مسند أحمد (32/ 204)
عَنْ رَاشِدِ بْنِ حُبَيْشٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ يَعُودُهُ فِي
مَرَضِهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَتَعْلَمُونَ مَنْ الشَّهِيدُ مِنْ أُمَّتِي فَأَرَمَّ الْقَوْمُ فَقَالَ
عُبَادَةُ سَانِدُونِي فَأَسْنَدُوهُ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ الصَّابِرُ
الْمُحْتَسِبُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ
شُهَدَاءَ أُمَّتِي إِذًا لَقَلِيلٌ الْقَتْلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
شَهَادَةٌ وَالطَّاعُونُ شَهَادَةٌ وَالْغَرَقُ شَهَادَةٌ وَالْبَطْنُ شَهَادَةٌ
وَالنُّفَسَاءُ يَجُرُّهَا وَلَدُهَا بِسُرَرِهِ إِلَى الْجَنَّةِ
Dari Rasyid bin Hubais, Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam menemui ‘Ubadah
bin Shamit untuk menjenguknya ketika dia sakit. Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam
bersabda: “Apakah kalian tahu, siapa yang diistilahkan syahid di antara
umatku?” Semua terdiam. ‘Ubadah berkata; “Sandarkanlah saya”, mereka
pun menyandarkannya. Lalu Ubadah berkata; “Wahai Rasulullah, yang dinamakan
syahid adalah orang sabar yang mengharapkan balasan dari Allah”. Rasulullah
Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Kalau begitu orang yang syahid dari
ummatku sangat sedikit, padahal orang yang terbunuh di jalan Allah Azzawajalla
adalah syahid, orang yang mati terkena wabah adalah syahid, orang mati
tenggelam adalah syahid, orang yang mati karena sakit perut adalah syahid, wanita yang meninggal karena melahirkan anaknya, anaknya
menariknya dengan tali pusar untuk masuk ke surga”. (H.R.
Ahmad)
Lafadz yang berbunyi;
وَالنُّفَسَاءُ
يَجُرُّهَا وَلَدُهَا بِسُرَرِهِ إِلَى الْجَنَّةِ
“Wanita
yang meninggal karena melahirkan anaknya, anaknya menariknya dengan tali pusar
untuk masuk ke surga”
Lafadz ini menunjukkan wanita
yang mati kerana nifas, yakni setelah melahirkan anak mendapatkan pahala mati
syahid sebagaimana orang yang mati karena wabah, tenggelam, dan sakit perut.
Wanita yang mati karena nifas akan di tarik anaknya menuju syurga.
________________________________________
Ayuh kita Tadabbur dalam Analogi Tarbiyah dan Dakwah, begini
:
Ikhwah ti fillah, kenapa kisah ini, Baginda Rasulullah
berbicara ketika bertemu sahabatnya lelakinya yang sedang sakit. Ya, Lelaki.
Perhatikan.
Ketahuilah, untuk melahirkan seorang anak itu cukup payah,
sukar, terpaksa menahan sakit, emosi, banyak masanya berfikir kepada
kandungannya, bila detik kelahiran si anak, si ibu akan berfikir ingin lahirkan
dimana? Apa yang hendak di beri makan pada si anak dalam tempoh mengandung?, Apabila saat hendak di lahirkan, si ibu akan
bertarung nyawa, bukan 2 minit, bukan juga setengah jam, tapi berjam jam,
dengan meneran, dengan mujahadah untuk melahirkan si anak, dari satu saluran
yang kecil, untuk melahirkan sebesar botol 1.5 liter. Allah sukar hendak di
gambarkan dan begitu perit detik - detik tersebut, jika berjaya dan hidup si
ibu Alhamdulillah. Jika meninggal, syahid gelaran buatnya.
Para Murobbi, murobbiah sekalian,
Begitu jugalah dalam proses hendak melahirkan seorang
mutarobbi, ianya bukan suatu proses yang mudah, bukanlah boleh dinikmati hasil
padinya dalam masa yang singkat, jika seorang ibu itu mengambil masa 9 bulan,
apatah lagi hendak membina madunya, ia bukan hanya sekadar kita berdoa, tapi
usaha kita, muayasyah kita, jagaan hak tarbiyah mereka, sensitif keadaan ruh
tarbawi mereka, me-muwajjih cara fikir mereka, follow up hari – hari dalam
hidupnya, bermimpikan mereka, mendoakan dalam solat doa kita.
Maka, bersabarlah dalam membinanya, boleh sahaja Allah nak lahirkan anak itu dalam masa 1 hari, atau seminggu, tapi 9 bulan itu menunjukkan tempoh masa, fasa tarbiyah ini, ada tahap-tahapnya, tidak boleh gopoh dalam pembinaannya, tidak boleh petik buah sebelum masak dengan ranumnya. Maka, kata kuncinya, bersabarlah dalam membinanya. . .
Maka, bersabarlah dalam membinanya, boleh sahaja Allah nak lahirkan anak itu dalam masa 1 hari, atau seminggu, tapi 9 bulan itu menunjukkan tempoh masa, fasa tarbiyah ini, ada tahap-tahapnya, tidak boleh gopoh dalam pembinaannya, tidak boleh petik buah sebelum masak dengan ranumnya. Maka, kata kuncinya, bersabarlah dalam membinanya. . .
Lantas, ganjarannya apa ikhwah?, jika kita belum sempat
melihat hasilnya sekalipun, namun ditarik ruh dari jasad ini tatkala kita
sedang membinanya. Allah. Syahid ikhwah ganjaranya.
Syahid itu, tidak perlu dihisab amalnya.
Syahid itu, tiket short cut ke kampong asal kita, Syurga.
Syahid itu, sepatutnya di dambakan seharian kita.
Kerana syahid itulah, motivasi saya setiap kali operation,
setiap kali perbualan saya, setiap hari dalam detik hidup kita.
Selamat memilih jalan menjadi murobbi/ah, ianya satu pilihan
yang sukar, namun ganjarannya juga setimpal dengan kesukarannya. “Asma amanina”
Kenapa masih menanguh! Pilihlah menjadi murobbi sekarang!
*kelmarin, 2 berita yang ku terima, ikhwah yang dalam perjalanan pergi dan
pulang dari usrah kemalangan, seorang di kuantan, Malaysia dan 3 orang di USA.
Moga ganjaran besar di berikan buat mereka, jika di tarik ruh mereka,
pengakhiran mereka cukup mulia. Sungguh aku cemburu dengan mereka.
No comments:
Post a Comment