Akhi ku, Apa yang besar dalam Hidup mu!
Jika subuh pun engkau liat untuk mujahadah bangun.
Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika program kolej, fakulti, persatuan engkau boleh
bersengkang mata bertahan,
Kenapa program Tarbiyah di kau tidak sanggup komit dan rela.
Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika majlis keramaian, hari jadi, walimah kahwin boleh di dahulukan,
Kenapa bukan usrah dan program tarbiyah di dahulukan dari yang lain. Sehingga
bila usrah nak dijadikan rangking no. 2 dan 3.
Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika peperiksaan, engkau boleh berjaga malam, pulun
sehabisnya.
Kenapa qiammullail engkau tidak kelihatan oleh malaikat.
Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika engkau tahu jadual akademik kuliyah dan kerja masuk dan
keluar jam berapa.
Kenapa engkau tidak buat jadual untuk bertemu madu, mutarobbi mu, subuh jumpa
seorang, zohor jumpa seorang lagi dan seterusnya.
Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika engkau boleh adakan masa untuk membaca buku study
sehingga habis hanya satu malam, dan membaca akhbar harian.
Kenapa bukan buku seerah dikau habiskan sedangkan sudah membelinya setahun yang
lalu.
Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika kesalahan engkau, engkau mudah merayu, menuntun di
maafkan,
Kenapa bukan kita dahulu yang memaafkan kesalahan ikhwah, dan manusia yang
lain.
Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika engkau masih berfikir dan berkira – kira untuk diri
sendiri,
Kenapa masih tidak ada Ithar dan berfikirkan saudara kita yang lain.
Akhi ku, Apa yang Besar dalam hidup mu!
Jika engkau boleh menunaikan janji manusia,
Kenapa tidak menunaikan janji Allah terlebih dahulu, Syahadatul Al-Haq, “Qolu
bala Syahidna”.
Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika di kau masih boleh pergi kerja seawal pagi, balik kerja
lewat malam, kata mu untuk mencari rezeki,
Kenapa tidak boleh adakan masa, seminggu sekali untuk ke usrah kerana rezeki
Allah dah putuskan.
Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika masa IPT, di kau kata nak fokus study, masa kerja akan
All out.
Kenapa bila kerja, engkau masih tidak laksanakan katamu, bahkan sebahagiannya
sudah tidak kelihatan.
Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika dikau sanggup menukar gajet yang menelan kos sekian
banyaknya,
Kenapa tidak sanggup membaiki asset dakwah dan membeli asset untuk dakwah yang
pasti jaminannya.
Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu,
Jika boleh ber-Facebook, me-reply segala mesej whatsapp,
Kenapa masih tidak boleh habis mutabaah amal mu, tidak istiqamah bacaan
Al-Quran mu.
Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika dikau gembira berada atas jalan Tarbiyah dan Dakwah
ini,
Kenapa dikau masih menangguh menjadi murobbi untuk berkongsi gembira tersebut
pada manusia sekeliling mu.
Akhi ku, Apa yang besar dalam Hidup mu!
Jika pengisian membakar sudah di beri, teori telah hadam di
capati, cara telah di tunjuki,
Kenapa masih tidak membuahkan amal, tidak cukup lagikah kisah dari para sahabat
yang sidikit dalilnya, banyak amal mereka.
Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Jika masih melayan dosa dan Jahiliyah,
Sedangkan kamu telah faham azab dan pengakhirannya, Kenapa masih bertangguh
hah.
Akhi ku, Apa yang besar dalam hidup mu!
Mana janji, kata faham mu pada Tujuan Hidup !!
Mana janji, kata faham mu pada tugas Ibadah dan Khalifah !!
Mana janji, kata faham mu pada Solat dan Zakat !!
Mana janji, kata faham mu pada Tarbiyah dan Dakwah !!
No comments:
Post a Comment