Menyeru
rakan-rakan untuk kembali menulis untuk ummah. Kita pernah memungut banyak jiwa
di ruangan ini suatu ketika dulu.
Ketika itu naiknya banyak penulis ternama seperti APG dan Muharikah.
Apabila kita sudah mula sampai kepada masyarakat umum, Muharikah pun dah masuk
radio. APG pun dah mula terkenal melalui FB etc, ramai ikhwah akhawat mula
meninggalkan keyboard mereka dengan alasan sudah ada orang lain yang
menyantuni ruang maya.
Dan kita sama-sama melihat semakin banyak blog menjadi bangkai, dan ramai yang
beralih kepada micro-blogging. Tak produktif pun sebenarnya, kita kehilangan
penulis.
Berapa ramai yang tahu yang ikhwah perlukan ramai penulis, lagi-lagi bila kita
sudah berada dalam mihwar sya'bi, sudah mula menyerlahkan media. Sudah mula ada
majalah yang sangat-sangat memerlukan kalian. Sudah mula ada filem.
Seruan ini khusus kepada gen Y yang beramal di medan. Ya, anda!
Jangan kasi alasan, aku buat usrah, ada meeting. Adakah kita menyangka ikhwah
akhawat yang menulis semuanya sekadar duduk di depan laptop sahaja.
Jangan sekadar melepaskan tangan, membiarkan mereka bekerja berseorangan.
Bangkitlah! Karanglah bahasa jiwa buat bangsa!
Allah akhi..terasa!
ReplyDelete