ustaz biar betul, pandai ustaz bergurau dengan kami sekarang..." sampuk salah seorang muslimen kelas tersebut (oh ye, saya mengajar dengan melatih pelajar guna perkataan arab, seperti ana, anta, anti, muslimen dan muslimat, mereka bukan jurusan Bahasa arab, tapi mereka gembira praktikkannya, cubalah beri peluang untuk mereka guna)

"Ya, penyelia tersebut adalah antum semua, antum di hadapan ustaz inilah penyelia bagi ustaz"

pelajar, saling melihat antara satu sama lain.

Sambung si ustaz,
"Antum lah yang akan tegur dan nasihat perlakuan, akhlak ustaz, jika apa yang ustaz buat tidak sama dengan apa yang ustaz katakan. Apa guna ustaz minta antum berlakon untuk sebuah markah, sedangkan ketika itu ustaz sebenarnya sedang mendidik antum untuk berlakon di hadapan Allah. Apa gunanya ustaz buat secara bersungguh (Itqan), hanya apabila dihadapan manusia dan untuk manusia (si penyelia), mana mujahadah ustaz untuk buat sesuatu hanya untuk Allah?. Apa guna ustaz dan antum berlakon semata - mata untuk sebuah lakonan yang palsu bukan yang bukan mendidik kami, tapi bazirkan 40 minit masa pengajaran antum sekadar untuk raikan, dan puaskan ustaz. Apa guna antum jadi baik sekadar di sini, di dalam kelas, dihadapan ustaz di sekolah sahaja, tapi di hadapan ibu ayah, Allah antum kembali kepada kemurkaannya. Apa yang ustaz nak jawab di hadapan Allah kelak kerana di sana peperiksaan dan penyeliaan yang sebenar. Sungguh, ustaz nak antum belajar pendidikan islam ini bukan teori, tapi amalkanlah untuk hidup, untuk sebuah kehidupan yang pasti di akhirat".

Pelajar tertunduk... terdengar sedu.

Ustaz menambah lagi,
"Apa sebab antum lewat 6 minit? sedangkan ustaz juga naik tangga yang sama, rehat masa yang sama. Mana kesan dari kita belajar "tepati masa " dari kelas semalam?”. makin ramai tertunduk.

"Pelajar ku, jujurnya, Ustaz tak kisah berapa markah yang penyelia pensyarah ustaz nak bagi, Jika cemerlang Alhamdulillah, yang penting ustaz dapat mendidik antum, ustaz sebagai pengantara yang memberi harapan pada antum, agar antum semua menjadi manusia muslim yang bermanfaat buat islam dan orang lain. Dan ketika mana kamu berjaya mengamalkan islam sebenar, ketika itulah hujah telah ustaz persiapkan untuk jawab di hadapan Allah kelak, ketika itu jugalah antum semua sedang menghiburkan ibu dan ayah yang telah pergi, itulah doa dari anak yang solleh"

............................

ring..... ring (rehat habis),

"baik..... rehat kita adalah nasihat ustaz tadi, inilah makanan antum, makanan yang akan bertahan sampai bila - bila selagi mana kita amalkan, itulah juga makanan rehat buat ustaz, baru adil"


"Wahai kaumku! sekiranya kedudukan Aku Dalam kalangan kamu, dan peringatan Yang Aku berikan kepada kamu Dengan ayat-ayat keterangan Allah itu, menjadi keberatan kepada kamu, maka (buatlah apa Yang kamu hendak buat, kerana) kepada Allah jualah Aku berserah diri . . . . "
(Yunus : 71)

No comments:

Post a Comment