-MaSiH aDa WaKtU_

-MaSiH aDa WaKtU_

Wednesday, February 13, 2013

Lakonan pengantin baru KITA !

Baitul Muslim


Dulu kebanyakan dari kita belum kahwin. Mereka mendapat dakwah dan tarbiyyah semasa belajar. Mengenal erti Islam semula ketika single. Belajar erti iman, adab, ibadah, pergaulan, sosial dan bagaimana hidup sebagai seorang muslim mengikut Quran dan Sunnah. Kita cuba sedaya upaya untuk beramal dan praktikkan apa yang kita belajar dari murabbi-murabbi. Murabbi berada di tepi kita, bersama-sama makan minum setiap hari, menegur apa yang sepatutnya.
Kini ramai dari kita telah berpindah ke alam baru. Alam yang lebih ‘privacy’ dari sahabat-sahabat lain dan bahkan murabbi sendiri. Banyak perkara baru yang kita perlu hidup sendirian tanpa teman murabbi yang akan menunjuk itu dan ini. Sebahagian besar dari kita telah memasuki alam ‘BM’ !
Apa yang terperasan oleh sahabat yang belum ‘melangkah’ ialah lakonan-lakonan ‘kurang sopan’ dari pengantin-pengantin muda ini. Maybe ianya bukan di sengajakan dan memang ia maybe tidak diperasankan oleh pelakonnya, tapi ia di perasani oleh penontonnya.
Sejak hari pertama mereka hanya diikat oleh ‘pertunangan’, telah ada hubungan-hubungan yang kurang enak didengari dan sampai ketelinga penonton. Sedangkan movienya belum sampai ke sinema ‘panggung wayang gambar’. Telah ada perbualan telefon melebihi had, telah ada emel melebihi huruf-huruf akal dan lain-lain yang maybe juga tidak di sedari oleh pelakonnya.
Setelah hari menjadi ‘raja’, memang ada berlaku solekan dan perhiasan. Tapi ianya maybe tidak dapat dielakkan kerana desakan famili dan adat pe-putih atau temenggung tua yang bertukar menjadi muda dan moden. Tetapi iklan kahwin di FB dengan gambar ala artis menghiasi laman foto FB. Ini tentunya bukan budaya kita dan bukan budaya orang tarbiyyah. Setelah di paksa bersolek, maka siapa pula memaksa kita menjadi penghias laman majalah dunia FB? Gambar-gambar aksi kasih sayang berdua juga tidak ketinggalan.
Setelah hidup kembali normal sebagai BM, timbul pulak lakonan lain. Lakonan gelak ketawa, gurau-gurauan fizikally atau cakapan suara, dekat mendekat, panggilan manja dan lain-lain berlaku di depan penonton sahabat-sahabat lain tidak kira sesama KITA atau bukan. Gambar-gambar lebih manja menghiasi Majallah FB lagi dengan lebih banyak.
Mencemburukan orang yang belum ber’BM’ ? Bukan masalah cemburu atau tidak, tetapi ia masalah adab dan akhlaq. Maybe perkara ini tidak sempat di ajar oleh murabbi semasa belum kahwin dulu kerana belum tiba masanya. Sekarang oleh kerana ia telah berlaku dengan hits yang tinggi, maka mana-mana murabbi patut mengajar kembali tajuk “ADAB DAN IKHTILAT SETELAH BM”.
Kerana kita ada ‘tamayyuz’nya !
Muntalaq
_______________________________
Seperkara lagi, majlis yang dibuat adalah untuk menguarkan kepada tetamu dan dunia, bahawa tiada fitnah lagi keatas dirinya dan sang isteri, bahawa beliau bukan lagi single dan couple yang sah.
Majlis di jemput mula jam 11am, namun, pengantin baharu hadir bersama "kompang Tolaal badru alaina" adalah selepas Zohor, jadi majlis sepatutnya mula selepas zohor, kerana tetamu yang hadir untuk bersua, bertaaruf, bersuai kenal dengan pengantin. Jika sekadar makan je untuk datang, erk. . . . hadafnya tidak tercapai.
Wahai ini seruan,
Tatkala majlis bermula, ketika itu jugalah seharusnya pengantin sudah ada!!
Aku bertekad satu masa nanti dengan Izin-Nya!

p/s : mabruk, ramai sahabat ku satu batch mulai melangkat ke tingkat berikutnya, bila mengambil ibrah dari mereka, bukan makin nak ber"BM", Tapi makin nak
"hold", banyak lagi nak kena prepare, solat khuyuk ku! qiam yang istiqamah basahnya! bahan dan buku yang belum habis di cove,  PDF bagaikan nak rak!

No comments:

Post a Comment